Kegigihan minum air kosong

Semenjak mengandung, payah sangat i nak menelan air putih. Awal mengandung lagi teruk. Air putih tu, bila lalu tekak je rasa pahit semacam. Terus reject.

Tapi takdelah langsung tak minum air putih. Ada jugak tapi rasanya boleh kira pakai jari kot berapa kali.

Orang kata, tak elok kurang minum air masa ngandung ni. Sembelitlah, nanti nak bersalin susahlah. Taktaulah betul ke idok sebab ni pun pestaim i ngandung.

I minum gak air putih. Tapi air tu mesti sejuk. Tak sejuk, tak selera. Air sejuk pun tak elok minum masa mengandung. Huwaaa. Tapi i degil. I minum jugakkk. Tapi dah masuk last trimester ni, i kurang-kurangkan sikit.

Kalau search dekat google, i gerenti mesti banyak tips atau cara nak minum air putih atau air kosong ni dengan mudah kan? i pernah jumpa dulu. Dia macam jadual untuk u minum air putih so that senang uols nak set masa. Kena disiplin lah baru boleh jalan.

Ada banyak lagi cara lain.


Tapi untuk diri i sendiri. I just sedia satu botol yang agak-agak besar then isi air penuh-penuh pastu pergi mana pun seret je sekali botol tu. Especially sebelah tempat tido.

Botol ni pun, mom i yang punya. I suka tengok sebab macam cantik and sekaligus meniupkan semangat i untuk lebih gigih minum air kosong dengan lebih banyak.

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

1 Comments:

Click here for Comments
February 14, 2017 at 9:49 AM ×

Yup masa mengandung kena banyak minum air kosong. Cuba letak chia seed, rasa sedap skit. And chia seed banyak khasiat.

Congrats bro Mama Kembar 3 you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar