Kisah Pemuda yang Cintakan Syurga


Saya tau.
Jadi seorang blogger , aktiviti copy paste amatlah kurang digalakkan.
Tapi saya rasa , apa yang saya copy paste tu.
Bukan semua orang tahu.
Dan saya yakin , apa yang saya copy paste tu boleh bagi manfaat dekat orang lain.

‎"Manusia akan MATI bila-bila masa , tetapi tulisan boleh KEKAL selama-lamanya. Maka TULISLAH perkataan yang menyebabkan kita GEMBIRA di AKHIRAT kelak"


Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.


Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman , seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu , Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.


Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu , Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.


"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah , aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."


Rintihan Tha'labah


Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.


Pada masa yang sama , Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.


Umar berkata "Tha'labah , Rasulullah mahu berjumpa kamu."


"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.


Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah , Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah , Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.


Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya , "kenapa wahai Tha'labah?"


"Wahai Rasulullah , kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.


"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"


"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"


Cita-citanya hanya Syurga


"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"


"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."


Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."


Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.


Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan , Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan , dan seperti tersekat-sekat.


Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"


Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."


Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!


Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar , dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?


Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita..


Sumber cerita : Facebook

Previous
Next Post »

13 Comments

Click here for Comments
Hidayah
admin
May 20, 2012 at 6:56 AM ×

Oh Tia akak bebetul sebak subuh2 ni Tia. Elok la Tia share cerita2 mcm nih..
:)

Reply
avatar
Anonymous
admin
May 20, 2012 at 7:35 AM ×

banyak iktibar dan pengajaran yg kita dpt dlm kisah nie....:)

Reply
avatar
Aimacomel
admin
May 20, 2012 at 8:23 AM ×

Mulia sungguh dia di sisi Allah, Rasulullah & Malaikat..

Reply
avatar
syiela
admin
May 20, 2012 at 10:26 AM ×

kongsi cerita yang memberi pengajaran baik juga buat blogger lain.

banyak pengajaran dari cerita ni

Reply
avatar
Unknown
admin
May 20, 2012 at 11:18 AM ×

Love love reading this entry Tia.. Thanks!

Reply
avatar
aizamia3
admin
May 20, 2012 at 11:51 AM ×

kisah yang dapat dijadikan teladan dan dalam masa yang sama mengajak kita berbuat baik dan menjauhi dosa..

Reply
avatar
Pha Is
admin
May 20, 2012 at 2:04 PM ×

hmm.. jauhnya beliau jika nk dibandingkan dengan diri ini...

Reply
avatar
Cikrosecute
admin
May 20, 2012 at 4:10 PM ×

Tersentuh/terharu ketika membaca kisah ini...

Reply
avatar
Miss Wawa
admin
May 20, 2012 at 6:00 PM ×

banyak pengajaran dan teladan dalam cite ni.. :) time kasih share kpd blogger :)

Reply
avatar
P#eoniX
admin
May 20, 2012 at 6:37 PM ×

macam penah bace jer cite neh...n'way nice entry...huhuhhh!!!

Reply
avatar
May 21, 2012 at 2:14 PM ×

sebak bila baca..teringt dosa2 silam..hinanya diri ini :(


Tia, bg kakak, copy paste tiada masalah dlm blog selagi ianya dpt bg manfaat, siapa tahu apa yg kita copy paste tu boleh bg kesedaran kpd seseorang..

Reply
avatar
Hafizzi
admin
October 25, 2017 at 8:57 PM ×

Ya Allah,jika dia menangis disebarkan itu, bagaimana lah pula dengan aku yang banyak berbuat dosa... Astaghfirullah

Reply
avatar
Hafizzi
admin
October 25, 2017 at 8:57 PM ×

Ya Allah,jika dia menangis disebarkan itu, bagaimana lah pula dengan aku yang banyak berbuat dosa... Astaghfirullah

Reply
avatar