Assalamualaikum ..
Mohd Ashraf Hafiz atau Aleesha Farhana lelaki yang nak tukar namanya. Rasanya ramai dah tahu cerita tu kan. Tak payahlah Tia huraikan selanjutnya sebab itu urusan dia dengan Allah. Kita manusia yang ada banyak lagi kekurangan boleh doakannya.
Tia terkejut bila dapat tau Mohd Ashraf Hafiz atau Aleesha Farhana dah meninggal dunia.
"Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.
Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.
Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.
Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.
Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. - SUMBER"
Al-Fatihah untuk arwah..
Sekian...
16 Comments
Click here for Commentsal fatihah
ReplyInnalillah.. semoga allahyarham ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. Aminn..
Replybetul sis, bukan kita layak utk judge dia. Allah swt lebih mengetahui. wallahualam..
selamat menyambut ramadhan sis tia :)
Alfatihah....
ReplyAda hikmah disebalik kes ini..
dah ajal agaknye..mungkin tekanan teruk sebab kes yg hari tu kan?hoho..
Replyastaghfirullah, tak sempat nk taubat..
ReplySemoga dicucuri rahmat..amiiinnn
huihh betol ke ni? Innalillah.
Replyal-fatihah buat arwah, semoga diampuni dosa2nya...
Replydoakan yang terbaik buat arwah. amin :)
Replyhurmm.. x tau nak komen ape.. =_=
Replykasihan :(
Replyinalillah... semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh..
Replysemoga rohnya diletakkan diklgn orng yg beriman..amin44
Replyal fatihah....
Replyhuhuhu..dahla haritu ade kuat statement cakap sanggup mati kan..
Replyal fatihah untuk arwah~
kita doakn yg terbaik untuk arwah..
Replyalfatihah...
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon