Masya-Allah .. Mengalir airmata saya bila mengenangkan betapa islam memuliakan wanita. Wahai wanita , sedarkah kamu betapa beruntungnya kita dilahirkan sempurna menjadi seorang wanita?
Wanita hiasan dunia.. Seindah hiasan adalah wanita Solehah. Yang akan membahagiakan syurga di dalam rumahtangga.

Saya ambil sikit lirik di atas dari lagu nasyid Impian Kasih nyanyian In-Team. Cubalah cari di google pasal wanita dalam islam. Cari , cari. Banyak sangat. Setiap perintah yang Allah bagi dekat wanita tu ada sebab-sebabnya. Cari , cari. Ya Allah .. Sini saya ada satu cerita yang pernah saya baca.
Seorang lelaki bukan islam berjumpa dengan seorang pemuda islam dan bertanya ,
"kenapa perempuan islam bertudung labuh dan tutup 1 badan bila berpakaian?"
Pemuda islam tu tersenyum sambil mengeluarkan 2 gula-gula dari poketnya. 1 daripadanya dibuka pembalutnya dan 1 lagi dibiarkan balutannya. Kemudian , kedua-dua gula-gula itu dilemparkan ke tanah. Pemuda islam itu bertanya ,
"gula-gula yg mana 1 tuan ambil jika tuan benar-benar ingin memakan salah 1 daripadanya?"
Lelaki tersebut memilih gula-gula yang masih berbalut. Dengan tersenyum sambil berkata ,
"dengan itulah kami memelihara mereka".
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan. Sebarang pertanyaan ataupun cadangan, sila emelkan ke inikisahtia@gmail.com
Related Post
Untuk Adam dan Hawa
Untuk Hawa
Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana
DIA Sentiasa AdaKadang-kadang , walaupun ada ramai kawan ada masanya kesunyian tetap akan dirasa.
Masa tu , seolah-
Senyuman Terakhir Rasulullah SAW
Bismillahirrahmanirrahim .. Saya tengah tengok video dekat youtube. Sambil tu , saya klik lah
Keajaiban Akan Berlaku
Assalamualaikum. Maaf lah ye akak, abang, adik, pak cik, mak cik, wah kau Tia bajet satu Malaysia
10 Comments
Click here for CommentsWanita memang beruntung....Syukur kerana di lahirkan sebagai seorang wanita...
Replybegitu kemas ayatnya..
Replywanita begitu istimewa ...
Replysebagai wanita muslimah,,jagalah diri kita,,dan patuhilah apa yg telah disyariatkan oleh Allah kepada kita, mudah2an,hidup kita sentiasa dilindungi, dirahmati,tenang dan insyaAllah, Allah akn tempatkan kta kedalam syurganya,,jom kita berubah kearah kebaikan semata2 krn Allah..
ReplyinsyaAllah akan terus perbaiki diri...^^
ReplyEna bersyukur menjadi muslimah... Alhamdulillah.... semoga kita terpelihara oleh Allah SWT
Replysimple penjelasan tapi mempunyai makna yang mendalam.
Replyim proud to be a muslimah~
Allah meletakkan darjat wanita itu tinggi ..tetapi wanita yang merendahkan martabat yang Allah dh beri...
Replysimple je gitu.. tapi mendalam
Replyrasa sebak :'(
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon