Jimatkan Kos Perkahwinan Cuma RM5000

Assalamualaikum. Risau kos perkahwinan terlalu mahal? Jangan risau, sini ada tipsnya. Tia suka gile tips ni. Tia ni jenis yang malas nak copy paste entri tapi memandangkan tips ni penting di masa depan, so Tia copy paste jugak. Tia nak buat simpanan untuk diri sendiri. Korang tak baca takpa. Hahaa!

Siapa kata tak boleh berjimat? Tepuk dada, tanya selera. Eh, tanya sajalah diri sendiri.. Credit to Cik Azizah


Kos di bawah RM 5000 !

Jemputan sekitar 100 hingga 150 orang. Paling tinggi 200 orang.

Makan perkepala RM 10 (pasti kenyang !) ini kebanyakan menggunakan khidmat katering.

Siapa yang akan diundang?

40 kad untuk jiran tetangga.

40 kad untuk kaum keluarga terdekat.

40 kad untuk rakan baik pasangan pengantin

30 kad (reserve)

Jumlah 150 keping kad. Kos makan minum ( RM 10 x 200 = RM 2000 )

Jangan tambah kad jika kad telah habis. Jangan jemput orang yang bukan rakan baik pasangan. Bukan keluarga terdekat, bukan jiran tetangga.


Aturcara Majlis:

11 pagi hingga 3 petang

Tempat: Halaman rumah ( satu kanopi dengan buffet makanan )

Setelah pengantin diijabkabul di dalam rumah atau di anjung luar atau di wakaf yang dikhaskan di halaman. Pengantin bolehlah beramah mesra dengan para tetamu.

Kos sewaan pakaian RM 300 + hiasan mudah wakaf RM 200 ( tidak termasuk pakaian sendiri)

Kamera video RM 400 + juru gambar RM 300

Memotong kek RM 200 (tempat di halaman rumah) tidak perlu makan berdamai kerana pasangan mempelai boleh makan bersama-sama tetamu.


Untuk memudahkan layanan lebih mesra pasangan pengantin untuk tetamu bolehlah dicatatkan masa kehadiran buat tetamu untuk 50 kad setiap satu jam. Bermaksud:

50 kad undangan dari jam 11 pagi hingga jam 12 tengahari

50 kad undangan dari jam 12 tengahari hingga jam 1 petang

50 kad undangan dari jam 1 petang hingga jam 2 petang

50 kad undangan dari jam 2 petang hingga jam 3 petang.

Majlis akan menjadi sangat mudah dan meriah kerana dihadiri oleh tetamu yang boleh dimesrai oleh pasangan mempelai. Tidak memenatkan dan sangat tenang sambil video merakam detik-detik indah tersebut. InsyaAllah.

Kos keseluruhan majlis:

Makan minum RM 2000

Sebuah kanopi RM 300

Pakaian pengantin RM 500

Video RM 400

Jurugambar RM 300

Kek RM 200


Jumlah RM 3700 sahaja ! masih berbaki RM 1300 ..


Terpulang kepada tuan-tuan, boleh saja dipanggil penjual aiskrim untuk dibayar ‘lumpsum” RM 300

Masih berbaki RM 1000 untuk diadakan cabutan bertuah pada setiap satu jam dan sebagainya.Boleh saja ditambah hiasan tempat akad nikah, atau upah tenaga mengemas selepas majlis.

Atau untuk mencetak kad jemputan yang cantik sebelum majlis perkahwinan ( tidak digalakkan lebih dari harga RM 2.00 /kad)

Previous
Next Post »

19 Comments

Click here for Comments
suha
admin
October 13, 2011 at 8:41 PM ×

hehe betol gak kan?best ape cara yg dia cadangkan (^_^)


neway,cik tia pon dh de dlm bloglist katak cun..

Reply
avatar
shida
admin
October 13, 2011 at 8:56 PM ×

tq 4 da tips...
kalo kndri kawen kt umah shida..tetamu mst 700 ke 800..ho3..
sedara mara org kg lagi..n kekawan...ni prngalaman abg2 n kakak2 shida lah..

huk3~~~
mmg xleh bwh 5 ribu nyer...adeheiii

Reply
avatar
October 13, 2011 at 9:18 PM ×

terbaek lah!,.tiaa,siyes menjimatkan,..wee,.nak simpan ni,.hehe

Reply
avatar
EyqaLuvender
admin
October 13, 2011 at 9:20 PM ×

haha..terbaek la tia!!!
yg last tu taleyh blaaa...kawen lari!

Reply
avatar
Azza Azman
admin
October 13, 2011 at 10:12 PM ×

entry ni bagus!!! Nak foward kat encik BF dan papa dan mama. kejadian sex luar nikah disebabkan KAHWEN terlalu payah!!

TIPS BELOG BUAT SEMUA BLOGGER BARU

SIAPA PEMBACA BERTUAH KE 100,000?

Reply
avatar
October 13, 2011 at 10:21 PM ×

kos majlis akak dulu pun lebih kurang itu..=)
still meriah,dan yg penting dpt beramah mesra dgn jemputan..=))

Reply
avatar
anamizu
admin
October 13, 2011 at 10:42 PM ×

hehe kelakar pon ade gak :P
cehh part ajak kawen lari tu
xbleh blah la..hehe




luv,
cik ana

Reply
avatar
ct kektus
admin
October 13, 2011 at 10:44 PM ×

kalau mcm ni, mmg jimat tia. ;)

Reply
avatar
October 13, 2011 at 11:02 PM ×

agak murahlah....selalunyew, sampai berpuluh2 ribu habis..ade yg snggup buat pinjaman tu..nanti bolehlah nk wat camni..simple2 udah...XD

Reply
avatar
Ca Ezah
admin
October 13, 2011 at 11:08 PM ×

wow~ menarik la tia..hehe..humm..nak guna tips ni la nanti..xperlu membazir..islam bukan menyusahkan tapi menyenangkan..betul x? ^__^ *mood : nak kawennnn*

Reply
avatar
Mehmet Wie
admin
October 13, 2011 at 11:19 PM ×

hehe.. jimat2.. kalau nak jimat lagi nikah pastu buat kenduri doa selamat jer panggil org kampung..

"salam kokot"?? baru first time dengar.. kat tempat saya panggil "salam keruk"..

Reply
avatar
October 14, 2011 at 12:09 AM ×

mslhnya, dptka buat cmtu?huhu
Tia skrg tggl di Sabah kan? Tia tau kan mcm mana org sini kawin? Tumbang kerbau suda beribu. kalau pasal kad, habis seluruh pelusuk kampung diedar, kenal x kenal mmg dibagi. memang tabik spring ni. kdg2 byk betol kad kawin kena hntr, bukannya yg dkenal2 haha..itu uniknya org sini kawin..tp bajetnya? perghhh...kalah org kawin di hotel.

Reply
avatar
a
admin
October 14, 2011 at 1:11 AM ×

besederhana itu lebih baik. dituntut Islam =)

Reply
avatar
watful
admin
October 14, 2011 at 4:32 AM ×

assalamualaikum tia. tips yang amat saya sukai dari saudari tia. nak copy paste juga boleh tak?

Reply
avatar
October 15, 2011 at 4:44 PM ×

wahhh!!!bgos ni...bley smpan tips-tips ni...yela if kawen dgn org senang boleh la kawin mhl sket..tp if dpt org sedang-sedang je bley wat cara awk ni...hehe

Reply
avatar
Anonymous
admin
December 17, 2011 at 1:02 PM ×

Terbaek...terbaek...thx....modal 5k tu insyaAllah ade...org umah pulak xde...hahahaha

Reply
avatar
February 10, 2012 at 11:53 PM ×

whoaaa TIA...!! best gie la entry niy.. sgt menarik.. tp saya dapat merasakan akan berlaku masalah ade saudara mara jauh dan rakan2 sekolah/kuliah yg mngumpat sbb x diundang masa majlis sebegitu.. so,sad!
ibu ayah pulak nk majlis yg grand-grand...
susah kn...?

Reply
avatar