Berkawan dengan Soleh Solehah

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum pembaca yang dikasihi semua. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya ke atas anda sekeluarga.

Kali ini, saya ingin berkongsi mengenai mereka yang bernama sahabat. Atau juga dikenali sebagai teman, rakan, kawan, dan bermacam lagi gelaran. Jujur saya katakan. Kawan disekeliling memainkan peranan penting dalam hidup kita. Baik kawan kita, baiklah kita. InsyaAllah.

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Bukan saya hendak menyalahkan sesiapa. Saya tahu, masing-masing punya kekurangan. Untuk mencari sahabat yang baik, ibarat mencari permata dalam timbunan kaca. Tapi, kita masih juga perlu bijak memilih kawan. Sebaiknya, berkawanlah dengan mereka yang soleh solehah.

Malu? Bagi saya, itu adalah alasan yang paling tidak munasabah. Kita boleh malu. Tapi biarlah pada tempatnya. Bersahabat dengan mereka yang soleh solehah, tidak ada apa yang perlu dimalukan. Mereka juga manusia biasa. Dekati mereka dan insyaAllah layanan mereka baik-baik belaka.

Saya juga berkawan dengan golongan ini. Golongan yang bertudung labuh, berniqob. Alhamdulillah, layanan mereka sungguh baik sekali pada saya. Memanglah adakalanya sikap mereka membuatkan saya kurang senang. Tapi bila difikirkan semula, mereka cuma manusia biasa. Jadi, saya tidak boleh menyalahkan mereka sepenuhnya. Dengan memikirkan kebaikan yang mereka lakukan pada saya, sangkaan buruk itu beransur  hilang secara perlahan.

Ada seorang sahabat saya ni. Cintanya pada Allah s.w.t sangat mendalam sehingga saya juga merasa cemburu. Dia sangat menjaga hubungannya dengan rakan-rakan sekeliling. Hinggalah pada suatu hari, Allah menguji dia.

Ujiannya datang dari kawan-kawan yang dia sayang. Mereka mulai menyisihkan dia hanya kerana kesilapan kecil (bagi saya). Kewujudannya langsung tidak dihargai. Umpatan juga sering diterima oleh dia dari rakan-rakannya. Dan sungguh saya katakan. Dia masih juga tetap tersenyum dan menegur seperti biasa kawan-kawannya tadi. Allahu Rabbi. Begitu kuat hatinya.

Dia begitu dibenci oleh mereka. Tapi tidak pula dia membalasnya dengan kebencian juga. Malahan, sering membantu mereka. Tak jemu dan tak mengeluh langsung dia bila membantu. Sayang sekali, kawan-kawannya masih belum melihat kebaikan yang ada dalam dirinya.

Itulah manusia, sering saja menerima ujian dari Allah. Ujian juga berbeza-beza. Kadang berbentuk bahagia, kadang berbentuk derita. Apapun, saya banyak belajar dari sahabat saya itu. Kekuatan hati itu datang dari Allah. Bilamana kita faham perancangan Allah, ujian apapun yang datang. Kita pasti akan tersenyum. Kerana kita tahu. Yang duka, takkan selamanya berakhir dengan duka. Allah pasti akan memberikan bahagia diakhirnya.

Previous
Next Post »

8 Comments

Click here for Comments
reenapple
admin
May 29, 2013 at 12:01 AM ×

Aku pun sedang berdepan dengan ujian. Dan aku sedang tabah dan belajar untuk berubah. :)

Reply
avatar
Unknown
admin
May 29, 2013 at 5:26 AM ×

saya pun cemburu pada mereka yg tak lalai ingat Allah..kuat..saya ni lemah..huhu..

Reply
avatar
Unknown
admin
May 29, 2013 at 6:18 AM ×

bukan 'aku' saja. tapi 'kita'. so true, sebab aku juga sedang cuba untuk tabah dan belajar terus istiqomah dengan perubahan ini.

Reply
avatar
Apple Pearl
admin
May 29, 2013 at 8:55 AM ×

Assalamualaikum..apple dtg jguk.wohhh,lma xbka blog n bw..hihi

#Ok mrujuk pada post Tia ni,ya mmg rmai yg cemburukan org2 sperti ini..yg sntiasa mngingati Allah..kadang kta alpha dgn hiburan dunia kn..bila nak solat 5 wktu ja bru ingt Allah.kadang terasa malu pun ada..nak sujud pada Allah pun terasa xda layak..sama2 la kta berusaha utk mndekatkan lg dri pada Allah ya :)

Reply
avatar
Fatin Athira
admin
May 29, 2013 at 12:23 PM ×

Betul3! Bestnya dapat kawan macam dia. Betapa kuatnya hati dia untuk menghadapi ujian Allah

Reply
avatar
Anonymous
admin
May 29, 2013 at 2:02 PM ×

assalamualaikum tia..

lama tak singgah sini. *lama x aktif berblog sbenarnya.. :)

alhamdulillah, sejuk mata membaca perubahan tia skrg..
inshaAllah, dapatkan teman yg bagus utk mengekalkan prestasi keimanan tia skrang. niat yg baik dipermudahkanNya. Amin.. :)

Reply
avatar
Nina Mads
admin
May 29, 2013 at 4:10 PM ×

setuju dgn tia.. dengan siapa kita berkawan, kita juga akan ikut mereka, kalau baik kita ikut jd baik dan sebaliknya :)

Reply
avatar
Unknown
admin
May 29, 2013 at 6:06 PM ×

mmg tabah sahabat Tia tu... :)

Reply
avatar