Mencari Soleh dan Solehah

Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum kepada pembaca yang dikasihi Allah sekalian.

Pernah jumpa ayat ni?

Jika mahu mendapatkan yang soleh,
kurangkan agenda menCARI si soleh,
tetapi berusahalah menJADI yang solehah.

Jika inginkan yang solehah,
janganlah cerewet menCARI yang solehah,
tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal.
Bertemu yang soleh, solehnya boleh saja berubah..
kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa.

Kurangkan agenda menCARI,
tapi mulalah menJADI soleh dan solehah.

Saya tergelak dengar cerita kawan saya. Mari ikuti kisah dia.

Begini, saya ni taklah solehah sangat. Tapi saya suka update status yang baik-baik dekat facebook. Niat saya nak sedarkan orang sekeliling betapa islam adalah agama yang indah.

Nak dijadikan cerita. Ada seorang lelaki ni meluah dekat saya. Lelaki tu kata dah jatuh cinta dengan saya lepas baca POST yang diupdate dekat facebook. *gelak* Dia ajak couple. Tapi saya tolak dengan baik. Sebab saya memang takkan pilih couple sebelum nikah.

Start situ saya dah tak pedulikan lelaki tu. Niat saya bukan nak bermusuh. Tapi demi kebaikan kami, saya mengambil langkah berjaga-jaga. Tak nak layan sangat lelaki tu. Mesej dia saya tak layan, komen dia pun saya buat macam angin sepoi-sepoi bahasa. Dia rajin LIKE status saya. Bayangkan, status yang LAMA pun boleh dia bongkar dan tekan like. Hal ni berlaku agak lama jugalah.

Satu hari, saya dapat mesej lagi dari lelaki tu. Cuma kali ni lain sikit. Dia minta nombor telefon kawan saya pula. Kawan saya tu memang ada ciri-ciri wanita solehah. Update status pun banyak yang islamik. Saya agak, lelaki tu perasan sebab saya dengan kawan saya memang rajin berbalas komen di facebook.

Dan saya juga dah perasan. Lelaki tu punya main rajin LIKE semua status kawan saya. Lepas tu saya fikir. Adakah ini yang dikatakan SOLEH mencari SOLEHAH? Senyum.

Betul lah kan? Kurangkan agenda mencari tapi banyakkan menjadi. Berharap nak yang baik aje, tapi diri sendiri? Muhasabah diri seketika. Kita mencari yang soleh dan solehah bagai nak rak. Tapi usaha kita nak menjadi soleh dan solehah, ya Allah.

Saya faham kita semua nak yang terbaik. Tapi kalau diri kita pun tak berusaha nak jadi baik, macamana kita boleh berangan nak dapatkan yang terbaik. Ambil cermin dan cermin diri kita. Solat jaga tak? Amalan kita macamana? Cukup? Hubungan dengan Allah s.w.t ada perbaiki ? Haa, apa geleng-geleng?

Kita ubah diri bukan sampai nak jadi SEMPURNA. Tapi sekurang-kurangnya usaha kita nak jadi baik itu ada.

Saya pun malu dengan Allah. Nak pasangan yang tip top, awesome. Tapi diri saya? Senyum lagi. Janganlah risau sangat. Masa itu akan tiba juga. Yakinlah pada perancangan Allah s.w.t..

Previous
Next Post »

7 Comments

Click here for Comments
reenapple
admin
May 27, 2013 at 1:54 AM ×

Hurm.. aku pun malu dengan DIA. Terlampau. Tapi aku sedang cuba berubah. Aku cuba walau ada ketika ujian datang dan hampir2 sahaja mahu robohkan semangat dan azam baru aku. :(

Reply
avatar
Unknown
admin
May 27, 2013 at 2:06 AM ×

ujian itu selalu ada. tapi ujian-ujian tu lah yang menguatkan hati aku untuk terus menanam azam untuk berubah :')

Reply
avatar
Unknown
admin
May 27, 2013 at 1:40 PM ×

mencari solehah tu perlu tapi jadilah soleh terlebih dahulu...pesanan buat lelaki...

Reply
avatar
Unknown
admin
May 27, 2013 at 10:49 PM ×

salam tia !
nak cari yang awesome memang kene usaha 7 petala cinta la jawapnya...sebelum tu kita kene buat baik pada Allah , cintai Rasulullah , dan berkasih sayang lah dengan org di sekeliling kita , in sha allah...allah akan pertemukan kita dengan org yang sempurna dan awesome di mata kita dan di sisi allah...

semoga kita sama2 di beri rahmat dan lindungan dari Nya tia...banyak2 lah berdoa...amin !

Reply
avatar
Unknown
admin
May 29, 2013 at 5:29 AM ×

lelaki baik utk perempuan baik dan sebaliknya.. :) inshaaALlah jodoh tu baik utk kita..

Reply
avatar
May 29, 2013 at 10:15 PM ×

kena cari pasangan yg beriman.barudpt benih yg beriman

Reply
avatar