Nilai Syiling 10 Sen

Assalamualaikum.

Aku membebel sendirian bila ternampak sekeping duit syiling 10 sen dibiarkan dan tak dipedulikan. Aku geram. Mentang-mentang nilainya hanya 10 sen!

Betapa 10 sen tu bernilai. Cuba bayangkan. Kalau 10 sen tu dikumpul tiap-tiap hari , tak diusik pun , boleh nampak tak nilainya dah bukan jadi 10 sen? Malah boleh jadi ringgit , belasan ringgit , puluhan ringgit , siapa tahu ratusan ringgit? Itulah nilai 10 sen yang terkumpul.

Walaupun nilainya hanya 10 sen , ia tetap duit! Kalau yang 10 sen tu pun tak boleh hargai , tak nak simpan , jangan hairan kalau suatu hari nanti Allah uji dengan nilai 10 sen tu. Tekak kering nak beli air botol harga RM1. Tapi tengok dalam kocek ada RM0.90 aje. Mana nak cekau 10 sen tu? Bila ingat-ingat , bersepah 10 sen dekat rumah tak dipedulikan pun. Mulalah rasa nak lempang muka sendiri.

Aku suka ajar adik-adik aku simpan duit syiling dalam tabung. Sekaligus mengajar mereka untuk belajar menabung. Aku nak dorang faham betapa besarnya nilai 10 sen tu.

Kalau ada yang masih pandang sebelah mata syiling tu , sini bagi aku sorang 10 sen :D

Syiling 10 sen ni adalah wakil kepada syiling-syiling yang lain seperti 5 sen dan 20 sen yang disangka "apalah sangat". 50 sen tu dah sampai level orang mula berkira. Kan 50 sen.

Previous
Next Post »

2 Comments

Click here for Comments
Unknown
admin
July 3, 2013 at 2:24 PM ×

Salam,

Kalau saya pula pantang ternampak syiling, tak kiralah berapa nilainya saya akan teliti satu persatu. mana tahu jumpa yang error atau key date...nilainya berpuluh malah ratusan kali ganda dari nilai muka. Baru-baru ini tiga keping syiling tahun 1971 dan 1973(UNC)telah terjual dengan harga RM160.00 semasa acara lelongan di Muzeum Negara.

Nak tahu lebih lanjut tentang syiling error dan key dates jemputlah ke blog saya dan banyak lagi blog-blog rakan-rakan Numismatik.

Reply
avatar
Unknown
admin
July 3, 2013 at 2:25 PM ×