Review Template Best

Assalamualaikum. Macam yang ramai sedia tau, sebelum ni Tia suka sangat tukar-tukar template blog. Yang mana memang pengunjung dan pembaca setia blog Tia ni, tau lah perangai Tia macamana. Hahaa!

Tapi sekarang alhamdulillah. Tia dah jumpa template yang sesuai untuk blog Tia ni. Mungkin lama lagi kot baru Tia tukar baru. So, memandangkan dah banyak jenis template Tia pernah jumpa. Apakata Tia share dengan korang template mana yang best.

Kali ni Tia akan share dan buat review sikit pasal blogger template designer. Template ni sebenarnya memang dah sedia ada dekat Design. Ada banyak jenis, tapi ada yang ringan dan ada yang berat. Eh, mestilah Tia share template yang ringan.

Apa yang membuatkan Tia tertarik dengan template tu ialah background template tu sendiri. Simple je tapi nampak cool kan. Korang boleh pilih warna apa pun yang korang nak. Okeylah, Tia akan tunjukkan sikit macamana untuk dapatkan template macam tu.

STEP 1 : Pergi Dashboard > Design > Template Designer

STEP 2 : Dekat Blogger Template Designer, korang kena pilih templates Simple. Ada banyak warna tema kan korang nampak? Pilih yang pertama warna biru tu aje. Bukan yang lain-lain.

STEP 3 : Masih lagi di Blogger Template Designer. Klik Advanced. Dekat advanced tu, korang boleh set ikut suka hati korang. Lepas dah selesai semua, klik sahaja di Apply to Blog.

STEP 4 : Klik << Back to Blogger. Korang akan dibawa ke Page Elements. Terus sahaja klik Edit HTML. Tak perlu tick Expand Widget Templates. Di sini kita akan bermain code sikit. Jangan risau, Tia akan tunjukkan step by step dekat korang.

STEP 5 : Kalau korang nak center-kan tajuk dekat sidebar dan tarikh atas post, cari code h2 { .. Untuk memudahkan carian, tekan Ctrl+F pada keyboard korang. Dah jumpa? Tambahkan saja code text-align:center; .. Untuk letakkan background pada tajuk sidebar, tambahkan code background:#ccc; .. Warna background korang boleh pilih ikut citarasa sendiri dengan cuma menukar code #ccc sahaja. Untuk dapatkan code warna html, boleh cari di SINI.

Klik untuk lebih jelas

Mudahkan? Tak main banyak coding pun. Susah? Ala, takpelah. Belajar sikit-sikit. Tak rugi apapun. Untung lagi ada. Nanti boleh design template sendiri. Cukup pelajaran kita hari ini. Murid-murid semua mesti dah penat kan. Heheh! Nanti boleh cuba. Selamat mencuba :)
Previous
Next Post »

6 Comments

Click here for Comments
October 31, 2011 at 8:14 PM ×

tukar template mcm tukar baju..^^

Reply
avatar
AyiLarimA
admin
October 31, 2011 at 8:20 PM ×

Entry yg sgt berguna.
thanx Tia.

*Khianat kawan sendiri dalam blog Mira.

Reply
avatar
Anonymous
admin
October 31, 2011 at 8:36 PM ×

fuh! bagus gak rupanya guna tempalte simple ni,, blog kita pon nampak simple.. hehehe

dah namanya simple, so, nampak simple lah... hahaha

Reply
avatar
Unknown
admin
October 31, 2011 at 9:55 PM ×

rasanya template ni tak kekal lama..mesti tia rambang mata punya

Reply
avatar
October 31, 2011 at 10:14 PM ×

weeee
mudah
simple
dan besshhhhh!=)

Reply
avatar
Cikgu Ma
admin
October 31, 2011 at 10:22 PM ×

bagus pelajaran cikgu tia hari ni...hehehe...dulu akak pun suka tukar2 template gak...kejap2 tak puan hati..masa tu buta blog lagi...buat blog just suka2...pastu bila cerdik sket baru pandai guna layout yg kunun2 nya rekaan sendiri, cari tuto2 tak terlantik tu..hehe..skrg rasa kemah kemis sket sebab design sendiri wlupun simple...

soriii, terbebel panjang..hehehe

Reply
avatar