Assalamualaikum. Jantung Tia dah dup dap dup dap sekarang. Entah kenapa hati Tia beria-ia nak cari maklumat pasal penyakit thyroid waktu-waktu subuh macam ni. Masa orang tengah tidur, Tia masih congok depan laptop.
Satu persatu artikel tentang penyakit thyroid ni Tia baca. Entah kenapa semuanya menakutkan Tia. Ini salah satu artikel yang korang boleh baca "Penyakit Thyroid dan Wanita". Artikel tu menceritakan tentang pengalaman seorang wanita dalam mengharungi hidup sebagai salah seorang pesakit Thyroid.
Tanda kelenjar tiroid mungkin membengkak ialah mengalami bengkak di bahagian depan leher iaitu di bahagian atas dan di antara tulang selangka.
Tia memang dah tahu lama Tia ada thyroid ni. Ibu Tia yang perasan. Ibu selalu pesan, jangan makan kobis dengan adalah beberapa makanan lagi yang Tia tak ingat. Takut nanti thyroid makin membesar. Tapi masa tu Tia tak ambik kisah sangat sebab ingatkan sakit biasa-biasa saja.
But now, bengkak tu dah makin nampak dekat leher. Degupan jantung Tia pun selalu terasa laju macam orang baru habis berlari. Tia memang takde jumpa doktor. Adalah dulu sekali tapi Tia tak ingat dah.
Antara perkara buruk yang Tia dengar pasal thyroid ni ialah :
- Tak dapat anak (itu kalau didiagnos mengalami hyperthyroid - minta-minta Tia dijauhkan)
- Emosi selalu tak stabil
- Doktor mensyorkan untuk dibedah
Woo! Tak menahan sungguh Tia membacanya. Ibu pun pernah kata, thyroid ni kena bedah. Ingatkan ibu saja nak takut-takutkan Tia. Rupanya memang betul. Ada jugak kaedah lain. Makan ubat. Tapi kena tanya doktor dulu lah.
So sekarang, Tia tau Tia berpenyakit. I need to see doctor untuk tau tahap keterukkan thyroid Tia ni sekarang. Samada boleh dirawat dengan makan ubat, atau sudah sampai tahapnya untuk dibedah. Mak aih. Menakutkan diri betul.
InsyaAllah dalam minggu ni Tia akan ke hospital, sekali buat medical check up. Kan Tia kena sambung belajar lagi. Tu salah satu dokumen penting yang depa nak.
Dah pagi ni. Dari semalam Tia tak tidur lagi. Banyak benda yang Tia fikirkan sampai tak boleh tidur jadinya. Doakan Tia baik-baik saja. Masa untuk tidur. Tu pun kalau tertidur. Heheh .. Thanks for reading entri yang panjang ini. Toink, toinkkk :)
Salah satu entri pengalaman pesakit thyroid :
14 Comments
Click here for Commentsberusaha lah untuk ubati. :)
Replysetiap penyakit ada penawarnya.
Replyget well soon.
semuanya akan ok nanti.
Tia , sabar k. Ujian dari Allah :)
Replybe patient okey..semua ni dugaan..InsyaAllah..klu tia usaha,sembuh la 2..AMIN^^
Replyish bahaya tu tia..
Replysemoga tia masih ditahap boleh ubat keh...
insyaAllah,
ReplySemoga Cepat Sembuh yaa.
sabar yer Tia..
Replysemoga dijauhkan daripada sebarang penyakit..:)
aminn
jgn pk bnyk sngt..bnykkn berdoa
Replykuatkan semangat ye cik tia
Replyaduhai tia
Replycepat2 la jumpe doc ye
kalo bole cure dgn ubat
buat lah cara tu
kalo x.. operate pon okeh
takot kesihatan makin terjejas kan
mimi doakan semua selamat ye tia
tamo stress2 taw!
kuat!
akak pun kena dulu tia....dekat 3thn mmg bgantung kat ubat.masa tu study lg.blood test t3 n t4 xnormal.mmg tension berulang ke hospital.tp sekarang alhamdulillah dah xbgantung kt ubat.mkn mmg kena jaga bergantung kpd hypo or hyper.kesan kt setiap org pn xsama,better jumpa pakar tiroid sendiri.kdg2 penerangan dokte pakar biasa wat kita slh faham...jgn tension2 sgt,insyaallah ada penyelesaiannye..:)
Replytakut juga tiroid.
Replyapa2 pun, jumpa doktor dulu.. check dulu samada Tia hidap penyakit tu ke x.. apa2 pown, zwan doakan sk=moga Tia dijauhilah drpd penyakit tuu.. HUHU
ReplyMySuaraBlog: Shark Night 3D Sekadar Mendebarkan
harap2 tia cepat sembuh ye,,
Replymak jang fara pon baru je lepas operate penyakit ni tapi skang hidup lagi..fara pulak ade tonsil yg da kritikal huhu
ConversionConversion EmoticonEmoticon