Mantapkan Gaya Penulisan - Tips Blog

Saya selalu jadikan aktiviti blogwalking untuk mencari ilham dan idea supaya blog picisan ni dapat saya update. Dah macam-macam jenis blog yang saya jumpa. Dan sejujurnya , antara banyak-banyak blog yang saya jumpa. Mesti akan ada yang mengusik hati saya.


Maksudnya , cara penulisannya yang seronok dibaca. Saya tengok followernya. Tak lah sebanyak mana. Ratus saja. Bukan mahu merendahkan. Tapi saya kagum. Dengan follower yang tak seberapa banyak tu , komen yang mengisi ruangan komennya melebihi dari apa yang sepatutnya.


Puas jugak saya mencari apa kekuatan blog dan empunya blog. Blognya bukanlah dari blog yang jenis meletakkan gambar sendiri dalam blog.


Saya cuba pulak bongkar entri-entri lamanya. Saya baca dan teliti satu persatu. Satu perkataan dari saya , MENARIK! Beliau pandai mengupas topik. Oh mungkin itu rahsianya. Tapi saya yakin , mesti beliau jugak seorang yang rajin. Rajin memikat hati pembacanya dengan beramah mesra sesama mereka melalui aktiviti blogwalking.


Saya juga sedang mencuba untuk mengukuhkan kekuatan blog ni. Mungkin kadangkala saya putus asa sekejap. Konon cuba merehatkan diri. Tapi saya kuatkan lagi diri untuk mencari idea supaya dapat saya kongsikan dengan pembaca saya.


Ada satu tips yang saya pernah baca sebelum ni. Tapi saya tak berapa ingat empunya siapa tips tu. Maaf ye. Yang pastinya , empunya tips bukanlah dari kalangan pelajar universiti. Beliau cuma seorang suri rumah yang menggunakan masa-masa terluang untuk berblog. Dan setelah bertahun berusah , akhirnya beliau kini menjadi tempat rujukan blogger-blogger lain. Seronok kan?


Apa yang penting ialah. Rajinkan membaca. Membaca , membaca dan membaca. Biar macamana sekali pun entri tersebut , bacalah. Kita yang menilai. Petiklah yang mana boleh dijadikan panduan.


Previous
Next Post »

9 Comments

Click here for Comments
Ayu Imani
admin
April 30, 2012 at 9:33 AM ×

kita setuju pendapat awk tu...tp kita pun xpandai sgt mnulis kt blog msh mcuba n bljr lgii..

Reply
avatar
fiqas
admin
April 30, 2012 at 9:34 AM ×

betul , bila kita bw, kita jumpa byk jenis blog.. boleh jugak cari idea utk mantapkan lagi blog sendiri..:)

Reply
avatar
Thirah
admin
April 30, 2012 at 9:34 AM ×

tu r..tirah tak pandai wat menulis...kekadang terasa cam syok sendiri jejari saya mengarang karangan.hehehe...walaupun syok sendiri, tapi yang best dapat baca balik tulisan sendiri teringat kenangan lama,..tu la sbnrnye ber blogger bg saya.;)

Reply
avatar
Ujie Othman
admin
April 30, 2012 at 9:53 AM ×

Nak kupas isu jadi sesuatu yg mudah faham tapi tak meleret..itu cabarannya.

Reply
avatar
Yana Halim
admin
April 30, 2012 at 11:14 AM ×

tak sempat nak mantapkan blog. dah tulis pun main ikut dan je. hehe...

Reply
avatar
April 30, 2012 at 4:03 PM ×

belajar dan terus belajar untuk menbuat entry yang menarik dan tak bosan di baca. :)

Reply
avatar
ary_lee
admin
April 30, 2012 at 8:15 PM ×

Ary masih dalam proses nak memantapkan diri..
Insya-ALLAH akan menjadi seperti mereka yang hebat^^

Reply
avatar
najihahfara
admin
April 30, 2012 at 8:21 PM ×

sebagai blogger kite kene trus belajar :)

Reply
avatar