Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul

Dah lama teringin nak baca buku 'Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul hasil karya Fatimah Syarha Mohd Noordin ni. Tapi belum kesampaian lagi. Bila teringat peristiwa-peristiwa yang berlaku demi mendapatkan novel ni, saya tersenyum sendiri. Saya tahu, Allah sedang mengaturkan sesuatu.

Hampir setahun lebih saya cuba dapatkan buku ni tapi ada saja perkara yang berlaku seolah-olah ianya adalah isyarat bahawa saya belum boleh membacanya. Bila saya ceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku tu dekat seorang kawan, dia pun ikut senyum.

"Sabarlah, belum masanya tu ..." kata kawan.

Saya tertarik nak baca buku ni sebab ramai yang kata best. Kawan yang saya ceritakan peristiwa tu pun dah baca buku ni. Katanya memang best! Saja nak cemburukan sayalah tu.

Kali ni, teringin pula nak cerita hal-hal yang berlaku tu.

1. Tak Mampu
Saya ni masih pelajar. Adakala mampu, dan adakala mampu juga tapi macam 'sangkut-sangkut'. Hehe. Orang kata, cukup-cukup makan. Kalau tengah jalan, kawan ajak singgah kedai buku, saya mesti cari buku tu. Ada jumpa, tapi mengenangkan ekonomi yang sedikit merundum masa tu. Terpaksa kuburkan hasrat yang terpendam.

2. Tiba-tiba Hilang
Hari tu ada kawan sekelas yang baik hati nak belanja belikan buku tu sebab ada pameran buku dekat UiTM. Masa tu saya tengah nak beli makanan. Kawan kata, beli makanan dulu. Nanti dia datang, kami sama-sama beli. Sebelum saya pergi beli makanan, sempat juga snap satu gambar. Lepas beli makanan, kawan pun dah datang, kami terus pergi dekat pameran tadi. Mungkin bukan rezeki saya. Bila datang balik, buku tu dah tak ada. Allah... Sedih rasanya. Tapi saya pujuk hati. Bukan rezeki. Kebetulan, buku tu tinggal satu je. Yang saya jumpa tu, memang buku terakhir.

Saya masih simpan gambarnya sampai sekarang. Nampak tak jari saya yang tengah pegang buku tu? Nampak sangat saya tengah teruja. Hehe. Buku 'Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia' tu saya dah ada. Seorang teman yang kirimkan dari jauh :)

3. Tak Ada Stok
Kalau awal-awal tadi dah jumpa buku tu tapi tak mampu nak beli. Kali ni bila dah mampu, tapi buku tu pula yang tak ada stok. Bukan sebuah kedai je saya pergi cari masa tu, ada lagi beberapa kedai. Semua tak ada. Saya pasrah. Buku tu masih belum boleh saya dapatkan.

4. Kena Jadi Fasilitator
Dalam entri 'Di Mana Islam dalam HATI Kita?' saya ada cerita pengalaman saya selama 3 hari 2 malam jadi fasilitator untuk adik-adik dekat UiTM. Lepas buat perjumpaan dengan ajk-ajk dan fasi-fasi yang lain, kami pun masuk bilik untuk tidur. Tiba-tiba nampak salah seorang AJK tengah baca buku tu. Saya apalagi, dengan muka tak malu tanya boleh tak pinjam lepas dia baca. Alhamdulillah, dia kata boleh. Seronoklah saya masa tu kan. Tapi, disebabkan sibuk memikul amanah untuk menjaga adik-adik, saya terlupa lagi nak baca buku tu. Saat-saat akhir nak balik asrama baru teringat. Aduhaiii ...

5. Tak Cukup Masa
Saya ada pergi rumah sewa kawan nak buat tugasan sama-sama dengan dia. Dalam rumah tu, muslimah yang tinggal. Ada kakak doktor, ada kakak cikgu, ada kakak-kakak yang comel. Hehee. Masa tengah sibuk buat tugasan, kawan hulurkan buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul. Ya Allah, masa tu saya gembira sangat. Sekian lama mencari, akhirnya buku tu muncul depan mata saya juga. Tapi, saya tak dapat baca terus. Tugasan saya lebih penting. Jadi, saya tangguh untuk baca buku tu. Sampai masa untuk pulang, baru teringat saya belum baca buku tu. Nak pinjam bawa balik asrama tapi tak boleh sebab empunya buku tak ada dekat rumah. Tak dapat nak minta izin.

Sekarang, kalau teringat peristiwa-peristiwa tu, saya tersenyum. Saya yakin, apa yang berlaku ada sebabnya. Hanya Allah s.w.t yang tahu kenapa.

Hidup ni penuh dengan ujian. Ujian-ujian yang kita dapat tu tak lain tak bukan untuk menguji sejauh mana keyakinan kita pada perancangan Allah s.w.t. Sabar tak kita dengan ujian tu? Bersangka baik tak kita? :)

Previous
Next Post »

7 Comments

Click here for Comments
fragmenbiru
admin
October 21, 2013 at 1:57 AM ×

InsyaAllah... ada rezeki untuk baca nnati,mudah-mudahan..

Reply
avatar
Azlia Bashir
admin
October 21, 2013 at 1:18 PM ×

Hidup ini memang penuh dengan ujian.yang penting kita mesti bersabar dan bersangka baik.

Reply
avatar
mysha
admin
October 21, 2013 at 1:18 PM ×

Mmg hidup penuh ujian dik.. harap kte diberi kesabaran untuk menghadapinya..

Bila akak bc entry Tia nih rasa berkobar nak sambung blaja balik.. tp tu la tak tawla boleh tukar Uitm Shah Alam ke tak.. hu3.. Doakan akak dapat tukar yer

Reply
avatar
Cik Tieka
admin
October 22, 2013 at 12:03 AM ×

sowi Tia lama x singgah..huhu, Cik Tieka ketiadaan mood bbrapa hri ne =_=...jadi setakat ne Tia belum pernah baca lagi buku tu? msti ada hikmah disebaliknya..think positif okeyh! ^^

Reply
avatar
October 22, 2013 at 3:12 AM ×

best cerita ni, semangat rasa nak belajar juga bila dengar kisah ambung belajar ni.

Reply
avatar
OKje
admin
October 22, 2013 at 2:12 PM ×

Biasalah sebagai pelajar Tia.... memang kita tak akan mampu nak memiliki sesuatu yg kita nak Sabar jelah dik...tunggu dah kerja nanti beli sepuas hati yeh!

Reply
avatar
Nurulhidayah
admin
October 22, 2013 at 2:49 PM ×

Begitu banyak ujian untuk satu buku tu.. mesti buku tu sangat istimewa.. dan untuk orang2 istimewa juga.. dan yg istimewa tu selalunya susah nak dapat. :D

Reply
avatar