Delete blog?

Aku dah bersama blog ni semenjak tahun 2011 lagi. Sekarang dah masuk 2016 dan aku masih gigih berblog.

Jujurlah. Beberapa tahun aku berblog, dah macam-macam sangat aku lalui. Kalau sebut dekat sini pun, rasa macam tak elok. Jadi, biarlah aku peram. Yang mana tahu tu, tahulah. Yang mana tak tak tahu, dan ingin tahu. Pun tak perlulah. Sebab aku pun dah malas nak pandang belakang.

Pernah juga beberapa kali, kerap kali, acapkali, aku nak delete blog ni. Alasan? Nak tutup cerita lama, buka cerita baru. Tapi bila aku fikir balik, renung skrin laptop lama-lama. Tiba-tiba rasa sayu. Jatuh bangun aku, banyak bersama blog ni. Jadi, bila nak buat keputusan untuk delete tu. Alangkah sayangnya aku rasa.

Jadi, jalan paling baik yang aku patut ambil ialah luangkan masa dan check balik entri lama. Jangan delete blog, tapi delete entri. Tu pendapat aku lah. Terutama untuk penulis tegar macam aku ni. Bila tak menulis, rasa macam nak meroyan pun ada.

Kalau nak ikut, ada juga beberapa blog yang aku pernah buat. Lebih dari 5. Konon nak jadi penulis tak bernama. Phuik. Konon lah kan. Tapi last-last, stay juga dengan blog Ini Kisah Tia. Kau tengok betapa aku lebih pentingkan blog asal ni.

Perkara biasalah bila ada masa-masanya kita post entri yang tak sepatutnya. Aku mengaku benda tu sebab aku pun pernah buat hal yang sama. Dah berapa banyak entri aku delete. Tapi aku cuba usaha untuk tak delete blog. Sayang kot.

Sekarang aku dah mengandung, nak juga buat entri khas untuk anak aku. Jadi bila dia dah besar nanti, dapat juga dia baca coretan mama dia ni. Sebab, bila aku buat reasearch sendiri. Aku dapati, post entri dekat blog lagi macam seronok sikit.

Dah okeylah, aku nak balik kampung hari ni. Isnin hari raya Aidiladha, jadi nak balik kampung jumpa keluarga. Selamat hari raya adiladha awaks semuaaaa 😊

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

4 Comments

Click here for Comments
reenapple
admin
September 10, 2016 at 12:14 PM ×

Aku pun pernah fikir gak. Tapi at the end aku simpan entri lama-lama yang menyakitkan utk kegunaan masa hadapan. Huhu.

Dan sampai sekarang pun aku tertanya-tanya smpai bila nak berblog.. ermm

Reply
avatar
mselim3
admin
September 11, 2016 at 7:57 AM ×

Assalammualaikum..

datang daripada blog kak mialiana,

http://mselim3.blogspot.my/

mselim3

pls: datang baca2 kat sini. Selamat hari raya dan selamat dalam perjalanan balik kampung k... Amiinn..

Reply
avatar
ary_lee
admin
September 11, 2016 at 10:59 PM ×

Tulis pasal anak, macam abang Ben. Ok what :)
It's good, when we old enough, we can read it again, and recall the memory. Beautiful :)

Reply
avatar
Gee Lion
admin
September 12, 2016 at 2:04 AM ×

saya pernah ada blog yg memang saya sayanglah
tapi dah delete pon
sebab nak buat fresh start
satu lagi tak best
ex-bf tau blog tu
myampah pulak ai
nak tulis apa2 mesti teringat kat dia
ohhh sangatlah tak besttttt
hak3

tia jaga kandungan tu baik2 ye
musim raya ni jangan makan macam2 tau
mane lah tahu mengidammmm.. hihi..
^_^

selamat hari raya aidiladha kepada cik tia sekeluarga
semoga Allah sentiasa merahmati walau di mana cik tia berada
^_^

Reply
avatar