37 minggu : HB naik lepas dapat suntikan inferon

Sepatutnya harini ada appointment dekat klinik tapi dah diawalkan sehari. Kelmarin lettew. So, takpelah. Bertindak mengikut arahan ye dakk. Ni kira nak citer hal kelmarin ah ni. Cerita yang basi sehari. Ala, takpelah. Saje nak buat catatan. Kot nanti boleh baca balik kan momento masa mengandung. Nak-nak pulak first time pregnant ni. Banyak k pengalaman baru. Best ada, tak best pun apa kurangnya. huhu

So, kelmarin nurse suruh p cucuk inferon dulu baru jumpa untuk review. Lama jugaklah nak membasikan diri menunggu turn.

Dah sampai turn, okey masuk bilik nurse. Dah masuk, nurse suh baring sebab nak check perut. Check punya check, puas nurse tekan-tekan perut sambil say sorry balik-balik sebab takut i sakit kot tapi memang ada rasa sakit sikit jugaklaaa semata-mata nak cari kepala baby belah mana tapi cam tak jumpa.

Nurse tanyalah, "belah mana mama rasa mengeras?"

ekk. i cam blur jap then jawab, "hehe, taktau lah nurse."

"Eh camne boleh taktau pulak. mama je yang dapat rasa baby dalam ni."

I sengih je sebab siyes i taktau kepala baby duduk ceruk mana.

Nurse continue tekan-tekan perut i nak cari kepala baby. then after that barulah jumpa. Masa nurse dah dapat touch kepala baby tu, tetiba baby gerak and nurse pun dapat rasa.

"Haa ni dia. Eh eh baby gerak kan?" kata nurse sambil senyum-senyum tengok i.

i balas, "ha ahh". hihi

"Kepala baby dekat bawah tapi senget sikit. Okeylah ni. Mama dah boleh bangun k."

Then i duduklah dekat meja nurse. Citer-citer sikit. Adalah nurse cerita secara ringkas pasal bahaya darah tinggi masa mengandung, bahaya anemia, cadangan pemakanan. etc etc.


Nurse tanya ada tak check darah tadi i kata takde sebab ingatkan lepas habis 10 dos inferon tu baru boleh check. Nurse jawab, sepatutnya macam tulah, tapi kena ada juga result HB untuk hari tu sebagai rekod mereka. So, kenalah pegi lab kejap check HB. I okey je walaupun dalam hati dah nebes dup dap dup dapp. Ye ah, baru 4 dos inferon kot. Stop makan pil hematinik pulak tu (nurse yang suruh). HB boleh naik secepat tu ke? Ada perubahan tak eh?

Throwback kejap. Last result HB i pada 16/02/2017 adalah 8.1gdl. Lepas dapat 4 dos inferon pada 21/02/2017, latest result HB i dah naik okkeyyy!! Tu pun 2 hari tu Sabtu Ahad i tak jarum sebab klinik tutup. Maksudnya, dalam masa 6 hari tu HB i melonjak naik daripada 8.1gdl pergi 10.6gdl omg omg. Naik 2.5gdl omg omg. bahahhaaa

Bagi i, amount tu banyak sebab dari awal mengandung HB i paling tinggi pun 9.1gdl sahaje gaiss. Bila naik sampai 10.6gdl macam ni memang seronoklah juga. Tak sia-sia serah diri menadah bontot menahan sakit untuk inferon tuh. Ada jugak hasilnya. Terharu iolss. T_T

Nurse pun puji kata good ada peningkatan. Kena terus naik lagilah sebab target mereka nak HB i naik sampai 11gdl before bersalin. InsyaAllah iols kuat. InsyaAllah boleh naik lagi.

Dah nak balik tu, nurse tetapkan date untuk next appointment sebab dia kata lepas ni dia yang akan pantau i. Since kandungan dah nak masuk 37 weeks, around 9 months macam tu. I kena pergi klinik seminggu-seminggu. Kusss semangatttt. Seminggu-seminggu katakoooo. Syukur i tak keja. Duk melangau je perabih beras dekat rumah. Ye ah sebab nak pantau sehabisnya takut i ada apa-apa. Nauzubillahminzalik. Minta-mintalah semuanya okey.

Nurse asyik pesan, kalau ada antara tanda-tanda yang dia bagitau macam bleeding ke, sakit perut sesangat ke atau pecah ketuban (keluar air jernih tanpa ada bau), terus pergi hospital. Jangan nak gedik tunggu semua tanda ada baru hegeh-hegeh p sepital. No! Sebab dengan usia kandungan macam ni, anytime je boleh beranak. I ni, bila dengar je that anytime punya word, agak scary jugalah. Rasa macam tak caye je. eh betul ke ni betul keeee? wuuuuu

k ah, nanti citer balik.

NOTE : Actually bukan 37 minggu sangat ponnn. Baru 36 weeks and 3 days tapi nak acah-acah 37 minggu terossss. hihi.

Toodles!
posted from Bloggeroid
Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
February 24, 2017 at 3:03 AM ×

Semoga semua urusan dipermudahkan ya..

Congrats bro MaQnie Rokani you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar