Simpan Kecantikkan Hanya Untuk Suami

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri :)

Sebelum Tia meneruskan menaip entri ni, Tia harap tak ada yang marah-marah. Kalau ada yang terasa, cuba fikir balik betul atau tak apa yang korang dah buat. Tia tak tuding jari dekat siapa-siapa ye!

Akhir-akhir ni, banyak blog yang Tia tengok suka buat macam ni. Tempek gambar bertudung dah cun, tapi tetiba scroll bawah sikit ada pulak gambarnya yang tak bertudung. Aik?!

Tak salah nak tempek gambar. Yee! Tia tau awak comel, cun, semualah! Tapi jangan buat orang berfikir dua kali tentang peribadi awak. Sekejap bertudung, sekejap tak. Simpan aje gambar yang tak bertudung tu untuk tunjuk dekat suami awak nanti ye..

Tia nak kongsi sesuatu..

Sesungguhnya sejak dahulu lagi bila lelaki tanya apa yang tercantik tentang seorang wanita ialah tubuh dan rambutnya. Ada seorang sahabat Nabi yg memang alim. Tak pernah bertentang mata dengan wanita apatah lagi melihat rambutnya.
Satu hari, beliau dijodohkan dengan seseorang wanita. Beliau terima seadanya kerana wanita itu dicadangkan oleh Baginda Rasullulah. Maka pada malam pertama masuk lah sahabat Baginda ke dalam bilik isteri.
Apabila si isteri membuka purdah dan tudungnya, maka sahabat Nabi ni tergamam dan terkejut. Begitu anggun dan cantiknya aurat rambut seorang gadis. Malah sahabat Nabi tersebut pengsan, sekali melihat kecantikan isterinya tak bertudung.


Aduh! Sampai begitu sekali kan. Korang tak nak buat suami korang kagum macam tu ke? Buat suami rasa bangga sebab cuma dia sorang yang nampak kecantikkan isterinya. "Wah! Cantiknya isteri aku ni rupanya.."

Tia pun teringin sangat nak berpurdah. Sebab kadang-kadang kecantikkan tu cuma membawa padah..

Sekian..
Previous
Next Post »

12 Comments

Click here for Comments
Pha Is
admin
June 18, 2011 at 3:19 AM ×

skrg ni mna nk cari laki yg macam sahabat nabi tuh... kami tak pengsan sbb kami dah "imune" dah dengan aurat pompuan ni.. hehehe...

Reply
avatar
Anonymous
admin
June 18, 2011 at 5:05 AM ×

malangnye zaman skang ni, ramai yg dah tak pedulikan tntg hal mcm ni lagi. kdg2 tudung itu sekadar fesyen sahaje... ^^

Reply
avatar
M Fizan
admin
June 18, 2011 at 7:29 AM ×

setuju2..huhu..tak sabar nak tengok keindahan rambut seorang isteri..lalalala

Reply
avatar
Yana Halim
admin
June 18, 2011 at 9:11 AM ×

akak terfikir satu je. kalau memang dah free hair, nape buang duit beli tudung fesyen itu ini? takde sape nak kutuk kalau mmg dah free hair. tapi kejap pakai kejap tak nie mmg mengundang banyak cakap2 orang.

Reply
avatar
June 18, 2011 at 10:11 AM ×

pkai tdung juz sebab ikut kawan2 jer.. tu yg jadi macam tuh.. bila dah rase rimas, cabut jer suke2 hati.. masalh btul tuh..

LUKIMIA ATAU BARAH OTAK?

Reply
avatar
Unknown
admin
June 18, 2011 at 11:52 AM ×

ada yg kata rimas, panas pakai tudung ni.. tp klu da biasa pki, xde nye rsa mcm tu an

Reply
avatar
K
admin
June 18, 2011 at 12:16 PM ×

yes!! setuju :)

Reply
avatar
myzziema
admin
June 18, 2011 at 1:20 PM ×

wahh nikmatnya si lelaki kalau dapat isteri mcm tu.. nak sgt jadi perempuan yang mcm tu. aminnn :)

yang ada dua2 gambar, bertudung dan tak bertudung dlm blog tu, apesal lah nak sangat letak gambar tak bertudung? apa salahnya kalau just letak gambar bertudung je. haih T__T

Reply
avatar
..
admin
June 18, 2011 at 3:08 PM ×

wahh..tia ni ada good point of view...best laa blog tia,,tempalate dia simple dan sangat neat!

Reply
avatar
anez zamri
admin
June 18, 2011 at 5:30 PM ×

ye sangatlah setuju dengan entri tia ni...pelik sangat sesetengah orang kejap pakai kejap bukak..haih..tak tetap pendirian..walaupun dalam gambar..ianya tetap aurat..kalau sekarang dah pakai tudung tak perlu lagi lah tunjuk gambar yang lama... :D

Reply
avatar
teha
admin
June 18, 2011 at 5:46 PM ×

betol2.. kecntikan tu spatut nye untuk suami jee.. baru laa ade keberkatan :)

Reply
avatar
Unknown
admin
June 18, 2011 at 6:51 PM ×

yelah, lebih prefer gadis bertudung..
sejuk mata memandang penampilan sederhana mereka.

Sila lawat: Kaoshilogy

Reply
avatar