Thursday, March 9, 2017

Jodoh sebelah UiTM


Ni gambar masa photoshoot lepas nikah. I mekap sendiri. Jimat! kahkah

Today is our first wedding anniversary! Tak ada majlis, tak celebrate and tak ada hadiah. Masing-masing cuma wish dekat whatsapp je pagi tadi sebagai tanda saling mengingati.

"happy anniversary you."
"happy anniversary too."


I tak sangka dah setahun i jadi isteri Andy. Cepat gile. And bulan Mac ni juga, bulan untuk i fighting for our first child. Nak bersalin dah since due date 20.03.2017! nervous tak terkata sampai tertanya bilalah baby nak keluar. Before due ke, macamana ni. Nak kata tak sabo, taklah juga. Tapi rasa ingin tahu tu tinggi melangit. First baby kut.

Tadi dah pi klinik untuk scan. Last scan, last jumpa doktor. InsyaAllah. Lepas ni tinggal appointment dengan nurse je lah seminggu-seminggu. Ala, dah tak lama mana pun. Pejam celik, dah ada kat LR. hihi. So, tadi scan baby alhamdulillah. Doktor kata baby okey.

Ni nak sambung pasal Andy. Saja throwback.

Sebelum ni, i dah post entri pasal How I Met My Husband. Konon nak buat part 2 tapi hehh mood masih lost. So, biarlah dulu.

Sebelum kahwin, i tertanyalah juga kan. Dengan sapelah i kahwin nanti. Macamana orangnya. Macamana i akan jumpa dia. And paling penting, how will i know yang itulah guy yang bakal i kahwini. Penuh rahsia kan?

Jodoh tu memang rahsia Allah. I memang plan nak kahwin. Tapi tak pernahlah pulak target umur berapa i akan kahwin. Tau-tau je umur 25 dah jadi isteri Andy. Tanjat member satu universiti. Tup tup je dah bagi invitation card.

And perkara yang paling i tak sangka sekali, rupanya Andy kerja sebelah universiti i belajar. I tau pun sebelum kitorang tunang. Lepas dah kahwin, ohhh jodoh sebelah UiTM rupanya. Tak sangka betul selama i belajar dekat UiTM tu, jodoh i tengah kerja dekat sebelah. ekekekk

Tu lah kan. Jodoh rahsia Allah. Boleh jadi dia orang yang paling dekat dengan kita tapi kita tak perasan pun sebab waktunya belum tiba untuk dipertemukan. Macam i dengan Andy. elehh..

So, last word sebelum midnight. Happy anniversary love! Lepas ni boleh celebrate sekali dengan birthday anak. Jimat kos. kahkah

Toodles!

posted from Bloggeroid

6 comments:

  1. happy anniversary sis :D hehehe skarang ni semua kena jimat

    ReplyDelete
  2. Aawww...Happy Anniversary you both! Semoga bahagia kekal ke Syurga. InshaALLAH.

    ReplyDelete
  3. So sweet!
    Alhamdulillah...smoga ikatan ni akan trs kekal slamanya hingga ke syurga..smoga kamu n psangan sntiasa bersama n saling ada saat diuji ..

    Happy anniversary day for both of u..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..happy fiirstt anniversary ye...and selamat melahirkan anak pertama jugak..best tu bday anak sama bulan ngan anniversary..hihi

    ReplyDelete
  5. happy belated anniversary na. comei masa kawen. :D

    ReplyDelete