Yang Mana? Wanita Bekerjaya atau Suri Rumah

Tia rasa tergelak pulak bila baca entri kak Diana. Bukan apa, entri dia sebijik ada kaitan dengan entri MySuaraBlog. Hah! Korang jangan nak kata Tia jadi batu api pulak. Rasa seronok bila baca dua-dua entri dorang.

Entri MySuaraBlog yang bertajuk "Pilihan Lelaki : Wanita Bekerjaya atau Suri Rumah". Tajuk nampak macam remeh kan tapi terbaiklah! Bukan apa, siap boleh buat soal selidik lagi dengan beberapa jejaka lain.

Entri kak Diana pula bertajuk "Otak Suri Rumah Tak Berkembang?". Wah! Kak Diana cuba menerangkan bahawa suri rumah zaman sekarang dah tak sama macam dulu. Semuanya disertakan alasan serta musabab yang kukuh!

Dah jadi macam debat kan? Well, Tia rasa bagus macam ni. Kenapa?
  • Ada idea nak buat entri
  • Boleh tau apa pendapat orang lain
  • Dapat buat backlink sekaligus promosikan blog sesama blogger
  • Dapat kukuhkan lagi silaturrahim ;) So, lepas ni kak Diana dengan MySuaraBlog boleh terus keep in touch!

Ini suara hati Tia pulak. Tia tak mau banyak cerita. Tia lagi suka kalau Tia dapat senaraikan beberapa perkara berkaitan Wanita Bekerjaya dan Suri Rumah ni.

Wanita Bekerjaya :
  • Dapat bantu suami dari segi ekonomi memandangkan zaman sekarang dah jadi zaman cekik duit. Grr~
  • Kemungkinan besar bila dah terlalu sibuk dengan kerjaya peranan seorang isteri untuk melakukan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas dsb akan terabai
  • Anak-anak juga kemungkinan akan kurang mendapat kasih sayang yang secukupnya bila si ibu dan ayah sibuk dengan hal kerja masing-masing
  • Terdedah kepada fitnah. Yelah, jadi isteri orang ni bukan senang. Besar tanggungjawabnya

Suri Rumah :
  • Memang sejak dari dulu peranan isteri adalah menjadi suri rumah yang menjaga hal-hal di rumah
  • Keperluan suami dan anak-anak mungkin akan lebih terjamin. Makan, minum, pakaian, rumah semua akan lebih terjaga

Wah! Nampak sangat Tia sokong wanita yang menjadi suri rumah ni kan. Korang jangan terasa. Jangan pulak lepas ni ada yang kata "habis aku belajar tinggi-tinggi buat apa?". Tak salah belajar tinggi.

Lebih baik jadi suri rumah yang terpelajar. Lebih-lebih lagi ilmu agama. Aman rumahtangga ye tak. Lagipun, boleh kerja juga apa sementara belum ada anak bagi yang belum berkahwin. Tia tak nak komen banyak-banyak sebab Tia belum lalui semua ni.

Korang dah habis baca kan? Sekarang, korang boleh baca entri dorang..
Previous
Next Post »

31 Comments

Click here for Comments
Unknown
admin
May 17, 2011 at 10:09 PM ×

Mak eyfa ta kasi jadi suri rumah sepenuh masa. Sebab sekarang mesti kena ada harta sendiri walaupun dah berkahwin. Apa-apa hal senang. SEBAB SEKARANG DAH BANYAK KES CERAI BERAI. So, dari jatuh lagi di timpa tangga baik kite sediakan payung sebulum hujan. ye dak? :)


P/S : bukan lah eyfa nak hidup cerai berai tapi sebagai langkah berjaga-jaga. Kite hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan. Mana tahu jodoh tak panjang kan ? :)

Reply
avatar
Unknown
admin
May 17, 2011 at 10:15 PM ×

eyfa , yup ! tu paling penting . simpanlah harta untuk diri sendiri . sediakan payung sebelum hujan ;)

Reply
avatar
Arpiiz
admin
May 17, 2011 at 10:21 PM ×

kalau yang berkerjaya tu boleh lah berdiri sendiri kalau2 bercerai ke..huhu

Reply
avatar
Unknown
admin
May 17, 2011 at 10:27 PM ×

arpiiz , well itu memang tak dinafikan memandangkan zaman sekarang dah banyak cerai berai serai . huhu .. Tia mintak simpang leee ;)

Reply
avatar
ieka.H
admin
May 17, 2011 at 11:14 PM ×

tia..menarik2..laki byk yg nak istri duk umah je skang ni..lg stu sbb diorg tanak istri lbih bjaya dr diorg..ego btul..

yg pnting bek kte pkir mse dpan kte n bjaga jga..sediakan payung sblum hujan kan :)

Reply
avatar
cik sakura
admin
May 17, 2011 at 11:18 PM ×

mama cakap walau apa-apa pun cik sakura mesti kerja..papa pun cakap macam itu..jadi boleh jadi suri rumah separuh masa je..hehe..bukan apa nanti tidak membebankan suami di masa depan dan sebagai payung untuk diri sendiri juga..mana tahu dugaan di masa akan datang..tapi mintak dijauhi benda2 itu..

Reply
avatar
arituarini
admin
May 17, 2011 at 11:46 PM ×

memana pun ok..berkejaya atau duk umah..yg penting fmily bhgia..

Reply
avatar
adan
admin
May 18, 2011 at 2:46 AM ×

salam... andai kata aku ada jodoh dengan wanita bekerjaya syukur..
andai kata aku ada jodoh dengan wanita suri rumah,, syukur..

yg ptng jgn sampai abaikan anak2.. kasih syg anak jangan berkurang dek kerana bz dengan pekerjaan..

Reply
avatar
Anonymous
admin
May 18, 2011 at 4:54 AM ×

xnk kawen ar...4eva alone..=p

Reply
avatar
Zaza
admin
May 18, 2011 at 5:17 AM ×

kene jadi wanita suri rumah yang berkejaya. maknenye.. duk rumah tapi ade business dia tersendiri.. huk3

Reply
avatar
May 18, 2011 at 5:38 AM ×

nice blog .. ringan and simple

Reply
avatar
deDetz
admin
May 18, 2011 at 7:06 AM ×

dua2 pun ada pros dan cons nya..
kena seimbangkan lah kan?
baru lah jadi wanita HEBAT!! =D

Reply
avatar
Azie Azman
admin
May 18, 2011 at 11:55 AM ×

kalau sy sokong dua-dua boleh?
hehe..tapi apa pun kena pandai bahagikan masa kalau bekerja..
family first. tu penting. kan? =D

Reply
avatar
Azie Azman
admin
May 18, 2011 at 11:58 AM ×

sokong deDetz =)
kalau dah bekerja tu kena la pandai bahagi masa..
supaya family tak terabai =)

Reply
avatar
cik sakdi
admin
May 18, 2011 at 2:07 PM ×

hai Tia. pada saya mestilah wanita bekerjaya. kalau suami berubah hati, xadelah kite terumbang ambing sendiri, bukannya xpercaya pada suami, tapi sbg langkah berjaga2. kalau ape2 terjadi, xadelah kite jatuh, ececeh. mungkin kalau dah boring keje n da kumpul duit, baru leh berenti. haha

Reply
avatar
May 18, 2011 at 2:31 PM ×

memang dua2 ade kelebihannye.. rasenye mase baru2 kawen tu biarlah isteri bekerja bagi kukuh kan ekonomi.. bile dh stabil bek isteri jadi surirumah sepenuhmasa :)

Reply
avatar
Anonymous
admin
May 18, 2011 at 3:39 PM ×

Tak salah kalau wanita tu bekerjaya tapi jangan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Reply
avatar
yuyu arissa
admin
May 18, 2011 at 5:17 PM ×

i wanna be WANITA BERKERJAYA sbb boleh bantu family. tanak harap kan duit suami. :)

Reply
avatar
May 18, 2011 at 6:20 PM ×

setiap isteri mmg kena jd suri rumah..
x kirala bekerjaya atau mmg surirumah tetap.. ye tak..
si suami pun, knala ringankan tulang jugak bantu isteri.. kesian isteri.. heheh..

Reply
avatar
Ain Zulaikha
admin
May 18, 2011 at 9:23 PM ×

saya pun sokong suri rumah , sebab mak saya suri rumah kalau orang kata otak suri rumah tak berkembang memang silap besarlah.. hahahha

Reply
avatar
Abu Bagi
admin
May 19, 2011 at 12:38 AM ×

kalau aku pilih wanita yg bekerjaya..tp aku tak nak kerjaya dia lagi ok drpd aku..hahaha blh?

Reply
avatar
Anonymous
admin
May 19, 2011 at 2:42 AM ×

maaf ganggu sini...tia..awak follower pertama dalam blog baru mamat..

http://www.ceritamamat.com/2011/05/19/405/

Reply
avatar
Unknown
admin
May 19, 2011 at 5:17 AM ×

kalo apik sbgai lelaki ni..mesti la nk bini kt umah..hehe

Reply
avatar
May 19, 2011 at 8:53 AM ×

Sya nak jadi suri rumah yang berjaya juga ^^...

Reply
avatar
May 19, 2011 at 11:28 AM ×

dua2 boleh...?

tapi rasanye suri rumah lagi molek kot... hehe

Reply
avatar
Fyqa
admin
May 19, 2011 at 11:32 AM ×

pompuan kne ada krjaya jugak. utk mse dpan yg lbih tjmin lgi.

*laki skng bukn bole caye. hehe

Reply
avatar
May 20, 2011 at 11:14 PM ×

aku nk yg surirumah jee...
bolehh dy fokus kn kasih
syg lebih kat aku nnti..
hahahahaha =p

Reply
avatar
Emma
admin
May 21, 2011 at 11:09 AM ×

mestilah wanita berkerjaya !!!
Tak perlu nak mintak2 duit dari sesiapa coz kita boleh usaha sendiri...

anyway follow me back k

Reply
avatar
myzziema
admin
May 26, 2011 at 9:58 PM ×

ziema pun lagi sokong wanita yang jadi suri rumah tapi berpangkat PHD. waaahhh. hehe. lagipun tak best lah kalau anak sendiri org lain jaga :)

Reply
avatar
Rina Rahamat
admin
May 27, 2011 at 9:18 AM ×

kakak pernah berada dlm dilema utk situasi ini..tp skang kakak yakin dgn pilihan kakak..oh ya waktu awal blogging dulu kakak pernah buat entri begini..tp xdak org komenlah psl blog baru kan..hehe..ini pandangan kakk ttg isu ini:

Sanggupkah korbankan kerjya demi anak

Reply
avatar
arimourinho
admin
October 13, 2011 at 4:39 PM ×

saya mau isteri saya seorang cikgu..mintak2 allah makbulkan.:-)

Reply
avatar