Jumpa Pilot di Pasar?

Assalamualaikum. Thanks for dropping by ..

Hi peeps! ;) This time aku nak share something dekat korang.


"Along , Along! Bangun. Jom teman ibu pergi pasar. Takde lauk dekat dapur tu. Bangun cepat. Kita gerak awal , kita balik awal okay."


Terasa berat mata ni. Padan muka aku jugak. Semalam tidur "awal" kan. Awal lah sangat. "Okey bu. Bagi 5 minit lagi ye bu."


"Jangan nak lima minit lagi. Ibu tau lah Along tu. Lima minit boleh jadi lima jam. Cepat bangun."


Ibu mana yang tak memahami anaknya. Lima minit yang aku minta ditolak mentah-mentah. Ku gagahkan juga diri untuk bangun.


Jarak jauh dari rumah aku nak ke pasar mengambi lebihl kurang dalam setengah jam. Dalam perjalanan tu , dengan sejuk air-cond kereta betul-betul menguji mata aku. Tak sangka aku boleh terlelap sebentar. Sehinggalah ibu bersuara.


"Haa , tu lah. Jadi kelawar lagi malam-malam. Bangun , dah sampai ni."


Aku hanya mampu tersenyum. Tapi tiba-tiba aku rasa segar. Terlelap walau hanya beberapa minit mampu memberikan kesegaran pada otak aku.


Aku boleh nampak orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam pasar. "Ada sale ke? Atau dapat ikan free?" Teka ku dalam hati. Ku ikuti saja langkah kaki ibu ku masuk ke dalam pasar.


Suasana dalam pasar memang agak bising. Satu persatu kedai ibu pergi. Sampailah di satu kedai. Aku tertarik dengan kedai ni sebab tukang jualnya seorang jejaka yang kelihatan muda dan tampan.

"Ish , hensem kot mamat ni."

Ibu aku sibuk membelek ulam-ulam yang dijual di kedai tu. Dan aku , sibuk membelek jejaka tu. Tapi dia buat endah tak endah dengan aku sebab ada dua orang pelanggan yang ku kira muda sedang tawar menawar dengannya atau mungkin mereka sedang berkenalan? Ah! Melepas ...


Ibu masih lagi membelek ulam. Entah aku tak tahu apa yang dipilih sangat ulam tu. Aku mencuri-curi pandang jejaka tadi. Dapat ku lihat dua orang pelanggan tadi sudah pun beredar dari situ dan jejaka tadi berjalan menuju ke arah aku dan ibu. Lantas aku berpura-pura turut membelek sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang ada di situ.


"Ye kak. Akak nak beli apa?"


Aduh , suaranya. Tatkala mata kami bertembung , lantas dia menghadiahkan satu senyuman yang ku kira lebih manis dari gula. "Pandai kau ye.." Bisik ku dalam hati.


Dia berpindah dan mula bergerak berdekatan dengan ibu ku. Kami terpisah. Ibu berada di tengah-tengah antara kami. "Takpelah , dia tak berminat dengan aku kot .."


Aku mengeluarkan telefon bimbit. Aku mahu mengambil gambar ulam-ulam tersebut untuk dijadikan entri. Dan , snap!


Dan tiba-tiba jugak jejaka tadi bersuara. Mungkin dia ternampak flash dari kamera masa aku ambil gambar tadi kot.


"Eh , daripada awak ambik gambar ulam tu baik ambik gambar saya."


Amboi mamat ni. Berani ye. Nasib baik ibu aku tak dengar.


"Takdelah. Saya nak simpan gambar ni dalam entri saya nanti."


Dengan suara yang kehairanan , dia bertanya.


"Awak blogger ke?"


Aik , dia tau jugak pasal blog-blog ni.


"Ha'ah. Saya blogger. Kenapa? Awak blogger jugak ke?"


Aku pulak yang bertanya memandangkan dia menunjukkan respond seperti tahu pasal blogging ni.


"Ye , saya blogger. Apa nama blog awak?"


Alamak , ni yang aku lemah lutut ni kalau blog aku yang dia nak tau dulu. Mana boleh!


"Apa nama blog awak pulak?"


Aku cuba menyelamatkan diri.


"Eh , kita tanya dia. Dia tanya kita. Nama blog saya Syazwan Che Deraman yang header gambar pilot tu."


Aku tergumam. Kelu. Alamak! Blog dia ke?


"Laa , tu ke blog awak Wan? Blog saya Ini Kisah Tia. Mesti awak kenal kan?"


"Awak ke tuan punya blog Ini Kisah Tia? Wah , wah! Tak sangka akhirnya saya jumpa jugak awak kan. Tak sangka comel!"


Aku tersipu-sipu malu bila dikata begitu.


"Tak sangka awak kerja sini eh Wan. Tapi awak kata awak pilot."


"Saya cuma tolong nenek saya aje."


"Bertuah nenek awak dapat cucu macam awak ni kan?"


Kami cuma ketawa. Dan tiba-tiba ibuku datang mencelah.


"Amboi Long. Gelak sampai tak perasan ibu datang ye. Siapa ni?"


"Eh ibu. Ni rakan blogger Along. Okaylah Wan. Saya balik dulu ye. Balik nanti saya akan update entri ni untuk awak ye."


*******************************


Haha! Aku tak sangka boleh ada idea nak update entri macam ni. Sebetul dan sebenarnya , takde pun aku jumpa si Wan tu. Aku saja reka cerita. Tak sangka boleh jadi entri kan.


Macamanalah aku nak jumpa dengan si Wan tu. Dia duduk dekat semenanjung. Aku dekat Sabah. Tak ke dekat tu? Eh , tak ke jauh tu. Terima kasih sebab ada yang sudi baca entri ni sampai habis ye :)

Previous
Next Post »

12 Comments

Click here for Comments
Hidayah
admin
April 17, 2012 at 8:51 AM ×

hoh..!

cerita ..ciss..ciss..

apakah hari ini satu april..?

Reply
avatar
alien
admin
April 17, 2012 at 8:55 AM ×

rajin mereka cerita..
hehe

Reply
avatar
P#eoniX
admin
April 17, 2012 at 10:26 AM ×

ulat bulu dah naik tengkuk!!!!hakhakhak...neh mesti ngingau lagik neh...baru bangun tido la katekan....nampak apek jual sayur pon ingatkan wan....hakhakhak...

Reply
avatar
suha
admin
April 17, 2012 at 10:51 AM ×

serius,cik suha caye T_T
waaaaaaaaaa tertipu!!!btw,shazwan tu member adik cik suha,satu skolah (^_^) ~menumpng glamer

Reply
avatar
Tinta Lana
admin
April 17, 2012 at 11:12 AM ×

Salam.

Ala tia, ingat kan betul2,huhuhu.

Reply
avatar
maszull
admin
April 17, 2012 at 11:19 AM ×

assalamualaikum Tia...wah2 ingatkn betul2 tadi wat suspen jer..hehehehehe...:)

Reply
avatar
adan
admin
April 17, 2012 at 11:53 AM ×

aku cuma nak tau pukul berapa kau pegi pasar ni?

lagi satu.. mesti best kan tidur dalam kereta.. wuakakaka..
padan muka.. lain kali jadi kelawar lagi ya.. hahahahahaha lol..

Reply
avatar
Sarah Mnasir
admin
April 17, 2012 at 12:11 PM ×

alahai.. ingt betul2 jumpa tdi.. den tertipu -.-

Reply
avatar
April 17, 2012 at 3:57 PM ×

hahahaha sy tertipu !!
ingtkn betul2 td hehe

Reply
avatar
April 17, 2012 at 4:25 PM ×

caittt!!! matimati ingt jumpe betul2. sbb kalo tak silap dye kat ganu ke klntn eh. hahaha adehhh =.=

Reply
avatar
Nina Zizan
admin
April 17, 2012 at 7:24 PM ×

ceyh! Ingatkan bt0l!!!
Tertipu!
''Ibu aku sibuk membelek ulam-ulam
yang dijual di kedai tu. Dan aku ,
sibuk membelek jejaka tu.'' best pnya crita! :P

Reply
avatar
ary_lee
admin
April 17, 2012 at 10:25 PM ×

Huk aloh.. ary tertipu lagi = ="

Reply
avatar