Cerpen : Milik Siapakah?

Tok , tok , tokkk!

Insyirah berhenti menjahit. Di lihat ke arah pintu utama. Ada orang mengetuknya.


Bergegas dia menyarungkan kain tudung labuh yang belum habis di jahit
ke kepala.


"Ah! Yang penting tutup aurat." Bisiknya dalam hati.


Berhati-hati Insyirah memegang jarum tangan yang digunakannya untuk
menjahit. Bimbang ada yang terluka nanti.


Insyirah membuka pintu dan kelihatan seorang budak perempuan kecil
berada di hadapannya.


"Assalamualaikum kak.."


Comel sungguh budak itu. Insyirah memberikan senyuman yang manis.


"Waalaikumsalam. Adik cari siapa ni?"


"Ada tak akak yang pakai tudung besar tu?"


Insyirah terdiam sebentar.


"Tudung besar? Tudung labuh ke maksud budak ni?" Insyirah berdialog
sendiri dalam hati.


"Ada. Kenapa cari dia dik?" Soal Insyirah untuk mendapatkan kepastian.


"Nah!" Budak itu menghulurkan kotak kecil yang dibaluti pembalut berwarna biru.


"Eh , apa ni dik?" Insyirah mula kebingungan.


"Akak tolong bagi dekat akak yang pakai tudung besar tu ye. Terima kasih."


Belum pun sempat Insyirah berkata apa-apa , budak itu sudah pun pergi
meninggalkannya.


Siapa budak perempuan tu? Dan kotak itu untuk apa?


Seribu pertanyaan menghantui Insyirah. Dia memandang ke arah kotak
yang sedang dipegangnya.


"Patut ke aku buka? Budak tu maksudkan aku ke?"


Insyirah terduduk di atas sofa.
Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
Nong Andy
admin
December 14, 2012 at 9:20 AM ×

ni bukan cerpen.. ni certot ahahaha.. kontot sangat.


P/S : Sila sambung. jgn nak berangan buat sy tertanya-tanya :D

Reply
avatar
Era Kecik
admin
December 19, 2012 at 3:33 PM ×

sambung kak, sambung. hehe.

Reply
avatar