Penutup Untuk Hari Ini

Bangun awal pagi nak bersiap ada kelas jam 8 pagi. Jam 7.02 , dapat
SMS dari kawan sekelas kata kelas batal lecturer busy. Tak boleh nak
happy sebab dah bersiap tinggal nak gerak je lagi. Alih-alih kena
batal kelas hari ni. Patah hati , sabarkan diri.


Duduk dalam bilik tak keluar sampai tengahari. Sibuk menghafal doa-doa
yang ustaz bagi. Konon masa kelas jam 4 nanti kena baca sebab tinggal
dua minggu je lagi. Tiba-tiba telefon berbunyi. Kawan kata kelas jam 4
ni kena batal sebab ustaz ada hal yang lagi penting dari kami. Datuk
ustaz meninggal sebab tu dia kena bergegas pergi.


Seharian berlalu tak sedar dah beransur malam hari. Seharian jugalah
tak turun pergi kafe beli nasi. Makan je apa ada dalam bilik ni.
Memandangkan jam akan bertukar ke angka 12 kejap lagi. Sajalah nak
update cerita yang boring lagi tak berfaedah ni.


Semoga esok lebih baik dari semalam :)
Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
March 13, 2013 at 4:21 PM ×

Iinnalillah untuk datuk ustaz tu


p/s: semoga setiap hari, hari yg baik :d

Congrats bro Syazana Zainn you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar