Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Saya mungkin jarang sekali meletakkan wajah sebenar saya di blog ni. Biarlah kalau orang tak kenal saya. Tapi mungkin saya patut perkenalkan sikit-sikit siapa saya yang sebenar. Penulis kepada blog Ini Kisah Tia ni.
Nama saya bukanlah Tia seperti yang anda tau. Tia sekadar nama pena saya di alam maya atau dunia blogging ni. Tapi masih jugak bersangkut paut dengan nama sebenar saya.
Saya berasal dari Sabah negeri di bawah bayu. Rumah kediaman saya juga di Sabah. Secara keseluruhannya , kehidupan saya memang di Sabah. Yes! Saya Sabahan Blogger.
Saya dilahirkan pada 20 November 1991. Belum berkahwin dan masih lagi bergelar seorang pelajar.
Saya mula berblog pada tahun 2010. Pada awalnya , tujuan saya berblog adalah untuk mencoretkan kisah peribadi saya. Tapi tujuan itu mulai berubah seiring dengan umur saya yang semakin meningkat bersama keinginan untuk menyebarkan Islam yang indah ini :)
Menulis ialah salah satu hobi saya. Kerana dari menulislah saya dapat meluahkan segala rasa yang terbuku dalam hati saya. Dari menulis juga saya dapat berkongsi pengalaman hidup yang pernah saya lalui suatu ketika dahulu.
Menulis ialah salah satu hobi saya. Kerana dari menulislah saya dapat meluahkan segala rasa yang terbuku dalam hati saya. Dari menulis juga saya dapat berkongsi pengalaman hidup yang pernah saya lalui suatu ketika dahulu.
Kalau ada sebarang pertanyaan , bolehlah bertanya pada saya di ruangan komen ini. InsyaAllah , saya akan menjawabnya.
Terima kasih kerana sudi menjadi pembaca saya dan tak henti memberi kritikan dan sokongan. Saya tau , ucapan terima kasih tidak cukup untuk menunjukkan yang saya menghargai anda. Saya serahkan pada Allah untuk membalasnya.
Di blog inilah saya coretkan kisah kehidupan saya , dia , mereka , kamu dan kita. Yang baik datangnya dari Allah , dan yang buruknya datang dari diri saya sendiri. Saya juga manusia biasa yang takkan lari dari melakukan kesilapan. Jadi , tolong jangan kata anda kenal diri saya bila kita tak pernah berjumpa bertentang mata dan berbicara di dunia realiti.
10 Comments
Click here for Commentstaw sudah sepa ownernya :D
ReplyFatihah, sedapnya nama ! :) Lepas ni nak panggil fatihah lah. hikhik~
ReplyFatihah...sedap nme tu...hehehe.. tua dari sy setahun, kena panggil kakak la ni...^.^ even x tnjuk muka, tp feymes juge blog sis ni...
Replylain blogger lain caranya.. ;)
Replytak kisah takde gambar pun, janji happy dengan apa yang Tia buat.. ;)
Hai. Selamat berkenalan. Jadi kau 'adik; aku la gitu. :D
Reply~reenapple~
ooh muda lagi Tia ni...semoga hari2 yg mendatang akan sentiasa ceria utk Tia... :)
ReplyEhh Kak Tia, saya pun lahir bulan november jugak :D Kita sama la XD Tapi fatin 27 November.. hehe
Replyteruskan dunia penulisan..:) penulisan lebih tajam daripada kata-kata
Replysalam..bole mintak id wechat or faceook..sy nak tanye pasal pra dip..please
Replysalam..bole mintak id wechat or faceook..sy nak tanye pasal pra dip..please
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon