Assalamualaikum.
Aku menulis , aku membaca. Ada sesuatu yang bermain di fikiran. Ada sesuatu yang ingin aku sampaikan. Tapi entah kenapa bila jari sudah menyentuh papan kekunci , tiba-tiba semuanya hilang.
Mungkin aku terlalu memaksa. Aku kata , aku suka menulis. Rakan-rakan juga kata itulah uniknya aku. Tapi itulah juga kelemahanku. Lebih petah menulis berbanding berkata-kata. Kalau merepek , memang panjanglah ceritanya. Bila ingin menyampaikan sesuatu yang bermanfaat , terasa payah pula nak buka mulut. Sehinggalah aku memilih untuk mencoretkannya melalui tulisan.
Terasa pelik. Bila di facebook , aku akan update status tanpa memikirkan samada orang suka membacanya atau tidak. Selagi aku rasakan ianya bermanfaat , aku akan update!
Berbeza pula bila di blog. Entah kenapa , aku terlalu memikirkan "apa yang disuka pembaca". Aku lebih mementingkan kesukaan pembaca berbanding apa yang aku suka. Aku seolah-olah tidak berlaku adil pada diri aku sendiri. Hati ingin menulis tentang ini. Tapi akal tak menerimanya dan lebih memaksa untuk bagi apa yang pembaca suka.
Aku tersentuh bila baca blog seorang penulis.
"Jangan menulis kerana KUANTITI , tapi menulislah dengan KUALITI."
So , lepas ni aku kena lebih adil. Pada diri dan juga pembaca. Biar seimbang supaya ada kepuasan bila menulis.
4 Comments
Click here for Comments1 lagi.. menulis dengan hati. :)
Reply~reenapple~
nice sharing,Tia...kak lea pun suka baca entri Tia :)
Replysaya menulis untuk memberi manfaat kepada orang lain..paling penting dapat kongsi ilmu dan info.
ReplySalam.Benar,bukan kuantiti,tapi kualiti..untuk saya,saya tak rajin nak tulis selalu,jadi sekali sebulan,sekali seminggu sekali banyak..-p
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon