Surat Untuk Bakal Suamiku ..

Assalamualaikum ,
Bismillahirrahmanirrahim ..


Ke hadapan bakal suamiku yang dicintai ,


Tak lama lagi kita akan hidup bersama. Dan sebelum kita melangkah ke arah itu , dengan hati yang tenang saya nak jelaskan beberapa perkara supaya awak dapat fahami saya. Semuanya sudah ditentukan oleh Allah , awak lah yang akan menjadi pasangan hidup saya.


Pertama sekali , saya bersyukur sebab Allah telah menemukan saya dengan awak. Saya tahu , saya bukanlah pilihan terakhir yang awak ada untuk dijadikan pasangan hidup. Malahan , saya tak pernah anggap saya adalah pilihan terbaik untuk awak. Cuma satu yang saya tau. Saya akan berusaha untuk memahami awak , menyayangi awak dan menjadi isteri yang taat pada suaminya.


Kepada bakal suamiku yang tersayang ,


Bila saya tau awak lah yang ditakdirkan untuk saya , saya rasa malu. Sebab saya takut saya bukanlah seperti yang awak idamkan. Ada banyak kekurangan yang ada dalam diri saya. Tak banyak yang saya minta. Terimalah saya seadanya. Penuhilah kekurangan saya dengan kelebihan yang awak ada.


Saya tau takde manusia dalam dunia ni yang sempurna. Sebab tu saya akan berusaha menerima segala kekurangan awak. Saya cuma nak awak jaga saya , pimpin saya supaya kita dapat bina sebuah keluarga yang bahagia.


Kepada bakal suamiku yang dikasihi ,


Jika ditakdirkan kita hidup bersama nanti , saya nak awak jujur dalam hubungan kita. Janganlah disimpan apa-apa rahsia yang boleh menyebabkan saya terasa hati dengan awak. InsyaAllah apapun yang akan awak suarakan , saya akan terima dengan hati terbuka.


Saya nak awak tau , bila kita dah hidup bersama nanti. Awak bukan cuma menjadi suami kepada saya , tapi saya nak awak jadi kawan baik saya dan juga ayah kepada anak-anak kita.


Rasanya cukup kali ini saya mencoretkan sesuatu untuk awak. InsyaAllah , saya akan bersama awak di dunia dan akhirat.


Yang menyayangimu ,
Bakal isteri mu ...

Previous
Next Post »

9 Comments

Click here for Comments
April 12, 2012 at 9:03 AM ×

nak wenwen dah ker? :)

jemput kite tau :)

Reply
avatar
Kancil 8349
admin
April 12, 2012 at 10:08 AM ×

peringatan untuk semua orang...

Reply
avatar
April 12, 2012 at 11:47 AM ×

boleh pinjam surat tak? hehe
asi ka tu Tia? :)

Reply
avatar
maszull
admin
April 12, 2012 at 12:21 PM ×

assalamualaikum Tia...so sweetnya...:)

Reply
avatar
adan
admin
April 12, 2012 at 3:19 PM ×

cantekkk susunan kata2 dalam entri mu..

Reply
avatar
Rina Rahamat
admin
April 12, 2012 at 3:38 PM ×

utk suami akak boleh juga ni..edit sket HEHE

Reply
avatar
April 12, 2012 at 3:57 PM ×

sweetnyaa... hehe. untung bakal suami dia ;)

Reply
avatar
Nasz
admin
April 12, 2012 at 3:58 PM ×

terasa hati ini. hehehe.

From,

Nasz

MOHD NASER.COM

Reply
avatar