Aku Memilih Cinta-NYA

Sesungguhnya kita sebagai manusia takkan pernah lari dari membuat kesilapan. Tapi pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk mereka yang mahu bertaubat.


Safiyah menarik nafas dalam. Dia nekad dengan keputusannya. Jam di dinding berdeting menandakan sudah masuk pukul 12 tengari. Pada pukul 2 nanti dia akan bertemu dengan Ezad.

"Nanti Ezad datang ambil okey. Around 1.30 macam tu."

"No! Tak , tak payah. Awak tunggu je dekat panggung wayang tu. Kita jumpa dekat sana." Ujar Safiyah.

"Tapi kenapa sayang? Selalu okey je. Awak dah malu ke nak naik motor sama-sama dengan saya?" Soal Ezad. Safiyah bukan begini. Tak pernah safiyah menolak bila Ezad menawarkan diri untuk mengambil atau menghantarnya setiap kali mereka keluar. Malukah Safiyah dengan dirinya? Tapi kenapa baru sekarang?

"Tak. Tak apa. Saya boleh datang sendiri. Awak just tunggu saya okey. Nak letak telefon ni." Kata Safiyah.

"Okeylah kalau macam tu. See you there sayang. I miss you. I love you." Ucap Ezad. Memang sudah menjadi kebiasaan untuk mengucap rindu dan cinta sesama mereka.

"Hmm. Okey." Panggilan dimatikan.

"Sekali lagi Ezad terkejut dengan kelakuan Safiyah. Tiada langsung ucapan "I miss you" mahupun "I love you". Dan Ezad menyedari , suara Safiyah hanya mendatar. Tiada suara manja seperti selalu. Apa silapnya sehingga Safiyah tiba-tiba menjadi begitu?

Ezad awal sampai. Dia jadi tidak keruan. Ezad memerhatikan keadaan sekeliling. Dia mencari-cari kelibat Safiyah. Fikirannya tidak menentu. Apa kena dengan Safiyah? Safiyah harus menjawab persoalan-persoalan yang sudah mula bersarang di kepalanya.

Tiba-tiba Ezad terpandang pada satu wajah. Wajah yang biasa dilihat tapi kini kelihatan berbeza. Safiyah! Dia mengenakan baju yang agak labuh dan longgar menutupi punggungnya. Dan dia bertudung! Sangat berbeza.

Safiyah yang sebelum ini lebih suka membiarkan rambutnya yang lurus dan lembut terurai begitu saja. Ezad suka membelainya. Rambut Safiyah wangi. Tapi kini Safiyah sudah menutupnya dengan kain. Masih dapatkah Ezad membelai Safiyah seperti selalu?

Safiyah sudah betul-betul berada jelas di depan matanya. Ternyata kelainan Safiyah menjadikan dia lebih cantik dan ayu. Tiada langsung mekap yang bertempek di muka Safiyah seperti selalu. Tapi dia masih nampak cantik malahan lebih cantik bila wajahnya bersih tanpa sebarang lukisan mekap itu. Ezad merindukan Safiyah.

"Awak nampak cantik sayang." Kata Ezad sambil cuba menyentuh wajah Safiyah. Tapi Safiyah mengelak. Ezad mulai menyedari perubahan yang ada pada diri Safiyah.

"Kenapa ni? Saya ada buat silap ke? Dari tadi awak macam tak pedulikan saya. Awak marah?" Soal Ezad. Perasaan ingin tahunya semakin membuak-buak. Safiyah sudah berubah.

"Saya tak marahkan awak. Nanti kita cerita okey. Jom masuk dulu. Dah nak mula dah tu." Safiyah mengajak.

Ezad tidak membantah. Tiba-tiba dia hilang mood. Dalam panggung wayang , Safiyah dan Ezad duduk bersebelahan. Tangan Safiyah cuba diraih oleh Ezad tapi ditepis oleh Safiyah. Padahal sebelum ini , Safiyah yang beria-ia mahu memegang tangannya. Kadang-kadang , bila menonton wayang Safiyah akan meletakkan kepalanya di bahu Ezad dan sambil itu Ezad akan memeluk pinggang Safiyah.

Tapi sekarang , jangankan peluk pinggang. Nak pegang jari Safiyah pun sudah tidak boleh. Ezad tidak senang duduk. Berbagai-bagai soalan dan tekaan sudah menerpa masuk ke kepalanya. Dia sudah mulai membuat andaian sendiri. Tidak sabar sudah dia mahu keluar dari panggung wayang itu dan mendapatkan jawapan kepada soalan-soalannya dari Safiyah.

"Kita duduk situ. Lebih terbuka." Kata Safiyah. Ezad hanya menurut. Selepas memesan minuman , mereka sama-sama berdiam diri.

"Awak tak makan?" Soal Ezad memecahkan kesunyian mereka.

"Tak saya dah makan dari rumah tadi." Jawab Safiyah ringkas kemudian dia kembali berdiam dan bermain-main dengan straw di dalam gelasnya.

"Awak ..." Panggil Safiyah.

Ezad mengangkat muka dan memandang Safiyah menantikan kata-kata seterusnya.

"Ini kali terakhir kita jumpa."

Terbeliak mata Ezad mendengar apa yang baru saja dikatakan Safiyah.

"Apa awak cakap ni? Kenapa kali terakhir? Awak , kenapa ni? Saya ada buat silap ke? Kalau ada , bagitaulah. Jangan buat saya macam ni." Kejutan demi kejutan diterima oleh Ezad. Belum selesai satu persoalan , muncul pula persoalan lain. Apakah Safiyah sudah tidak mencintainya seperti dulu?

"Saya nak kita putus." Ringkas sahaja kata-kata Safiyah. Tapi sakitnya , betul-betul menusuk di hati Ezad.

"Putus?" Ezad menyoal kembali.

"Kita dah lama bergelumang dengan dosa. Kita tak ada apa-apa ikatan yang sah pun. Kita kehulur kehilir sama-sama tu semua dosa. Kita dah banyak buat dosa. Sampai bila nak hidup dalam keadaan macam ni? Bila-bila masa Allah boleh tarik nyawa kita. Saya sayangkan ayah saya. Saya tak nak ayah yang tanggung dosa-dosa saya. Saya dah fikir masak-masak. Cukuplah hubungan kita sampai sini." Panjang lebar Safiyah memberi penjelasan.

Ezad berdiam diri. Dia kehilangan kata-kata. Apa yang dikatakan oleh Safiyah , semuanya benar. Safiyah bukan yang halal buatnya. Dan dia menyentuh Safiyah tanpa ada rasa bersalah pun.

"Awak , maafkan saya. Saya sayangkan awak. Tapi saya lebih cintakan Allah , pencipta saya. Kerana dia saya ada di depan awak sekarang. Dah tiba masanya untuk awak dan saya , kita berubah ke jalan Allah. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." Safiyah meminta diri.

Cintakan bunga , bunga akan layu.
Cintakan manusia , manusia akan mati.
Cintakan Allah , akan kekal abadi.


Published with Blogger-droid v2.0.10
Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
Nina Mads
admin
March 25, 2013 at 4:39 PM ×

Cerita yg menarik..suka :)

Reply
avatar