Penting ke saiz perut masa mengandung?

Assalamualaikum and hi

Kawan i baru-baru ni dah selamat bersalin baby girl. So, sambil-sambil ucap tahniah sambil tu jugaklah i korek pengalaman dia masa nak deliver tu. Agak menakutkan juga, tapi i positifkan diri.

Dia bersalin masa kandungan dah cecah 36 minggu and i was like, "ko biar betul???"

Terkezut sebab tak sangka baby boleh keluar seawal ituuu. And now, i dah 34weeks. Ko raseeee? i dah start nervous day by day okey. Huhu

Dan di minggu ke 34 ni jugaklah baru i terhegeh-hegeh nak balik tempat my own mother. Dah plan awal nak balik sana tapi u know manusia hanya mampu merancang tapi Allah jua yang tentukan.

Alhamdulillah i dah selamat sampai di rumah family sendiri. So, boleh chill and tenangkan diri sambil-sambil tunggu due date on 20.3.2017.



Even i dah masuk 34 weeks something, tapi baby bump memang tak besar. I taktau pasaipa. Mungkin sebab i memang jenis badan kecik kot. Taklah risau sangat sebab tiap kali check up pun nurse kata okey. Scan every month pun doktor tak complain apa-apa. Lagi satu, i ni rajin cari info dekat google. Hehe. Ada je pun mommies yang perut kecik sampai bersalin. Tapi bila anak lahir, bambam gakss. hii

Tapi jangan taktau. Even baby bump i tak semegah mana, tapi baby duduk dalam ya Rabbi aktif tak hengattt. Dia punya movement memang i takleh nak control. Senget menyenget perut jadinya. Tido malam pun boleh terjaga sebab baby masih bergerak. Kadang bila gerak kuat sangat, i sampai boleh rasa sakit. Pastu husband usap-usap perut sembang ngan baby kata, "slow-slow sayang. mama sakit." Lahaiiii. Sebak seminit.



So, tak kisahlah baby bump kecik ke besar ke. Dugaan tetap ada. Susah nak tido malam, sakit belakang, sakit pinggang, nak bangun dari kerusi susah, nak tunduk ambik barang atau duduk atas lantai kemain lagi payahnya. Cuma yang melalui dapat faham situasi tu. Syukurlah i dapat husband yang faham.
posted from Bloggeroid
Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
February 8, 2017 at 1:46 PM ×

bestnya, doa kan kami dapat rasa nikmat ni juga :)

Congrats bro Cahaya Hannan you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar