Pengalaman, Imaginasi, Motivasi

Assalamualaikum.


Minat saya yang paling mendalam ialah menulis , mengarang , membaca. Sampailah saya berangan nak jadi penulis. Semuanya bermula dari minat. SPM saya untuk subjek bahasa Melayu ni bukanlah baik sangat. Hehe. Tapi sebab minat , saya berusaha juga untuk belajar menulis.


Nampak macam mudah. Tapi pengalaman adalah salah satu elemen penting untuk menjadikan sesebuah cerita itu menarik. Tak kisahlah pengalaman penulis itu sendiri mahupun pengalaman yang diambil dari orang sekeliling. Pengalaman saya ni , alahai. Macam secubit garam aje. Jadi , saya campurkan pula dengan elemen imaginasi.


Haa , masuk bab imaginasi. Saya suka berimaginasi atau boleh juga saya katakan , berangan. Haha. Bila dah suka sangat berimaginasi , saya akan membayangkan. Saya bayangkan saya adalah watak tersebut dan saya bayangkan saya juga turut berada di situ.


Seronok tau bila kita dah berjaya cipta satu cerita. Mungkin cerita tu hanyalah rekaan , tapi kalau kita masukkan unsur pengajaran. Cerita khayalan tu akhirnya memberi manfaat. Tu pendapat saya lah sebab selain menulis , saya juga membaca. Saya suka bila membaca. Sebab ada sesetengah cerita yang memang bagi motivasi pada saya.

Previous
Next Post »

5 Comments

Click here for Comments
reenapple
admin
May 6, 2013 at 3:15 PM ×

imaginasi.. berangan.. aku pun pernah juga buat semua tu. Tapi sekarang tu tak.. kalau skang ni, macam aku nak lupa apa yang aku terfikirkan, aku akan ubah ia ke dalam bentuk cerpen so that aku tak akan ingat lagi.. especially benda yang aku tahu tak akan pernah terjadi..

aku menulis untuk melupakan sekarang ini.. :)

Reply
avatar
Tinta Lana
admin
May 6, 2013 at 7:51 PM ×

Kita punya minat yang sama tia.. :)

Menulis dan membaca.. mengarang je belum lagi,ehehhe. Bukan mudah mengarang ni, betul tak. Apatah lagi nak mengarang sebuah cerita yang memberi manfaat..kalau boleh tak nak cerita kosong,huhu.

Teruskan menulis tia.. ^_^ sambil2 tu,kumpul pengalaman.

Reply
avatar
Amanina Mads
admin
May 6, 2013 at 9:03 PM ×

biasa la mula2 tu.. lama2 oke la dr segi penulisan :)

Reply
avatar
a i m z
admin
May 6, 2013 at 11:36 PM ×

aww...bestt kalau minat..sungguh tak dapat disangkal..

Reply
avatar
May 7, 2013 at 3:32 PM ×

Motivasi bagus untuk kita membangun diri kita.

Reply
avatar