Assalamualaikum. Tia ni bukanlah arif sangat dalam bab-bab cinta ni. Tapi dengar-dengar dari kawan tu adalah. So, Tia nak kongsilah sikit dengan lelaki-lelaki di luar sana. Mungkin korang boleh fikir-fikir lepas ni kan.
Dalam hidup ni, kita selalu ditemukan dengan ramai orang sebelum kita betul-betul ditemukan dengan seseorang yang memang dah ditetapkan untuk kita. Syukurlah yang mana tak perlu bertemu dengan ramai orang, terus jumpa jodohnya.
Tia straight ajelah. Kamu mesti pernah bercinta dengan seseorang sebelum berjumpa dengan kekasih yang korang ada sekarang kan. Tak ada, abaikan. Ini untuk yang ada.
Ya! Kamu cuma nak berkawan dengan EX-GF kamu tanpa ada apa-apa niat lain .. Tapi, ketahuilah perasaan sebenar pasangan kamu bila dia tahu kamu masih lagi berkawan dan berhubungan dengan EX-GF kamu itu. Secara terangnya, dia tak suka. Tapi dia akan kata tak apa. Sebab dia mahu menjaga hati kamu dan tak mahu kamu berfikiran dia mahu mengongkong kamu ..
Kamu juga perlu ingat. Bila kamu masih berhubungan dengan EX-GF kamu, sebenarnya kamu sedang membuka hati kamu kembali untuk dia. Tolong jangan. Seeloknya, biarlah kamu dengan hidup kamu dan dia dengan hidupnya. Usah mencarinya lagi atau kenangan lama akan kembali bermain di ruang fikiran kamu.
Lupakan kisah silam kamu dan hargai dia yang bersama kamu sekarang .. Yakinkan pasangan kamu sekarang bahawa kamu sudah benar-benar lupakan kekasih lama kamu tapi jangan bohongi dia. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran ..
17 Comments
Click here for Commentsbetul tu Tia dulu masa bercinta, kalau putus ditengah jalan, kakak memang tak berhubung terus, rasa macam pelik je..biarlah orang kata, tak pe berkawan je..tapi bagi akak, tak ada gunalah
Replycubalah untuk setia. eh kaitan tak? hehe
Replysusah nk lupakn ex...
Replydulu pnah tertangkap sbb smpn lg sms yg ex bg...kuang3~
kalau hubungan yang dah lepas tu baik takyah diingat balik.. kalau sy dh putus tu mesti sy takkan cntact balik..
Replymemang sgt tak suka bila mr ehem2 mc brhubung dgn ex dy..even stakat berkawan pon nana x suka..
Replysalam singgah :)
Kak tia..nak buat shoutbox yang pop up punya...tapi tak jadik...=((
ReplyTolong tengok belog saya..!!! http://qasehkuwardah.blogspot.com
Igt tu ye boys sekalian :P
Replyyang dah lepas usah dikenang kan tia..macam kita jugak la nie hmmm
Replythanks Tia :D
Replytia tengah jeles ni.
ReplyHAHAHAHAHAHHA.comel !
sangat2 setuju tu...
Replyca rasa prob ca lagi complicated..
Replyex ca da putus gak ngan makwe dia.tapi still baik.mungkin teman tapi mesra je.masalahnya, ex kpd ex ca tu (ca panggil kakak) makin suruh ex ca cntct ca, kakak tu suruh ca kawan ngn ex ca tu merangkap ex dia.dia kata kalau diorang xde jodoh, dia nak ex ca amek ca..
*err~ belit2 kan? mmg complicated..camana ca nak lupakan ex ca.. :(
owh.. macam tu... sbagai lelaki yg tak pernah berpasangan, boleh pha is amik ni sebagai iktibar.. hehehe
Replyitu dia hasil penulisan datang daripada hati..
Replytu la orng kita, kalau tak suka cakap je la tak suka boy dia berhubung kembali dgn ex-gf..
suka sagt pendam rasa..
it's depends. really.
Replysaya suka part yang last. hehe. sebabnya, saya memang pernah alami sendiri perkara ni dan tak nak berhubung dengan si dia. biarlah pengalaman mengajar kita untuk lebih menghargai :)
Replymcm mna pula kalau c gf ni yg buat pernagai... c bf ni biarpun dah lost contact ngan gf ni, dia masih setia utk single... tpi c gf ni boleh terlanjur ngan 3 org bf nya selepas bf pertamanya tu... akhirnya dia mahu balik ke bf pertama... x sakit hati kerrr...
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon