Friday, May 31, 2013

Kenapa Tudung Labuh?

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Sudah pernah saya nyatakan dalam entri sebelum-sebelum ini bahawa saya juga baru saja berhijrah dari menggunakan tudung biasa ke tudung labuh bulat yang ala-ala ustazah gitu. Senyum comel.

Pasti ada yang bertanya, kenapa perlu pakai tudung selabuh itu sedangkan pakai tudung biasa saja pun sudah mencukupi. Masih juga tutup aurat. Apa bezanya memakai tudung labuh dengan tudung biasa?

Ada bezanya wahai hamba Allah s.w.t yang dikasihi sekalian. Memang benar, pakai tudung biasa-biasa saja pun sudah boleh asalkan ia menepati syarak.

Firman Allah SWT :          
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (Surah al-Nur : 31)

Tapi ketahuilah. Ada satu perasaan yang sungguh manis dan indah sekali bila saya memakai tudung labuh ini. Berbeza dari memakai tudung yang biasa-biasa. Bukanlah niat saya mahu memperkecilkan si pemakai tudung biasa. Allah. Tidak sama sekali. Kerana saya juga pernah memakai tudung biasa. Berbagai fesyen lagi. Kata saja fesyen yang bagaimana. Lilit? Ekspress? Najwa Latif? Pernah belaka.

Memang benar ramai antara kita yang bertudung. Alhamdulillah juga pada mereka yang sudah mula bertudung. Syukur kerana Allah menyayangi, lalu dia mencampakkan rasa ingin untuk bertudung dalam hati-hati kita. Tidak semua orang diberi rasa itu. Senyum sopan.

Saya yakin sekali, pasti ada antara kita pernah mendengar kata-kata seperti "ala, dia pakai tudung bukannya baik sangat pun." Memang benar kata-kata itu. Banyak saja wanita bertudung tapi akhlaknya tidaklah sebaik yang diharapkan. Tapi itu bukan kerja kita untuk menilai orang. Manusia itu biasa melakukan kesilapan.

Sama juga si pemakai tudung labuh. Mereka juga tidak akan lari dari mendengar kata-kata seperti "eleh, pakai tudung labuh. Tapi mengumpat juga. Bercouple juga."

Walaubagaimanapun, syukur alhamdulillah kerana biarpun banyak kata-kata yang buruk dilemparkan pada si pemakai tudung labuh. Saya masih juga dapat melihat keistimewaan pada si pemakainya. Mereka masih dihormati. Itulah istimewanya pada tudung labuh. Allah menjaga keistimewaannya.

Semua orang boleh bertudung, tapi tak ramai yang berani memakai tudung labuh. Terlalu banyak perkara yang difikirkan sehingga membantutkan niat murni mereka untuk memakai tudung yang istimewa ini. Saya faham, kerana saya sendiri pernah merasakannya. Bermacam-macam perasaan yang bercampur. Tapi bila hati sudah nekad, dengan izin Allah s.w.t, akhirnya dipermudahkan hasrat yang terpendam ini.

Pandangan serta layanan orang pada saya juga sudah berbeza sama sekali. Saya mungkin dipandang ganjil. Tapi dalam masa yang sama, Allah telah menjaga saya dengan baik bila memakai tudung labuh. Paling ketara adalah bila lelaki tidak lagi mendekati saya dengan mudah. Kalau berjalan, lelaki tidak lagi berebut dengan saya. Malahan selalu memberi jalan dulu pada saya. Alhamdulillah. Senyum tak nak berhenti.

Maaflah, jujur saya katakan. Bukanlah niat saya untuk memperlekehkan si pemakai tudung biasa kerana masih ada juga antara mereka yang menjaga keistimewaan bertudung itu. Masih juga taat pada perintah Allah s.w.t dan meninggalkan larangan-Nya. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Semoga Allah s.w.t akan memelihara iman kita.

posted from Bloggeroid

Cinta Dari Allah s.w.t

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah 

Allah, Allah, Allah...
Menitis air mata ni. Siapa kata nak belajar mencintai Allah s.w.t hanya di tempat-tempat tertentu saja? Alhamdulillah. Kalau bukan kerana Dia yang menggerakkan hati ini, cinta pada-Nya takat situ-situ saja. Tapi Allah s.w.t telah mengizinkan saya 'bertemu' dengan blog-blog yang sangat mengusik jiwa hamba ini. Membaca coretan-coretan mereka membuatkan hati saya luluh.

Ya Allah, izinkan aku mencintai-MU lebih dari segala-galanya. Jauhkan rasa cintaku pada dunia sehingga aku lupa pada-MU ya Allah :'((

Pernah tak kita berfikir sejenak. Kita tak mampu nak menangis pun kerana dosa yang kita dah buat. Padahal, kitalah orang yang selalu melakukan dosa. Kita menzalimi diri sendiri. Meninggalkan larangan Allah s.w.t, melakukan perkara yang dilarang oleh-Nya.

Ya Allah ..

Jika kamu tidak mampu menangis kerana dosa yang kamu lakukan, maka menangislah kerana kamu tidak mampu menangis.

Pernah tak kita mengalirkan air mata bila bersujud mengenangkan Dia?

Saya bersyukur sangat-sangat pada Dia. Sangat bersyukur. Bila dulu saya tersesat jalan, kini Dia tunjukkan semula jalan pulang untuk kembali pada-Nya.

Rasa nak sangat saya berkongsi perasaan ni pada semua. Tapi tak mampu. Rasa indah ni tak mampu saya gambarkan melalui kata-kata. Hanya yang melaluinya tahu apa kemanisan bercinta dengan-Nya. Dan saya yakin, tiada cinta manusia di dunia ini yang mampu menandinginya.

Kadang saya menangis sorang-sorang. Saya bukan dari keluarga yang dikelilingi orang beragama, ustaz ustazah. Ujiannya terasa sangat hebat. Berdepan dengan mereka yang mencintai dunia. Kemudian, bila saya tak mampu menghadapinya. Saya kembali semula pada DIA. Memohon hanya pada Dia. Sebab saya tahu, tak ada tempat untuk saya mengadu selain Dia.

Sekarang saya faham. Kalau dulu Allah uji saya, jauh dari cinta-Nya. Tapi kini saya 'diambil' semula. Sebab saya faham macamana menjadi orang yang lalai mengingati Allah. Saya pernah lupa Dia. Sekarang, saya sudah 'dikembalikan'. Tiba masanya untuk saya tanam rasa cinta ini pada orang lain pula. ALLAHUAKHBAR!

Betapa Allah punca cara sendiri menunjukkan kasih sayang-Nya pada kita. Cuma kita saja yang selalu alpa. Kini saya dapat rasakan. Mempertahankan Islam di akhir zaman ini umpama menggenggam bara api. Kalau tidak bersungguh-sungguh nescaya agama akan terlepas dari genggaman kerana suasana sekeliling yang tidak membantu pada kebaikan.

Beruntunglah orang-orang yang ganjil itu.

Semoga saya akan terus diberi kesempatan untuk menyebarkan cinta anugerah Ilahi ini.

Wednesday, May 29, 2013

Panggilan Indah

Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum. Senyum.

"Assalamualaikum ukhti. Ahai :D Pertamanya, ana doakan semoga Allah s.w.t melimpahkan rahmat-Nya ke atas ukhti sekeluarga. Keduanya, maaf kurang bertanya berita. Ana mencari diri. Ketiga, maafkanlah atas kekhilafan ana terhadap ukhti andai pernah mengguris hati atau menjengkelkan mata. Ana ini hamba yang tak sempurna. Selalu saja melakukan silap. Harap dimaafkan. Semoga Allah s.w.t akan terus menjaga ukhuwah ini sekaligus menjaga ukhti seluruhnya. Amin ya Rabb.."

HANTAR!

Ana periksa item dihantar. Ana baca semula SMS yang dihantar pada sahabat. Kemudian ana tersenyum. Kata-kata itu tersusun dengan baik. Rasa macam tak percaya ana menaipnya. Senyum lagi. Alhamdulillah, ilham dari Allah s.w.t. Sesungguhnya, yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari khilaf ana sendiri.

Inilah pertama kali ana menggunakan panggilan "ana" ini. Kalau sebelum ini, ana sudah menggunakan "saya, aku" dan sebagainya. Kali ini ana gunakan panggilan yang lebih lembut lagi. Harapnya, tak ada yang pengsan bila membaca entri ini. Senyum manis.

Entahlah. Bila ana menggunakan panggilan ini, terasa ada satu kelembutan dan kesopanan yang sukar untuk ana gambarkan. Seperti yang kita sudah sedia maklum. Perkataan "ana, anta/enti' berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud ana=saya, anta=awak(bagi lelaki) enti=awak(bagi perempuan).

Ada yang kata, panggilan seperti ini biasa digunakan oleh geng usrah, budak surau dan seumpamanya. Tapi bagi ana, panggilan seperti ini boleh saja digunakan oleh semua orang. Hanya sesetengah dari kita saja yang berfikiran seperti itu. Kerana hakikatnya, ana bukanlah dari geng mana-mana usrah. Bukan juga budak surau, apatah lagi dari sekolah agama. Ana tidak pula menyambung pengajian di mana-mana sekolah pondok. Ana cuma muslimah biasa. Yang berusaha menurut perintah-Nya, dan menjauhkan diri dari larangan-Nya.

Percaya atau tidak, ketika seseorang itu sedang marah atau meninggi suara dan dia menggunakan panggilan ana, kemarahannya melalui kata-kata akan masih kedengaran lembut meski dengan nada yang tinggi.

"Ana dah kata jangan buat macam tu. Kenapa degil sangat enta ni?"

Selain tu juga, hikmahnya bila kita menggunakan panggilan ini adalah perbualan kita akan lebih terjaga. Takkanlah kita nak mengumpat orang guna panggilan ni kan?

Ana tahu, masih ramai lagi yang tidak boleh menerima panggilan ini. Masing-masing ada pandangan sendiri. Sejujurnya, pertama kali ana mendengar panggilan ini dari seorang sahabat, terasa ada suatu keganjilan di situ. Entahlah. Tapi benarlah orang kata. Kalau kita dah terbiasa, rasa janggal itu pasti akan perlahan-lahan hilang. Atau juga, ana memang mudah menerimanya. Sengih sopan.

Berbalik pada SMS yang ana hantar pada sahabat-sahabat ana. Tersenyum sendiri membaca balasan dari mereka. Contohnya ini..

"Waalaikumussalam. Kenapa ni kak? Tetiba cakap macam ni. Risaulah.. :-( kak sihat juga?"

Aduhai. Kesian mereka ana 'kerjakan'. Maaflah, tiba-tiba ana nak gunakan bahasa ini. Bukan sahabat di dunia nyata saja ana kenakan. Sahabat yang sedang membaca entri ini juga sudah dikenakan oleh ana. Maaf sekali lagi ya.

Separuh dari entri ini, ana ambil dari Kenapa Mahu Ber'ana enta/enti'.

Tuesday, May 28, 2013

Berkawan dengan Soleh Solehah

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum pembaca yang dikasihi semua. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya ke atas anda sekeluarga.

Kali ini, saya ingin berkongsi mengenai mereka yang bernama sahabat. Atau juga dikenali sebagai teman, rakan, kawan, dan bermacam lagi gelaran. Jujur saya katakan. Kawan disekeliling memainkan peranan penting dalam hidup kita. Baik kawan kita, baiklah kita. InsyaAllah.

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Bukan saya hendak menyalahkan sesiapa. Saya tahu, masing-masing punya kekurangan. Untuk mencari sahabat yang baik, ibarat mencari permata dalam timbunan kaca. Tapi, kita masih juga perlu bijak memilih kawan. Sebaiknya, berkawanlah dengan mereka yang soleh solehah.

Malu? Bagi saya, itu adalah alasan yang paling tidak munasabah. Kita boleh malu. Tapi biarlah pada tempatnya. Bersahabat dengan mereka yang soleh solehah, tidak ada apa yang perlu dimalukan. Mereka juga manusia biasa. Dekati mereka dan insyaAllah layanan mereka baik-baik belaka.

Saya juga berkawan dengan golongan ini. Golongan yang bertudung labuh, berniqob. Alhamdulillah, layanan mereka sungguh baik sekali pada saya. Memanglah adakalanya sikap mereka membuatkan saya kurang senang. Tapi bila difikirkan semula, mereka cuma manusia biasa. Jadi, saya tidak boleh menyalahkan mereka sepenuhnya. Dengan memikirkan kebaikan yang mereka lakukan pada saya, sangkaan buruk itu beransur  hilang secara perlahan.

Ada seorang sahabat saya ni. Cintanya pada Allah s.w.t sangat mendalam sehingga saya juga merasa cemburu. Dia sangat menjaga hubungannya dengan rakan-rakan sekeliling. Hinggalah pada suatu hari, Allah menguji dia.

Ujiannya datang dari kawan-kawan yang dia sayang. Mereka mulai menyisihkan dia hanya kerana kesilapan kecil (bagi saya). Kewujudannya langsung tidak dihargai. Umpatan juga sering diterima oleh dia dari rakan-rakannya. Dan sungguh saya katakan. Dia masih juga tetap tersenyum dan menegur seperti biasa kawan-kawannya tadi. Allahu Rabbi. Begitu kuat hatinya.

Dia begitu dibenci oleh mereka. Tapi tidak pula dia membalasnya dengan kebencian juga. Malahan, sering membantu mereka. Tak jemu dan tak mengeluh langsung dia bila membantu. Sayang sekali, kawan-kawannya masih belum melihat kebaikan yang ada dalam dirinya.

Itulah manusia, sering saja menerima ujian dari Allah. Ujian juga berbeza-beza. Kadang berbentuk bahagia, kadang berbentuk derita. Apapun, saya banyak belajar dari sahabat saya itu. Kekuatan hati itu datang dari Allah. Bilamana kita faham perancangan Allah, ujian apapun yang datang. Kita pasti akan tersenyum. Kerana kita tahu. Yang duka, takkan selamanya berakhir dengan duka. Allah pasti akan memberikan bahagia diakhirnya.

Sebarkan Cinta Ini

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum bakal jenazah semua. Senyum..

Mungkin saja ada orang tak suka baca entri bajet islamik kita. Boleh saja orang meluat tengok kita bajet macam ustaz ustazah yang menutup aurat dengan sempurna. Biarlah orang yang memandang buruk dengan perbuatan kita konon saja nak tunjuk baik depan mereka.

Saya mohon anda jangan berhenti. Agama islam agama yang indah sekali. Kita antara yang terpilih merasakan manisnya cinta Ilahi. Tapi tidak mereka yang diuji. Leka dengan nikmat duniawi.

Mereka perlu disedarkan segera. Bukan disisih atau dihina. MATI itu bila-bila masa. Teruslah menyebarkan agama indah kita. Sebarkan sehingga semua yang leka akan sedar bahawa mereka harus kembali ke jalan-Nya.
 
Alhamdulillah bila Allah beri peluang pada saya untuk berubah dan berhijrah sebelum menutup mata. Kalau dulu saya tengok kawan-kawan yang dah berubah, sekarang giliran saya pula. Sebak sungguh rasa bila saya ingat balik masa dulukala. Tengok kawan-kawan yang berubah, tapi tak terdetik langsung dalam hati nak ikut berubah sama.

Teruskan berdakwah sebarkan agama islam yang indah ini. Mungkin sekarang kita dikeji. Tapi suatu saat nanti, kita yang akan dicari. Bukan minta dihargai. Tapi gembira akhirnya si dia sudah mulai merasakan nikmatnya cinta dari Ilahi. Cinta yang kekal abadi.

Senyum sopan.

Monday, May 27, 2013

Mencari Soleh dan Solehah

Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum kepada pembaca yang dikasihi Allah sekalian.

Pernah jumpa ayat ni?

Jika mahu mendapatkan yang soleh,
kurangkan agenda menCARI si soleh,
tetapi berusahalah menJADI yang solehah.

Jika inginkan yang solehah,
janganlah cerewet menCARI yang solehah,
tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal.
Bertemu yang soleh, solehnya boleh saja berubah..
kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa.

Kurangkan agenda menCARI,
tapi mulalah menJADI soleh dan solehah.

Saya tergelak dengar cerita kawan saya. Mari ikuti kisah dia.

Begini, saya ni taklah solehah sangat. Tapi saya suka update status yang baik-baik dekat facebook. Niat saya nak sedarkan orang sekeliling betapa islam adalah agama yang indah.

Nak dijadikan cerita. Ada seorang lelaki ni meluah dekat saya. Lelaki tu kata dah jatuh cinta dengan saya lepas baca POST yang diupdate dekat facebook. *gelak* Dia ajak couple. Tapi saya tolak dengan baik. Sebab saya memang takkan pilih couple sebelum nikah.

Start situ saya dah tak pedulikan lelaki tu. Niat saya bukan nak bermusuh. Tapi demi kebaikan kami, saya mengambil langkah berjaga-jaga. Tak nak layan sangat lelaki tu. Mesej dia saya tak layan, komen dia pun saya buat macam angin sepoi-sepoi bahasa. Dia rajin LIKE status saya. Bayangkan, status yang LAMA pun boleh dia bongkar dan tekan like. Hal ni berlaku agak lama jugalah.

Satu hari, saya dapat mesej lagi dari lelaki tu. Cuma kali ni lain sikit. Dia minta nombor telefon kawan saya pula. Kawan saya tu memang ada ciri-ciri wanita solehah. Update status pun banyak yang islamik. Saya agak, lelaki tu perasan sebab saya dengan kawan saya memang rajin berbalas komen di facebook.

Dan saya juga dah perasan. Lelaki tu punya main rajin LIKE semua status kawan saya. Lepas tu saya fikir. Adakah ini yang dikatakan SOLEH mencari SOLEHAH? Senyum.

Betul lah kan? Kurangkan agenda mencari tapi banyakkan menjadi. Berharap nak yang baik aje, tapi diri sendiri? Muhasabah diri seketika. Kita mencari yang soleh dan solehah bagai nak rak. Tapi usaha kita nak menjadi soleh dan solehah, ya Allah.

Saya faham kita semua nak yang terbaik. Tapi kalau diri kita pun tak berusaha nak jadi baik, macamana kita boleh berangan nak dapatkan yang terbaik. Ambil cermin dan cermin diri kita. Solat jaga tak? Amalan kita macamana? Cukup? Hubungan dengan Allah s.w.t ada perbaiki ? Haa, apa geleng-geleng?

Kita ubah diri bukan sampai nak jadi SEMPURNA. Tapi sekurang-kurangnya usaha kita nak jadi baik itu ada.

Saya pun malu dengan Allah. Nak pasangan yang tip top, awesome. Tapi diri saya? Senyum lagi. Janganlah risau sangat. Masa itu akan tiba juga. Yakinlah pada perancangan Allah s.w.t..

Sunday, May 26, 2013

Jangan Cakap Saja Anda Islam Tapi Buktikannya

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum buat pembaca yang dikasihi. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya ke atas anda dan sekeluarga.

Tadi ayah ajak keluar. Sebelum balik, singgah pasar dulu. Sebelah pasar ikan, ada satu pasar 'khas'. Apa yang khas? Haa, ni nak cerita. Pasar sebelah ikan tu jual daging khinzir. Tiba-tiba ibu buka cerita pasal kawan ibu yang pernah silap beli daging.

Dulu, mana ada signboard tulis situ jual daging khinzir. Pasar tu macam terbuka. Tak macam sekarang. Pasar tu kena ubahsuai. Pasar yang jual daging khinzir tu dah tertutup. Siap ada signboard lagi 'Menjual Daging Khinzir'. Senanglah orang nak tahu itu pasar khinzir kan.

Nak dijadikan cerita, kawan ibu ni turunlah pasar nak beli daging. Masa tu, pertama kali dia datang pasar. Tapi dia ter-pergi kedai yang jual khinzir tu. Lepas tu pula, dia tak pakai tudung. Memang dia dapat belilah.

Balik rumah, dia pelik. Kenapa daging yang dia beli tu putih. Haa, lepas tu tamat. Hehe. Maaflah. Ibu kata cerita ni dah lama. Jadi, ibu tak ingat apa cerita seterusnya.

Tapi, lepas dengar cerita ibu yang gantung tu, ada satu hal yang boleh dijadikan pengajaran. Mungkin, kalau mak cik tadi pakai tudung, berpakaian lengkap seorang wanita islam, penjual-penjual tadi mesti akan halang dia dari beli daging tu.

Wallahu a'lam.

Saturday, May 25, 2013

Sabarkan Aku Ya Allah

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum buat pembaca yang dikasihi Allah s.w.t,

Bukan mudah untuk menjadi seorang yang penyabar. Saya sendiri diuji dengan hal-hal yang boleh menghilangkan kesabaran saya. Kadang-kadang tu sampai saya rasa nak menangis menahan sabar. Allahu Rabbi.

Rasa macam nak marah. Memang marah! Tapi lepas marah dah reda, saya mula muhasabah diri balik. Kenapa saya tak boleh bersabar untuk hal yang kecil macam tu? Ya Allah.. Benarlah. Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba.

InsyaAllah, saya sedang mendidik hati untuk lebih bersabar. Saya yakin, semester akan datang ni memang menuntut kesabaran yang lebih tinggi. Allahuakhbar. Saya tak nak jadi diri saya yang sebelum ini. Kurang bersabar. Sungguh saya tak nak.

Mohon doakan diri ini diberikan kekuatan untuk menghadapi hamba-hamba Allah yang lain. Hamba-hamba yang sering melakukan kesilapan sama seperti saya.

Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas diri anda dan sekeluarga. Amin ya Rab...


posted from Bloggeroid

Friday, May 24, 2013

Belum Masanya

"Umairah... Ni handphone ada orang call," laung puan Seri dari ruang tamu. Umairah yang mendengar namanya dipanggil segera berhenti membaca buku. Cepat-cepat dia keluar dari bilik. Bimbang pula uminya akan menjerit lagi. Tak sopan pula rasanya.

"Ada apa umi?" soal Umairah setibanya dia di ruang tamu. Puan Seri sedang sibuk membelek majalah.

"Handphone Umairah bunyi tadi..."

Umairah hanya menjeling telefon bimbitnya di atas meja kecil yang disediakan di ruang tamu itu.

"Laa, Umairah ingatkan ada apalah sangat. Rupanya handphone," kata Umairah sebelum dia berpusing semula untuk masuk ke bilik menyambung bacaannya tadi.

"Eh budak ni. Buat tak endah je dengan handphone dia. Mairah. Nanti ada panggilan penting macamana?" balas puan Seri mematikan langkah Umairah. Dia berjalan menuju ke meja kecil tersebut dan mencapai telefon bimbitnya.

Sedang sibuk menekan punat, mata Umairah tertumpu pada satu nombor. Tiada nama yang tertera. Tapi Umairah kenal sangat pemiliknya. Satu keluhan dilepaskan sebelum dia duduk bersebelahan dengan uminya di atas sofa.

"Ha, kenapa mengeluh pula tu?" soal puan Seri.

"Tak adalah umi. Memang ada orang call," balas Umairah. Puan Seri hanya memandang anaknya tapi tidak pula berkata apa-apa. Dia kembali membelek resepi di majalah.

Tiba-tiba telefon bimbit Umairah bergetar tapi tiada bunyi. Umairah sempat 'senyapkannya'. Orang yang sama juga menelefon. Umairah tetap tidak mengangkat panggilan tersebut. Mula terbit rasa kasihan pada si pemanggil yang tidak jemu-jemu mendail nombornya. Apakan daya, Umairah tidak mahu memberi apa-apa harapan.

"Maafkan saya Iman," bisik Umairah dalam hati.

Semenjak berhijrah, Umairah sudah tidak menjawab panggilan yang tidak penting dari mana-mana lelaki. Dia tidak mahu melayan lelaki yang tiada kaitan dengan dirinya. Dia tidak mahu jatuh cinta dengan mudah. Biarlah cinta itu hanya untuk bakal suaminya nanti. Dan dia tidak mahu memberi apa-apa harapan palsu pada mana-mana lelaki. Bimbang hati mereka terguris andai dia tidak mampu membalas cinta mereka.

"Belum masanya," kata Umairah.

Maafkan aku. Aku hanya mahu menjaga hati ini juga membantu menjaga hatimu. Jujur aku katakan, tiada niat untuk menyakiti sesiapa kerana aku juga pernah rasa bagaimana disakiti. Izinkan aku menjaga hati untuk seseorang yang telah Allah jagakan untuk aku.


Wanita Insan Istimewa

Dengan Nama Allah s.w.t Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum,

Menghayati lirik lagu nasyid dari kumpulan DeHearty. Saya suka lagu ni. Sedikit sebanyak bagi motivasi dekat saya. Tapi ada yang kata. Lagu ni pujian untuk wanita dan lelaki ambil iktibar :D


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

 

Thursday, May 23, 2013

Penaja Header | By Lana

Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum,

Sepatutnya entri ni dah lama saya publish. Tapi tangguh punya tangguh, lambatlah baru dapat update. Ini bukan entri membodek. Tapi, selain mendoakan saya rasa ini juga salah satu cara untuk saya ucapkan terima kasih tak terhingga pada kak Lana selaku orang yang menaja header blog ini.

Terima kasih pada kak Lana yang bersabar dengan saya sehinggalah header ini siap dan benar-benar memenuhi citarasa saya.

Sebelum ini saya ada banyak sangat header. Tapi header tu semua ada dalam laptop saya yang dah rosak. Jadi saya pasrah. Kemudiannya saya ingat malas nak guna header dah. Konon nak yang simple saja. Sampailah saya bertemu dengan kak Lana. Mulanya saya cuma bergurau minta kak Lana buatkan saya header. Tak sangka kak Lana serius menunaikan permintaan saya tu.

Saya sengaja memilih gabungan warna merah jambu yang lembut dan 'baby blue'. Sebab kedua-dua warna tu bagi saya lembut dan comel bila dipadankan. Tapi tak ada gambar. Itu juga saya sengajakan. Saya cuma nak ada tulisan saja.

Pendek kata, saya sangat berpuas hati dengan hasil tangan kak Lana. Jadi, saya anggap kak Lana adalah penaja header blog saya ni. Terima kasih tau kak Lana. Semoga Allah merahmati kak Lana sekeluarga.



Sampai dua sekali kak Lana buatkan. Gembira tak terhingga sebab inilah pertama kali seingat saya, header kena taja dengan blogger lain. Kalau nak berkenalan dengan kak Lana, boleh klik header dekat bawah ni ye. Kak Lana memang peramah tau :D


Tuesday, May 21, 2013

Mencari Cinta-Nya

Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Dah lama nak update entri ni tapi pengisian belum lengkap lagi. Jadi, tangguh dulu peram dalam draft. Sekarang, dengan izin Allah S.W.T, entri ini berjaya juga dikeluarkan untuk jadi tatapan umum.

Sebelum ini, saya ada ceritakan pengalaman sebelum 'jatuh cinta' pada tudung labuh (klik sini untuk baca: Sebelum Bertudung Labuh).

Lain orang, lain ujiannya. Saya sendiri mendapat ujian dalam hidup. Sebelum saya berhijrah dan mengenal cinta Allah, acapkali saya menyalahkan takdir bila diri diuji dengan masalah.

Saya angkuh pada diri sendiri. Menangis meraung berkali-kali. Hairannya, hati masih juga belum merasa tenang dan puas. Fikiran saya buntu. Kawan-kawan yang ada disekeliling langsung tidak dapat membantu. Saya rasa kosong sangat. Tak tahu nak ke mana dan diluahkan pada siapa.

Sampailah pada suatu tengahmalam. Dengan izin Allah, saya diberikan petunjuk. Itulah malam permulaan di mana saya mula menanam niat untuk berhijrah.

Berjujuran air mata saya membaca artikel itu. Terasa diri ini begitu kerdil. Saya menangis dan meraung lagi. Bezanya kali ini bukan mengenangkan masalah yang melanda diri. Tapi mengenangkan diri yang banyak sangat buat dosa pada Allah. Menzalimi diri sendiri.

Sebelum ni, saya sedar. Hati ni keras sangat. Tak tahu kenapa.

Mujur Allah memberi peluang pada saya untuk kembali mencari cinta-Nya sebelum saya menutup mata. Allahu Rabbi... Ada sesetengah orang, dia berubah selepas ditimpa musibah. Saya juga diuji dengan musibah. Tapi berbanding musibah yang melanda diri ini, tidaklah terlalu berat rasanya. Saya hanya kehilangan. Tapi betapa Allah menyayangi, diganti pula kehilangan itu dengan sesuatu yang cukup bermakna dalam hidup saya.

Kata-kata nasihat Ibnu Qayyim ; Dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah S.W.T

Sekarang, bila Allah menguji, saya kembali pada Allah. Saya belajar mendidik hati untuk memahami perancangan Allah. Dan hasilnya, saya mampu tersenyum walau hati robek dan remuk. Allahuakhbar!

Sesungguhnya, islam adalah agama yang indah. Rugilah mereka yang tidak menyedari keindahannya.

Saya mengaku saya masih lagi dalam proses belajar memperbaiki diri. Kesilapan itu pasti ada kerana saya hanya manusia biasa. InsyaAllah, saya akan belajar dari kesilapan agar ia tidak akan berulang lagi...

Monday, May 20, 2013

Menutup Aurat dengan Sempurna

Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui". (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Dulu saya tak suka pakai baju kurung. Masa tu, saya rasakan baju kurung sangat merimaskan dan menyukarkan perjalanan saya. Nak jalan pakai kain, memang susah! Saya lebih suka memakai seluar dan bert-shirt.

Kebaikan dan kelebihan yang ada pada baju kurung, langsung saya tak pandang. Yang saya nampak, hanyalah kekurangan dan keburukannya saja.

Tapi alhamdulillah, sekarang saya sudah jatuh cinta pada baju kurung. Malahan, hendak ke mana-mana tetap baju kurung menjadi pilihan hati. Saya tak peduli kalau orang lain mahu katakan saya kolot, tak reti berfesyen. Jalan pergi bandar pakai baju kurung? Euw.. Tapi Sungguh saya tak kisah. Sebab saya selesa. Bukankah keselesaan itu lebih penting?

Sebenarnya, kalau kita perhati dan kaji baik-baik. Banyak sebenarnya kelebihan yang kita dapat kalau pakai baju kurung ni. Firstly, comfirm nampak sopan kan? Manis je kalau orang tengok. Rimas? Tak rimas pun. Kalau dah biasa, sure tak rasa rimas. Melindungi. Yepp. Memang melindungi bentuk tubuh badan wanita dari dilihat para lelaki. Itupun, kalau buat baju yang tak ada cutting lah. Kalau ada, lain cerita.

Sayangnya, kain-kain yang ada dipasaran sekarang semakin 'hebat'. Kain transparent sering menjadi pilihan wanita untuk dijadikan baju kurung. Aduh! Terpukul dengan fesyen yang mengarut ini. Masalah berat yang timbul dari baju transparent ni ialah bila ada yang tidak memakai kain dalam.

Kain dalam itu perlu untuk menyembunyikan apa yang disembunyikan dari kain yang dipakai. Malangnya, hal ini hanya dipandang remeh oleh kaum wanita yang memakai baju kurung terutamanya kain jenis transparent.

Alangkah indahnya kalau wanita menyedari diri mereka berharga. Terlalu berharga. Bila berharga, ia harus dijaga. Dengan cara apa? Menutup aurat dengan sempurna.

Pembaca Setia

Aku terdiam kaku bila mendengar pengakuan dari dia. Mulanya aku juga tidak percaya. Tapi setelah mendengar cerita darinya, akhirnya aku akur. Rupa-rupanya dia memang pembaca setia blog aku. Bukan seminggu atau dua minggu. Tapi bertahun. Dari awal aku berblog sehinggalah sekarang. Dia masih di situ setia membaca setiap coretan dan luahan hatiku di blog ini.

"Tapi kenapa?" Aku melepaskan satu keluhan. Soalan 'kenapa' itu ku simpan rapi dalam hati. Tidak ku ajukan pada dia. Aku tertunduk malu. Apalah yang ada dalam blog ku itu selain daripada bercerita perkara yang tidak berfaedah.

Dulu, aku memang perasan. Setiap kali aku update entri terbaru, pasti ada saja namanya di ruangan komen. Dan dia pandai bersikap bersahaja kerana aku menyangkakan dia sama seperti pembaca yang lain. Setiap komen yang ditinggalkan nampak macam biasa. Tapi rupa-rupanya, setiap entri di ruangan komenku pasti ada dia.

Tanpa sedar, aku mula mengaguminya dalam diam. Dia memang pembaca setia. Tapi bagi aku caranya berbeza. Aku seperti 'dijaga' dari kejauhannya. Benar, aku terharu. Dulu aku menyangka, semua yang ada di dunia maya hanya tahu berdusta. Tapi sekarang, aku terpukul dengan kata-kataku sendiri.

Aku mula terasa harapan itu mula ada. Hari-hariku kembali bahagia. Bukan kerana adanya dia. Tapi dia menyedarkan aku bahawa aku tidak pernah bersendirian. Allah itu sentiasa ada. Dia menyayangi hamba-Nya melalui berbagai cara. Tidak dibiarkan aku bersendirian walau kadangkala aku menangis merasakan bahawa aku tidak punya sesiapa.

Pertemuan kami mungkin bukan di dunia nyata. Tapi ya, kami masih tetap dipertemukan walau hanya melalui alam maya. Dan itu sama sekali tidak akan berlaku tanpa izin dari-Nya.

"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."
(HR Muslim)


Saturday, May 18, 2013

Ada Apa Pada Nama

Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Selama 2 semester saya dekat UiTM, tak sah kalau tak ada assignment. Selalunya, buat dalam berkumpulan. Bagi saya, itu satu kelebihan sebab memudahkan kerja. Yelah, kan ramai. Senang sikit nak buat. Tapi bergantung jugalah. Dapat ahli kumpulan rajin, seronoklah. Dapat ahli kumpulan 'terlebih' rajin, nasiblah.

Saya selalu dapat bahagian buat cover depan folio. Yang jadi perhatian saya ialah, nama siapa nak letak dulu.

Takut kalau letak nama dia yang first, yang lain terasa pula. Kalau letak nama yang last, takut dia pula terasa. Nama pun jadi hal tau. Yelah, semua pun bekerjasama buat tugasan tu. Mesti masing-masing nak hasil kerja dia dihargai kan?

Jadi, saya ambil beberapa langkah. Yang pertama ialah dengan menilai sikap mereka yang saya tahu. Contoh, kalau si A ni jenis yang mudah menerima saya akan letak nama dia bawah sikit. Kalau si B jenis yang cepat terasa, saya letak atas sikit. Saya tahu, cara tu nampak macam tak adil. Tapi nak buat macamana. Untuk lebih meyakinkan, saya akan letakkan nama saya yang paling terakhir supaya tak ada yang terasa bila nama dia diletakkan paling bawah.

Cara kedua ialah dengan mengikut susunan abjad pada nama masing-masing. Kalau nama dia bermula dengan huruf A, saya letak paling atas. Kalau nama dia bermula dengan huruf Z, saya letak paling bawah. Mudah-mudahan adil.

Dan cara terakhir saya ialah dengan menyusun mengikut panjang nama mereka. Nama siapa paling pendek, saya letak paling atas. Nama siapa paling panjang, saya letak paling bawah. Ikut giliran.

Andai kata dalam kumpulan tu ada pelajar lelaki, saya akan letakkan nama mereka dekat bawah. Kata gentleman kan. Jadi, biarlah "Ladies First". Hehe..

Nama pun boleh jadi isu sensitif. Kadang tu, salah eja nama pun boleh buat orang terasa tau. Kalau saya, bila letak nama. Saya akan pastikan nama saya macam dalam IC. NUR FATIHAH BINTI RAJELI :)


Sebelum Bertudung Labuh

Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana dengan izin-Nya, dapat juga saya siapkan entri ini walaupun ambil masa beberapa jam juga untuk memikirkan pengisiannya.

Kali ni saya nak becerita pengalaman saya sebelum mengenakan tudung labuh. Asalnya, saya juga pakai tudung yang biasa sebelum diketukkan pintu hati untuk 'berkenalan' dengan tudung labuh. Saya masih ingat lagi bila Allah pertemukan saya dengan seorang kawan yang pernah satu kelas dengan saya masa di sekolah menengah dari tingkatan 1 sampai 3.

Kami berjumpa secara kebetulan. Dia pakai tudung labuh. Sedangkan saya? Hanya memakai tudung biasa dengan baju yang saya kira tak cukup syarat! Jujur saya katakan. Bila melihat dia yang memakai serba bertutup tu, timbul rasa malu dalam diri. Malangnya, saya tidak cuba mengambil pengajaran dari peristiwa itu.

Sepatutnya, saya harus mula belajar untuk memperbaiki diri. Tapi tidak. Saya katakan pada diri semoga saya tidak diketemukan dengan dia lagi sebab saya malu. Dia bertudung labuh sedangkan saya tidak. Betapa kerasnya hati saya masa tu.

Kemudian, Allah pertemukan pula dengan sahabat baik saya semasa di sekolah menengah dulu. Kami memang rapat sangat! Keluarga pun sudah saling mengenali. Apakan daya, Allah telah menguji persahabatan kami sehingga saya dengan dia dah tak berapa rapat.

Bukan hendak mengaibkan dia. Tapi apa yang saya kenal dia dulu, dia seorang yang nakal. Suka bertukar-tukar boyfriend. Bila di sekolah, tudung yang dipakai pun singkat gila! Bila tunduk, leher pastinya akan nampak.

Tapi lepas habis SPM, kami dah tak sehaluan. Berhubung pun jarang. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Bila dah lama tak jumpa, tiba-tiba kami ditemukan semula tanpa sengaja. Ya Allah bila dah jumpa, rasa nak bercucuran air mata ni melihat perubahan dia. Sangat berbeza. Dia dah bertudung labuh. Kalau sekali imbas, memang macam ustazah. Manis saja.

Lepas jumpa dia, rasa insaf tu sekejap je. Tapi saya tak berubah juga. Saya siap boleh kata pada diri sendiri lagi yang saya tak akan pernah pakai tudung labuh! Betapa angkuhnya saya masa tu :( Pernah juga saya sarungkan tudung labuh adik saya di kepala. Bila tengok dekat cermin, cepat-cepat saya tanggalkan tudung tu. Saya kata, tak cantik! Ya Allah. Itulah saya yang dulu :'((

Allah Maha Besar. Setiap yang berlaku, adalah kerana izin-Nya. Dan Dia mengizinkan saya untuk menjadi insan terpilih merasakan kemanisan cinta dari-Nya. Allahuakhbar!!

Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)

Menutup aurat itu tidaklah mudah lebih-lebih lagi di zaman ini. Zaman di mana manusia memandang yang baik adalah satu keganjilan, dan yang buruk adalah kebiasaan.

Ujian Allah selalunya tidak mudah. Tapi tidak mudah bukan bererti kita harus mengalah. Berusahalah yakinkan diri bahawa ujian yang susah itu selalunya diiringi 1001 kemanisan yang tak pernah kita jangka.

Alhamdulillah... Jalan yang Allah tunjukkan pada saya sememangnya jalan yang terbaik. Saya tidak pernah menyesal memilih untuk kembali ke jalan Allah S.W.T. Sekarang saya merasa lebih tenang. Kalau dulu saya selalu merasakan jiwa saya kosong. Tapi kini, Allah lebih mengetahui :)

Friday, May 17, 2013

Permohonan dan Keputusan Pra Diploma UiTM

Assalamualaikum.

Saya telah menerima berbagai jenis soalan dari entri sebelum ini iaitu Kelebihan Pra Diploma UiTM. Dalam entri tu, saya hanya menceritakan serba sedikit pengalaman saya yang pernah bergelar seorang pelajar Pra Diploma Perdagangan di UiTM Tawau Sabah.

Alhamdulillah, mungkin memang rezeki saya di UiTM sebab Allah telah mempermudahkan urusan saya semasa menjadi pelajar pra diploma sebelum ini. Sekarang, saya masih lagi sedang berjuang untuk menghabiskan pengajian saya di UiTM dalam program diploma Pengajian Perniagaan untuk semester 3 (pada 09 Jun 2013).

Bagi anda yang ingin membuat permohonan memasuki pra diploma, atau ingin menyemak keputusan permohonan yang anda pernah lakukan. Saya mengalu-alukan anda untuk terus ke Portal Kemasukan Pelajar UiTM.

Segala maklumat penting yang anda perlukan seperti :

1. Syarat Kemasukan
2. Senarai Program
3. Semakan Syarat Kemasukan
4. Borang Permohonan
5. Keputusan

Ada di portal berkenaan. Atau, anda boleh lihat gambar di bawah. Perhatikan pada kotak merah yang telah saya tandakan pada tulisan MENU itu.

Klik Untuk Melihat Lebih Jelas

Sekian untuk perkongsian kali ini. Terima kasih :)

Cara Delete Akaun Facebook

Assalamualaikum.


Selama ni saya selalu nak DELETE akaun facebook saya. Tapi tak tahu cara. Alhamdulillah , akhirnya jumpa juga cara nak delete akaun facebook ni. Bolehlah senyum-senyum. Hehe. Tapi kan , tapi kan ... Saya ada daftar lagi akaun facebook yang baru. Haha! InsyaAllah, saya akan LEKAT dengan akaun yang ini.

Akaun baru ni saya guna nama sendiri. Bawa nama ayah okey. Sayang dekat ayah :)

Dan mungkin, untuk akaun baru ni saya akan buka untuk public. Sebab, ada juga reader blog ni yang bukan blogger. Jadi, untuk memudahkan mereka bertanya. Saya buka akaun facebook ni. Takkanlah nak bagi nombor telefon kot? Hehe.. Lagipun sekarang kan ramai yang guna facebook?

Cukup pendahuluan yang panjang. Saya akan berkongsi dengan anda macamana cara nak padam akaun facebook atau juga dikenali sebagai laman muka buku ni. Sangat mudah!

Pertama sekali, anda mesti login dulu akaun facebook yang anda nak delete tu. Kemudian, klik link Permanently Delete Facebook Account. Dan macam biasa, ikut arahan seterusnya. Anda akan dimaklumkan bahawa akaun facebook tersebut sudah dinyahaktifkan (deactivated) dan akan didelete terus dalam masa 14 hari iaitu 2 minggu.

Sebelum 14 hari tu berlalu dan anda masih mahukan akaun tersebut, login seperti biasa. Kalau tidak, tata facebook. Hehe. Deactivated dengan Delete tak sama okey. Kalau Deactivated, akaun anda seolah-olah tidak wujud lagi. Tapi bila login seperti biasa, akaun anda akan aktif semula.

Kalau Delete, dah sah-sah padam terus dari sistem. So, sebelum delete. Fikirlah masak-masak. Terlajak perahu, boleh diundur. Terlajak padam akaun facebook, selamat tinggal lah jawabnya. Tutorial cara padam akaun facebook ni saya jumpa dekat google. Sumbernya dari http://arisyahjahirah.blogspot.com/2011/11/cara-delete-akaun-facebook.html :)

Thursday, May 16, 2013

Permohonan Kolej UiTM Berjaya

Assalamualaikum.


Sempena cuti semester ni , saya memang cuti habis-habisan. Masuk hari ni je , dah sebulan saya jadi penunggu setia dalam rumah. Macam jeruk pun ada. And honestly , saya belum lagi merasa BOSAN macam kawan-kawan yang lain dah rasakan. Everyone dah start rindu nak balik UiTM. But not me :D


Paling teruk saya rasa bila facebook saya deactivate , handphone kadang on kadang off (depend pada mood) , kawan mesej tanya result pun buat don't know (i know ianya kejam! but who care?! result saya tak baik , and my mood also tak baik ==').


Sebolehnya saya betul-betul nak berehat kecuali , berehat dari berblog. Hehe. Yelah , dah mula kuliah nanti mesti sibuk dengan kelas.


Facebook , kadang buat sakit mata. Twitter , kadang macam tengah meroyan sendiri. Instagram , saya bukanlah photogenic. Wechat , whatsapp , line , semua macam tak ada fungsi.


Endingnya , lepak dekat blog. Hehe.

Walaupun keputusan peperiksaan untuk semester dua kurang memberangsangkan , alhamdulillah kemudahan kolej telah diberikan. Saya dapat asrama! Mudah-mudahan ayah dapat hantar pergi UiTM nanti. Banyak barang nak angkut :D


Wednesday, May 15, 2013

Johan As'ari Tolak Babak Bersentuhan

Assalamualaikum.


Tengah sibuk mencari jenama kereta yang canggih-canggih untuk masukkan dalam cerpen , tiba-tiba jumpa satu artikel dari 2dayblogger. Kenal Johan Asari ataupun botak dalam Juvana? hehe. Artikel tu berkaitan dengan beliau. Kata Johan;


Hasil Carian Google



Niat untuk berubah timbul sekembalinya dari Tanah Suci. Tiada siapa memaksa, tetapi keinginan ini terbit atas kesedaran sendiri. Selama ini saya terlalu leka sehingga melanggar perkara yang tidak boleh dilakukan.

Kalau boleh, saya mahu mengelak daripada adegan yang memerlukan saya bersentuhan. Saya tahu, pasti ia akan menyukarkan produksi, terutama jika sentuhan itu membabitkan watak ibu dan anak. Lihatlah bagaimana nanti, namun saya berharap apa yang saya niatkan ini dapat ditunai dengan sempurna.

Bukan apa, saya juga manusia yang tidak terlepas daripada kesilapan. Mungkin hari ini saya kata tidak mahu lagi bersentuhan, tetapi esok lusa saya sendiri melanggar janji. Jadi, saya berharap peminat dapat memaafkan andai perkara itu terjadi. - sumber


Saya bukan nak bergosip. Tapi , kalau betul apa yang Johan katakan tu. Alhamdulillah. Sangat positif! Sebab sekarang ni pun banyak sangat cerita-cerita yang ada babak bersentuhan antara lelaki dan wanita. Kalau tak , anak-anak muda yang tengok pun akan mudah terpengaruh.


Mereka akan buat kesimpulan sendiri. Bila bercinta , boleh pegang tangan , boleh keluar berdua , boleh sentuh sana , boleh sentuh sini. Kan tak elok macam tu. Marilah kita doakan semoga artis-artis dekat Malaysia ni dibukakan pintu hati mereka untuk menilai yang mana baik dan mana buruk. Mana halal dan mana haram.



Don't tell people you are MUSLIM , show them you are a MUSLIM ..
ACT like a MUSLIM,
DRESS like a MUSLIM,
and PRAY like a MUSLIM

Islam Itu Indah :D


Tuesday, May 14, 2013

Kejutan Cinta

Mataku tertumpu pada dua orang manusia. Kelihatan mereka sedang meraih bahagia. Menghabiskan detik-detik waktu bersama seolah-olah esok sudah tiada. Mereka terus bercanda berdua tanpa mempedulikan orang sekeliling yang memerhatikan mereka. Dan aku salah seorang dari mereka yang memerhatikan pasangan itu sambil memikirkan sesuatu.

"Termenung jauh nampak," tiba-tiba seseorang menyapa dari belakang membuatkan aku sedikit terkejut. Dia rupanya.

"Tak adalah." Mataku sudah beralih dari pasangan tadi dan kini tertumpu pada gelas yang berisi milo ping di depan mata. Malu juga kalau-kalau perlakuanku tadi disedari dia.

"Kau jealous ke?" tiba-tiba dia menyoal.

"What? Aku? Jealous?" soalku semula. Ada nada hairan dalam suara itu. Muka ku berkerut tanda tidak faham apa yang dia cuba katakan.

Dia tersenyum sinis memandang aku. Tapi aku sengaja berpura-pura tidak nampak.

"Aku nampak kau skodeng couple tu," katanya sambil menjuihkan bibir ke arah pasangan yang aku perhatikan tadi. Rupanya dia perasan.

"Mana ada," aku menafikan.

"Lama tak jumpa. I miss you and I still love you Riana," ucapnya sekali lagi memberikan aku kejutan. Gila!

"Hah? Apa kau merepek ni? Duduk dekat sana buat kau gila eh?" Dia memang gila. Dari dulu sampai sekarang. Tak berubah.

"Memang aku gila. Aku gilakan kau Riana..." jawabnya.

Aku hanya memandang dia sekilas dan membuang pandangan ke laut. Tidak sanggup untuk bertentang mata dengannya. Tapi aku perasan, matanya belum lagi dialihkan dari melihat aku. Rasa tidak selesa mula menerpa bila aku diperhatikan begitu.

Menyesal pula rasanya memilih tempat untuk duduk di sini. Aku melihat jam di tangan.

"Aku nak gerak dulu." Sudah tidak betah untuk aku terus mendengar kata-katanya.

"Kau benci aku ke?"

Aku berdiri kaku. Benci? Bagaimana untuk aku membenci orang yang terlalu dekat dengan hatiku? Tiada istilah benci dalam hatiku.

"Aku tak pernah benci kau. Tapi kau yang paksa aku buat macam ni. Aku minta diri." Tidak dapat dibendung lagi kesakitan yang aku pendam selama ini. Setahun dia pergi tanpa apa-apa pesan untukku. Dan kerana izin Allah, kami dipertemukan di sini. Di tempat yang sama sewaktu kami mula-mula berkenalan. Di saat dia berusaha untuk memenangi hatiku yang keras menerimanya pada waktu itu.

Sempat aku menoleh sebentar. Belum jauh lagi aku tinggalkan dia dan kelihatan seorang perempuan yang datang entah dari mana sudah pun bertaut mesra di lengannya. Aku meraup wajahku. Aku tahu Allah sedang melihat apa yang berlaku. Hanya Dia yang tahu kenapa ia berlaku. Bagi aku, itu adalah ujian untuk menguji hatiku. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu suara.

"Awak pergi mana? Jenuh saya cari. Janganlah merajuk lagi. Saya janji, warna apapun awak nak saya tak kisah. Saya ikut je apa pilihan awak. Jangan tinggalkan saya macam ni lagi boleh?"

Aku diam. Aku pandang wajahnya. Kemudian tersenyum. Dapat ku lihat keringat di dahinya. Mungkin semua sudut dia pergi hanya untuk mencari aku.

"Senyum pula dia," katanya lagi.

"Tadi saya sesat. Tapi sekarang saya dah jumpa jalan saya," kataku.

Dia yang mendengar kata-kataku mula mengecilkan matanya. Aku tahu dia tidak faham. Biarlah. Adakala, cerita yang sudah berlalu tak perlu aku ungkitkan kembali. Kerana cerita itu bukan lagi hal yang penting dalam hidup aku.

"Saya minta maaf sebab gara-gara baju pengantin, saya merajuk dengan awak lepas tu tinggalkan awak dekat kedai tu. Lepas ni, saya tak kisah warna apapun baju kita. Asalkan dapat hidup dengan awak, dah cukup buat saya. Dah jumpa apa yang awak cari?" soalku masih membiarkan persoalan bermain di fikirannya.

"Tak jumpa. Tapi saya jumpa awak. Dan saya tak nak kehilangan awak," dia memandang aku penuh pengharapan. Sungguh mendalam kata-katanya.

"Saya takkan tinggalkan awak lagi," bisikku dalam hati. Aku tersenyum lagi.

"Jomlah. Mama dah call tadi. Dia ikut kita cari baju pengantin. Mungkin pilihan dia lebih sesuai untuk kita?"


Sunday, May 12, 2013

Update Blog Guna Blogger dan Bloggeroid

Assalamualaikum.


Sekarang ni dah banyak alternatif lain untuk update blog selain menggunakan laptop. Macam saya , saingan sengit untuk menggunakan laptop adalah ibu saya sendiri. Buktinya , di saat saya sedang menaip entri ini. Ibu sedang berada di depan laptop.

Dan saya selaku anak beliau , telah merembat handphone miliknya untuk saya gunakan update blog ini. Hehe..

Ada banyak aplikasi yang disediakan di 'play store' untuk blogger yang suka update blog tak kira masa. Tapi setakat ni saya jumpa tiga. Iaitu Blogger , Blogger-droid dan Bloggeroid.

Masing-masing punya kelebihan dan kekurangannya. Antara tiga , saya menggunakan dua darinya iaitu Blogger dan Bloggeroid.

Untuk Blogger , saya gunakan untuk blogwalking. Manakala Bloggeroid , saya gunakan untuk menaip entri.





Blogger-droid saya tak berapa suka sebab leceh banyak sangat iklan yang mengganggu skrin. Penyelesaiannya , uninstall. Haha :)





Saya suka update guna handphone ibu saya ni. Rasa macam nak bodek aje bawa balik UiTM nanti. Snap je gambar , upload , update , done.

posted from Bloggeroid

Senyum dalam Luka

Assalamualaikum.


Kadangkala , orang hanya melihat dari luaran. Aku senyum , gembira , ketawa , seolah-olah tak ada apa-apa. Tapi mereka tak tahu betapa rapuhnya aku dari dalam. Mereka tak tahu betapa aku terluka.

Aku senyum , gembira , ketawa lagi. Setiap hari. Itu yang mereka lihat. Hakikatnya , hati aku menangis. Setiap hari.

Andai saja dapat aku luahkan betapa kecewanya aku. Tapi aku tak mampu. Mereka juga tak pernah ingin ambil tahu. Jadi , aku rela diamkan.

Tiada pasir pantai tempat untuk aku coretkan apa kurasa. Biar air pantai membawanya ke tengah lautan bersama luka. Terlalu tinggi langit untuk ku gapai lalu ku coretkan pada awan betapa aku merana. Biar angin meniupnya bersama sakit yang kurasa.

Tabahkan hatiku selalu kerana hati ini nampak kuat , hakikatnya ia rapuh langsung tak kelihatan :)

posted from Bloggeroid

Maaf, Ini Hanya Percubaan

Assalamualaikum.


Percubaan update blog guna aplikasi Bloggeroid ni. Kelebihan update blog guna handphone ialah , sambil berbaring pun anda masih boleh update cerita terbaru.


Nampak sangat saya ni jakun. Hehe :)



Gambar pou saya yang masih comel! Sekian..

posted from Bloggeroid

Saturday, May 11, 2013

Nilai Syiling 10 Sen

Assalamualaikum.



Aku membebel sendirian bila ternampak sekeping duit syiling 10 sen dibiarkan dan tak dipedulikan. Aku geram. Mentang-mentang nilainya hanya 10 sen!


Betapa 10 sen tu bernilai. Cuba bayangkan. Kalau 10 sen tu dikumpul tiap-tiap hari , tak diusik pun , boleh nampak tak nilainya dah bukan jadi 10 sen? Malah boleh jadi ringgit , belasan ringgit , puluhan ringgit , siapa tahu ratusan ringgit? Itulah nilai 10 sen yang terkumpul.


Walaupun nilainya hanya 10 sen , ia tetap duit! Kalau yang 10 sen tu pun tak boleh hargai , tak nak simpan , jangan hairan kalau suatu hari nanti Allah uji dengan nilai 10 sen tu. Tekak kering nak beli air botol harga RM1. Tapi tengok dalam kocek ada RM0.90 aje. Mana nak cekau 10 sen tu? Bila ingat-ingat , bersepah 10 sen dekat rumah tak dipedulikan pun. Mulalah rasa nak lempang muka sendiri.


Aku suka ajar adik-adik aku simpan duit syiling dalam tabung. Sekaligus mengajar mereka untuk belajar menabung. Aku nak dorang faham betapa besarnya nilai 10 sen tu.


Kalau ada yang masih pandang sebelah mata syiling tu , sini bagi aku sorang 10 sen :D


Syiling 10 sen ni adalah wakil kepada syiling-syiling yang lain seperti 5 sen dan 20 sen yang disangka "apalah sangat". 50 sen tu dah sampai level orang mula berkira. Kan 50 sen.

Friday, May 10, 2013

Kepuasan Menulis

Assalamualaikum.


Aku menulis , aku membaca. Ada sesuatu yang bermain di fikiran. Ada sesuatu yang ingin aku sampaikan. Tapi entah kenapa bila jari sudah menyentuh papan kekunci , tiba-tiba semuanya hilang.


Mungkin aku terlalu memaksa. Aku kata , aku suka menulis. Rakan-rakan juga kata itulah uniknya aku. Tapi itulah juga kelemahanku. Lebih petah menulis berbanding berkata-kata. Kalau merepek , memang panjanglah ceritanya. Bila ingin menyampaikan sesuatu yang bermanfaat , terasa payah pula nak buka mulut. Sehinggalah aku memilih untuk mencoretkannya melalui tulisan.


Terasa pelik. Bila di facebook , aku akan update status tanpa memikirkan samada orang suka membacanya atau tidak. Selagi aku rasakan ianya bermanfaat , aku akan update!


Berbeza pula bila di blog. Entah kenapa , aku terlalu memikirkan "apa yang disuka pembaca". Aku lebih mementingkan kesukaan pembaca berbanding apa yang aku suka. Aku seolah-olah tidak berlaku adil pada diri aku sendiri. Hati ingin menulis tentang ini. Tapi akal tak menerimanya dan lebih memaksa untuk bagi apa yang pembaca suka.


Aku tersentuh bila baca blog seorang penulis. 


"Jangan menulis kerana KUANTITI , tapi menulislah dengan KUALITI."


So , lepas ni aku kena lebih adil. Pada diri dan juga pembaca. Biar seimbang supaya ada kepuasan bila menulis.

Pelajar Repeater, Peluang Masih Ada

Assalamualaikum.


Kelmarin ada post entri Keputusan Peperiksaan UiTM Dah Keluar. Tapi tak bagitau pun keputusan dapat apa. Alhamdulillah , walaupun tak sehebat mana. Tetap harus ada rasa bersyukur. Sedih tak , gembira pun tak. Yang pasti , senyum tetap ada :)


Kawan-kawan sibuk tanya keputusan dapat apa. Ya Allah , saya nak kata apa? Saya gagal. Dan saya adalah calon repeater untuk semester depan. Memang itu pun hakikat yang saya kena terima. Ada satu subjek yang saya kena ulang. Microeconomic.


Kalau saya imbas balik masa saya tingkatan lima (5) , subjek Ekonomi ni memang saya ada ambil. Prestasi saya untuk subjek tu memang lemah. Sebab itu subjek yang menggabungkan teori dan pengiraan.


Mujur bukan saya sorang yang kena repeat paper ni. Ada lagi beberapa orang kawan. Bukanlah saya suka tengok kawan-kawan gagal. At least , nanti nak masuk kelas baru tidaklah saya berseorangan. Hehe.


Memang tabiat pelajar bila ada repeater datang masuk kelas , dorang akan pandang semacam dekat repeater. Dari depan pintu , sampailah repeater tu duduk. Macamlah repeater tu penjenayah.


Ni saya kena mengulang , comfirm masuk kelas junior. Saya pun tak tahu apalah perasaannya sebagai pelajar repeater ni. Bukanlah nak merungut. Saya tahu , mungkin ilmu yang saya dapat masa semester lalu tak banyak. Sebab tu saya dipilih untuk jadi pelajar repeater. Yang mana kurang , akan bertambah.


Tak apalah. Sekurang-kurangnya saya masih boleh meneruskan perjuangan saya di UiTM tu. Saya genggam kata-kata "gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya."


Teringat pula dekat cerita pensyarah yang mengajar saya masa semester dua. Miss Farzie. Dia kata , dia pernah mengulang sampai 3 kali untuk satu subjek yang sama. Kalau tak silaplah. Tapi alhamdulillah dengan izin Allah , dia dah jadi pensyarah dekat UiTM pun.


So , yang mana senasib dengan saya tu. Kalau anda terpaksa mengulang , atau menjadi pelajar repeater. Jangan malu. Bukan kawan-kawan atau orang sekeliling yang bagi kita makan. Jadi , tak payah dengar mulut-mulut yang mengeluarkan bisa tu. Takut meracun diri kita pula.


Yakinlah pada Allah. Apa yang berlaku tu , pasti ada hikmahnya. Pesanan untuk diri saya juga yang bakal bergelar repeater ni. Hehe :)


Tapi pointer untuk semester ni ada naik sikit berbanding semester lalu. Semester 3 , here I come :D

Tentang Penulis

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


Saya mungkin jarang sekali meletakkan wajah sebenar saya di blog ni. Biarlah kalau orang tak kenal saya. Tapi mungkin saya patut perkenalkan sikit-sikit siapa saya yang sebenar. Penulis kepada blog Ini Kisah Tia ni.


Nama saya bukanlah Tia seperti yang anda tau. Tia sekadar nama pena saya di alam maya atau dunia blogging ni. Tapi masih jugak bersangkut paut dengan nama sebenar saya.


Saya berasal dari Sabah negeri di bawah bayu. Rumah kediaman saya juga di Sabah. Secara keseluruhannya , kehidupan saya memang di Sabah. Yes! Saya Sabahan Blogger.


Saya dilahirkan pada 20 November 1991. Belum berkahwin dan masih lagi bergelar seorang pelajar.


Saya mula berblog pada tahun 2010. Pada awalnya , tujuan saya berblog adalah untuk mencoretkan kisah peribadi saya. Tapi tujuan itu mulai berubah seiring dengan umur saya yang semakin meningkat bersama keinginan untuk menyebarkan Islam yang indah ini :)


Menulis ialah salah satu hobi saya. Kerana dari menulislah saya dapat meluahkan segala rasa yang terbuku dalam hati saya. Dari menulis juga saya dapat berkongsi pengalaman hidup yang pernah saya lalui suatu ketika dahulu.


Kalau ada sebarang pertanyaan , bolehlah bertanya pada saya di ruangan komen ini. InsyaAllah , saya akan menjawabnya.


Terima kasih kerana sudi menjadi pembaca saya dan tak henti memberi kritikan dan sokongan. Saya tau , ucapan terima kasih tidak cukup untuk menunjukkan yang saya menghargai anda. Saya serahkan pada Allah untuk membalasnya.


Di blog inilah saya coretkan kisah kehidupan saya , dia , mereka , kamu dan kita. Yang baik datangnya dari Allah , dan yang buruknya datang dari diri saya sendiri. Saya juga manusia biasa yang takkan lari dari melakukan kesilapan. Jadi , tolong jangan kata anda kenal diri saya bila kita tak pernah berjumpa bertentang mata dan berbicara di dunia realiti.


Thursday, May 9, 2013

Cara Buat Drop Down List

Assalamualaikum.


Dah lama tak berkongsi tutorial. Sebenarnya saya buat tutorial ni semua bukan cuma nak berkongsi. Tapi sebenarnya saya buat simpanan sendiri untuk masa depan. Manalah tau satu hari nanti saya nak pakai tutorial tu. Tak payah lah saya terkedek-kedek nak mencari nanti.


Tutorial kali ni memang agak payah saya cari. Tau lah google tu macamana kan. Kita cari satu , sejuta dia bagi. Hehe. Mari saya terangkan apa tutorial yang saya maksudkan.


Contohnya adalah macam ni (rujuk gambar di bawah).

Paparan Asal


Bila Di Klik

Saya suka drop down list ni. Boleh jimat ruang di sidebar. Taklah semak sangat dengan widget. Sila percaya saya seorang pengemas :D


Cara nak buatnya mudah sangat.


Buka Design/Dashboard. Pilih Layout. Add a gadget. Copy CODE di bawah dan paste.

<form><select name="menu"
onchange="window.open(this.options[this.selectedIndex].value,'_blank')"size=1
name=menu><option value=0 selected>
Nama blogroll yang akan ditunjukkan</OPTION>

<option value="isi dengan link yang anda mahu">Tajuk</option>
</select></form>



Sekian saja tutorial drop down list ni :)
Sumber : http://kib-banjar.blogspot.com/2013/03/cara-mudah-membuat-menu-dropdown-di.html

Keputusan Peperiksaan UiTM Dah Keluar

Assalamualaikum.


Hari ni 9 Mei. Boleh dikatakan hari penting juga bagi pelajar UiTM sebab keputusan peperiksaan untuk semester baru-baru ni dah keluar. Dan saya terlalu asyik dengan cuti sampai lupa hari penting ni. Saya betul-betul tak ingat yang hari ni dah 9 Mei.


Pagi-pagi lagi ada orang call tanya saya dah tengok keputusan atau belum. Lumrah kot bila kawan-kawan semua sibuk nak tahu keputusan kita.


Memandangkan keputusan agak cantik , memang tak lah saya nak kecoh-kecoh. Hehe. Sedih tu sedih lah. Tapi nak buat macamana. Sampai situ aje rezeki. Takkan nak saya guling-guling , meraung-raung kot? :)


Alhamdulillah , saya bersyukur dengan apa yang saya dapat. Tapi kena usaha lagi lah semester depan. Usaha kaw-kaw punya.


Keputusan peperiksaan dah keluar , keputusan asrama je belum. Masih dalam proses. Mohon diri untuk bersabar. Cuti pun masih ada baki sebulan lagi. Pejam celik , sebulan tu akan berakhir juga. Harus bersedia mental dan fizikal.

Wednesday, May 8, 2013

Muak

Assalamualaikum.


Saya tahu hak bersuara adalah hak anda. Tapi perlukah sehingga mengeluarkan kata-kata kesat? Memaki hamun orang yang tidak sependapat dengan anda? Tidak cukup dengan itu , anda mencanang pula cerita-cerita yang belum ada kesahihannya. Memutuskan silaturrahim.


Saya muak membaca status-status di facebook. Terlalu taksub! Apa salahnya menggunakan kata-kata yang baik? Ini tidak.


Tahu apa kesannya pada generasi muda?

Kesukaan

Assalamualaikum.


Bila tengok kawan-kawan sibuk dengan Korea , running man , saya jadi tertanya. Seronok sangat ke? Pernah jugalah tengok sekali sekala. Sayangnya , hati belum mahu jatuh cinta apatah lagi suka. Hehe.


Bila tiba giliran saya tengok hindustan atau dengar lagu hindustan , saya pula yang dipersoalkan. Kenapa folder penuh dengan lagu hindustan? Kenapa suka hindustan?


Masing-masing ada kesukaan sendiri. Asal jangan terleka sudah.

Monday, May 6, 2013

Pengalaman, Imaginasi, Motivasi

Assalamualaikum.


Minat saya yang paling mendalam ialah menulis , mengarang , membaca. Sampailah saya berangan nak jadi penulis. Semuanya bermula dari minat. SPM saya untuk subjek bahasa Melayu ni bukanlah baik sangat. Hehe. Tapi sebab minat , saya berusaha juga untuk belajar menulis.


Nampak macam mudah. Tapi pengalaman adalah salah satu elemen penting untuk menjadikan sesebuah cerita itu menarik. Tak kisahlah pengalaman penulis itu sendiri mahupun pengalaman yang diambil dari orang sekeliling. Pengalaman saya ni , alahai. Macam secubit garam aje. Jadi , saya campurkan pula dengan elemen imaginasi.


Haa , masuk bab imaginasi. Saya suka berimaginasi atau boleh juga saya katakan , berangan. Haha. Bila dah suka sangat berimaginasi , saya akan membayangkan. Saya bayangkan saya adalah watak tersebut dan saya bayangkan saya juga turut berada di situ.


Seronok tau bila kita dah berjaya cipta satu cerita. Mungkin cerita tu hanyalah rekaan , tapi kalau kita masukkan unsur pengajaran. Cerita khayalan tu akhirnya memberi manfaat. Tu pendapat saya lah sebab selain menulis , saya juga membaca. Saya suka bila membaca. Sebab ada sesetengah cerita yang memang bagi motivasi pada saya.

Huru Hara

Assalamualaikum.


Dari semalam lagi masa menunggu keputusan PRU13 , orang dalam rumah ni huru hara samada keesokannya sekolah atau tidak. Pagi ni , huru hara tu berlaku lagi. Adik-adik yang sekolah rendah cuti, yang sekolah menengah ni kecoh sikit.


Lagipun , ibu sebenarnya hantar budak-budak yang sekolah menengah ni. Apa orang panggil , pirate eh? Haa , macam tu lah bunyinya. Anak-anak kawan ibu juga. Dorang beria minta tolong ibu hantarkan sekali anak dorang pergi sekolah. Tapi bukan free lah. Hehe :)


Yang peliknya , saya pula yang kena tanya budak-budak tu pergi sekolah ke tidak pagi ni. Hah? Mana lah saya tahu. Yang saya tahu , saya cuti. Bulan Jun nanti baru semester baru buka.


Kalau pergi sekolah , takut nanti sampai sana kena bagitahu cuti. Kalau tak pergi sekolah , takut nanti bukan cuti. Kesian dorang dilema. Sorry , tak dapat tolong.

Sunday, May 5, 2013

Mengada-ngada

Assalamualaikum.


Seharian tak update apa-apa. Alasannya macam biasa. Sibuk katanya. Bukan sibuk jaga keluarga. Yelah , suami pun belum ada. Keluarga apa nak dijaga. Kalau keluarga yang utama , tak apa. Ibu ada. Sebab tu kami semua sihat-sihat belaka.


Saya sibuk berkarya. Jari gatal pergi hantar novel dekat Ilham Grup Buku Karangkraf sana. Padan muka. Baru bab pertama , dah garu-garu kepala. Belum lagi bab seterusnya. Tu lah , mengada-ngada pergi hantar buat apa? :D


Tolong doakan ya. Teringin juga nak siapkan novel pertama sebelum semester baru nak mula. Karya saya biasa-biasa saja. Tapi nak juga bagi orang baca. Sebab menulis adalah salah satu hobi saya.


Kalau nak baca , boleh klik Atas Nama Cinta :)

Friday, May 3, 2013

Buat Penulis dan Peminat Cerpen/Novel

Assalamualaikum.


Anda suka menulis cerpen atau novel? Suka membaca cerpen atau novel? Mari saya bawa anda ke dunia penulisan. Hehe. Dah macam promoter pula.


Tadi saya baru daftar di Ilham Karangkraf. InsyaAllah , ada masa saya akan hantar karya saya di sana. Anda boleh membaca karya-karya penulis yang lain kalau anda tak minat untuk menulis.


Banyak sangat draft saya. Cerpen-cerpen yang saya buat tergantung semua. Idea belum ada. Jomlah teman saya cari ilham dekat Ilham Karangkraf. Klik SINI.

Macamana Supaya Tak Tinggal Solat?

Assalamualaikum.


"Kak , macamana nak buat supaya kita tak tinggal solat?"


Adwa terdiam. Dia tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan itu. Dia bukanlah guru agama , jauh sekali ustazah. Dia juga bukanlah berasal dari keluarga ustaz ustazah. Hidupnya serba sederhana. Tapi dia tahu solat itu wajib. Solat itu tiang agama


"Suka atau tidak , kita kena solat. Solat itu wajib." Adwa menjawab. Dia tahu jawapan itu tidak cukup jelas. Dia tahu kerana dia juga pernah diberikan jawapan yang serupa suatu ketika dahulu.


Adwa masih ingat lagi bila dia bertanyakan soalan yang sama pada seorang sahabat yang dilihatnya berpegang teguh pada agama. Jawapan itu jugalah yang diterimanya.


Adwa mahu berubah. Dia tidak mahu lagi meninggalkan solat. Tapi seringkali dia tewas dengan hasutan syaitan. Terasa berat baginya untuk solat penuh lima waktu.


Kalau tidak ketinggalan waktu Subuh , pasti Isyak.

Benarlah sabda Rasul SAW,

“Solat yang paling berat bagi orang-orang munafiq adalah solat ‘Isyak dan solat Fajar/subuh.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Jawapan yang diterima Adwa dari sahabatnya kurang membantu. Tapi dia tidak pula pernah berhenti berdoa semoga diberikan petunjuk dan dibukakan pintu hati untuk tidak meninggalkan lagi solat.


Adwa sedar , berdoa tanpa usaha hanyalah sia-sia. Mahu atau tidak , dia wajib solat. Pilihan ada di tangannya. Kalau bukan dia yang mengubah dirinya , siapa lagi. Itu yang difikirkan. Dan alhamdulillah , dengan izin Allah. Adwa tidak lagi meninggalkan solat dengan sengaja.


Betapa resah gelisahnya dia bila azan sudah berkumandang tapi dia belum solat lagi. Akan diusahakan untuk menunaikan kewajipannya dulu. Setelah selesai , barulah jiwanya merasa tenang dan aman.


"Kita jangan biarkan syaitan mempengaruhi kita. Lawan! Malas macamana sekalipun , penat macamana sekalipun , kuatkan diri untuk menunaikan kewajipan kita. InsyaAllah , lama-lama kita akan dapat rasa kesannya. Bila tinggal gelisah , bila tunaikan tenang rasanya." Adwa tidak tahu andai jawapan itu mampu membantu. Semoga kemanisan dan ketenangan yang dia rasa dapat dirasakan oleh orang lain juga.

Thursday, May 2, 2013

Pasang Shoutbox di Blog

Assalamualaikum.

Dah lama saya tak pasang widget shoutbox dalam blog saya. Sebab dulu saya rasa leceh dengan pelawat-pelawat yang kurang bertanggungjawab meninggalkan LINK ads mereka. Tujuan saya meletakkan shoutbox untuk memudahkan rakan-rakan blogger yang lain untuk meninggalkan jejak mereka supaya mudah bagi saya membalas blogwalking mereka tu.


Saya faham , bukan semua blogger larat nak membaca entri saya yang SELALU panjang berjela. Hehe. Lagipun , masa selalu mencemburui manusia. Masing-masing ada hal yang lebih penting perlu dilakukan selain menghadap blog 24 jam macam saya ni :)


Lepas beberapa kali melawat blog rakan blogger yang lain , saya mula tertarik dengan shoutbox yang disediakan oleh busuk.org.


Kenapa?

1. Mudah untuk install dalam blog.
2. Nama kita akan sentiasa kekal ada selagi kita belum log out.
3. Mudah untuk ubah rupa (warna , tinggi , lebar) shoutbox.
4. Boleh BAN mana-mana user yang tidak bertanggungjawab meninggalkan LINK ads.
5. Boleh berkomunikasi dengan pelawat



Hehe. Cukuplah 5 kan. Saya pun agak kurang pasti sampai bila shoutbox ni akan bertahan. Tapi , buat masa ni saya selesa. Bukan apa , saya bimbang kalau-kalau dengan adanya widget shoutbox ni akan menambahkan BERAT blog saya :/


Kalau ada juga yang berkenan dengan shoutbox ni , bolehlah klik busuk.org untuk mendapatkannya. Jangan risau , ianya mudah dan tidak memerlukan sebarang kepakaran. Yang penting , bertindak mengikut arahan :)

"Ini Kalilah" Bukan Hanya Slogan Khas

Assalamualaikum.


Terasa agak kepanjangan tajuk entri. Mohon pada pembaca , ini bukanlah entri yang berbaur politik semata-mata. Hanya untuk menjelaskan ayat Ini Kalilah. Terima kasih pada Lana , kerana idea untuk meng-update entri ini timbul selepas membaca entri beliau beserta komen-komennya.


Saya Sabahan. Intro sikit. Bagi saya , ayat Ini Kalilah bukan hanya tertumpu pada politik. Sebab ayat ni , sering digunakan oleh kami yang berada di Sabah pada hari-hari biasa. Macam saya sendiri , selalu juga guna ayat ni dengan kawan-kawan dalam perbualan kami.


Contoh situasi. Saya bersama tiga lagi orang kawan nak pakai baju yang sama warna hari ni. So , kami akan katalah ..

"Bah , ini kalilah kita pakai baju yang sama warna."


Contoh situasi kedua. Saya jarang bercakap di depan kelas atas faktor malu yang kritikal. Hehe. Tiba-tiba hari ni saya akan bercakap di depan kelas untuk kesekian kalinya. So , kawan-kawan akan mengusik saya dengan berkata ..

"Kak , ini kalilah kakak mau bercakap di depan. Apalagi , jangan kasi lama."


Nampak penggunaanya di situ? Hehe. Maaflah , mungkin ada yang masih blur tak faham dengan apa yang saya cuba sampaikan. Tapi kesimpulannya , ayat INI KALILAH bukan hanya slogan khas sempena musim PRU ni. Mungkin , ayat ni tiba-tiba jadi popular adalah secara kebetulan sahaja.


Nak belajar lagi cakap Sabah? Bah , sinilah belajar sama saya. Saya ajar bah kamu kalau kamu mau :D

Dua Kalimah | Ambil Pengajaran

Assalamualaikum.


Selalu nampak iklan cerita Dua Kalimah tu dekat tv. Sekali dua tak apa. Berkali-kali sampai buat saya teringin sangat nak nengoknya. Nak download tak dapat. Tengok online aje boleh. Online pun online lah.


So , tertunai juga hasrat nak tengok cerita Dua Kalimah yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam , Nora Danish dan Yana Samsudin. Boleh tahan juga jalan ceritanya. Menarik! Tapi , tu lah. Ada juga babak-babak yang tak sedap nak dipandang. Budak-budak bawah umur tak boleh tengok! Nak tengok juga , pastikan di bawah pengawasan orang yang lebih dewasa.


Banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita tu. Antaranya , sebagai manusia kita janganlah mengharapkan kesempurnaan dari seseorang tu. Maksud saya di sini , contohlah. Kalau nampak orang tu pakai tudung labuh , janganlah terus menilai kata dia SEMPURNA pada ilmu agamanya. Sebab , setiap dari kita ni tak ada yang sempurna. Masing-masing ada kekurangan.


Dan bila seseorang tu buat silap , janganlah pula kita menghina dia. Sekalipun dia tak dapat menerima teguran kita , sekurang-kurangnya kita boleh doakan dia semoga diberi petunjuk oleh Allah SWT.


Bersyukurlah bila Allah telah memilih kita dan menggerakkan hati kita untuk berubah menjadi baik. Peluang macam tu takkan datang berkali-kali. Jangan malu untuk berubah tapi malu lah bila tak terasa ingin berubah. Bukankah berubah menjadi baik adalah hal yang baik?