Tuesday, May 31, 2011

Review Berat Blog Mereka

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri ;)

Macam dalam entri Tia sebelum ni dekat sini, hari ni Tia nak tunaikan janji Tia. Hehe! Sorry lambat sebab peserta terakhir kita ketinggalan bas. Mwahaha! Nak tau sapa, tunggu senarai nanti. Yang mana akhir, dia lah.

Sila rampingkan blog anda ye. Seramping boleh kalau boleh. Haha! Haa, yang mana iklan bersepah tu kurangkan ye. Hehee! Bukan apa, demi kesenangan dan keselesaan bersama. Seboleh-bolehnya, jangan melebihi 100 KB. Kalau lebih pun mungkin dalam 120 KB kot.

Banyak tips dan cara nak kurangkan berat blog korang. Dari diri sendiri aje macamana nak mengubahnya ;) Tia kongsi apa yang Tia tau. Bukan nak tunjuk yang Tia ni GOOD-GOOD aje..


#
 Domain nameSizeLoad TimeAverage Speed per KB
1harrazdani.blogspot.com/122.24 KB0.16 seconds0 seconds

2farahwahedda.blogspot.com/143.87 KB0.25 seconds0 seconds

3arituarini.blogspot.com/87.09 KB0.14 seconds0 seconds

4tuudia.blogspot.com/134.35 KB0.16 seconds0 seconds

5senyumsokmo1990.blogspot.com/151.36 KB0.14 seconds0 seconds

6tentangboolan.blogspot.com/160 KB0.72 seconds0 seconds

7lullabyieka.blogspot.com/137.1 KB0.57 seconds0 seconds

8adan-akudandiriku.blogspot.com/114.58 KB0.16 seconds0 seconds

9www.sembil9n.com/60.81 KB0.48 seconds0.01 seconds

10arpiiz001.blogspot.com/125.64 KB0.69 seconds0.01 seconds


Monday, May 30, 2011

Susahnya Si Kacak dan Cantik

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri ;)

"Eh, hensemnya dia. Mesti dah ada awek ni.."
"Cantiknya awek tu. Mesti ramai yang terkejar-kejar dekat dia.."

Korang pernah berfikiran macam tu tak? Nampak aje lelaki hensem, perempuan cantik mesti kata dia dah berpunya. Betul ke macam tu? Cuba tanya mereka-mereka yang cantik dan hensem tu. Haha!

Mesti susah nak percaya kan kalau dorang-dorang yang cantik dan hensem tu single. Habislah dorang kalau semua orang berfikiran macam tu. Dah sah-sah membujang sampai ke tua. Tapi kadang-kadang mereka-mereka ini juga yang cari pasal.

Mentang-mentanglah cantik/hensem, set kat kepala otak "Alaa, aku kan cantik/hensem. Mesti laku punya." Yakinnye kau. Ingat semua pandangan sama ke? Tak sama okey.

Kalau dah dapat yang hensem/cantik tu pula satu masalah lagi. Kongkong sangat! Yelah, takut kena kebas. Hari-hari susah hati. Rasa macam nak ikat dan kurung aje dalam almari. Elok sangatlah tu. Kepam lah bawah ketiak ye..

Kesimpulannya, sapa-sapa yang rasa dirinya cantik dan hensem. Pandai-pandailah bawa diri. Sila comotkan diri anda supaya tak kelihatan hensem dan cantik lagi. Haha!

Sunday, May 29, 2011

Lagi Lagi Berat Blog - Penting Okey!

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri ;)

Mesti ramai dah tahu kan yang saiz/berat blog memainkan peranan penting dalam sesebuah blog. Macam dalam entri ini. Tak tahu? Haa, sekarang tahu. Haha! Blog tu dikatakan berat bila lambat sangat nak loading. Ada mau sejam baru siap. Okey itu tipu.

Kebanyakkan blog yang berat ni dimiliki oleh blogger perempuan, gadis, wanita mahupun adik (newbie.. hehe). Maaf, tapi itulah hakikatnya. Bukan apa, tak dinafikan kaum hawa ini sangat kreatif okey. Tapi, kekreatifan mereka itu tak sepatutnya.

Segala bunga dan salji berguguran. Airmata pengunjung pun boleh gugur sebab bunga dan salji dah keluar. Entri aje tak keluar-keluar lagi. Hee~ Yang newbie pun tak salah. Yelah, dorang manalah tau weh benda ni semua. So, sila tegur dengan cara berhemah dan sopan santun ye..

Eh, blog lelaki pun ada. Tapi bezanya yang lelaki ni kalau blog depa berat bukan sebab widget apa. Iklan je bersepah. Haha! Ada yang terasa? Sila buat muka geram bila baca ni okey :) Alaa, janganlah sentap. Tak lelaki langsong. Heheh!

Okey dah nak habis ni. Sebelum tu, Tia nak buat entri khas "Review Berat Blog Mereka." Ada siapa-siapa yang nak join tak? Tia akan timbang berat blog korang dan senaraikan bersama yang lain. Kalau nak, tinggalkan komen dan taip JOIN!! Hahaaa. Besar gila font..

Contoh bergambar :


Kos Perbelanjaan Kahwin

Assalamualaikum .. Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri ;)

Macam yang kita tahu, hidup pada masa sekarang sangat-sangat memerlukan kos yang tinggi bukan (mak aih, skemanya ayat). Secara tak langsung, ia mempengaruhi juga kos perbelanjaan kahwin. Hehe!

Kali ni Tia nak cerita pasal kahwin. Gatal? Meh Tia lempang laju-laju. Macamlah korang tak kahwin. Sambung. Setakat ni yang Tia tau kalau nak kahwin sekurang-kurangnya duit kena ada RM30,000. (gile weh!)

Kalau banyak itulah, bagi mereka yang gaji tak seberapa (untuk lelaki) dah sah-sah membujang sampai ke tua. Nak buat apa belanja banyak sampai macam tu cuma untuk kahwin?

"Kahwin tu kan sekali dalam seumur hidup.."

Ooh, mentang-mentang sekali dalam seumur hidup kena buat majlis yang tip top lah? Wedding of The Year? Macam tu? Weh, weh! Sape yang boleh jamin itu adalah perkahwinan kau yang pertama dan akhir?

Jangan dek kerana Wedding of The Year tu, lepas kahwin makan batu. Batu. Tak tau batu? Alaa, yang keras tu. Eh, korang makan ke? Grr~ Simpanlah duit yang banyak-banyak tu untuk masa depan bila dah ada anak nanti.

Saturday, May 28, 2011

Tutorial Buat Butang Follower Sendiri

Assalamualaikum .. Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri ;)

Alahai, widget follower masih bermasalah laa. Kejap ada kejap takde. Macam chipsmore lah pulak. Grr~ Takpelah, kita guna cara penyelesaian yang kedua ni untuk selesaikan masalah pasal widget follower tu ye..

Kali ni Tia akan buat tutorial macamana nak buat butang follower yang dicipta sendiri. Tia dah buat dah. Paling simple. Haha! Tapi jangan risau, korang boleh buat sendiri punya okey.


Step 1 : Rekalah butang follower yang korang nak macamana sekalipun. Cuma pastikan saiznya tidak terlalu besar. Kalau tidak ia akan membuatkan blog korang lambat loading. Kita tak nak macam tu..

Step 2 : Lepas dah reka butang follower tu, korang boleh upload di Photobucket.

Step 3 : Pergi Design > Page Elements > Add a Gadget > Pilih HTML/JavaScript

Step 4 : Korang salin code di bawah ni

<center>
<a target="_blank"href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=GANTIKAN DENGAN NOMBOR ID BLOG KORANG "><img src="http://URL GAMBAR BUTANG"border="0" /></a>
</center>

Untuk dapatkan nombor ID blog korang, sila klik pada "New Post" dan ambil nombor ID blog tu seperti dalam gambar di bawah..


Dah siap, korang boleh SAVE! Tia ada sikit tips untuk korang..

  • Bila reka butang follower tu, pastikan blogger lain boleh tau itu adalah BUTANG FOLLOWER (follower button)

  • Elakkan dari membuat butang follower yang saiznya lebih dari 30 KB. Lagi kurang lagi baik

  • Kalau korang takde idea nak reka sendiri butang follower, korang boleh search dekat google dan copy link gambar tu. Lepas tu, korang gantilah dekat http://URL GAMBAR BUTANG tu.

Okey setakat tu aje. Kalau ada yang nak copy tutorial ni boleh, cuma tolong bagi backlink ye. Penat tau Tia nak buat tutorial ni..

Friday, May 27, 2011

Akak Yang Gigih | Follower Tia Dah 300

Assalamualaikum .. Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri ;)

Hari ni Tia rasa rajin pulak update entri sampai 4 kali. Haha! Banyak lagi sebenarnya Tia nak cerita tapi Tia simpan dulu. Peram dalam draft! Kot-kot nanti idea ke laut, boleh sambung apa yang ada kat draft tu. Yeah!

Kali ni Tia nak bagitau ada sorang akak ni gigih sungguh. Dahlah gigih, tabah pulak tu. Petang tadi widget follower bermasalah kan. Akak sorang ni punya semangat nak follow blog Tia. Terharu gile dengan akak tu. Ni buktinya..







Gigih tak gigih akak tu masuk blog Tia cuma nak tengok widget follower tu dah keluar ke belum. Thanks akak.. Korang boleh klik header di bawah untuk terus ke blog akak tu yee. Maaf kak, header akak Tia compress sebab size dia besar gile..


------------------------------------------------------------------------------

Itu satu! Yang kedua Tia nak ucap terima kasih kepada follower Tia yang ke-300. Mak aih, blog Tia baru sebulan. Syukran, syukran atas sokongan anda ;) Okey apa yang Tia nak cerita pasal follower Tia yang ke-300 ni ialah :

  • Blognya serba serbi PINK! Sangat comel

  • Tuan punya blog sangat CUN okey

  • Jangan tak percaya sebab muka tuan punya blog sangat sama dan iras macam adik Dato' Siti Nurhaliza, Saerah!

  • Lagi, beliau rupanya bersepupu sepapat dengan pelawak Malaysia-Apek. Tia teruja sangat tengok 5 adik beradik Apek yang sebijik muka semua sama!

Ini je yang Tia mampu senaraikan. Huhu. Kalau korang nak tau siapa beliau, boleh klik header di bawah yer ;)


Thursday, May 26, 2011

Kashaf Imani Buat Tia Menangis

khasyaf Imani

Korang dah tengok belum cerita Kashaf Imani ni? Tak rugi Tia bersengkang mata nak tengok cerita ni sebab memang best! Memang menyentuh hati sampai airmata Tia gugur sebab lakonan mantap dari Sharifah Amani dan Beto Khusyairi.

Cerita ni mengenai Imani (Sharifah Amani) yang diberi keistimewaan boleh melihat roh. Tia nak cerita kat sini pun tak best. Mesti tengok sendiri. Baru je main dekat astro ria semalam. Mungkin korang boleh tunggu kot-kot ada ulangan lagi.

Tengok tau jangan tak tengok! Lagu soundtrack bagi cerita Kashaf Imani ni ialah Tiada Duka Selamanya oleh Opick. Memang bestlah! Tia nak tengok lagi..


**UPDATE**

Yeah ! Sekarang Tia boleh tengok berulang kali citer ni. Dan korang yang belum tengok pun boleh tengok lepas ni sebab Tia dah ada link untuk kita tengok secara online. Korang tengoklah, bestttt ! Hehe ..


Mari Sertai Blog Pilihan Malaysia

Okey! Tia nak join satu segmen dari Blog Pilihan Malaysia. Nampak menarik. Boleh juga Tia sebarkan tentang kewujudan blog Tia ni. Haha! Sebelum tu, Tia kena ceritakan sedikit pasal blog Tia ni.

Kategori : Blog Personal Wanita Pilihan

Hari ini genap sebulan,
26/04/2011 entri pertama dilancarkan,
Follower pun dah cecah ratusan,
Terima kasih Tia ucapkan

Ini bukan blog peribadi,
Hanya lebih kepada berkongsi,
Ada silap jangan dicaci,
Tegurlah agar dapat perbaiki lagi

Salam perkenalan dari Tia,
Buat anda yang sudi membaca,
Tinggalkan jejak jangan dilupa,
Boleh Tia menyinggah semula

Nak join jugak? Sila KLIK SINI

Wednesday, May 25, 2011

Ayat-ayat Minta Putus!

Assalamualaikum .. Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri ;)

Biasalah manusia kan. Bila suka, terhegeh-hegeh nak dapatkan. Tapi bila dah tak suka, boring haa mulalah lidah bercabang-cabang. Hal yang kecik boleh jadi besar. Malah, dibesar-besarkan lagi.

Ini mungkin antara ayat-ayat yang akan keluar dari mulut si dia bila dah tak suka ataupun dia ada niat nak mintak putus dengan korang. Mungkin tak semua betul tapi korang kena alert!

  • "You terlalu baik untuk I. I tak layak hidup dengan you."
  • "I nak tumpukan perhatian I kat keluarga/pelajaran/kerjaya."
  • "Kita dah tak sehaluan. So, lebih baik kita ikut haluan masing-masing."
  • "I dah cuba lupakan ex I tapi I tak boleh."
  • "Bagi I masa dan ruang untuk berfikir."

Agak-agak ayat-ayat tu dah keluar dari mulut si dia, tak payah cakap banyak. Lempang aje. Haha! Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Jangan bertindak secara terburu-buru. grr~~

Tuesday, May 24, 2011

Lagi Mau Tukar Ka?

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri ;)


Haha! Yeah, Tia tukar lagi template. Waduh-waduh mesti ada yang pening dengan Tia kan sebab asyik tukar template aje. Hehe! Tak cukup tu, sekali dengan header pulak tu Tia tukar.

Tia buat header tu simple aje. Tapi lama jugak baru nak siap. Cuma Tia tak pakai adobe photoshop bagai. Tia cuma guna Microsoft PowerPoint dan Paint. Edit sana sini dan siap!

Template pun Tia godek-godek sendiri. Template Tia tak cun mana. Nampak macam boring je kan. Haha! Tak kisahlah, yang penting loading laju. Laju ke? Grr~

Monday, May 23, 2011

Macamana Korang Jaga Laptop?

Assalamualaikum ..
Terima kasih sebab sudi singgah blog Tia dan baca entri ;)



hi emoticons
Setelah puas berehat dan menenangkan  fikiran di kampung, sekarang Tia dah balik. Rasa rindu nak berblog. Tia tak approve lagi komen-komen sebelum ni. Blogwalking pun belum. Nak post entri dulu. Lepas ni okey ;)

Sebelum ni Tia ada bagitau kan yang laptop Tia baru aje dibaiki. Bukan rosak tapi skrin bermasalah. Bergegar-gegar. Tia ingatkan ada virus. Selidik punya selidik dengan sedikit bantuan encik google, dapatlah Tia cari puncanya.

Skrin laptop Tia tetiba bergegar. Dah banyak kali shut down. Tak jadi jugak. Tia syak memang masalah skrin. Nak tak nak kena bawa pergi kedai. Skrin laptop Tia memang rosak. Boleh tukar, tapi kosnya RM800-700. Gile banyak!

Nasib baik ada kawan ayah boleh tolong. Dapatlah RM350. Masih mahal tu tapi nak buat macamana, buat kat kedai lebih-lebih lagi tauke dia Cina memang mahal lah jawabnya. Sayang ayahlah! Hehe ;) Pengajarannya :

  • Jangan sekali-kali tindih laptop korang dengan apa-apa barang terutama barang berat! Jangan letak apa-apa atas laptop. Kesannya tak nampak masa tu, tapi akan datang pasti!
  • Kalau tak guna laptop, tutup. Bukan shut down aje. Jangan biarkan laptop ternganga macam dalam gambar kat bawah ni
  • Bawa-bawalah bersihkan sikit laptop tu. Bersihkan guna alat-alat yang dikhaskan. Sedut segala habuk yang ada kat keyboard tu
  • Kalau rasa-rasa lama nak guna laptop tu, apakata pasang kipas bagi sejuk laptop tu. Ada banyak jenis kipas laptop yang dijual kat kedai. Murah pulak tu

Kesimpulannya, kalau nak laptop tahan lebih lama pandai-pandailah jaga laptop tu. Tak guna beli laptop sampai ribu tapi tak jaga elok-elok..

Friday, May 20, 2011

Tia Balik Kampung Dulu ;)

Assalamualaikum ..
Terima kasih sebab sudi singgah blog dan baca entri ;)

Laptop Tia baru sembuh dari sakit semalam. Haha! Tak dapat Tia nak cerita panjang. Ahad ni Tia story okey sebab Tia nak balik kampung. See you later ;)

Jaga diri hiasi peribdi. Cheewahh! Wassalam :)

Wednesday, May 18, 2011

Main Angry Birds Guna Google Chrome

Siapa tau game Angry Birds ni? Tia dengar game ni popular ek? Tapi game ni boleh main kat iphone je. Betul ke? Kalau salah tolong bagitau Tia ye.


Tia pernah main juga game ni tapi tak puas hatilah sebab skrin kecik sangat. Jumpa mana entah dekat game online. Takut juga nak main selalu kang tak pasal-pasal bertelur lak virus kat laptop Tia. Oh pelisss..


So, kepada pengguna Google Chrome korang dah boleh main game Angry Birds ni guna Google Chrome aje. Tia dah try tadi. Memang best! Puas hati tengok skrinnya besar gedabak memenuhi ruang yang ada. Haha!


Korang juga boleh memilih samada mahu menggunakan SD atau HD version. Lagi menarik, walaupun tanpa internet korang still boleh main game tu melalui pelayar web chrome - sumber di sini


Apalagi, downloadlah kat SINI.. Klik "Install" je okey!


Tuesday, May 17, 2011

Yang Mana? Wanita Bekerjaya atau Suri Rumah

Tia rasa tergelak pulak bila baca entri kak Diana. Bukan apa, entri dia sebijik ada kaitan dengan entri MySuaraBlog. Hah! Korang jangan nak kata Tia jadi batu api pulak. Rasa seronok bila baca dua-dua entri dorang.

Entri MySuaraBlog yang bertajuk "Pilihan Lelaki : Wanita Bekerjaya atau Suri Rumah". Tajuk nampak macam remeh kan tapi terbaiklah! Bukan apa, siap boleh buat soal selidik lagi dengan beberapa jejaka lain.

Entri kak Diana pula bertajuk "Otak Suri Rumah Tak Berkembang?". Wah! Kak Diana cuba menerangkan bahawa suri rumah zaman sekarang dah tak sama macam dulu. Semuanya disertakan alasan serta musabab yang kukuh!

Dah jadi macam debat kan? Well, Tia rasa bagus macam ni. Kenapa?
  • Ada idea nak buat entri
  • Boleh tau apa pendapat orang lain
  • Dapat buat backlink sekaligus promosikan blog sesama blogger
  • Dapat kukuhkan lagi silaturrahim ;) So, lepas ni kak Diana dengan MySuaraBlog boleh terus keep in touch!

Ini suara hati Tia pulak. Tia tak mau banyak cerita. Tia lagi suka kalau Tia dapat senaraikan beberapa perkara berkaitan Wanita Bekerjaya dan Suri Rumah ni.

Wanita Bekerjaya :
  • Dapat bantu suami dari segi ekonomi memandangkan zaman sekarang dah jadi zaman cekik duit. Grr~
  • Kemungkinan besar bila dah terlalu sibuk dengan kerjaya peranan seorang isteri untuk melakukan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas dsb akan terabai
  • Anak-anak juga kemungkinan akan kurang mendapat kasih sayang yang secukupnya bila si ibu dan ayah sibuk dengan hal kerja masing-masing
  • Terdedah kepada fitnah. Yelah, jadi isteri orang ni bukan senang. Besar tanggungjawabnya

Suri Rumah :
  • Memang sejak dari dulu peranan isteri adalah menjadi suri rumah yang menjaga hal-hal di rumah
  • Keperluan suami dan anak-anak mungkin akan lebih terjamin. Makan, minum, pakaian, rumah semua akan lebih terjaga

Wah! Nampak sangat Tia sokong wanita yang menjadi suri rumah ni kan. Korang jangan terasa. Jangan pulak lepas ni ada yang kata "habis aku belajar tinggi-tinggi buat apa?". Tak salah belajar tinggi.

Lebih baik jadi suri rumah yang terpelajar. Lebih-lebih lagi ilmu agama. Aman rumahtangga ye tak. Lagipun, boleh kerja juga apa sementara belum ada anak bagi yang belum berkahwin. Tia tak nak komen banyak-banyak sebab Tia belum lalui semua ni.

Korang dah habis baca kan? Sekarang, korang boleh baca entri dorang..

Selamat Datang Ke IPT/IPTA

Tak lama lagi bermulalah kehidupan baru adik-adik sebagai pelajar IPT atau IPTA kan. Ada masuk maktab, kolej, Politeknik, UiTM, Matriks. Tahniah akak ucapkan! Lepas ni boleh sambung belajar lagi tinggi kan kasi bangga mak ayah.

Tapi ingat dik, kehidupan di situ dah tak sama macam di sekolah rendah atau menengah. Dah semakin mencabar. Jangan sampai silap langkah, buruk padahnya. Sentiasa ingatkan diri apa tujuan adik berada di situ.

Akak bukan apa, dah banyak yang akak tengok mula berubah bila dah jadi pelajar IPT/IPTA. Yang perempuannya makin galak. Yelah, mak ayah dah tak ada dah nak jaga dekat-dekat. Boleh dating-dating.

Yang lelaki pula, duk perabis duit yang mak ayah kasi buat belanja awek. Kalau satu awek takpa, kalau sampai 3 macamana? Jangan malukan diri dan keluarga. Ingat, keluarga menaruh harapan kat adik tu. Jangan hampakan dorang. Semoga berjaya ;)

Amny, good luck!
Belajar sungguh-sungguh tau ;)
Adik Zai@Syatoza shayamm,
Jawab SPM elok-elok :)

Monday, May 16, 2011

Tukar Saiz Tulisan Blog Untuk Pengunjung

Nampaknya, banyak respon yang baik dari korang lepas Tia tukar template kat blog ni. Tapi ramai juga yang komen minta Tia besarkan lagi saiz tulisan kat blog Tia ni. Yelah, mata kita semua bukan sama kan.

Bagi mengatasi masalah ini, Tia dah jumpa satu penyelesaian. Tia boleh kekalkan saiz tulisan yang Tia mau kat blog ni tanpa ganggu pandangan korang. Korang tengok dekat sidebar Tia tu "TUKAR SAIZ FONT PADA BLOG TIA". Kliklah gambar yang ada simbol +(besarkan) dan -(kecilkan).

Sekarang, Tia akan ajar pula korang macamana nak buat ye. Korang cuma perlu salin code di bawah dan pergi Design > Page Elements > Add a Gadget > Pilih HTML/JavaScript > Save!

<center><a href="javascript:ts('body',1)"><img src="http://2.bp.blogspot.com/_Uewx15poqQo/TLW8IwSXkjI/AAAAAAAAAkI/-56Uc_AWmlA/s1600/zoom-in.png" title="Larger Font" /></a> <a href="http://www.blogger.com/rearrange?blogID=131131359978220857&amp;action=editWidget&amp;sectionId=sidebar&amp;widgetType=null&amp;widgetId=HTML6"><img src="http://3.bp.blogspot.com/_Uewx15poqQo/TLW8JXKCRXI/AAAAAAAAAkM/5z-SP2vZAMg/s1600/zoom-out.png" title="Smaller Font" /></a></center>
<script src="http://www.yourjavascript.com/408317151301/royaltutorresizer.js" type="text/javascript"></script>


Ada apa-apa masalah seperti error, tolong bagitau Tia ye ;)

Selamat Hari Guru Ticer Wann ;)

Hari ni hari guru,
Bagi mengenang jasa-jasamu,
Tak pernah lelah mencurah ilmu,
Walau anak muridmu nakal macam hantu..

Bukan mudah menjadi guru,
Lebih lagi zaman yang serba maju,
Anak murid dah berani hentam cikgu,
Semoga cikgu tabah selalu..

Besarnya sebuah pengorbanan,
Walau bukan dirimu yang melahirkan,
Mendidik generasi demi masa depan,
Jasamu takkan dilupakan..

Terbayar juga suatu masa,
Pengorbananmu takkan sia-sia,
Anak didikmu akan berjaya,
Berdoalah selalu untuk mereka..

Ini khas buat mereka,
Yang juga pernah mendidik Tia,
Siapa sangka ada rakan blogger kita,
Yang turut sama menyambutnya..

Selamat Hari Guru Ticer Wann

Macamana Template Tia Sekarang, Okey Tak?


Wah! Panjang kan tajuk. Hehe! Tia tak menyempat nak update blog sebab Tia baru aje tukar template. Tia fikir 10x juga nak pakai template ni atau tak sebab banyak yang terhad.

Fikir punya fikir, takpelah. Tia nak pakai juga. Lagipun, Tia dah buat backup untuk template sebelum ni. So, kalau ada apa-apa masalah masa Tia pakai template ni boleh pakai yang lama balik.

Sekarang, Tia nak minta pertolongan dari korang pulak. Korang selesa tak dengan template baru Tia ni? Yelah, kot-kot ada yang rasa berat sangat nak buka blog Tia ni kan terutama yang pakai broadband tu.

Tak payah risau, komen aje apa yang terbuku. Tia takkan blacklist koranglah. Tia suka dengar/baca pendapat orang terutama korang yang menyinggah blog Tia ni sebagai tanda penghargaan Tia untuk korang ;)

Sunday, May 15, 2011

Cara Tambah Follower Jadi Riban

Haha! Dah lama Tia tak kongsi info-info pasal blog ni kan. Kali ni Tia nak berkongsi pula macamana caranya nak dapatkan follower yang kemungkinannya boleh cecah sampai riban. Tapi, Tia tak tanggung ye kalau ada yang menyampah dengan korang kalau guna cara-cara di bawah.

  • I Follow You, You Follow Me - Haa, korang singgahlah mana-mana blog. Lepas tu cari shoutbox dia. Tinggalkan mesej "Please Follow I. I Follow you back ye!" Paling-paling pun korang kena maki je. Haha!
  • Segmen/Contest - Buatlah segmen atau contest. Kan ada syarat kan. So, korang bagi syarat dan wajibkan mereka yang join mesti Follow korang.. Paling kurang yang korang dapat pun, lepas tu orang akan unfollow. Grr~
  • Jadikan Blog Mantap - Yang ni susah sikit. Tapi kesannya sangat mendalam. Jadikanlah blog korang tu sebaik mungkin. Entri best, bermaklumat. Lepas tu jangan hairan kalau blog korang akan ada dalam bloglist mana-mana blog. Komen cecah ratusan. Wah, impianku! ;)

Kesimpulannya, thanks kepada korang yang tak putus-putus menyinggah, memfollow, mengomen dekat blog Ini Kisah Tia kepunyaan Tia ni ;)

Kejam Pijak Kucing Sampai Mati

Tia rasa nak nangis bila tengok gambar perempuan (dalam gambar kat atas tu) bunuh kucing yang tak berdosa dengan kejam sekali. Dia belai-belai kucing tu lepas tu tanpa belas kasihan dipijak-pijak kucing tu sampai mati.

Tia tak tau nak cakap apa perempuan ni. Kalau tak suka kucing tu, tak apa. Biarkan aje. Jangan dianiaya.. Gambar dan cerita Tia dapatkan dari sini..

Perbuatan menyeksa atau menganiaya binatang adalah jelas haramnya. Al-Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah mengkategorikan menyeksa binatang itu termasuk dalam dosa dosa
besar. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang menyeksa sesuatu yang bernyawa, lalu tidak bertaubat, nescaya Allah menyeksanya pada Hari Kiamat.”
(Hadits riwayat Ahmad) - sumber

UPDATE : 31/05/2012 (01:41 AM)
Entri ini telah diedit. Maaf!

Saturday, May 14, 2011

Posisi Tidur Korang Macamana?

posisi tidur
Tia jengah satu blog tadi. Terima kasih le kat empunya blog sebab lepas je singgah blog dia tetiba keluar idea nak buat satu entri. Okey-okey, Tia kasi backlink sama Apik Pehe ye.

Tia nak cerita pasal tidur. Ini pengakuan berani malu Tia. Haha! Dulu, Tia tidur buas tau. Orang Sabah kata, gundah. Tidur yang tak tetap posisinya. Ah yelah semua tidur tak tetap posisi.

Tapi Tia dulu memang buas masa tidur. Sebelum tidur elok je posisi. Sekali bangun esok pagi, mak aih! Kaki kat kepala katil, kepala kat kaki katil. Bantal semua jatuh bawah. Haha! Tu dulu lah. Masa budak-budak. Biasalah kan.

baby comel tidur
Ni sedikit info yang korang perlu tau pasal posisi tidur ye..
1. Tidur Meniarap - Bahaya cara ni sebab bila dah lama sangat dengan posisi macam ni, akan menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh ganggu jantung dan otak. Boleh bawa maut tau tak!
Selain tu, tidur secara meniarap juga dilarang dalam Islam. “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
2. Tidur Menelentang - Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.
3. Tidur Mengiring Ke Kiri - Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri.
4. Tidur Yang Terbaik - Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. sumber
Jadi, lepas ni pandai-pandai lah korang nak memilih cara tidur ye.. Selamat tidur ;)

Entri Kena Delete Daa

credit to google

Wah cuaknye. Mesti korang perasan kan ada entri korang kena delete. Dah tu, seharian tak boleh nak masuk dashboard. Jam berapa hah baru lepas? Tia baru dapat online hari ni sebab line internet semalam meragam. Grr~

Baru pagi ni juga lah Tia buka balik page shoutbox yang juga hilang dari radar kelmarin. Kena delete juga page shoutbox tu. Masa sibuk baca status dorang yang lain kat facebook, Tia jadi cuak bila ada yang bagitau entri kena delete.

Sepantasnya Tia pergi check. Uh dah terlambat derrr. Dah kena delete. Hampa terasa. Tapi chill lah kan. Benda free bukan kena bayar pun so, nak mengamuk tak tentu pasal pun tak boleh gak. Kalau tadi berbayar lain cerita.

Kesimpulan, takyah lah nak marah-marah. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Alaa, korang kan dah besar. Fahamkan sendiri maksudnye okey. Tia nak pergi hospital ni. Nanti update lagi ;)

Thursday, May 12, 2011

Menjawab Soalan Dari Sahabat Blogger

Terima kasih Tia ucapkan,
Buat blogger bernama Adan,
Untuk Tag jawab soalan,
Yang hampir Tia lupakn

Kalau suka boleh baca,
Kalau tak suka tak apa,
Ini cuma suka-suka saja,
Semua cerita 5 perkara

5 TARIKH PENTING
Tarikh penting banyak tak terkira,
Tapi diminta cuma lima,
Tarikh puasa tak lama bermula,
Raya pula selepasnya,
Merdeka paling utama,
Cuti sekolah bakal menjelma,
Ohya, birthday Tia jangan dilupa

5 PERKARA DIBUAT SEMALAM
Semalam punya cerita banyak dah lupa,
Ini juga 5 perkara,
Makan minum sudah tentunya,
Basuh piring harus ya,
Tengok tv layan mata,
Jaga si kecik ibunya kerja,
Paling utama update blog laa

5 PERKARA YANG BUAT KORANG GEMBIRA
Online blog gembira rasanya,
Ada yang komen senyum sampai telinga,
Apa lagi dah takda idea,
Lagi 3 nak cukupkan 5,
Apa dia yang buat Tia bahagia,
Makan tidur seronok juga,
1 lagi nak lengkapkan semua,
Sudah semestinya tinggal dengan keluarga

5 SEBAB JAWAB SOALAN
Akhirnya sudah sampai penghujungnya,
Kenapa jawab soalan yang ditanya,
Nak buat entri idea tak ada,
Maaflah yang ni tak cukup 5

Sekarang nak tag 5 blogger pula,
Tak nak buat takpa,
Cuma perlu abaikan saja,
Yang penting komen jangan lupa

Cikgu penyayang sudah semestinya,

Budak Sabah sama macam Tia

Tak sangka join juga contest IKEA,

Suka Suki Sakdi nama blognya,

Yang terakhir buat si jejaka,
Selalu aje kehilangan idea
Jom singgah http://arpiiz001.blogspot.com/ cari tahu siapa dia

Tuesday, May 10, 2011

Fanpage HOT FM Kena Hack

Klik untuk lebih jelas ;)

Dah namanya HOT FM kan. Ha, dah sesuailah tu. Memang HOT betul bila fanpage HOT FM di facebook kena hack dengan Jack. Yang bestnya, admin Jack layan semua yang ada kat fanpage. Memang riuhlah.

Tia no komen ;) Tak tau lah samada tu gimik kan. Kalau korang nak tengok fanpage HOT FM tu, boleh klik sini..

Monday, May 9, 2011

Jangan Hina Pekerjaan Itu

Tolong, tolong dan tolong! Tolong jangan hina pekerjaan yang tak tinggi mana gajinya. Yelah, mentang-mentang orang tu kerja cleaner aje kan. Cleaner, cleaner dia pun sekurang-kurangnya dia yang membersihkan semuanya. Kalau tak ada cleaner, tandas-tandas awam tu dah sah-sah kotor gila kan.

Lagi kerja yang dianggap rendah. Security! Apalah salah security tu. Kan halal kerja tu. Bukan membunuh. Ada satu peristiwa yang buatkan Tia tak pandang rendah dengan security ni. Masa Tia pergi bandar dekat Centre Point Kota Kinabalu Sabah, ada security ni.

Mat Salleh tu bertanya sesuatu dekat security tu dan tak sangka sangat security tu boleh cakap english. Lancar pula tu. Kalah Tia yang tergagap-gagap ni bila nak speaking. Orang sekeliling security tu pun duk tengok security tu bercakap. Tergamam le tu.

Kesimpulannya, tak kiralah kerja tu rendah mana pun kecuali kerja yang SALAH. Janganlah pandang rendah dekat diorang ye. Cuba korang bayangkan kalau korang di tempat mereka tu. Apa perasaan korang..

Sunday, May 8, 2011

Blog Cantik atau Blog Ringan?

Yang mana satu lebih baik? Blog yang cantik tapi berat atau blog yang kurang menarik tapi ringan? Ketahuilah bahawa semakin berat blog korang, semakin kurang pengunjung yang akan datang ke blog anda.

Jangan marah atau sentap dengan kenyataan Tia ni okey. Memang tak dinafikan kebanyakkan perempuan sukakan kecantikkan dan kecomelan. Disebabkan itu, tak hairanlah kalau majoriti blog perempuan penuh dengan hiasan-hiasan.

Eh, jangan silap. Masa Tia mula-mula berblog dulu pun semua Tia masukkan dalam blog. Lagu, jam, kalendar, nota, glitter graphic, kalau boleh Tia nak penuhkan satu page. Haha!

Tapi, bila dah lama berblog ni baru Tia sedar. Semakin cantik blog, semakin serabut blog, semakin beratlah blog!

"Eh! Blog aku, suka hati akulah. Kalau kau tak suka, berambus!"

Terpulang pada diri masing-masing. Tiada paksaan. Kalau yang serius nak berblog, korang mesti tahu apa yang korang perlu buat termasuk ini. Wah! Tia ni macam good-good je kan. Haha! Tia sekadar ingin berkongsi apa yang Tia tau.

Korang pernah timbang berat blog korang tak? Kalau belum, meh timbang sini. Berat blog yang dikira ideal ialah bawah 100 KB. Sebelum tu, korang yang masuk blog Tia ni rasa berat tak? Terutama yang guna broadband (berukband) tu? Komen aje tanpa was-was ye..


Domain(s)anda: masukkan setiap alamat URL dalam baris yang berlainan (Maximum 10)




(Penimbang Ini Kisah Tia)



Saturday, May 7, 2011

Oh, Berani Mereka Ini

terima kasih
Berdasarkan entri Tia yang ini, dorang dengan berani memberi pendapat dekat Tia. Wah, wah! Tia hargai sangat. So, Tia buat keputusan Tia akan buang Intensedebate tu. Thanks atas pendapat yang jujur..

  • Yang Sonyum Sokmo ni macam 50-50 aje. Nak jaga hati Tia ek. Haha!
  • Oh, Ayie pun kata "wow" lahhh
  • Akhirnya, Cik Sakdi kita yang pakai berukband pun kata berat. Hoyeh2!
  • Shatooman kata tak berat sebab dia pakai jaring. Erk~ Tangkap ikan ke? Hehee
  • Amny pun kata leceh. wuwuuuu~
Sebelum ni, kotak komen Tia macam dalam gambar atas ni. Tapi, majoriti kata leceh. So Tia hormat pendapat mereka dan Tia akan remove it.. Okeylah jom blogwalking kat blog dorang yang sporting ni ;)

Korang Mai Sini Tengok

Mula-mula sekali Tia minta maaf sebab dah ganggu tumpuan korang. Tapi Tia ada nak minta tolong ni. Korang tolong boleh?

Macam ni, Tia baru aje pasang Intensedebate. Bahagian komen Tia dah berubah tu. Kalau korang tak percaya cuba tengok.

Eh nanti dulu! Tia tak habis lagi ni. Haha! Memandangkan Tia dah pasang Intensedebate ni, Tia takutlah kalau-kalau ianya mempengaruhi keberatan blog Tia terutama yang pakai berukband (broadband).

Soalan Tia, berat tak blog Tia ??

Serangan Malware Pada Blog

Korang pernah pergi mana-mana blog dan halaman macam dalam gambar di atas keluar tak? Yee! Malware Detected katanya. Seram juga bila tau pasal malware ni.

Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk masuk ke dalam sistem komputer dan menyebabkan risiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna. Malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya. - Sumber

Kalau korang nak kesan samada sesebuah blog atau website tu ada Malware atau tidak, sila gunakan Google Chrome ye. Ini salah satu langkah untuk mencegahnya.

Selain tu juga, korang boleh check sendiri blog korang tu samada dijangkiti Malware ni atau tidak dengan cara Sign Out account blog korang tu dan buka macam biasa guna Google Chrome tu.

Orang kata, mencegah lebih baik dari mengubati. Sebabnya, payoh benar nak pulih dari penyakit Malware ni. Tak tidur dibuatnya..

Thursday, May 5, 2011

Iklan Haram Di Blog Tia?

Terima kasih Tia ucapkan kat Haida sebab tunjukkan sesuatu yang Tia tak nampak. Ada iklan Non-Halal pada iklan Advertlets ni. Apa kes? Ini kata Haida ,

"erm cik tia tak pe ke letak iklan pork chop burger tu bukan ke kita tak boleh makan tu..haram.."

Cepat-cepat Tia turunkan banner Advertlets ni. Ingat baru nak mencuba Advertlets ni tapi tak sangka ada pulak masalahnya. Ada siap-siapa yang berpengalaman? Mungkin boleh bagi sedikit penjelasan?

Wednesday, May 4, 2011

Advertlets Selaju Ini ??

advertlets
Kalau korang perasan, Tia dah "cutikan" Nuffnang. Sebelum ni Tia selalu dengar pasal Advertlets ni. Advertlets ni adalah salah satu lubuk untuk menjana pendapatan.

Setakat ni Tia tak boleh komen apa-apa lagi sebab Tia baru aje berjinak-jinak dengan Advertlets. Amat mengejutkan Tia bila baru aje Tia letak iklan tu dekat blog ni dan ia mula berkesan.

Kejap aje earnings nya menaik. Macam tak percaya.. Haha! Ada tak yang pakai Advertlets ni? Kasi respon sikit..

Tutorial Susun Iklan Nuffnang


Kali ni Tia nak bagi tutorial susun iklan nuffnang bagi kemas. Kalau yang dah tau takpalah. Ni untuk yang tak tau. Hehe! Ada 3 banner nuffnang.

  • Leaderboard (728 X 90) - Diletak bahagian header (atas sekali)
  • Large Rectangle (336 X 280) - Diletak antara/dalam entri
  • Skyscraper (160 X 300) - Diletak bahagian sidebar (tepi kiri/kanan)

Mula-mula sekali, korang boleh pergi
Design > Edit HTML > Tick pada Expand Widget Templates

Untuk letak iklan pertama (Leaderboard)

Cari code <body> dengan menekan Ctrl + F
Tampal code iklan korang tu di bawah code <body>


Untuk letak iklan kedua (Large Rectangle)

Cari code post-footer-line-2 dengan menekan Ctrl + F dan cari lagi code </b:includable>
Tampal code iklan tu di atas </b:includable>


Untuk letak iklan ketiga (Skyscraper)

Pergi Design > Page Elements > Add a Gadget > HTML/JavaScript > Save

Tuesday, May 3, 2011

Jom Join Blog I di Blog You, Blog You di Blog I

bloglist ini kisah tia
--ENTRI MELEKAT--

Wah! Panjang tajuk entri Tia kan. Motif? Motiflah sangat kan. Haha! Tak adalah. Ini cuma tawaran. Tajuk entri tu bermaksud, blog Tia ada kat bloglist korang. Blog korang di bloglist Tia.

Monday, May 2, 2011

Blogger Perlu Tahu Ini

Rasanya, ramai blogger-bloger baru yang tak perasan akan hal ni pada blog mereka. Blogger lama paling tak suka akan WORD VERIFICATION. Tak percaya? Tanya mereka. Hehe! Tak semua tapi kebanyakkan.

So, korang boleh check 3 perkara di bawah yang Tia rasa pentinglah untuk mudahkan pengunjung-pengunjung korang. Bila dorang rasa mudah, tak mustahil mereka akan datang semula. Korang tak buat takpe. Ini cuma tips mudah aje..


Settings > Comments > Comment Form Placement > Tick Pop-up window

--------------------------------------------------------------------

Ini paling penting. Kebanyakkan blogger tak suka word verification ni sebab menyusahkan. Korang boleh buang.

Settings > Comments > Show word verification for comments? > Tick No

--------------------------------------------------------------------

Kalau rasa-rasa blog korang tu takda lucahnya, lebih baik set kan aje jadi No.

Settings > Basic > Adult Content? > Pilih No

--------------------------------------------------------------------

Akhir sekali, korang jangan lupa save pula. Semoga tips yang mudah ini berguna untuk korang ye. Lebih-lebih lagi yang newbie.