Kau diberi pilihan. Kau boleh memilih tanpa ada paksaan. Dan bila kau
sudah membuat keputusan , bermakna kau harus menerima segala kesan
dari tindakan yang kau lakukan.
Sekarang kenapa keluhan kedengaran seperti rungutan? Apa yang kau
keluhkan , apa yang kau rungutkan? Siapa yang kau nak salahkan?
Kau diberi pilihan. Yang memudahkan , atau menyusahkan. Kau memilih
untuk berumah di tepi lautan sedangkan kau tahu bahangnya matahari di
siang hari akan kau rasakan.
Dan kau tak memilih berumah di atas bukit yang tinggi. Katamu lelah
memanjat bukit yang menyakitkan kaki. Dan kau lebih rela berjalan di
bawah panasnya matahari.
Sedangkan kau tahu , di tepi lautan sukar mencari makanan. Di atas
bukit , makanan apa kau mahu ada bersebelahan. Tapi kau tetap mahu
bersama lautan. Baiklah , jika itu yang kau inginkan.
Membuat pilihan atas kehendak sendiri , bermakna harus menerima segala
risiko yang menimpa diri. Sukar atau mudah , yakinlah akan ada
hikmahnya nanti. Tak guna untuk disesali. Perkara yang sudah berlaku
takkan dapat diputar kembali. Tapi lain kali , buatlah keputusan
dengan lebih berhati-hati.

3 Comments
Click here for CommentsYe betul tu. pilihan tu ada kat tangan kita. baik buruk pilihan tu ttp kaki kita sendiri jgk yg melangkah. Terpaksa? owh, yang melangkah itu kaki sendiri jgk kan.. andai tersilap langkah, kita masih punya hari ini utk membetulkannya.. Kan
ReplyLIKE! stiap plihan kiter mesti ade pro n kontranyer..
Replykdg2,,,
Replysukar nak buat pilihan..
hmm
ConversionConversion EmoticonEmoticon