Saturday, March 31, 2012

Aku Baru Je Perasan Benda Ni .. Korang?

Assalamualaikum. Hahaa. Yea , aku tau. Sepatutnya sekarang aku tak patut online. Hehee. Aku nak story yang petang tadi punya cite. Adik aku pi guna laptop aku tengok youtube.

Aku pun join sekaki lah kan. Aku pelik apsal skrinnya kaler gelap ne. What happened? Aku tanya lah adik aku. Memang camni ke kaler skrinnya.

Adik aku kata tak. Dia pi switch off "cahaya" dalam youtube tu. Bertambah-tambahlah kepelikkan aku. Apa yang budak ni merepek.

Lepas adik aku pi tunjuk baru aku paham. Ouhh .. Hahaa ..


Nampak tak macam dalam gambar dekat atas tu. Haa , tudia. Kau orang pi bukak youtube sekarang and cuba klik suis tu. Apa jadik. Aku dah cuba. Seronok jugaklah. Ni mesti ada kait rapat dengan Earth Hour. Hee ~ Sekian ..

Untung Kalau Rajin Update

Assalamualaikum. Yeah , macam aku tulis tajuk entri aku ni kan. Untung kalau rajin update. Untung kenapa? Yelah untung sebab bila kau update je , nama blog kau mendahului blog-blog lain dalam bloglist.

Cuba kau bayangkan , kalau lagi ramai yang letakkan blog kau dalam bloglist dorang apa jadi bila tiap kali kau update? Tak ke untung tu?

Nak blogger masukkan blog kau dalam bloglist dorang mudah je.

Mula-mula sekali entri mesti nak yang hebak! Hebak macamana pun aku tak tau sebab yang tu aku tak kaji lagi. Setakat yang aku tau ialah , readers kau takkan rasa jemu dengan apa yang kau merepekkan dalam blog kau even panjang berjela dah macam novel bersiri.

Second , joinlah memana blog yang anjurkan segmen mudah macam pencarian bloglist ke , contest yang sediakan hadiah masukkan blog korang dalam blog dia ke. Haa , macam tu lah.

Ey , aku pun pernah jadi newbie dulu tau. Ada je segmen bloglist , terkocoh-kocoh aku join. Apa orang kata , start lah dari bawah. Tak adanya orang buat blog hari ni , tup-tup esoknya blog dia dah famous. Guna jampi pun belum tentu kena.

Aku Dah Selesa Macamni

Assalamualaikum. Update awal-awal pagi. Hahaa~ Sebenarnya dah lama Tia nak up entri ni tapi sibuk sangat nak decorate blog kan.

Citenye macamni. Salah sorang rakan blogger Tia , owner blog Hikayat Budak Pening , ada tegur dalam shoutbox Tia. Tegurannya berbunyik macamni ;
dulu "tia", sekarang"aku".... sudah ada perubahan...
Yee , yang mana pernah stick dengan blog aku sebelum-sebelum ni mesti tau yang aku bahasakan diri  guna nama Tia (which is bukan nama betul aku pun). Tapi lepas aje cuti sem baru-baru ni , aku aktif balik berblog tetiba aku tukar.

Mulanya aku tak perasan , tapi lepas terbaca one of entri aku yang lama baru perasan. Oh I see. Mean , aku dah selesa dengan penggunaan aku ni. Bukan nak kuajaq , tapi dah aku selesa macamni.

Sebab tu aku dah minta maaf awal-awal untuk penggunaan "AKU" ni pada yang lebih berusia terutamanya yang dah lebih 22 tahun. Maafkanlah adikmu ini yeaa. Heheh :))

Friday, March 30, 2012

Nak Menulis Pun Tak Senang ..

Assalamualaikum .. Hmm , seharian aku takde mood nak update blog. Mood aku terbang melayang entah ke mana. Tak sangka dalam diam rupanya ada yang baca blog aku ni. Kenapa? Rasa macam aku ada cakap pasal kau? Atau dalam bahasa kejamnya , mengumpat?

Menyesal aku bagitau orang tentang kewujudan blog aku ni. Bila dah baca apa yang aku tulis , mula nak nyentap terasa aku cakap pasal dia. Ey , selagi aku tak mention nama siapa-siapa selagi tu kau tak boleh kata yang aku cakap pasal kau.

Salah ke aku nak menulis? Ini blog personal aku. Aku menulis secara umum yang sesapa boleh terasa kalau kena pada situasinya. Besides , aku tak de pun guna kata-kata kesat atau kata-kata makian kan?

Hmm , nampaknya lepas ni aku kena tukarlah URL blog aku ni. Hmm~

Senarai Blogger Yang Dijumpa!

Assalamualaikum .. Alamak , 1 hari aku tak update blog. Macamana boleh tak perasan ni. Hahaa~ Ekceli mood aku nak menaip dah ke laut tu sebab tak update. Kalau tak , memanjang link blog aku yang keluar dekat bloglist kau orang kan.

Semalaman aku bertungkus lumus hias blog aku ni. Baru aku tau , begitu susahnya nak pilih warna tema.

Aku pun tak tau okey ke tak template kali ni. Aku tak kisah cantik ke tak cantik. Pada aku , yang penting kemas sudah. Ni pun sebenarnya tak habis susun lagi. Nanti karang aku sambung. Update dulu maa ~

Ohye , header aku pun dah bertukar. Hahaa~ Eh , aku lupa pulak. Aku ada buat segmen bloglist baru-baru ni. Okey fine tak ramai yang tertarik. But at least masih ada yang nak libatkan diri kan. Heheh .. Thank you so much!

Mereka-mereka ni lah yang join pencarian aku tu ..
Komen template baru aku?? =,=

Wednesday, March 28, 2012

Pencarian Bloglist Ini Kisah Tia Bulan April

Assalamualaikum .. Korang dah lunch belum? Memandangkan aku bercuti dan bersuka ria di rumah sambil meluangkan banyak masa depan laptop aje , so aku ingat nak buat satu segmen.

Segmen ringkas aje. Pencarian Bloglist Bulan April 2012 punya. Just untuk bulan April ye. Tapi tengoklah nanti macamana. Kalau aku rasa nak kekalkan , aku kekalkan. Aku ada reason kenapa nak buat pencarian yang dah macam jejak kasih ni.
  • Nak tambah senarai blog untuk sesi blogwalking tengahmalam atau di kala kau orang tengah di ulit mimpi.
  • Saling mempromosikan blog kau dan aku kalau dah masuk bloglist nanti. Yelah , kalau kau update mestilah nama blog yang berada di tingkat teratas kan. Sama macam aku jugak nanti. Yang penting , UPDATE!
  • Ada jugak idea kau orang nak update entri. Wahahaa .. Aku gurau eh ..
Hah , yang kau tu. Apsal jeling-jeling? Tak suka? Menyampah? Suka hati akulah. Aku tak paksa kau baca dan join pun kan. Dan , dan aku tak kenakan bayaran sesen pun. Hahaa. Bapak kejam aku kan.

Syarat-syaratnya :
HEADER BLOG AKU
  1. Macam biasa buat 1 entri dengan tajuk "Pencarian Bloglist Ini Kisah Tia Bulan April".
  2. Letak header blog aku dan linkkan ke entri ni. (tak wajib pun)
  3. Tak payah citer panjang-panjang pun takpe. Dah siap? Tinggalkan link entri tu di bawah kotak komen ni ye.
  4. Lastly , masukkan link blog Ini Kisah Tia dalam bloglist korang tu. Note : Kalau korang buat bloglist di blog yang lain .. Aku takkan terima ye. Tak aci hokey. Lepas bulan April nanti , kalau korang nak remove link blog aku dari bloglist remove lah.
  5. Tarikh tutupnya , 29 MAC 2012 pada jam 2.30 petang ye. Mean , 24 jam lettew. Yang mana hantar penyertaan tu , akan terus masukkan dalam bloglist dan akan aku update dari masa ke semasa.
Kalau sorang je yang join pun , aku akan tetap buat 1 bloglist khas untuk dia dekat sidebar aku tu. Sekian dan terima kasih ..

Kehidupan dan Blog

Assalamualaikum .. Ini sekadar rekaan penulis yee ..

"Hmm , bilalah aku nak kaya ni. Gaji sebulan RM2700 mana cukup. Bayar itu ini. Kerja penat-penat , hasilnya sikit aje."

"Kau biar betul gaji RM2700 tak cukup lagi? Macamlah kau ada bini. Kau tengok si Iman tu , gaji cuma RM1700. Anak pulak ada 8 orang. Bersyukurlah wei .."

Tu dalam kehidupan seharian .. Macamana kalau dalam blog?

"Hmm , sikitnya trafik blog aku. 200uv je sehari. Nak macam trafik Ben Ashaari. Kencang jee. Silap-silap , boleh cecah 1000uv ke atas tu. Isk , jeles-jeles =,="

Seperti biasa melakukan aktiviti blogwalking , membalas komen , membalas jejak blogger yang lain. Sehinggalah tiba di satu blog.

"Huh? 6 visitors je just untuk hari ni??"

Bersyukurlah dengan apa yang kita dah usahakan sampai sekarang. Jangan tau nak mengeluh aje. Tanamkan dalam diri , kalau orang lain boleh kenapa tidak aku ..

Hmm , sebenarnya cakap lagi senang dari nak membuatnya. Haha! Tapi takpe , sekurang-kurangnya kita boleh fikir-fikirkannya kan? Sekian ..

Senarai 50 Universiti Terbaik di Malaysia 2012

Assalamualaikum. Memandangkan aku tengah cuti sekarang , aku nak korang tau yang aku kengkadang tersangatlah boring duduk dekat rumah. Tak tau nak buat hape.

Aku rindu masa-masa aku dekat kampus. Ni lah aku ni. Masa dekat kampus , beria-ia nak balik rumah. Sekali dah sampai rumah , reti pulak nak terhegeh-hegeh rindu masa dekat UiTM. Wuuu ~

Aku pun tak sure berapa bulan aku kena jeruk dalam rumah ni. Mungkin 2-3 bulan kot. Tapi sometimes , aku nak lalui sehari pun rasa payah je. Aku bukan mengeluh apa sebenarnya. Mungkin sebab takde keje yang aku buat kan kat rumah ni that's why aku rasa macam tu.

Apapun , aku akan hargai masa-masa aku di rumah sekarang ni. Yelah , nanti dah balik UiTM nanti mesti rasa rindu dekat rumah pulak. Haha! Tia , Tia ..

Oh btw , aku nak share sesuamthing dekat kau orang. Aku tak ingat masa bila aku jumpa. Tapi masa aku jumpa , aku tertarik lalu aku bookmark dia. Heheh .. Cek dis out .. Senarai 50 Universiti Terbaik di Malaysia 2012! Awesome yaww ..

  1. Universiti Putra Malaysia (UPM) (Rank dunia: 428)
  2. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (Rank dunia: 437)
  3. Universiti Sains Malaysia (USM) (Rank dunia: 464)
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Rank dunia: 523)
  5. Universiti Malaya (UM) (Rank dunia: 596)
  6. Universiti Teknologi MARA (UiTM) (Rank dunia: 626)
  7. Multimedia University (MMU) (Rank dunia: 891)
  8. Universiti Malaysia Sabah (Rank dunia: 1222)
  9. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) (Rank dunia: 1341)
  10. International Islamic University of Malaysia (UIA) (Rank dunia: 1411)
  11. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  12. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  13. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  14. Universiti Tunku Abdul Rahman
  15. Universiti Malaysia Terengganu
  16. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  17. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  20. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  21. Open University Malaysia
  22. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  23. International Medical University
  24. Taylor’s University College
  25. Tunku Abdul Rahman College
  26. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  27. University of Nottingam Malaysia
  28. UCSI University
  29. Monash University Malaysia
  30. Malaysia Theological Seminary
  31. Universiti Kuala Lumpur
  32. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  33. Universiti Industri Selangor
  34. Selangor International Islamic University College
  35. Al Madinah International University
  36. Wawasan Open University
  37. University Tun Abdul Razak
  38. KDU College
  39. Universiti Malaysia Kelantan
  40. Asia Pasific Institute of Information Technology
  41. Help University College
  42. Sunway University College
  43. INSANIAH University College
  44. Universiti Sultan Zainal Abidin
  45. Segi College
  46. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  47. Majlis Peperiksaan Malaysia
  48. Malaysian Institute of Management
  49. Limkokwing University of Creative Technology
  50. Disted-Stamford College

Memang awesome bila UiTM ada dalam carta. Tak sia-sia aku masuk sana even sebenarnya aku dah terlambat noh .. Hehee~ Nak tuntut ilmu ni , tak kira di mana dan umur berapa. Yang penting niat nak tuntut ilmu tu.

Entah bila agaknya keputusan final exam akan keluar. Harap-harap takdelah sangkut. Hangpa tolong doakan aku noh :)) Sekian ..

Tuesday, March 27, 2012

"Supaya Tak Bau Sangat .."

Assalamualaikum. Hehee .. Entri ringan untuk malam ni. Dialog di bawah sekadar rekaan semata-mata. Tak ada kaitan dengan yang masih hidup , mati mahupun penulis sendiri. Ahahaa :))

"Kau dah mandi?"

"Dah , apsal kau tanya?"

"Habis tu kenapa pakai baju sama?"

"Tapi aku dah terbalikkan lah. Lagipun dah tengahmalam ni."

"Habis tu kenapa kalau dah tengahmalam pun?"

"Taklah aku membazir baju. Takkan nak ganti malam ni , esok pun ganti lagi. Alang-alanglah esok aku tukar."

"Motif kau buat macam tu?"

"Jimat baju dan taklah bau sangat sebab aku dah terbalikkan.."

"#@!&%"

Benda Wajib Masa Online

Assalamualaikum. Aku mula sedar , tiap kali online ada benda wajib yang aku mesti tengok. Tak tengok tak boleh. Mesti jugak! Hahaa ..

Start bukak aje google chrome , yang aku buka 1st ialah of course my blog! Ini Kisah Tia. Bila dah bukak blog sendiri , ada bahagian penting yang aku wajib tengok.

  • Follower (mengharapkan ianya akan bertambah dari masa ke semasa , hari ke hari .. haha!)
  • Comment (tamo ANON jahat .. grr~)

Yang tu dalam blog. Kalau luar blog , website pertama yang Tia jejak selepas blog ialah NUFFNANG! Dalam website tu :

  • Pertama sekali , tanpa fikir 10x terus pergi ketik analytics. Tia nak tengok berapa ramai yang terjah blog Tia setakat tu. Lepas tu baru tengok analytics untuk yang minggu ni punya.
  • Lepas tu , Tia tengok pula keywords yang membawa ke blog Tia. Macam-macam jenis keywords ada. Hok lucah , hok baik , hok pelik , semua ada belaka.
  • Dah tu , pi tengok pulak referrals. Yang maintain di tempat pertama ialah google. Mean , ada visitors yang datang dari carian google lettew. Yang lain kebanyakkannya adalah melalui blog lain. Tia syak dari bloglist depa. Heheh .. Arigatou!
  • Lastly , baru Tia pi tengok earnings. Ouh manakah buffered earnings?

After buat semua benda kat atas ni , baru pi update blog ke bukak facebook ke , buka youtube ke kan. Dah agak-agak rasa mengantuk , tidur .. zzzzz =,=

Apa Itu Watermark? - Tip Blogging

Assalamualaikum. Apa itu watermark. Masa dulu mula-mula Tia jumpa perkataan watermark ni , Tia pun tak tau sebenarnya. Sampai ada yang sanggup tempah tu. Dah lama sikit baru Tia tau apa watermark ni.

Macamana Nak Guna Watermark?

Cara nak guna watermark ni mudah je. Pilih mana-mana gambar dan letakkan watermark di atas gambar tu. Kemudian pudarkan sikit watermark tu dan letakkan sikit pada content gambar tu. Letak dekat tengah ke. Hah , mudah kan?

Kesilapan Penggunaan Watermark

Kadang-kadang ada yang silap meletakkan watermark ni dalam gambar dorang. Contohnya diletakkan di hujung-hujung bawah. Saiz watermark pula kecil dan susah nak nampak. So , gambar tu masih lagi boleh di copy , di crop dan dibuang watermarknya.

Kepentingan Watermark

  • Melindungi gambar dari di copy dan di salahgunakan oleh pihak lain terutamanya gambar-gambar peribadi.
  • Memperkenalkan lagi blog walau di mana juga gambar itu berada.

Software Apa yang Digunakan?


Contoh Watermark

Sorry geng , aku popularkan korang dalam blog aku .. Hahaa!


Monday, March 26, 2012

Rahsiakannya .. Ianya Lebih Baik

Assalamualaikum .. Aku ada baca entri terbaru Ben Zaman ini , orang kita ramai dah bergelar ‘orang kaya' .. Aku tertarik dengan ayat ;

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Hebohkan citer diri dah bertunang sana sini. The end nya , putus tunang di tengah jalan. Nak jawab cemana tu. Ingatan untuk diri aku jugak ni. Macam Siti kata , "BIARLAH RAHSIA". Ceit!

Tapi betullah kata Ben. Orang sekarang bertunang dah macam nak kahwin. Tak tau macamana masa nak kahwin nanti. Nampak sangat membazirnya padahal nanti lepas kahwin lagi banyak nak guna duit.

Takpelah , duit dorang kan? Kalau takde duit , p je buat pinjaman .. Boleh .. Senangkan?


NO MORE CIK ANON (ANONYMOUS)


Assalamualaikum. Talk about cik anon , untuk waktu ni aku nak tarik sikit keistimewaan kepada para anon tinggalkan sebarang pesan dekat kotak komen aku. Entahlah sampai bila. Sampai bila-bila kut.

I have my own reason. Sometimes anon ni jahat sikit sampai ada komen dia yang buat aku tachink lebih. Lalu semangat aku pun down. Ha'ah , aku ni lemah semangat sikit. Hahaa! Lagipun , aku nak ajar sikit mereka-mereka yang sebelum ni menyamar jadik anon tu untuk lebih jujur lepas ni. Takyah dah guna anon kan?

Aku menulis sebab aku memang nak menulis. Selagi aku tak mention nama siapa-siapa , takyah nak tachink lebih eaa ..

Sunday, March 25, 2012

Assalamualaikum. Dah lama aku tak buat keje kopipes ni. Rindu rasanya. Hahaa! Takdelah wei , aku saja nak share dengan kau orang. Sekali sekala share benda baik apa salahnya an , an?

------------------------------------

Mesej seorang kekasih untuk kekasihnya ;

Perempuan : Awak , kenape awak tak pernah ajak saya tengok wayang
atau keluar jalan-jalan macam pasangan lain?

Lelaki : Saje ..

Perempuan : Saje ke atau awak malu nak keluar dengan saya?

Lelaki : Mana ada ..

Perempuan : Kenape kita tak penah gayut malam-malam macam pasangan lain?

Lelaki : Sebab saya nak jimat kredit ..

Perempuan : Sampai hati awak kan? Hmm , kawan saya panggil kekasih dia ''sayang'' tapi awak tak pernah pun panggil saya ''sayang'. Kenape'?

Lelaki : Geli la perkataan tu .. Nak termuntah -,-

--> Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat-ayat kekasihnya.. Beberapa minit kemudian dia menerima satu mesej..

Lelaki :

Saya tak penah ajak awak keluar tengok wayang dan jalan-jalan sebab nanti bila kita dah kahwin , awak takkan rasa boring nak keluar dengan saya. Dan saya nak saat tu nanti akan menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup saya..

Lagipun, bukan ke tak elok kalau keluar berdua duaan? Macam-macam boleh terjadi kan?

Saya tak nak gayut dengan awak malam-malam bukan sebab saya nak save kredit , tapi saya tak nak diri saya hanyut dengar suara merdu awak.. Biarlah saya mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya saya akan lebih menghargainya..

Saya tak panggil awak sayang bukan saya geli nak panggil tapi biarlah saya panggil awk ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awak takkan rasa bosan mendengarnya dan dapat menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan.

Saya sangat mencintai awak dan saya janji suatu hari nanti awak akan merasai ape yang orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri.

Perempuan : Sambil menangis terharu berkata "terima kasih bakal suamiku.. Aku amat menyintaimu.. Ya Allah , satukan lah kami dalam ikatan yg sah .."

Kepada yang berpasangan :
"Ya Allah berikanlah rahmatMu kepada kaum Adam dan Hawa , semoga sentiasa dibawah Redha Illahi dan mencapai cita-cita , hidup bahagia bersama pasangan masing-masing .. Jauhkanlah diri kami daripada hawa nafsu dan jadikanlah kami daripada orang-orang yang beriman dan beramal soleh/solehah ..."-AMIN.. (kredit to this owner)

Saturday, March 24, 2012

Segmen : Saya Suka Doodle


Assalamualaikum. Alahai comel gilew doodle dekat atas ni kan? Hewhew .. Tamo banyak citer , ni dia yang owner punya segmen mintak :

Nama : Tia
Warna : Kuning
*If buley , nak yang bertudung yea .. Heheh ..*

Kalau ada yang nak menjoinkan diri , silalah klik gambo dekat atas tu dengan kadar segera yea sebab tawaran hebat ni cuma sementara. Hahaa .. KBAI ^^

Aku tag :

Friday, March 23, 2012

Bila Nak Habis?

Assalamualaikum. Kejadian berlaku sehari selepas balik dari kampus UiTM Tawau ..

Teet , teet! (Bunyi sms masuk yee)

"Salam. Tengah buat apa tu?"

Hmm .. Balas sms;

"Wasalam. Takde buat apapun. Tengah tengok tv. Buat apa?"

Teet, teet! (Bunyi lagik)

"Tengah tengok tv jugak. Nada-nada cinta."

Huh? Citer nada-nada cinta tu habis lagi? Biar betul? Gile lama kut dah citer tu. Ingatkan dah habis. Almaklumlah .. Dekat hostel manada astro. Ah , lagipun memang takde masa nak turun pergi bilik tv nak tengok tv. Sibuk memanjang. Heheh ..