Senyum dalam Luka

Assalamualaikum.


Kadangkala , orang hanya melihat dari luaran. Aku senyum , gembira , ketawa , seolah-olah tak ada apa-apa. Tapi mereka tak tahu betapa rapuhnya aku dari dalam. Mereka tak tahu betapa aku terluka.

Aku senyum , gembira , ketawa lagi. Setiap hari. Itu yang mereka lihat. Hakikatnya , hati aku menangis. Setiap hari.

Andai saja dapat aku luahkan betapa kecewanya aku. Tapi aku tak mampu. Mereka juga tak pernah ingin ambil tahu. Jadi , aku rela diamkan.

Tiada pasir pantai tempat untuk aku coretkan apa kurasa. Biar air pantai membawanya ke tengah lautan bersama luka. Terlalu tinggi langit untuk ku gapai lalu ku coretkan pada awan betapa aku merana. Biar angin meniupnya bersama sakit yang kurasa.

Tabahkan hatiku selalu kerana hati ini nampak kuat , hakikatnya ia rapuh langsung tak kelihatan :)

posted from Bloggeroid

Previous
Next Post »

3 Comments

Click here for Comments
Anonymous
admin
May 12, 2013 at 7:58 PM ×

Sama seperti aku. Di luar, senyum dan ketawa seolah-olah tiada apa-apa yang melukakan tapi hakikatnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu hal sebenar. Tuhan sahaja peneman kala hati sedang terluka dan sunyi. :)

~reenapple~

Reply
avatar
Nina Mads
admin
May 13, 2013 at 1:15 AM ×

sabar dan terus bersenyum..

Reply
avatar