Projek 100 Blogger yang dikendalikan oleh Bro Framestone dalam mengumpulkan 100 bloggers Malaysia yang mampu diketengahkan kepada beberapa syarikat yang sudi mengiklan di 100 blog yang terpilih.
Antara kriteria yang dicari :
- Mempunyai trafik sehari dalam minima 500 uv.
- Setiap blog post mendapat minima 5-10 komen dari pembaca.
- Bukan blog copy paste, politik atau menyentuh isu-isu sensitif dan keterlaluan.
- Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.
- Blog di update sekurang-kurangnya seminggu 4 kali.
- Duduk di Malaysia dan warganegara Malaysia.
- Sanggup memberi komitmen kepada projek 100 bloggers.
- Lebih diberi keutamaan kepada blogger ber’niche’ : Kekeluargaan, remaja perempuan (personal), remaja lelaki (personal), teknologi, keusahawanan, makanan.
Kalau anda dan blog anda menepati kriteria yang Bro Framestone cari , dialu-alukan lah untuk menyertai projek ni ye. Aku baca pun cambest je. Tak salah kalau nak mencuba sebab takkan ada bayaran yang dikenakan.
Setakat ni , masih ada lagi kekosongan. Mungkin anda antara yang akan memenuhi kekosongan tu. Siapa tau kan? Kalau rasa-rasa nak mecuba , bolehlah isi borang di SINI. Kalau nak maklumat lanjut pun , boleh klik SINI.
Even blog aku masih tak menepati beberapa kriteria , takpe. Anggaplah aku cuba membantu bagi mereka yang mungkin lebih berkelayakkan untuk ikut serta projek ni. Kot-kot rezeki korang dekat situ kan? Selamat mencuba!
4 Comments
Click here for CommentsHURM... XLEH JOIN. HAHA.
Replymcm best aje join ni..
Replytapi tak dapat la..
tak layak lagi..hehe.
terima kasih yea info ni..
Pokok Manggis Depan Rumah
good luck..semoga berjaya..
Replysyarat apa yg x lepas lagi?
shahjiehan : syarat tang dekat trafik tu .. hehe ..
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon