Demam dan terima kasih

Assalamualaikum and hi.

Dua hari lepas husband sakit. Kelmarin pun tak pi keje dia ambik MC sebab memang tak larat sangat-sangat. Badan lembik, pastu kejap panas teruk, kejap panas surut.

So, i gigih google untuk cari cara redakan demam orang dewasa. Macam-macam cara i jumpa tapi i tak buat semua. Buat yang mana relevan je.


Tau kembang semangkuk? Yang tu ada standby dekat rumah so senanglah. i pegi ambik rendam dengan air panas pastu biarkan beberapa jam sampai sejuk baru kasi husband minum. Rasa dia memang tak sedap. Yelah sebab minum plain macam tu kan. So, husband request buh gula sikit. Sikit je bagi ada rasa manis-manis manja gittew.

Kembang semangkuk ni bagus untuk kurangkan panas dalam badan. Kena balik-balik minum. Kalau takat minum seteguk memang tak jalanlah. Orang selalu buat laici kang guna kembang semangkuk ni. I tak pernah cuba lagi. Susah betul nak cari buah laici yang sedap. Ciss

Dah guna cara minum kembang semangkuk, i cuba laks guna kain basah lap-lap badan dia. Adik i MA. Dia pesan, kalau lap pakai kain basah tu jangan di seret kat badan. Main dap dap je. Ala ala dap foundation dekat muka tu. Skill macam tu lah tapi apply kan dekat badan.

Lepas dap dap badan, letak kain basah di bahagian tengkuk dan kedua belah celah ketiak. Biarkan dulu dalam beberapa minit pastu recheck balik tuala-tuala tadi. Husband i punya, i check ya Rabbi tak letak lama mana pun tapi kejap je tuala tu jadi suam. Haa yang ni i buat beberapa kali alhamdulillah dengan izin Allah kurang panas dekat badan. I buat masa siang je. Tak buat tengahmalam atau subuh takut menggigil kesejukan.

Tak cukup tu, i basahkan kepala husband. Basah-basah manja je. Janganlah basah bersungguh. Kesian pulak. Biar dia rasa fresh jew even tak mandi banyak kali.

Untuk mandi, i tak bagi dia mandi air yang betul-betul suam macam heater tu. Nampak macam manja sangat. Hihi. so, i campur air panas mendidih sikit dengan air paip biasa. Kira macam air mandian dia tu tak suam, tak sejuk. Yang sedang-sedang je asal tak gigil lepas mandi. Kang hypo laks husband i. Dia mandi 2 kali sehari. Awal pagi and before senja. Tengahari, i just basahkan kepala dan lap-lap badan bagi surut panas.

Kalau cakap pasal ubat, yes dia memang taat makan ubat ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kalau i, memang tak galakkan sangat makan ubat ni semua. Tapi nak buat acaner. I bagi je sebab antibodi kita kan lain-lain. Lagipun, antibodi husband memang lemah. MIL cerita, masa husband masih baby dulu tak dapat BF lama sebab MIL operate. Dapat minum sikit jew. Lepas MIL balik dari hospital, air susu dah takmo keluar. Maka, minumlah husband i susu formula. Tskkk. Yelah mungkin dulu-dulu tak famous lagi pasal milk booster ni semua. Laa ni baru pengetahuan pasal milk booster ni bersepah dekat internet. Takpelahhhh. Benda dah lepas kannn.

Ujian jugaklah dua hari jadi personal nurse husband nih. Sebab i kan mengandung. Tengahmalam husband selalu mengerang kata sejukkkk walaupun kelajuan kipas hanya pada nombor satu wakkkk. Kesian punya pasal even husband tak kata pun, "yang off kipas boleh?". Tapi disebabkan common sense yang ada diri, maka i redha off kipasss. Uhuhuhu.

So, pagi tadi husband dah pegi keje since demam pun dah kebah sikit. Sempatlah i wasap tanya dia okey ke tak? Then dia reply okey. Satu ayat dari dia buat i macam terharu. Dia ucap thanks dekat i sebab jaga dia masa sakit. Huwaaaaaa. Ghase nak nangis sesungguh wehhhh. Segan lak bila husband kata macam tu. Yelah, kita kan isteri memang patut pun jaga suami masa sakit.

Husband and wife dekat luar sana, jangan pernah berat mulut untuk say thanks pada partner anda. Even wife cuma bancuh air teh kosong jeponnnn. Ucaplah terima kasih. Perkataannya ringkas tapi maksudnya sangat mendalam. At least, boleh ajar anak-anak untuk belajar ucap terima kasih pada orang lain. Most of things datangnya dari rumah dan ibubapa itu sendiri. Gittewwwwww.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
Siqah Hussin
admin
February 3, 2017 at 10:27 PM ×

Setuju :) Ucaplah terima kasih. Perkataan simple yang memberi makna yang mendalam :)

Congrats bro Siqah Hussin you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar