Sebarkan Ini Untuk Peringatan Semua !!!

Assalamualaikum. Sebenarnya Tia nak update benda lain tapi takpelah yang ni lagi penting. Tia ronda-ronda facebook tadi lepas main game dan korang tau apa Tia jumpa? Sila baca ye. Tak lama pun, kejap je. Peringatan untuk korang juga supaya lebih berhati-hati.

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti.

Atendan memberitahu, ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang. Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita..

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita. Manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.

Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka. Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

  • Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
  • Kedua, jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
  • Ketiga, jika boleh elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!


Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam..

Haa, cuak tak? Jangan kata "alaa, mana ada. tipu je tu". Tipu lah sangat kan. Bila kena batang hidung sendiri baru nak meroyan. Yelah, kalau betul pun geng tu tak wujud kita masih kena berhati-hati. Sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Seeloknya, kita elakkanlah.


Photobucket
Previous
Next Post »

26 Comments

Click here for Comments
Ezad Skytech
admin
September 17, 2011 at 2:17 AM ×

tak kira la wanita/lelaki..semua kena hati2 sekarang ni..penjenayah bukan kira da wanita/lelaki...hati2 la...

Reply
avatar
Firdaus Life
admin
September 17, 2011 at 2:57 AM ×

agak bahaya semua ni. kena berhati2 tiap masa

Reply
avatar
Kancil 8349
admin
September 17, 2011 at 6:53 AM ×

salam,

info yang menarik dan bagus juga tindakan pekerja stesen minyak tu

Reply
avatar
Unknown
admin
September 17, 2011 at 7:55 AM ×

tia nih..menakutkan je huhh

Reply
avatar
Luqeem™
admin
September 17, 2011 at 8:11 AM ×

kena ada kesedaran tntang ni..huhu

Reply
avatar
September 17, 2011 at 8:23 AM ×

pernah baca cerita ni. meremang bulu roma time first2 baca dulu.

dunia jenayah makin entah apa2.

Reply
avatar
Apple Pearl
admin
September 17, 2011 at 8:50 AM ×

ee..mengerikan la...takut plak apple..tp,2 lar..skg mcm2 bleh blaku...xmustahil l=kan bnda 2 bleh blaku..

Reply
avatar
Mehmet Wie
admin
September 17, 2011 at 9:11 AM ×

apa nak jadi lah dunia skrg ni.. dah makin tak selamat.. kat tmpt terbuka camtu pun org berani nak buat jahat..

Reply
avatar
Unknown
admin
September 17, 2011 at 9:16 AM ×

takutnya... macam2 cara yang dorang buat eh. mintak2 dijauhkan..

Reply
avatar
arituarini
admin
September 17, 2011 at 9:26 AM ×

ada terbaca ni kt fb.. memang cuak ni..kena brhati2 la selalu..

Reply
avatar
September 17, 2011 at 10:19 AM ×

kena ber"awas" sentiasa ...

Reply
avatar
unknown
admin
September 17, 2011 at 10:20 AM ×

menakutkan..

akq clara nak post kat blog ea.. boleh?

Reply
avatar
unknown
admin
September 17, 2011 at 10:22 AM ×

kq tia.. clara dah copy and kreditkan kat kq tia.. ^^

Reply
avatar
maszull
admin
September 17, 2011 at 10:30 AM ×

salam tia...thanks tia nice n3 ni baik buat kaum wanita di luar sana yer berhati2 selalu...:)

nanti mama sebarkn pada semuanya...:)

Reply
avatar
September 17, 2011 at 11:29 AM ×

lebih baik berjaga2 before kena kat diri sendiri..^^

Reply
avatar
semutsengal
admin
September 17, 2011 at 11:45 AM ×

oh,

semalam aku ada terbaca jugak, kat blog sapa tah. Teruk gila geng bongoks ni.

Reply
avatar
mas saari
admin
September 17, 2011 at 12:53 PM ×

kalau nak isi minyak tu pastikan mati enjin dan kunci kereta!

Reply
avatar
Unknown
admin
September 17, 2011 at 1:59 PM ×

bhyanya..eee...seram..semakin hari semakin byk pkra2 menakutkan..

Reply
avatar
Sara Ali
admin
September 17, 2011 at 2:19 PM ×

ya Allah,,
seramnya..
mmg kena berhati2 lps nie,,
terutamanya perempuan,,,
mcm2 leh jadi,..

Reply
avatar
Ikam
admin
September 17, 2011 at 2:24 PM ×

kenape slalu prompuan jer yng slalu kene kaco..??.try kaco lelaki skali nk tngk camner jadinyer...>_<

Reply
avatar
emy|farid
admin
September 17, 2011 at 3:21 PM ×

menakutkan kot, nsib bek wrga msia nie prihatin.....

Reply
avatar
Cik TK
admin
September 17, 2011 at 4:10 PM ×

menakutkan... pas ni kena lebih berhati-hati...

Reply
avatar
September 17, 2011 at 11:50 PM ×

sgttttt cuuuaaaakkkk!
huhuhuhuhu
bahaye la dunia skrg ni aihhhh

Reply
avatar
anez zamri
admin
September 19, 2011 at 9:27 AM ×

dah pernah baca artikel nie..memang sangat menakutkan..huhu

Reply
avatar