Sebarkan Cinta Ini

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum bakal jenazah semua. Senyum..

Mungkin saja ada orang tak suka baca entri bajet islamik kita. Boleh saja orang meluat tengok kita bajet macam ustaz ustazah yang menutup aurat dengan sempurna. Biarlah orang yang memandang buruk dengan perbuatan kita konon saja nak tunjuk baik depan mereka.

Saya mohon anda jangan berhenti. Agama islam agama yang indah sekali. Kita antara yang terpilih merasakan manisnya cinta Ilahi. Tapi tidak mereka yang diuji. Leka dengan nikmat duniawi.

Mereka perlu disedarkan segera. Bukan disisih atau dihina. MATI itu bila-bila masa. Teruslah menyebarkan agama indah kita. Sebarkan sehingga semua yang leka akan sedar bahawa mereka harus kembali ke jalan-Nya.
 
Alhamdulillah bila Allah beri peluang pada saya untuk berubah dan berhijrah sebelum menutup mata. Kalau dulu saya tengok kawan-kawan yang dah berubah, sekarang giliran saya pula. Sebak sungguh rasa bila saya ingat balik masa dulukala. Tengok kawan-kawan yang berubah, tapi tak terdetik langsung dalam hati nak ikut berubah sama.

Teruskan berdakwah sebarkan agama islam yang indah ini. Mungkin sekarang kita dikeji. Tapi suatu saat nanti, kita yang akan dicari. Bukan minta dihargai. Tapi gembira akhirnya si dia sudah mulai merasakan nikmatnya cinta dari Ilahi. Cinta yang kekal abadi.

Senyum sopan.
Previous
Next Post »

8 Comments

Click here for Comments
dr. Tubagus
admin
May 28, 2013 at 1:27 PM ×

Sebenarnya islam adalah agama damai. setiap langkah dalam berdakwah agama ini, akan dihisab dan akan mendapatkan pahala

Reply
avatar
May 28, 2013 at 2:25 PM ×

Mmg kena byk bersabar dalam mendekatkan diri kpd Allah.

Reply
avatar
kurus
admin
May 28, 2013 at 3:28 PM ×

salam kenal dik

menarik ...
semoga org lebih jelas dengannya

http://iedaimmiblogshop.blogspot.com/

Reply
avatar
reenapple
admin
May 29, 2013 at 12:07 AM ×

Tak akan pernah lari dari ujian walau kita cuba berubah.

Reply
avatar
Unknown
admin
May 29, 2013 at 5:27 AM ×

tak apa..bukan namanya berdakwah kalau tak dikeji atau diperli orang..sabar yea kak.. :)

Reply
avatar
Nina Mads
admin
May 29, 2013 at 4:15 PM ×

alhamdulillah bersyukur dilahirkan sebagai islam :)

Reply
avatar
Unknown
admin
May 29, 2013 at 6:12 PM ×

hmmm kalau org keji cuba kenal pasti kenapa org tu keji kita....apa2 pun buat lah biasa2 saje, jgn terlalu drastik dan mendesak....pepatah melayu ada cakap, menarik rambut dalam tepung, tepung jgn berselerak....

Reply
avatar