Mak Andam Bagi "SESUATU" Pada Pengantin Perempuan

Assalamualaikum. Baru-baru ni Tia ada jumpa kawan-kawan lama Tia. Ala, kawan masa sekolah rendah. Lepas habis SPM semua dah sibuk, so Tia rebutlah peluang yang ada tu bila dorang bawa jumpa. Salah sorang kawan Tia tu dah kahwin. Dan dah ada anak pun. Banyak yang kitorang sembangkan.

Dia ada ceritalah pasal mak andam dia masa nak kahwin dulu. Ala, mak andam takkan korang tak tau kut? Yang tukang-tukang mekap pengantin perempuan tu. Tapi ada macam-macam jenis mak andam tau. Ada mak andam biasa dan ada mak andam yang luar biasa. Kawan Tia yang dah kahwin tu dapat yang luar biasa.

Kenapa luar biasa? Mak andam yang kawan Tia dapat tu rupanya "berilmu". Berilmu yang macamana pun Tia tak dapat terangkan. Kawan Tia cuma cerita mak andam tu ada kasi dia "sesuatu". Mak andam tu suruh dia campurkan "sesuatu" tu dalam makanan atau minuman suami dia kalau tak silap. Samada minuman atau makananlah macam tu.

Yang pasti, "sesuatu" tu mesti masuk ikut kerongkong. Kononnya, nanti suami kawan Tia tu takkan pandang perempuan lain. Kawan Tia ni walaupun sekolah takat SPM tapi dia taklah bongok sangat tak faham apa yang mak andam dia cuba buat dan ajar. Memandangkan kawan Tia ni pun jenis yang kuat terpengaruh dengan tv, dia tolak tawaran mak andam tu.

Yelah, kawan Tia tu dah banyak tengok cerita dalam tv apa akibatnya bila guna-gunakan suami. Tundukkan suami dengan cara kotor. Alhamdulillah, nasib baik kawan Tia tu berfikiran waras. Bukan apa, manusia yang akalnya cetek sanggup buat apa saja demi kepentingan dia. Dosa pahala tolak tepi.

Korang ada pengalaman pasal mak andam ni??

Photobucket
Previous
Next Post »

14 Comments

Click here for Comments
azie Cheesy
admin
September 15, 2011 at 4:03 AM ×

belum pernah ade pengalaman dengan mak andam lagi..bahaya gak camtu ye..

Reply
avatar
amirulspurs
admin
September 15, 2011 at 5:10 AM ×

hmm, hehe. dia tahu hanya cinta sejati dan suci akan berkekalan :D

Reply
avatar
Marina
admin
September 15, 2011 at 8:10 AM ×

tak cium bau syurga kalau guna2kan suami...mak andam akak pandai mengurut...

Reply
avatar
Apex
admin
September 15, 2011 at 9:05 AM ×

mak andam yg luar biasa... muahahahaa...:D

Reply
avatar
September 15, 2011 at 9:23 AM ×

mak andam akak dulu versi moden..haha

nasib baiklah kawan tiap tak ikut cakap mak andam tuh..berdosa tau guna-gunakan suami macam tuh :)

Reply
avatar
azam
admin
September 15, 2011 at 9:32 AM ×

xpatut......belasah je mak andam cam ni

Reply
avatar
September 15, 2011 at 9:43 AM ×

tak pernah lg la...tp arwah nenek pernah pesan dulu, kalau ada sesapa nak bg petua or bacaan pelik2 utk diamalkan jgn sesekali ikut or amik..kang takut tak pasal2 kita kena tempias ilmu yg bukan2...so smp skrg paling beringat pasal tu...

Reply
avatar
cik najihah
admin
September 15, 2011 at 10:28 AM ×

eh x tau la pulak ade yg mcm tu mak andamnye..

Reply
avatar
mrs redzuan
admin
September 15, 2011 at 1:49 PM ×

hsh2...meremang bulu tengkuk dengan mak andam gitu.syirik tau buat gitu mak andam oi...

Reply
avatar
September 15, 2011 at 2:43 PM ×

pernah jgk dgr mak andam luar biasa tu, tp xpenah tgk dpn mata la..

pglmn time kwn sy kawen..mak andam ni kira senior kitorg gak..suami kawan sy tu jenis org warak, dh pesan jgn pakai contact lense or bulu mata pelsu time berhias bersanding..tapi masalahnya, mak andam tu paksa jgk siap cakap dosa tu dia yg tanggung..aduhhh..so kitorg pun ckp kt kawan, niat ko utk suami je k..kesian plak tgk kwn time tu serba salah..

Reply
avatar
Afikah Aziz
admin
September 15, 2011 at 3:00 PM ×

jaat mak andam ni,ajar org bukan2 huhu,mintak dijauhkan..ika xde pengalaman lg keh3x :p

Reply
avatar
Nur Syahida
admin
September 15, 2011 at 4:37 PM ×

bhya sgguh mk andam cmtu..dpt dosa free ja t..huhu

Reply
avatar
cik sakdi
admin
September 15, 2011 at 5:24 PM ×

ish,, dah karut la makandam tu,ishish

Reply
avatar