Sabarkan Aku Ya Allah

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum buat pembaca yang dikasihi Allah s.w.t,

Bukan mudah untuk menjadi seorang yang penyabar. Saya sendiri diuji dengan hal-hal yang boleh menghilangkan kesabaran saya. Kadang-kadang tu sampai saya rasa nak menangis menahan sabar. Allahu Rabbi.

Rasa macam nak marah. Memang marah! Tapi lepas marah dah reda, saya mula muhasabah diri balik. Kenapa saya tak boleh bersabar untuk hal yang kecil macam tu? Ya Allah.. Benarlah. Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba.

InsyaAllah, saya sedang mendidik hati untuk lebih bersabar. Saya yakin, semester akan datang ni memang menuntut kesabaran yang lebih tinggi. Allahuakhbar. Saya tak nak jadi diri saya yang sebelum ini. Kurang bersabar. Sungguh saya tak nak.

Mohon doakan diri ini diberikan kekuatan untuk menghadapi hamba-hamba Allah yang lain. Hamba-hamba yang sering melakukan kesilapan sama seperti saya.

Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas diri anda dan sekeluarga. Amin ya Rab...


posted from Bloggeroid
Previous
Next Post »

11 Comments

Click here for Comments
reenapple
admin
May 25, 2013 at 11:58 AM ×

Aku pun... kekadang hilang sabar padahal memang aku berazam nak jadi seorang yg lebih penybar.. huurm..

Reply
avatar
ary_lee
admin
May 25, 2013 at 12:12 PM ×

Tia, ary merupakan seorang yang kurang sabar, kuat naik hangin, etc.

Bila ary marah, ary akan senyap. Diam. Sebabnya ary tahu, bila ary marah, marah itu akan trhambur dsn takut kalau-kalau marah itu menyakitkan hati orang.

Setiao kali ary marah,sedih, kecewa, hati ini beristighfar perlahan. Memohon keampunan Allah di atas perasaan yang kurang baik itu. In shaa Allah^^

Reply
avatar
Tia Fatihah
admin
May 25, 2013 at 12:21 PM ×

tu pasal. walaupun macam nampak mustahil, at least kita ada azam dan berusaha ke arah itu. menjadi seorang yang penyabar.

Reply
avatar
Tia Fatihah
admin
May 25, 2013 at 12:24 PM ×

tia pun sama ary. seriously! susah nak bersabar dengan karenah manusia yang kadangkala menyakitkan hati.

tapi 1 je. tia tak boleh marah! tapi dalam hati. ya Allah. Dia je yang tahu.

lepas tu mulalah ambil tindakan melulu. menjauhkan diri dari orang yang menyakitkan hati ni. tapi bila difikirkan balik. astaghfirullahalazim. hal kecil sampai nak putuskan silaturrahim? :(

sebab tu dah nekad nak ubah sikap ni. moga dipermudahkan..

Reply
avatar
Dhia Dirham
admin
May 25, 2013 at 4:03 PM ×

Mudah mudahan usaha Tia berhasil. (",)

Reply
avatar
Tia Fatihah
admin
May 25, 2013 at 4:13 PM ×

terima kasih kak :)

Reply
avatar
Tinta Lana
admin
May 25, 2013 at 5:23 PM ×

Assalammualaikum.

Akak plak, susah nak control rasa marah bila memandu. Memang susah sangat. Kadang2 malu dgn family sndiri, sebab time memandu ni, mmg bnyk kali hilang sabar smpai keluar perkataan2 yg tak pernah sebut bila dalam keadaan tenang. Astaghfirullallahalazim..

Tak tahu macamana nak mengubatnya. Usaha tu ada, kadang2 menjadi, tapi banyak tak menjadi..

Reply
avatar
Tia Fatihah
admin
May 25, 2013 at 5:53 PM ×

waalaikumussalam kak :D

hee~ sama macam ibu tia kak. tia yang duduk sebelah ibu pun tak tau macamana nak buat. memang menguji kesabaran kot kak bila memandu.

Reply
avatar
May 25, 2013 at 6:11 PM ×

kadang kala memang rasa tak sabar tapi kena ingat ..orang yang sabar itu tak rugi tau :) Allah sayang

Reply
avatar
May 26, 2013 at 12:43 AM ×

InsyaAllah... Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar..dekatkan diri dengan Allah,pebanyakkan ibadah dan zikir..mudah-mudahan,jiwa kita mudah lapang dan tabah dengan ujian dan cabaran melanda..

Reply
avatar
Nana Liena
admin
May 29, 2013 at 5:31 AM ×

walaupun saaya tahu ujian itu dari Allah..utk hambaNya ..saya tetap kurang sabar.huhu

Reply
avatar