Sunday, July 31, 2011

Aik, Dah Raya Ke??

Assalamualaikum ..

Aiyooo! Sangat merindukan blog ini. Tapi apakan daya, segala yang dirancang tak berjalan dengan lancar. Aduhaiii. Semalam gangguan elektrik yang sangat lama sehingga ke petang tadi menyebabkan kepala hotak agak serabut.


Senarai peserta SEGMEN 3 JAM tu Tia akan senaraikan tengahmalam ni dan jadikan STICKY POST. Tolong doakan tiada lagi masalah gangguan elektrik pehlisss. Bermenjak-menjak ni, gangguan elektrik kerap berlaku di tempat Tia. Agak sengal rasanya.


Tia mohon maaf di atas kesulitan yang berlaku sempena esok puasa. Hehee. Ohye! Tadi Tia ada jalan keluar bandar. Yaa! Akhirnya, setelah lebih sebulan menjerukkan diri dalam rumah akhirnya keluar jugak.


Walau agak jakun, tapi masih dapat dicover dengan baik. Hahaaa! Kaki sekarang terasa bengkak dek berjalan lama yang mengejut. Shock walk. Hee~ Agak menyakitkan telinga dan hati bila ada satu SUPERMARKET yang memainkan lagu raya.


Lagu raya??! What the frog? Puasa belum, raya belum dah main lagu raya? Pehal? *sabar Tia sabar, esok dah nak puasa..* Itu saje ringkasan yang dapat dibuat. Harap tak pening. Huhuuuu.


Sekian...

Saturday, July 30, 2011

SEGMEN 3 JAM JE

Assalamualaikum ..

Ini entri autopublish ye. Kenapa? Sebab ayah Tia sekarang mesti tengah main game.. Hahaa! So, lewat malam sikit nanti baru giliran Tia. Perhhh~ Okey, entri kali ni Tia nak buat segmen. Segmen ni kejap aje. Start jam 8 malam, tutup jam 11 malam ni jugak..


Lepas tu senarai yang join Tia akan jadikan sebagai STICKY POST sampai esok hari maaa~ Cekidauttttt ..


  1. Buat satu entri dan masukkan header kat atas ni (LINKKAN KE SINI).
  2. Letak tajuk SEGMEN 3 JAM JE.
  3. Dah siap tinggalkan link kat kotak komen di bawah ni.
  4. Tarikh tutup jam 11 MALAM ni ...
SEGMEN DAH TUTUP. TERIMA KASIH :)

Sekiannnnnnnnnnn ... Hohooo! Ayah sedang menggunakan kuasa veto nya sekarang :)

Kotak Komen Tia Pun Kena Serang??!

Assalamualaikum ..

Sebelum ni, Keroro pernah kena serang bertubi-tubi. Tia pun terkejut sebab selalunya Keroro yang suka main serang-serang ni tapi sekali tu dia pulak yang kena serang. Hohooo! Intro yang minta debik. Mwahahaaa~


Saja kasi suspensssss. Tapi memang betullah, kotak komen Tia kena serang bertubi-tubi oleh dua orang blogger okey! Tak percaya tengok gambar kat bawah .. (Klik gambar kalau tak jelas yeee)


Tea Punya Keje

Najwa Punya Keje


Betulkan kotak komen Tia kena serang. Heheh!! Thanks Tea and Najwa sudi geledah entri-entri sebelumnya.. Tia bukan pilih kasih.. Semua yang datang komen pun insyaAllah Tia akan balas balik .. Jom terjah mereka!!


Sekian...

Suka Gigit Kuku

Assalamualaikum ..

Habit atau kebiasaan. Semua orang ada ke? Tak kisahlah kebiasaan tu baik ke buruk yang penting korang dah biasa dengannya. Masa Tia kecik-kecik dulu Tia ada kebiasaan yang buruk, bad habbit.


Tia suka gigit kuku. Gigit-gigit sampai pendek. Macam je takde ketip kuku kan. Hahaa! Budak-budak. Memang kebiasaan Tia lah gigit kuku masa zaman retro dulu. Retro lah sangat. Sambil tengok tv sambil gigit-gigit kuku.


Berbuih mulut ibu suruh berhenti. Bukan tak nak dengar tapi masa tu tak tau macamana nak berhenti. Dah terbiasa. Tia pun dah tak ingat macamana boleh berhenti gigit kuku tu. Sekarang tak gigit kuku, gigit orang! Hahaaa..


Apa kebiasaan korang??
Sekian...

Ashraf atau Aleesha Meninggal Dunia

Assalamualaikum ..



Mohd Ashraf Hafiz atau Aleesha Farhana lelaki yang nak tukar namanya. Rasanya ramai dah tahu cerita tu kan. Tak payahlah Tia huraikan selanjutnya sebab itu urusan dia dengan Allah. Kita manusia yang ada banyak lagi kekurangan boleh doakannya.


Tia terkejut bila dapat tau Mohd Ashraf Hafiz atau Aleesha Farhana dah meninggal dunia.


"Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. - SUMBER"


Al-Fatihah untuk arwah..
Sekian...

Tagline Sesetengah Perokok

Assalamualaikum ..

Uhuk, uhuk! Maaf, gedik nak buat suara batuk dekat blog. Motif? Hahaaa. Entahlah. Ramai je yang tak suka orang yang merokok ni kan. Tia pun tak suka, lebih-lebih lagi kalau merokok sebelah Tia.


Bila asap rokok tu kena kat baju Tia, habis busuk bau rokok baju tau. Buat bazir softlan aje nak wangikan baju kalau dah bau asap rokok lagi kuat. Lepas tu nanti orang salah sangka pula ingat Tia yang merokok.


Ramai member lelaki Tia suka merokok. Bila Tia tanya susah ke nak berhenti merokok? Jawapan dorang :

Merokok Mati, Tak Merokok Mati.. Baik Merokok Sampai Mati..

Adoi! Sia-sia lah mak kau bertarung nyawa nak lahirkan kau. Takpe, aku hormati keputusan kau yang nak merokok sampai mati tu. Tapi tolong jangan bawa sekali orang lain yang tak nak mati sebab asap rokok kau ye..


Sekian...

"Kalau Tak Sebarkan, Nyawa Dalam Bahaya!!"

Assalamualaikum ..

Tia yakin sangat kalau korang pernah terima SMS/pesanan ringkas yang seolah-olah mengugut kita kalau kita tak sebarkan SMS tu. Konon kalau tak sebar, dalam masa sekian sekian sekian nyawa kita dalam bahaya.


Bukan sekali Tia pernah dapat, tapi berkali-kali. Tu semua bukan dari siapa pun, dari member sendiri jugak. Adeh! Selalunya kalau Tia dapat SMS macam tu Tia abaikan je. Kalau betullah nyawa Tia terancam kalau tak sebar SMS macam tu, Tia serahkan pada Allah.


Ajal kita bukan tertulis pada SMS tu. Haish! Kalau dah ajal, kita cuba elak macamana sekalipun takkan berjaya punya. Ingat, semua yang hidup pasti akan mati. Tia bukanlah ustazah, tapi sekurang-kurangnya Tia tau..


Korang boleh baca selanjutnya di blog INI. Tak rugi okey sebab kalau korang masih ragu-ragu akan hal ni, ada ustaz yang dah bagi penjelasan. Tia cuma berkongsi apa yang Tia rasa patut Tia kongsikan bersama..


Sekian...

Oh! Bahangnya Semakin Terasa...

Assalamualaikum ..

Selepas beberapa jam menunggu, menunggu dan menunggu akhirnya hidup jugak elektrik kat rumah ni. Ahahaa! Apalagi, jangan tangguh on laptop cepat. Connect laju-laju. Heheh! Nasib baik jiran sebelah rumah tak off wireless. Phew!


Waa! Macam tak percaya aje bulan Ramadhan nak tiba. Inilah entri pertama berkaitan Ramadhan Tia publish. Rasa seronok sebab bahangnya semakin terasa. Mana-mana blog dah eksited post entri puasa aje.


Semoga Tia dapat berpuasa di hari pertama bulan Ramadhan untuk tahun ni sebab tahun lepas Tia tak dapat. Sedih sangat-sangat tau. Orang seronok merasa puasa di hari pertama tapi Tia? Wuwuuuu~ InsyaAllah tahun ni dapatlah merasa hari pertama berpuasa.


Bukan takat tu aje. InsyaAllah Tia nak penuhkan puasa tahun ni. Err~~ boleh ke?? Huhuuuu..
Sekian...

Friday, July 29, 2011

Tutorial Total Posts dan Total Comments

Assalamualaikum ..


Ada request macamana nak buat total post dan total comments dalam blog. Senang je ni. Korang kena guna Add a Gadget. Mula-mula sekali Tia nak minta maaf sebab Tia tak tau dan tak ingat dari mana ambil widget ni.




Haaa, atas ni adalah gambar printscreen yang Tia buat supaya korang tau widget apa yang Tia maksudkan. Widget ni akan nyatakan berapa jumlah entri yang korang dah post dan berapa jumlah komen yang korang terima.


Hebakk? Hahaa! Okey jom buat..

Step: Pergi Design > Page Elements > Add a Gadget > Pilih HTML/JavaScript dan masukkan code di bawah..

<script style="text/javascript">
function totalPosts(json) {
document.write('Total Posts: <b>' + json.feed.openSearch$totalResults.$t + '</b><br>');
}
function totalComments(json) {
document.write('Total Comments: <b>' + json.feed.openSearch$totalResults.$t + '</b><br>');
}
</script>
<script src=" /feeds/posts/default?alt=json-in-script&callback=totalPosts"></script>
<script src=" /feeds/comments/default?alt=json-in-script&callback=totalComments"></script>

Mudah kan? Tak payah main edit HTML. Selamat mencuba!
Sekian...

"Ayah, Jangan Lama-Lama Tau..."

Assalamualaikum ..

Waa! Sangat tak best sebab sebelum adik Tia masuk UiTM, laptop kat rumah ada dua. Baru-baru ni dia ada balik rumah, masa dia masuk balik UiTM tu dia bawa sekali laptop satu. Masa laptop ada 2 kat rumah, Tia takde saingan.


Sekarang tinggal laptop Tia aje. Banyak sainganlah. Saingan terkuat Tia ialah ayah Tia. Ayah suka main game. Kalau ayah dah dapat laptop, Tia boleh tido dulu 5 jam baru boleh dapat balik. Hahaa!


So, sekarang kami guna tagline "SIAPA CEPAT, DIA DAPAT". Sengal tak? Hohoo! Kalau pagi-pagi, adik yang kecik dapat dulu laptop tu. Bila si abangnya dah bangun, si adik terpaksa mengalah sebab abang lagi KUAT dan besar!


Lepas tu pulak, bila si kakak (Tia le) dah siap buat kerja. Si abang tadi pulak kena mengalah ye, sebab si kakak menggunakan kuasa KAKAKnya! Nyahahaaa. Dan akhir sekali, dapat kat ayah Tia. Wuwuu~ Tia kenalah mengalah dengan ayah.


So, kesimpulan dari cerita. Siapa lagi besar, dialah menang. Siapa lagi besar kuasanya, dialah menang. Siapa memegang jawatan paling tinggi, dialah yang menang. Hahaaa..


Sekian...

Tajuk Entri Kena GEMPAK!

Assalamualaikum ..

Macam-macam jenis entri yang dibuat oleh blogger supaya blogger lain akan tertarik dengan tajuk entri lantas mahu membaca isi entri pulak. Sepanjang Tia berblog ni, Tia dapat kesanlah antara entri-entri yang dapat sambutan.


Macam tips-tips dapatkan buffered earnings (BE), tips atau cara untuk tingkatkan trafik mencanak-canak, entri menjatuhkan blogger lain, dan banyak lagilah. Semuanya bergantung pada tajuk entri.


Kalau tajuk entri gempak, trafik pun gempaklah. Melainkan, korang ada pembaca setia. Korang letak tajuk "Mandi" je pun, pembaca setia korang tu akan baca. Best tak?? Mestilah best.. Hahaaa..


Sekian...

Monday, July 25, 2011

Tunjuk Pendapatan Dari Blog

Assalamualaikum ..

Kahkahkahhhh! Baru aje berapa minit Tia post entri tadi kan. Ni post lagi. Heheh! Entri tutorial tak best. Tak mencabar. Bhahaa! Tia tertarik bila baca entri dari Bro Ahmad tadi sebab tu gedik nak buat entri ni.


Perlu ke tunjuk pendapatan blog kita pada blogger lain? Tengok pada niatlah. Kalau niat dia nak riak, hohooo salahlah tu. Tapi kalau niat nak kasi semangat dekat blogger lain, takpa. Bagi Tia tak salah sebab Tia ambil tu sebagai motivasi.


Sebelum ni pun Tia ada jumpa beberapa blogger yang tunjukkan pendapatan dia dalam blognya. Tia teruja okey! Huish, entri cikai-cikai pun boleh dapat earnings masyukkkk~ Tapi ada jugak keburukkannya bila pendapatan berblog tu ditunjuk.


Akan menimbulkan rasa dengki dekat sesetengah blogger lain. Lepas tu mulalah kutuk-kutuk. Pedih-pedih. Selain tu, boleh jugak menimbulkan rasa tak ikhlas nak berblog pada blogger lain. Sebab nak kejar duit tu.


Tipulah kalau ada yang tak teruja bila $$$ mula bergerak dekat akaun dia. Terutama akaun nuffnang.. Hohoo! Psst, Tia nak tunjuk pendapatan Tia boleh? Bhahahaaa..


Sekian...

Tutorial Centerkan Header (Denim Template)

Assalamualaikum ..

Ini sambungan dari Tutorial Buat Template Ringan (Denim). Tutorial dalam part 1 tu Tia tunjukkan cara-cara macamana nak ubah kelebaran blog kan. Sekarang Tia akan tunjukkan pula macamana caranya masukkan header dan centrekan header tu.


Step1 : Pergi Design > Page Elements > Masukkan header macam biasa > SAVE

Step2 : Pergi Design > Edit HTML > Cari code

/* Content

Sekarang korang copy code di bawah ni

.Header img {margin-$startSide: auto;margin-$endSide: auto;}

Pastekan di atas code /* Content tadi.. Boleh tengok gambar di bawah kalau tak faham yee.. Kalau tak faham jugak, hentakkan kepala anda selaju boleh ke dinding. Hahaa!


Tia tak pasti kalau template lain boleh guna code yang Tia bagi tu. Tapi korang boleh cuba. Kalau tak jadi, am sorry! Hahaaa..


Sekian...

Orang Tua-tua Kata...

Assalamualaikum ..

GOOGLE

Hari ni Tia nak kongsi pasal kata-kata orang tua zaman dulu-dulu. Mesti korang pernah dengar kan. Tak taulah samada di masa akan datang masih diguna pakai atau tak kata-kata tu.


Antara dialog yang selalu kedengaran "Eh, orang dulu-dulu kata kan...." bla, bla, blaaa. Banyak pesan orang dulu-dulu kan. Ustazah Tia kata, tiap apa yang orang dulu-dulu kata/pesan tu sebenarnya ada penjelasan yang logik disebaliknya.


Antara yang Tia selalu dengar macam :
  • Jangan pakai payung dalam rumah nanti pendek : Haish! Payung tu kan ada tajam-tajam dekat sekeliling payung tu bila dibukak. Kalau main dalam rumah, kang tak pasal-pasal cocok biji mata kan bahaya.

  • Jangan menyanyi masa memasak nanti dapat laki tua : Yelahkan, tak naklah anak dara anak dara ni menyanyi. Takut leka syok menyanyi tak pasal ikan hangit, kuah kering, kan dah membazir tu. Lagi satu, buat apa terpekik terlolong kat dapur? Hmm

  • Jangan potong kuku malam nanti pendek umur/pocong datang : Leee, dah jelas tipunye. Sajalah tu nak takutkan sapa yang potong kuku malam. Bukan apa, malam kan gelap. Dulu-dulu takdenya lampu macam sekarang. Takut terpotong isi. Kan naya tu.

  • Jangan duduk atas bantal nanti punggung dapat bisul : Gerenti takut kan. Hahaa! Oit! Kan bantal tu letak atas kepala untuk baring. Kalau dah montot duk lekat atas bantal, tak senonoh aih.

  • Jangan keluar sampai maghrib nanti kena sorok hantu : Ni kes untuk budak-budak keciklah ni takutkan depa. Bukan apa, kan dah nak malam tu waktu solat. Ni, azan berkumandang pun masih duk hu ha hu ha kat luar rumah.


Takat tu jelah yang Tia selalu dengar. Korang pulak?
Sekian...

3 Bulan 1000 Follower

Sila percaya ini bukan blog pertama Tia. Heheh! Panjang ceritanya. Kuikuikuiii. Takde ah. Sebelum ni Tia ada blog lagi satu. Blog tu dah lama. Last Tia update blog tu pada 26 April 2011.


Dan! Blog "Ini Kisah Tia" pun mula ditubuhkan pada hari yang sama iaitu 26 April 2011. Mula-mula, agak berat jugak hati ni nak tinggalkan blog lama tu sebab masa Tia nak tinggalkan blog tu follower dah cecah 500.


So, agak sayang di situ. Selain tu, backlink pun dah banyak Tia dapat. Ada jugak main SEO sikit, kira google dah boleh baca lah blog tu. Memang rasa sayanglah tinggal. Oh! Dan, hasil dari blog tu jugak Tia ada dapat banyak BE yaw! Dah boleh cash out dah tu.


Tapi, Tia dah fikir sehabis fikir. Tia tetap nak buat blog baru! Yaa, inilah blog baru tu "Ini Kisah Tia". Dan nampaknya Tia tak salah meninggalkan blog lama dan bersama yang baru ni.


Blog lama tu agak berterabur. Bila Tia baca balik entri-entri lama pun rasa "err~ ini ke yang aku post?" Hahaa! URL lain, nama blog pun lain. Sangat tak best! Blog lama tu masih ada. Tia tak delete pun. Tapi mungkin lepas ni Tia akan jadikan blog tu untuk entri SEO.


Bila dah buat blog baru ni, azam pun mesti baru! Tak nak dah buat entri cikai-cikai. Kalau ada pun, sekali sekala takpe kot. Hahaa! Puas jugak Tia cari nama dan URL yang sesuai masa tu supaya orang senang ingat.


Maka, terciptalah blog "Ini Kisah Tia". Tu sebab nama dan URL blog sangat penting bila masa mula-mula buat blog. Tak salah nama blog lain URL blog lain, tapi memudahkan pembaca ingat blog kita kalau URL dan nama blog sama.


Sekian...

Sunday, July 24, 2011

Scan Perempuan Dapat Lelaki

Gambar di atas tiada kaitan dengan entri ..
Klik gambar untuk ke blog beliau .. hahaa!
Jangan risau, beliau belum berkahwin .. mwehehee :)

Ini bukan cubaan atau testing atau tester semata-mata okey! Ini kejadian sebenar. Heheh! Tia tak tau lah macamana nak buat ayat pendahuluan untuk tajuk entri ni. Hmm okey macam ni. Untuk ibu-ibu mengandung ni, dorang boleh scan baby dalam perut kan.


Haish! Tak reti Tia nak buat ayat. Sambung.. So, nak dijadikan cerita masa ibu Tia dekat wad bersalin hari tu sempatlah berkenalan dengan beberapa lagi ibu-ibu yang lain dalam wad tu. Ada sorang mak cik tu, dia cerita dekat ibu Tia.


Dia ada buat scan dan keputusannya, baby dalam perut dia tu kononnya perempuan. Pasangan suami isteri tu terujalah sebab bakal dapat anak perempuan. Anak sulung katakan. Disebabkan keterujaan mereka tu, segala persiapan untuk baby dorang pun dilengkapkan.


GOOGLE

Semua baju-baju baby yang dibelikan comel-comel belaka. Siap ada warna tema lagi. Pink yaw! Dari topi sampai ke kasut serba serbi pink. Lengkaplah semua pink. Sekali lepas beranak, amek kau. Lelaki..


Huru hara jadinya. Baju semua pink, dapat baby pulak lelaki. Kalau baju tu setakat sehelai dua helai takpa. Ni, berpuluh. Tuala semua pink. Nak tak nak terima ajelah. Sebab tu ibu Tia tak nak scan. Takut lain di scan lain yang keluar.


Ibu kata, tak kisahlah anak dia lelaki ke perempuan. Yang penting, dia sayangkan anak-anak dia..

Sekian...

Saturday, July 23, 2011

Bila Boleh Dapat Buffered Earning (BE)



Ohoo! Entri ni untuk mereka yang mengharapkan buffered earnings. Kalau ada yang tak suka dengan isu blogger yang jana pendapatan dengan blog, boleh skip dari meneruskan pembacaan entri ini bagi mengelakkan rasa menyampah yang amat dasyat! Hahaaa!


Tia tau, ramai yang mengharapkan buffered earnings ni kan. Huish, siapa tak harap weh! Kalau dapat buffered earning ni, rasa macam nak refresh setiap 5 minit tengok earning tu bergerak. Fuhhh. Masyukk~


Boleh cecah puluhan ringgit kalau dapat buffered earnings ni berbanding dengan iklan-iklan biasa (campaigns) yang cuma boleh dapat RM0.25 setiap satu iklan. Tapi nak dapat buffered earnings ni memang susah.


Mengikut kajian Tia yang korang jangan percaya bulat-bulat, buffered earnings ni akan dibagi pada blogger yang sudah lama menjerukkan iklan nuffnang selama setahun ke atas. Kalau rasa-rasa baru sebulan dua dengan nuffnang, sila jangan berharap ye.


Yelah, mungkin nuffnang nak uji kesetiaan korang dengan mereka. Siapa tau kan. Kalau siapa-siapa yang rasa dah lebih setahun setia dengan nuffnang, sila jaga status glitterati anda. Status tu penting. Salah satu tiket untuk dapat buffered earnings okey!


Tapi setahun??! Lama gila. Hahaa! Sebab tu kita tak digalakkan untuk terlalu memikirkan duit bila berblog ni. Lebih-lebih lagi yang newbie. Dan sebab tu jugak, bila blogger tu kecewa tak dapat duit dari berblog ni akan mula rasa kecewa. Bila dah kecewa, BERHENTI BERBLOG!


Apa yang kita patut buat ialah, teruskan menulis. Bila menulis pulak, sebolehnya biarlah ada isi. Ada isi ni maksudnya ada pengajaran ke, maklumat ke, haa macam tu lah. Hahaa! Cukup. Tia dah banyak membebel. See ya..


Sekian... Majulah blogger yaw!

CIKGU WAN BLOGGER GILA | SEGMEN SEO


SAYA JOIN SEGMEN CUBA-CUBA SEO ANJURAN WANCIKGUMUZIK DAN DAPAT HADIAH HEADER VERSI RAMADAN DARI CIKGU MUZIK YANG GILA TUUHH..!! KLIK SINI KALAU NAK JOIN.


Cikgu Wan Blogger Gila !! Kenapa Tia kata Cikgu Wan Blogger Gila? Tengoklah segmen yang Cikgu Wan buat ni. Memang nampak gila kan? Apa tak gila kalau tajuk entri pun Cikgu Wan suruh letak CIKGU WAN BLOGGER GILA | SEGMEN SEO.


Dah nampak sangat Cikgu Wan blogger gila kan entri SEO. Cikgu Wan, Cikgu Wan *geleng kepala*. Tapi, gila-gila Cikgu Wan buat segmen yang gila macam ni pun bagus jugak. Bolehlah Tia belajar main SEO dari Cikgu Wan Blogger Gila.


Tunjuk ajarku Cikgu Wan. Tia tak nak jadi blogger gila. Blogger hebak gila nak. Hahaa! Tia baru kenal sebenarnya Cikgu Wan yang dikatakan blogger gila ni. Kalau kenal pun takat gitu-gitu aje.


Cikgu Wan tak pernah singgah blog Tia kan. Ngaku cepat! Heheh! Tia cuba juga selongkar entri-entri yang ada dalam blog Ckgu Wan Blogger Gila tu. Perhh! Cikgu Wan bukan cuma blogger gilakan entri SEO tapi juga gila sebab berani buat entri 18SX.


Cikgu Wan Blogger Gila! Eh kejap, adakah Cikgu Wan juga blogger gilakan trafik? Cikgu Wan sila jawab. Heheh! Cikgu Wan, segmen CIKGU WAN BLOGGER GILA SEGMEN SEO ni memang best. Tapi lain kali Cikgu Wan gunalah keyword lain pulak ye.


Habis nanti semua yang join segmen Cikgu Wan ni kata Cikgu Wan Blogger Gila. Ini pendapat Tia aje ye Cikgu Wan. Tia tau Cikgu Wan Blogger Gila yang cuma gilakan SEO je kan.


Cikgu Wan nak tau tak? Tia dah pening sebenarnya guna keyword Cikgu Wan Blogger Gila ni banyak-banyak dalam satu entri. Macam ni ke nak main SEO Cikgu Wan? Huish, parah juga nak main SEO ni.


Tia dah tak larat nak taip panjang-panjang guna keyword Cikgu Wan Blogger Gila ni dah. Tapi masih taip. Hahaa! Sengal je si Tia ni. Sengal mengal. Jadilah kita blogger yang normal, jangan jadi blogger gila okey!


Kepada Cikgu Wan, Tia minta maaf kalau apa yang Tia taip kat atas tu dah melebihi dari apa yang Cikgu Wan tetapkan. Tia cuba praktikkan tips-tips yang Cikgu Wan bagi macam dalam entri CIKGU WAN BLOGGER GILA  SEGMEN SEO tu.


Sekian...

Nuffnang Ni Saja Tau

Assalamualaikum ..


Nuffnang saja tau nak kena kan Tia. Cubet kang *Lempang Tia Laju-laju*. Heheh! Baru aje semalam website Nuffnang tak boleh bukakan. "Under Maintainance" katanya. Hari ni dah bolehlah. Yeaa.


Hebak nuffnang ni. Tangkas sungguh menyelesaikan masalah. *Clap , clap , clapp*. Lepas ni boleh cek analytics lagi. Eh korang, korang pun cek lah akaun nuffnang korang. Kut-kut BE jatuh mencurah-curah. *Dalam Mimpi* kahkahkahh!


Okeylah, hok mana turunkan iklan nuffnang sebelum ni. Bolehlah naikkan semula. Apa? Tak tau macamana? Hemoh-hemoh! Tia ada tutorialnya. Cekidautttt :)

Tutorial Pasang Iklan Nuffnang/Apa-apa Iklan Lain

Sekian yaw...

Remove Iklan Nuffnang Sementara

Assalamualaikum ..

Google

Korang dah tau tak website Nuffnang ada masalah sekarang? Masalah apa, jangan tanya Tia. Tapi tadi masa nak cek analytics dekat akaun nuffnang, tetiba keluar ayat

Our server is under maintenance
We apologize for the inconvenience.
[LOGO NUFFNANG] 

Tak percaya lagi? Pergilah cek. Kalau betul, korang kena refresh page entri Tia ni 50x ye. Tinggi sikit pageviews Tia nanti. Hahaaa!


Korang perasan sesuatu tak bila website nuffnang ni bermasalah? Iklan-iklan nuffnang tak keluar lah. Logo kecil nuffnang pun tak muncul. Ghaib. Misteri bukan.


Menurut sumber yang Tia jumpa mengatakan loading blog jadi lambat sebab script ads nuffnang dah down. Tia pun perasan macam tu. Ambil masa juga sebelum keluar page depan blog.


So, mungkin Tia patut turunkan sementara iklan nuffnang ni sebelum website nuffnang pulih seperti biasa. Kalau ada yang nak buang jugak iklan nuffnang tu tapi tak tau macamana, meh Tia ajar.

Step : Pergi Design > Edit HTML > Tick "Expand Widget Templates"
Tekan kekunci Ctrl+F atau F3 dan taip perkataan "Nuffnang".

Tapi, kalau korang tetap nak simpan. Simpanlah. Tak siapa paksa pun. Ohye, untuk maklumat lanjut dan selanjutnya. Korang boleh baca dekat blog BELIAU.


Sekian... Daaa~

Thursday, July 21, 2011

Perempuan Jangan Terpedaya Dengan 3 Perkara

Assalamualaikum ..


Seperti yang kita tau, kebanyakkan lelaki (Tia ulang, kebanyakkan. bukan semua) adalah yang jenis bermulut manis kan. Ibarat menanam tebu di tepi bibir (wah!! ayat kau Tia). Kalau ada yang terasa, sila tumbuk skrin laptop sekarang.


Susah sebenarnya kita nak kenalpasti lelaki jenis macam ni. Kan best kalau ada mesin yang boleh scan dorang. Hahaa! So, kita perempuan kena berwaspada. Kali ni Tia nak kongsi sikit beberapa perlakuan yang dilakukan oleh lelaki yang kita tak boleh percaya 100%.


Jangan mudah percaya pada lelaki biarpun dia dah bawa korang jumpa keluarga dia. Tak kisahlah mak dia ke ayah dia ke. Korang jangan terus set dekat minda

"Eh, dia dah bawa aku jumpa family dia. Mesti comfirm aku jadi bini dia ni. Mustahillah dia akan tinggalkan aku sebab family dia pun dah kenal aku."

Bawa jumpa family tak bermaksud korang dah ada tiket nak jadi bini dia okey! Kalau betul si dia bawa korang jumpa family dia, anggap aje yang korang datang ziarah rumah seorang kawan supaya perasaan "PERASAN/SYOK SENDIRI" korang tak ada.


Yang ni berkaitan duit. Mentang-mentanglah si dia sanggup menghabiskan duit beratus untuk korang terus korang nak taching-taching eh! Alamak. Duit boleh di carilah. Harga diri yang tak de jual dekat Giant okey.


Yang ni selalu terjadi. Jangan terus percaya bila lelaki kata

"I janji akan kahwin dengan you. Percayalah I."

Itu cuma kata-kata. Biarlah muka dia ketat macamana sekalipun masa dia kata macam tu, korang jangan yakin sangat.


Sama-samalah kita berwaspada. Kalau betul dorang serius dengan kita, sila pastikan yang dorang naik meminang! Hahaaaa. Oyeahh. Ingat, jangan sampai terlepas di mulut buaya. Ahahaaa ..


Sekian...

Tuesday, July 19, 2011

Tutorial Buat Template Ringan (Denim)

Assalamualaikum ..


Masih tercari-cari template yang ringan? Hahaa! Dah bunyi ghope iklan. Dulu Tia selalu tercari-cari template yang ringan, ringkas, lawo. Dah jumpa yang cantik, berat pulak. Dah jumpa yang ringkas dan ringkas tak ceria pulak.


Kaji punya kaji Tia tau lah boleh buat template sendiri. Maksudnya kita boleh edit sendiri template tu ikut suka hati kita. Kali ni Tia bagi tutorial cara buat template sendiri yang agak ringan.


Sebolehnya, buat satu lagi blog. Tapi blog tu korang kasi private lah untuk korang edit-edit template. Kalau nak terus buat di blog utama tu, Tia nasihatkan supaya korang backup dulu ye template asal tu.


Dan lagi, kalau korang nak rasakan beza berat blog sebelum dan selepas guna denim template ni. Korang bolehlah timbang dulu berat blog sebelum dan timbang lagi selepas dah edit blog. Tengok berapa bezanya.


Mula tutorial.. Kita backup dulu template asal ye.

Step1 : Pergi Design > Edit HTML > Backup/Restore Template > Download Full Template

Sekarang kita akan tukar dan pakai template Denim untuk mula edit mengedit blog ye cucu. Hahaaaa..

Step2 : Pergi Design > Edit HTML > Scroll bawah sikit cari "Old Templates" > Klik "Select Layout Template" dekat Layout Templates (Launched 2006)

Ada banyak jenis template kan situ. Korang pilih dekat coloumn nombor dua dan tick pada Denim. Pergilah view blog. Suci bersih blog korang kan. Hahaaa!

--------------------------------------------------------------------

Kita akan ubah bahagian header dulu.

Pergi Design > Template Designer > Advanced > Ubah satu-satu ikut senarai bawah ni ye..

  • Page Header Background Colour - Ubah jadi Transparent
  • Page Header Corners Colour - Ubah jadi Transparent
  • Border Colour - Ubah jadi Transparent

Lepas semua kat atas tu dah ubah, klik APPLY TO BLOG tanpa ragu-ragu. Lepas dah apply, korang boleh view blog dan tengok sendiri apa yang berubah pada bahagian header. Jangan masukkan dulu gambar header korang yea.


Sekarang kita akan ubah lebar content, main dan sidebar. Korang kena banyak main tukar-tukar angka sini. Ubah sampai ikut suka hati korang. Tapi dalam tutorial kali ni Tia akan tetapkan sendiri okey!

Pergi Design > Edit HTML

Kita akan mula main code dekat sini. Tips mudah untuk korang bila cari code nanti ialah dengan tekan dekat kekunci tu Ctrl+F atau pun tekan F3. Ingat yang ni selalu. Senang sikit nak cari.


Kita akan ubah lebar content dulu. Okey, tekan Ctrl+F dan cari code

#content-wrapper {

Lepas dah jumpa, ubah width jadi 900px. Sekarang kita nak ubah bahagian main pulak. Korang kena cari code

#main-wrapper {

Ubah width jadi 630px. Sudah main, sidebar pulak. Tapi sidebar Tia dalam tutorial ni Tia tak ubah sebab dah sesuai. Kalau korang nak tukar jugak, bolehlah cari code

#sidebar-wrapper {

Ubahlah width ikut suka korang. Cuma jangan terlebih. Tia nasihatkan, korang preview dulu sebelum save yee! Kalau dah sesuai, korang bolehlah SAVE. Ahaa! Dah panjang ni. Tunggu tutorial part seterusnya okey..


Korang boleh request dekat kotak komen bawah ni kalau nak ada apa-apa penambahan dalam template tu ye. Tia tak janji boleh buat tapi insyaAllah Tia akan cuba. Okey daaa~

*UPDATE*
NEXT TUTORIAL --> Tutorial Centerkan Header (Denim Template)


Sekian...

Monday, July 18, 2011

Besarnya Tanggungjawab Blogger

Assalamualaikum ..


Halu, halu, haluuuu. Eh, da macam dj radio. Kahkahkahh! Rasa macam berhari Tia tak buka blog. Adeh, internet dekat sini punya pasal lah! Ada renovation entah apa benda Tia pun tak tau. Sabar ajelah.


Ni baru dapat online. Nak online sampai lebam boleh?? Hahaa! Nak balas dendam. Hwa3x! Sebelum Tia buat entri ni, Tia sempat berblogwalking dan terbaca satu entri tu. Dia cerita lain sebenarnya.


Tia tertarik dengan ayat tanggungjawab sebagai blogger ni besar. Kalau difikir-fikirkan, betul jugak tu. Kita blogger ni menulis. Bila sudah menulis, mesti tersebarkan. Kecuali blog tu di private kan oleh tuan punya blog.


Seboleh-bolehnya, kita kena hati-hati dalam menulis ni. Jangan sebarkan sesuatu artikel kalau tak pasti tentang kesahihannya dulu. Lebih-lebih lagi artikel pasal agama. Jangan buat main tau.


Tu sebab kalau kita copy artikel tu dari mana-mana sekalipun, kita kena letak link bagitau sumbernya. Kalaulah kan artikel tu tak betul, sumber dari mana pun tak letak. Haa, siapa yang akan dipersalahkan?


Bak ada kata, "mencegah lebih baik dari mengubati" kan. Err~ Macam takde kena mengena je kan. Kita tukar lah. "Sediakan payung sebelum hujan". Haaa! Baru betul kan. Hahaaa! Sama-samalah kita ingat mengingati.


Sekian...

Saturday, July 16, 2011

Pengalaman dengan Buaya

Assalamualaikum ..


Korang pernah pergi taman buaya tak? Err~ Taman?? Yelah yelah. Tempat di mana segala bapa buaya, mak buaya, anak buaya, semualah keluarga buaya menetap dekat situ. Kalau ada lelaki buaya, elok ditempatkan sekali bersama.


Sambung. Dekat Sandakan Sabah ni ada satu-satunya taman buaya tau. Arulchelsea dengan Adan pernah pergi tak? Dulu masa Tia kecik, tak ingat umur berapa dah. Yang penting masa tu memang masih kecik. Ada satu pengalaman tau.


Ayah bawa Tia pergi taman buaya tu. Seronok gile. Tapi menakutkan sebab jambatan dia masa tu cuma pakai kayu. Ye kayu yang bila-bila masa boleh runtuh. Dekat bawah tu pulak bersepah buaya-buaya besar. Siap ada yang tengah nganga mulut lagi tu.


Nak dijadikan cerita, masa terkinja-kinja seronok-seronok jalan atas jambatan tu tiba-tiba kaki Tia termasuk dalam lobang dekat jambatan tu. Mak aih, kemain beso lobang hidung dekat jambatan tu. Kaki budak-budak kan kecik. Senang je masuk.


Sumber : Google

Ayah pun dah panik takut anak dia tergelongsor masuk lubang tu lalu menjadi santapan buaya. Tia dah menangis dah masa ayah tarik Tia tu. Alhamdulillah. Kaki dan Tia selamat. Selipar yang comel tu aje tak selamat. Terjatuh!


Sekali jatuh selipar tu kat bawah dekat buaya-buaya tu, apalagi melibas-libas ekor buaya-buaya tu. Bergerak-gerak semua padahal mula-mula semua rileks je diam-diam. Depa marah kot sebab tak dapat jadikan Tia lunch dorang.


Inilah salah satu cerita masa Tia masih kecik yang Tia ingat sampai sekarang!!

Sekian...

Aiyarkk!! JOHOR Mariiii

Nampaknya Blog Tia Bakal Di REMOVED

Assalamualaikum ..


Siapa yang alert tentang isu terbaru berkenaan tak boleh tinggalkan link dalam ruang komen? Kecoh pasal tu sekarang kan? Dah ramai yang post entri macam tu. Rasanya Tia tak payah kasi backlink lah sebab banyak dah.


Kenapa tak boleh tinggalkan link dalam ruang komen? Melalui sumber yang tak tau boleh percaya atau tak, kononnya kalau terlalu banyak link dalam ruang komen dan pihak google dapat kesan. Blog akan di REMOVED serta merta tanpa notis.


Siapa tak cuak kan kalau blog depa kena removed?? Maka sekarang berlakulah fenomena tak boleh tinggalkan link dalam ruang komen. Kalau degil letak jugak, komen tu takkan di approved. Sorry to say lah kan.


Tapi yang turut buat Tia berfikir ialah, kalau betul berlaku hal macam tu. Kenapa blog Ben Ashaari yang sudah semestinya setiap hari ruang komennya dipenuhi dengan link yang mempromosikan blog dan entri tak di removed lagi? Masih teguh pulak tu.


Jangan salahkan dorang yang tak nak approved komen beserta link tu sebab dorang cuma nak berjaga-jaga. Apa orang kata, sediakan payung sebelum hujan. Tak pun, mencegah itu lebih baik dari mengubati.


Mula-mula Tia terbaca entri tu, Tia terus cuak jugak bhaii. 150++ komen yang beserta link ada dalam ruangan komen segmen terbaru Tia tu. So, redha jelah kalau lepas ni blog Tia pulak akan diremoved.


So, kalau blog Tia pun kena removed nanti. Tia minta maaf kalau ada salah apa dekat korang eh.. Tia cuma nak kata, berblog sangat best okey!!


Sekian...

Friday, July 15, 2011

Apakata Nuffnang Tentang 365autohits

Assalamualaikum ..


Ada siapa-siapa pernah tau pasal 365autohits yang boleh jana trafik tinggi tak? Pernah tak, pernah tak? Tia? Mestilah pernah. Hahaa! Tia ada terbaca jugak pasal benda ni dari blog lain tapi Tia tak ingat pulak blog yang mana.


Macam ni, 365autohits ni memang boleh bagi trafik yang tinggi okey. Subuh tadi jam 2 pagi macam tu Tia terkejut giloss. Sebab secara tiba-tiba disaat korang tengah melakar peta di atas bantal, angka online Tia berubah menjadi 45 !! What the happy.


Memang terkejutlah sebab siapa yang gigih betul subuh-subuh nak online dekat blog Tia kan?? Mak aih. Musykil dah masa tu. Bila ingat-ingat balik baru Tia ingat, Tia ada register dekat 356autohits. Ohh! Maknanya yang online banyak-banyak tadi dari 365autohits.


Siapa tak suka kan trafik tinggi-tinggi. Tetiba pulak tu ada 45 yang online dekat blog. Perhhh! Tapi bila difikir balik-balik, rasa macam tak sedap lah pulak. Online aje banyak, tapi bukan baca entri Tia pun.


Disebabkan rasa tak best dalam hati. Tia tanyalah pihak nuffnang untuk menjawab persoalan Tia. Dan ternyata laman web tu satu jenis manipulasi trafik yang bertentangan dengan terma dan syarat-syarat mereka. Dengan kata ringkas, TAK BOLEH! Hahaa!


Kesimpulannya mudah je. Tiap kali korang ada jumpa mana-mana laman web yang menawarkan trafik yang tinggi dekat korang, jangan terus rembat je. Tanya dulu pihak Nuffnang.. Heheh!


Oh, jangan risau masih ada lagi senarai peserta segmen Tia tu. Tia cuma tak nak tergopoh gapah senaraikan semua sekaligus. Ingat ada orang larat ke nak klik semua sekali dalam satu masa. Hahaa! Chill beb..

Mereka Dari PERAK

Tolong Letak PERINGATAN Dalam Blog

Assalamualaikum ..


Yee, tolong letak peringatan dalam blog masing-masing supaya tak berlaku apa-apa di lain hari. Alaa, peringatanlah. Macam warning gitu. Blog yang ada peringatan macam ni Tia nampak macam profesional sikit.


Contoh peringatan yang Tia jumpa macam dalam gambar kat bawah ni..


Itulah yang Tia maksudkan. Bukan apa, cuma mengelakkan sesuatu yang buruk dikemudian hari je. Contohlah kalau korang tak suka orang lain print screen apa-apa dari blog korang, so korang kena bagilah peringatan awal-awal.


Jangan pulak lepas orang dah print screen bahagian header tu, baru nak melalak terjerit terpekik terlolong dalam entri kata orang cabul privasi dia. Demi kesejahteraan bersama, letaklah peringatan atau peraturan kalau ada supaya orang tau.


Psst : Blog Tia pun belum ada. Hahaa! Nanti Tia buat jugak.. Kredit to Ticer Wann untuk print screen pemberitahuan tu dari blog dia :)


Sekian...

Thursday, July 14, 2011

Berkongsi dan Tambah Trafik

Assalamualaikum ..


Banyak sebenarnya cara nak tingkatkan trafik. Kalau korang rajin mengkaji atau mencari, jumpalah tu. Kalau yang tunggu nak disuap tu, susah sikitlah. Mak aih, kejam je ayat kan. Hahaa!


Salah satu cara adalah bertukar RSS atau Atom Feed. Mudah je caranya. Kalau dua-dua pihak dah bersetuju nak bertukar, okey boleh buat. Tak minta persetujuan bersama pun takpa. Tapi, yelah. Kau tolong aku, aku tolong kau.


Dia macam bloglist yang senaraikan blog-blog dan entri terbaru. Tapi kalau pakai RSS ni macam special sikit. 5 entri terbaru sesebuah blog tu akan disenaraikan. Alaa, macam recent post tapi blog lain punya URL lah.


Sudut terbaik feed ni diletak di bawah header, atau di atas posting. Tak ramai yang buat pertukaran feed ni. Macam blog Ben Ashaari tu lah. Di bawah header beliau. Korang perasan tak?


Okey jum tengok macamana nak buat..

Step 1 : Pergi Design > Page Elements > Add a Gadget > Cari Feed > Masukkan URL blog > SAVE

Senang je kan. Hahaa.. So, lepas ni bolehlah korang semua berkongsi trafik yang ada.

Sekian...

Tutorial Ajax Shoutbox

Assalamualaikum ..


Ajax shoutbox ni macam yang Tia tengah guna sekarang. Tengok dekat tepi tu. Slow motion tergedik-gedik je dia nak keluar kan. Hahaa! Dah Tia pun tergedik-gedik nak pakai. Tapi okeylah, boleh jimat ruang sikit. Berat tu, Tia tak terasa sangat.


Korang boleh reka sendiri sebenarnya background shoutbox tu dengan gambar utama tu (Tia tak tau nak gelar apa). Tapi kena pandai adjust lah nanti sampai shoutmix tu betul-betul masuk dalam background tu.


Sebelum tu, jangan gedik-gedik nak tanya Tia dari mana Tia dapat tutorial ni sebab Tia dah tak ingat. Okey kita mula..


Step 1 : Settings > Design > Page Elements > Add a Gadget > Pilih HTML/JavaScript > Masukkan code di bawah..

-----------------------------------------------------------

<div style='display:scroll; position:fixed; top:70px; right:-0px;'>

<!-- Start Ajax Popup Shoutbox by -->

<script type="text/javascript" src="http://code.jquery.com/jquery-latest.pack.js"></script>

<script>

$(document).ready(function() {

//select all the a tag with name equal to modal

$('a[name=modal]').click(function(e) {

//Cancel the link behavior

e.preventDefault();



//Get the A tag

var id = $(this).attr('href');



//Get the screen height and width

var maskHeight = $(document).height();

var maskWidth = $(window).width();



//Set heigth and width to mask to fill up the whole screen

$('#mask').css({'width':maskWidth,'height':maskHeight});







//Get the window height and width

var winH = $(window).height();

var winW = $(window).width();



//Set the popup window to center

$(id).css('top', winH/2-$(id).height()/2);

$(id).css('left', winW/2-$(id).width()/2);



//transition effect

$(id).fadeIn(2000);



});



//if close button is clicked

$('.window .close').click(function (e) {

//Cancel the link behavior

e.preventDefault();



$('#mask').hide();

$('.window').hide();

});



//if mask is clicked

$('#mask').click(function () {

$(this).hide();

$('.window').hide();

});



});

</script>

<style>

img { border: none; }

#mask {

position:center;

left:0;

top:0;

z-index:9000;

background-color:#000;

display:none;

}



#boxes .window {

position:fixed;

left:0;

top:0;

width:271px;

height:480px;

display:none;

z-index:9999;

padding:20px;

}

#boxes #wanhazelshoutbox {

background:url(http://4.bp.blogspot.com/_5jbp4DbrUeY/TDBnd8hqw_I/AAAAAAAAARc/PTkAREQbwfs/s1600/lightblack.PNG) no-repeat 0 0 transparent;

width:271px;

height:480px;

padding:56px 0 20px 5px;

}

#closesb {

padding:2px 0 0 0;

}

#author {

padding:8px 0 0 168px;

}

</style>

<ul><center> <a href="#wanhazelshoutbox" name="modal"><img src="http://i1039.photobucket.com/albums/a472/mijie88/Fail%20Blogspot/shoutboxtab2.png" border="0" /></a> </center> </ul>

<div id="boxes">

<!-- Start Shoutbox -->

<div id="wanhazelshoutbox" class="window">
<!-- Begin ShoutMix - http://www.shoutmix.com/ -->

CODE SHOUTMIX

<!-- End ShoutMix -->

<div id="author">

</div><div id="closesb"><center><input type="button" value="Close" class="close" /><center>

</center></center></div></div><!-- End of Ajax Shoutbox -->

<!-- Mask to cover the whole screen -->

<div id="mask"></div></div>

<!-- End of Ajax Popup Shoutbox--></div>

-----------------------------------------------------------

Tia tau panjang. Tapi percayalah, tak susah mana pun. Sekarang korang kena edit sikit. Tengok warna-warna tulisan yang Tia warnakan dalam code kat atas tu ye..


Merah : Itu background shoutbox korang. Kalau korang ada reka sendiri, gantikan aje URL tulisan warna merah tu dengan URL gambar background korang ye. Kalau tak nak, tak payah tukar..


Fuchsia : Yang tu gambar utama. Kan kena klik dulu baru keluar kotak shout. Itulah dia. Kalau korang pun ada buat rekaan sendiri contoh gambar korang ke, haa! Ganti URL tu dengan URL gambar korang sendiri. Tak nak, tak payah usik.


Biru : Nampak tak betapa besar gedabaknya tulisan tu. Hahaa! Yaa, kat situ code shoutmix korang.


Hijau : Sekiranya korang guna background shout korang sendiri, korang kena try and error pada tulisan berwarna hijau tu supaya kotak shout korang betul-betul masuk dalam background tu ye.


Okey selesai sudah tutorial ni. Hahaaa! Hmm, maaf. Tia tau ada lagi beberapa request tutorial. Tia akan cuba selaju mungkin siapkan tutorial tu yee..

Sekian...