Apa Jadi Dekat Tia Ada Hikmahnya

Assalamualaikum. Sebenarnya Tia ni bekas pelajar Politeknik Kota Kinabalu Sabah (PKK). Tapi Tia berhenti sekerat jalan sebab Tia memang tak mampu nak bawa course yang Tia dapat. Orang di sekeliling Tia asek kata CUBA, CUBA, CUBA. Kalau Tia tak cuba, tak lah sampai failed 2 kali subjek yang sama.

Oh lupa bagitau. Masa dekat poli tu Tia ambik sijil electric dan electronic. Heh~ Memang tak lah sesuai dengan jiwa Tia. Lepas failed sampai 2 kali berturut-turut dan-dan subjek yang sama pulak, terus Tia ambik keputusan untuk berhenti. Tia tak ambik pinjaman PTPTN so, selamat sikit.

Banyak lagi sebenarnya sebabnya Tia tak sambung dekat poli tu lagi. Dah bercampur aduk dengan masalah peribadi. Rasa tertekan yang amat cuma Allah yang tahu. Tia nekad, Tia berhenti dari poli tu. Tia ingatkan Tia takkan belajar sampai bila-bila dah.

Rupanya Allah dah rancang sesuatu untuk Tia. Allah nak bagi Tia yang lebih baik. Tia dapat lagi tawaran untuk sambung belajar. Tapi kali ni memang terbaik punya tawaran. Tia dapat di UiTM Kota Kinabalu Sabah. Memang terbaek! Kenapa?

  1. Adik Tia pun belajar dekat UiTM yang sama mean Tia tak berseorangan. Tak macam di politeknik dulu. SUMPAH Tia tak de kawan sebab dalam kelas SEMUA jantan! Tia sorang perempuan.
  2. Dapat asrama percuma!
  3. Tia ditawarkan program Sepenuh Masa Pra Diploma (Perdagangan) Fakulti Pengurusan Perniagaan. Jauh beza dengan main wiring kan. Heheh ~
  4. Ayah dengan ibu gembira sangat-sangat dan teruja suruh Tia sambung!


Hee ~ Itu saja kut. Apapun, Tia memang tak sangka jodoh Tia dengan "belajar" masih ada. So, maknanya lepas ni Tia masih akan bergelar PELAJAR lagi. Hahaa! InsyaAllah Tia takkan sia-sia kan peluang kedua ni. Tia akan penuhi permintaan ibu dengan ayah Tia yang mengharap dekat Tia untuk sambung belajar.

Tia tau lepas ni akan ada banyak dugaan bila masuk balik suasana IPTA ni. Berbekalkan pengalaman sebelum ni insyaAllah Tia akan jaga diri Tia sebaik mungkin untuk ayah, ibu dan bakal teman sehidup semati Tia. Pergh! Ayat tak leh blah ni. Hehehh ~



Previous
Next Post »

17 comments

Click here for comments
sis92
admin
November 11, 2011 at 8:24 PM ×

yeh..nak masuk uitm ye.
boleh geng hehe tpi sis kat melaka

good luck :)

Reply
avatar
November 11, 2011 at 8:24 PM ×

hehehe sis good luck ye :)

tapi biasalah tu, gagal sekali tak bermakna gagal selamanya kan?

Reply
avatar
Ujie
admin
November 11, 2011 at 8:35 PM ×

hargai peluang yg ada..
teruskan belajar ya.

Reply
avatar
November 11, 2011 at 8:43 PM ×

weeeee
boleh la jumpe
kikiki
mimi dok kk =]

heeeeee

x sabo nak tawu perjalanan stdy tia
wee
chayok2 tia! mesti boleh. Tuhan dah bagi jalan ke dua utk tia berjaya =]

Reply
avatar
NZ Diaz
admin
November 11, 2011 at 8:45 PM ×

good luck Tia :D

kucing tu comel

Reply
avatar
I am...izuan
admin
November 11, 2011 at 8:48 PM ×

tia..saya ni student uitm tau, uitm melaka lah tapi...dont worry mesti best punya tia.....Sangat best!!!

Lagis atu masuk uitm, ingat2 la blog ye?heheeheh....saya ni yg balaja uitm saya tau bz dia macam mana....hope dpt update2 selelau..kalau tak sunyi blog ni..

Reply
avatar
Apple Pearl
admin
November 11, 2011 at 8:49 PM ×

prgh..tu diaaaa cik tia..i knoe u can do it tia!

Reply
avatar
maszull
admin
November 11, 2011 at 9:00 PM ×

assalamualaikum Tia...tahniah sebab sambung belajar balik moga tia dpt melakuknnya dengan baik...:)

Reply
avatar
semutsengal
admin
November 11, 2011 at 9:02 PM ×

untunglah dpt uitm. Semua benda memang berhikmah tau, cuma kita nampak atau tak je.

Reply
avatar
Yatie Awang
admin
November 11, 2011 at 9:36 PM ×

Alhamdulillah...tahniah ye Tia, belajar rajin2 ek

Reply
avatar
NURULHANIF
admin
November 11, 2011 at 9:41 PM ×

good luck tia.. moga tabah tempuhi segala dugaan..:)

Reply
avatar
Daddylicious
admin
November 11, 2011 at 9:47 PM ×

Kalau ada masih 'jiwa' utk belajar teruskan jgn disia2kan...

Reply
avatar
November 11, 2011 at 9:53 PM ×

Alhamdulillah..doakan perjalanan Tia dipermudahkan.amin..;)


pc pun pernah amek keputusan keluar matrik dulu. dan tekanan persaan hanya Tuhan yang tahu. pc faham perasaan Tia.hehe. rezki kita ditempat lain;)Alhamdulillah..

Reply
avatar