Angan-angan yang tinggi, tolong pergi!

Terlalu banyak yang diangankan. Sampai aku rasa macam nak tidur supaya
aku berhenti berangan-angan. Bimbang apa diangankan tak kesampaian.


Apa yang aku angankan terlalu tingggi. Dan kadangkala angan-angan tu
bawa aku jauh ke dunia fantasi. Melupakan aku tentang dunia realiti.
Ingin saja aku tinggal di situ terus berimaginasi.


Tapi itu dunia palsu. Aku takkan dapat apa-apa kalau terus berada di
situ. Dunia realiti takkan menunggu. Tapi itulah dunia sebenarku.


Biarlah aku membawa secebis angan-angan untuk dijadikan motivasi.
Perjalananku masih panjang lagi. Aku akan cuba berhenti berangan yang
tinggi-tinggi. Tapi berharap direalisasikan dalam mimpi. Biar sekejap
, ia pasti bererti.
Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Nour Adieb
admin
March 14, 2013 at 11:36 PM ×

hee, sy pun banyak angan2. yg terlebih logik pun ada gak

Reply
avatar
diana
admin
March 15, 2013 at 12:19 AM ×

angan2 untuk suka2 memang buang masa..tapi kalau angan2 lepas tu ada usaha apa salahnya teruskan berangan..takj jadi satu,ada lagi 5,6 angan2..kan??heheh

Reply
avatar