Rezeki dengan nuffnang

Lama tak sok sek pasal nuffnang. Nak throwback japlah. Masa memula dulu, few years ago lah camtu, femes gak nuffnang ni. Sana sini blogger duk sebut nuffnang. Yang dah lama kenal nuffnang, sampai siap ada bagi tips nak jana pendapatan dengan nuffnang lagi haaaa.

i pon tak terkecuali k. Orang join nuffnang, i pun join jugak padahal masa tu knowledge pasal nuffnang is zero. Bantai main ikut je.

Tapi lelama, sikit-sikit dah taulah pasal nuffnang ni. Macam-macam i buat tau nak bagi lekat BE (buffered earnings). eh, dulu-dulu panggil BE. hihi. I update survey, i adjust iklan letak elok-elok dalam template blog, kipas nuffnang, ekekekk.

Alhamdulillah, ada jugalah hasilnya walaupun tak meletop kebaboom macam blogger lain. But at least adalah merasa khennnn. gituuu



Kalau tanya i, senang ke susah nak buat duit dengan nuffnang ni. hmm. susah nak jawab ah sebab depends tau. Ada yang dah buat macam-macam tapi hasil sendu kematu gak. Ada yang watlek sampai tak update berbulan-bulan tetiba check eh dah boleh cashout laa. haa. Cenggitu.

Ikut rezekilah kot.

Macam i sendiri, sepanjang dengan nuffnang adalah 2 kali merasa hasilnya. Tu pun berjanggut nak tunggu cek sampai depan pintu. Penantian satu penyeksaan uolss. T_T

Rasanya sekarang dah banyak cara nak jana pendapatan secara online ni. Selain beriklan dengan nuffnang, blogger sekarang dah banyak buat reviews berbayar. Bunyi macam senang je kan. Tapi hakikatnya, cuma blogger tu sendiri yang tau susah senangnya dia nak up kan blog tu sampailah layak untuk dia terima job paid reviews tuh.

I pun masih bertatih.

Toodles!

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
Siqah Hussin
admin
March 6, 2017 at 6:56 PM ×

Siqah tak pernah check nuffnang. Rasa macam tak memberangsangkan je. Hihi

Congrats bro Siqah Hussin you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar