Pembaca Setia

Aku terdiam kaku bila mendengar pengakuan dari dia. Mulanya aku juga tidak percaya. Tapi setelah mendengar cerita darinya, akhirnya aku akur. Rupa-rupanya dia memang pembaca setia blog aku. Bukan seminggu atau dua minggu. Tapi bertahun. Dari awal aku berblog sehinggalah sekarang. Dia masih di situ setia membaca setiap coretan dan luahan hatiku di blog ini.

"Tapi kenapa?" Aku melepaskan satu keluhan. Soalan 'kenapa' itu ku simpan rapi dalam hati. Tidak ku ajukan pada dia. Aku tertunduk malu. Apalah yang ada dalam blog ku itu selain daripada bercerita perkara yang tidak berfaedah.

Dulu, aku memang perasan. Setiap kali aku update entri terbaru, pasti ada saja namanya di ruangan komen. Dan dia pandai bersikap bersahaja kerana aku menyangkakan dia sama seperti pembaca yang lain. Setiap komen yang ditinggalkan nampak macam biasa. Tapi rupa-rupanya, setiap entri di ruangan komenku pasti ada dia.

Tanpa sedar, aku mula mengaguminya dalam diam. Dia memang pembaca setia. Tapi bagi aku caranya berbeza. Aku seperti 'dijaga' dari kejauhannya. Benar, aku terharu. Dulu aku menyangka, semua yang ada di dunia maya hanya tahu berdusta. Tapi sekarang, aku terpukul dengan kata-kataku sendiri.

Aku mula terasa harapan itu mula ada. Hari-hariku kembali bahagia. Bukan kerana adanya dia. Tapi dia menyedarkan aku bahawa aku tidak pernah bersendirian. Allah itu sentiasa ada. Dia menyayangi hamba-Nya melalui berbagai cara. Tidak dibiarkan aku bersendirian walau kadangkala aku menangis merasakan bahawa aku tidak punya sesiapa.

Pertemuan kami mungkin bukan di dunia nyata. Tapi ya, kami masih tetap dipertemukan walau hanya melalui alam maya. Dan itu sama sekali tidak akan berlaku tanpa izin dari-Nya.

"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."
(HR Muslim)


Previous
Next Post »

4 Comments

Click here for Comments
reenapple
admin
May 20, 2013 at 9:17 AM ×

Aku senyum baca ini. Kau buat aku terindu seseorang dengan entri ni. :(

Reply
avatar
Nina Mads
admin
May 20, 2013 at 1:48 PM ×

mula rindukan seseorang yg menjadi anonymous di blog :)

Reply
avatar
Buuwa
admin
May 20, 2013 at 2:58 PM ×

tanpa sedar, dia hadir... ^_^

Reply
avatar
Tinta Lana
admin
May 21, 2013 at 5:13 PM ×

Salam.

Tia.. :)

Tulisan kali ni buatkan lana ingat pda seseorang..seseorg dlm dunia maya..

Lana blajar tulis lebih baik mlalui dia..sebb entry2nya suma baik2 blaka..tinggi unsur nasihatnya..entry pendek n simple je..skrg dia tak aktif dah.. but still, lana jenguk2 blog dia..kdg2 stalk fb dia..rindu..huhu..rindu dgn penulisannya yg ajak kita dekatkan diri dgn pencipta kita...

Kdg2 dia ada dtg tingglkn jejak.. ^_^

Reply
avatar