Thursday, May 31, 2012

Akhirnya Tercapai Hajat Hati

"Ibu , jom kita jalan. Belikan along tudung dengan baju. Boleh?"


Selepas beberapa minit , handphone saya berbunyi tanda ada SMS masuk. Saya buka. Baca.


"Along di mana ni?"


Aik , ibu balas jugak. Ada peluang nak keluar jalan ni. Hehe.


"Along dekat mana lagi kalau bukan dalam bilik. Kalau tak jalan , along nak sambung tido ni.."


"Jangan tidur.."


Yess! Jalan. Hehe. Sayang ibu ketat-ketat. So , finally kami pun jalan. Ayah , ibu , adik perempuan yang nombor dua dengan adik lelaki yang bongsu. Akhirnya , tercapai jugak apa yang dihajati. Ibu sangat memahami dua orang anak perempuannya ini.


Susahlah nak cari tudung dekat sini. Saiz tudung yang dijual banyak yang singkat , pendek dan nipis. Saiz yang standard je. Sangat menyedihkan saya sebab susah jumpa yang menepati citarasa. Harap-harap nanti boleh jumpa tudung yang lebih banyak dekat Kota Kinabalu.


Saya dapat rembat satu helai baju tadi. Ingat nak ambik banyak-banyak , tapi segera ingatkan diri sendiri. Sila jangan jadi tamak. Lain kali boleh beli lagi. Hehe. Baju yang saya beli tu dekat bahagian pakaian lelaki. Just baju t-shirt yang besar , lengan panjang dan labuh menutup yang mana patut ditutup.


Orang dekat sekeliling pun tengok-tengok macam pelik je. Seriously dekat situ memang khas untuk pakaian lelaki. Nak buat macamana. Bahagian baju perempuan tak ada yang menepati citarasa saya. Majoriti lengan pendek , sendat dan singkat. Maka , saya abaikan pandangan orang dan meneruskan misi mencari baju yang dikehendaki. Nasib baik ada ibu kesayangan yang senantiasa ada di sisi. Tak lah terasa kekok nak memilih.


Cukuplah setakat ini. Saya nak kemas barang-barang dan pakaian saya lagi. Kemungkinan besar , esok dah nak bertolak ke Kota Kinabalu. Saya pun tak dapat pastikan samada ini entri terakhir saya sebelum menyambung semula pengajian saya selama 6 bulan.


Dari itu , sekian dari saya. Ye saya tau entri ini sekadar entri peribadi. Maaf kalau tak menepati citarasa hati anda :)

Beruntunglah Orang-Orang Yang Ganjil

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil
[Hadith Muslim no. 145]

Orang yang nak berubah ke jalan Allah ni sentiasa diuji sejauh mana dia boleh bertahan untuk kekal di jalan-Nya. Dengan penerimaan orang sekeliling dia terutama keluarga dan sahabat. Saya sendiri juga pernah diuji sewaktu mula-mula hendak berubah.


Mula-mula sekali , saya mula solat lima waktu. Lantas saya berfikir. Apalah gunanya kalau saya solat lima waktu tapi perintah Allah untuk menyuruh menutup aurat saya abaikan. Dan saya tau , kalau saya ubah cara pemakaian saya. Ianya bukan sekadar menutupi tapi juga melindungi jua mengingatkan diri ini untuk menjaga setiap gerak geri kerana akhlak itu bunga diri.


Seorang sahabat saya yang sentiasa menjaga saya dari jauh pernah cakap dengan saya macam ni ..

Pegang kata-kata ni..
"beruntunglah orang yg sedikit"

Mula-mula saya tak faham. Apa yang dimaksudkan dengan "beruntunglah orang yang sedikit itu." Lepas dia bagi saya satu link , saya baca then barulah saya faham. Kemudian , saya buat lagi research untuk mencari maklumat lanjut tentang hal ini. Alhamdulillah , ada banyak lagi dan kebanyakkan dari yang saya jumpa memang menyampaikan mesej yang sama.


Kalau kita tengok sekarang , ramai sudah manusia yang bertukar fikiran. Orang yang beragama dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Orang yang melakukan keburukkan pulak dianggap biasa.


Bila ada seseorang yang mula bercakap agama sikit mesti akan ada suara-suara yang berkata "haa , ustazah/ustaz dah mula dah .." Kalau tak pun mesti ada yang akan kata , "kalau nak ceramah agama , pergi masjidlah."


Bila ada seseorang yang nak buat baik , mesti akan dikata "nak tunjuk baiklah tu. Macam dia baik sangat.." Bila si kawan yang dulunya pakai tudung singkat-singkat , tapi dia dah berubah mesti akan ada yang bersuara "wah! dah jadi ustazah lah.." Kalau tak pun mesti kawan-kawan yang lain pandang semacam. Seolah-olah kawan dia yang pakai tudung labuh tu sedang melakukan perkara pelik. Pelik ke bertudung labuh?



Mereka dianggap ganjil kerana ketika manusia sudah selesa dengan kerosakan dan menerimanya sebagai satu cara hidup , kelompok yang ganjil ini mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Namun mereka menjadi asing dan ganjil kerana mereka adalah minoriti. Majoriti mahukan maksiat dan kerosakan. Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup.




Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dianggap asing dan pelik oleh masyarakat Jahiliah apatah lagi Rasulullah s.a.w menentang berhala-berhala mereka , menentang amalan syirik dan khurafat yang mereka lakukan , menentang perzinaan , adat dan budaya yang biasa mereka agungkan. Justeru , apabila Rasulullah s.a.w membawa sesuatu yang bertentangan dengan amalan nenek moyang mereka maka mereka mula bertindak balas dengan menghina , mencela Rasulullah dan menyeksa serta membunuh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Inilah gambaran tentang asingnya Islam itu pada peringkat awal dakwah Rasulullah s.a.w.


Firman Allah s.w.t dalam surah Hud ayat 120:

“Setiap berita daripada Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya; telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang yang beriman.”

Apa yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w mengenai keasingan Islam telah mula kelihatan dalam masyarakat kita. Nilai-nilai Islam yang masih ada dalam diri kita telah terhakis sedikit demi sedikit , dosa-dosa besar dianggap biasa , kefasadan dan kemaksiatan dibiarkan berlaku secara terang-terangan , orang-orang jahil bercakap mengenai Islam dan kurangnya perlaksanaan al-amru bi al-ma’ruf wan nahy ‘anil-munkar.


Asingnya Islam juga ialah apabila umat Islam mengabaikan kewajipan ibadat mereka kepada Allah s.w.t , mengabaikan perkara fardu , jahil mengenai hukum halal dan haram , mendekati perkara syubhat, riba’ dianggap halal. Yakin bahawa tanpa riba’ ekonomi tidak mampu berkembang. Arak dan judi jika diharamkan akan memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara.


Mempertahankan Islam di akhir zaman ini umpama menggenggam bara api. Kalau tidak bersungguh-sungguh nescaya agama akan terlepas dari genggamannya kerana suasana sekelilingnya yang tidak membantu pada kebaikan.


Sudahkah kita melihat sekeliling kita macamana keadaannya?


Sumber : Islam Pada Akhir Zaman

Wednesday, May 30, 2012

Kehidupan Pelajar UiTM


Seumur hidup saya , kali pertama saya jejakkan kaki ke UiTM Kota Kinabalu tu masa saya hantar adik perempuan saya yang nombor dua pergi mendaftar. Awal bulan tahun lepas. Masa tu saya baru je berhenti dari Politeknik Kota Kinabalu.


Masa masuk kawasan UiTM tu , saya tak rasa apa-apa pun. Saya siap usik adik saya lagi saja nak bagi dia rasa takut. Hehe. Sampai dia masuk asrama pun , saya temankan. Adik saya lambat daftar , so dia dapat bilik tingkat atas. Tingkat tiga kalau saya tak salah.


Berpeluh habis saya naik teman pergi bilik hantar barang-barang dia. Betapa tingginya bilik dia , betapa semputnya saya nak angkat barang sampai tingkat atas tu. Allah je yang tau macamana perasaan dan keadaan saya macam tu. Sampailah saya kata dekat ibu saya.


"Ini lah kali pertama dan terakhir Along pergi sini bu. Tinggi sangat. Tak cukup nafas nak sampai tingkat atas. Apatah lagi nak pergi kelas tiap hari. Memang menangislah."


Saya ada terbaca peraturan mereka sepanjang minggu orientasi tu. SUPERB ketat! Itu tak boleh , ini tak boleh. Saya rasa tercekik masa baca peraturan tu sampailah saya kata dekat adik saya.


"Nasib baik saya tak belajar sini. Peraturan dah lah ketat sangat. Asrama dengan bangunan belajar kemain lagi jauhnya. Kena naik bas. Kalau tertinggal bas , jalan kaki. Mau semput di buatnya."


Dan sekarang , saya tak sangka saya adalah pelajar UiTM tu. Rasa nak gelak pun ada. Yakin sangat tak merasa hidup dekat UiTM. Last-last , ambik kau!


Saya masih ingat lagi masa hari pertama saya mendaftar sebagai pelajar baru. Kereta ayah saya baru je lalu bilik pengawal. Jantung saya ni rasa macam nak tercabut je. Memang nervous gile lah masa tu. Apatah lagi masa ayah round kawasan UiTM tu untuk cari parking. Satu persatu bangunan saya tengok. Tambahlah saya nervous. Nak menangis pun ada.


Masa kena berpisah dengan ibu dan ayah tu , masa tu lah saya dah rasa sebak. Macam tak nak bagi dorang balik je. Walaupun masa tu umur saya 20 , saya masih menangis lagi bila nak berjauhan dari ibu dan ayah. Sebab saya jarang sebenarnya tinggal berjauhan dengan keluarga.


Itulah antara kenangan yang masih segar dalam ingatan saya sebelum bergelar seorang pelajar UiTM. Saya harap sangat yang saya akan dapat lepasi semua cabaran dan ujian sepanjang saya berada di sana nanti. InsyaAllah ..

Tuesday, May 29, 2012

Kelebihan Pra Diploma UiTM


Kelebihan Pra Diploma UiTM ialah keywords yang kedua hits di blog saya untuk hari ni selain keywords Cerita Sedih. Perkataan UiTM itu haruslah sebab saya sendiri pelajar UiTM yang kadangkala menceritakan serba sedikit tentang kehidupan saya bergelar seorang pelajar.


Memandangkan tak lama lagi sesi pendaftaran pelajar UiTM akan bermula , mungkin ada yang nak cari maklumat selanjutnya sebelum berdaftar kan? Saya faham.


Saya juga bekas pelajar Pra Diploma Perdagangan. Kampusnya terletak di Tawau , Sabah. Pernah ada yang tanya saya. Kenapa ambil Pra Diploma? Kenapa tak ambil diploma terus?


Sebenarnya saya tak sangka pun yang saya akan ditawarkan untuk sambung pengajian di UiTM sebab masa memohon tu saya cuma mencuba. Tidaklah saya meletakkan harapan yang tinggi. Dan masa tu juga , syarat kredit untuk diploma sangat tinggi. Saya tidak melepasi syarat itu.


Jadi , adik saya rekomenkan saya untuk mohon program Pra Diploma. Dan tanpa diduga , saya berjaya mendapat tawaran dari UiTM lepas keluar keputusannya.


Ramai kawan-kawan saya salah anggap dengan program yang ambil ni. Mereka ingatkan pra diploma ni diploma. Tapi sebenarnya pra diploma ni macam tiket untuk naik ke peringkat seterusnya iaitu Diploma. Atau mungkin boleh saya katakan ia sijil lah. Maaf kalau silap. Kalau lulus peperiksaan akhir pra diploma , bolehlah naik satu satu lagi level - Diploma.


Tempoh pengajian untuk pra diploma perdagangan ni ialah satu semester bersamaan 6 bulan. Tapi masa saya , tak sampai 6 bulan pun. Pejam celik , dah habis.


Pra diploma susah ke tak? Bagi saya , itu terpulang pada individu itu sendiri. Kalau ada usahanya , ada rezekinya , insyaAllah. Dia akan berjaya. Alhamdulillah , saya telah pun lulus walaupun pada mulanya saya sendiri tak yakin saya boleh lulus dengan cemerlang.


Kalau ada yang lulus , mestilah juga ada yang gagal. Memang ada antara kawan-kawan saya yang tidak berjaya dalam peperiksaan akhir tu. Saya susah nak percaya sebab ada antara mereka yang sama-sama belajar dengan saya. Ada yang berusaha habis-habisan tapi tersungkur juga. Mungkin bukan rezekinya.


Belajar di mana-mana pun , ada susahnya ada senangnya. Kadang tu terlalu susah sampai kita pun tak sanggup nak galasnya. Saya pernah alami situasi itu. Tapi semuanya sudah berlalu. Biasalah , bukan hidup namanya kalau tiada cabaran.


Berbalik kepada tajuk entri. Ini sedikit ringkasan dari saya. Kelebihan Pra Diploma UiTM. Ianya adalah tiket untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma. Tempoh pengajian antara satu semester hingga dua semester. Bergantung pada keadaan.


Nasihat saya , jangan rasa rendah diri bila dapat Pra Diploma tu sedangkan kawan-kawan pula terus dapat Diploma. Mungkin kita tak bernasib baik macam mereka yang terus dapat Diploma tu. Tapi kalau ada usaha , kita boleh jadi lebih baik dari mereka.


Saya sudah pun berjaya melepasi halangan pertama (Pra Diploma) dan pada 03 Jun 2012 ini , saya akan naik ke peringkat seterusnya pula (Diploma). InsyaAllah .. Saya harap semuanya baik-baik saja nanti. Perjuangan baru bakal bermula .. Dan kepada anda , semoga berjaya!

Monday, May 28, 2012

Jadilah Baik Untuk Dapatkan Yang Terbaik


Wanita ..
Ketahuilah , akan tiba suatu masa lelaki itu pasti mahukan yang terbaik untuk menjadi isterinya.
Bersabar dalam meniti hari-hari bersama.
Mengharapkan seorang isteri yang ada disampingnya tak kira apa jua keadaannya.
Mengharapkan seorang isteri yang setia padanya dan taat pada perintah Allah.
Seorang isteri yang sedia menerima segala kekurangannya.
Seorang isteri yang menghormati orang tuanya.
Bukan cuma seorang isteri.
Tapi juga seorang ibu buat anak-anaknya.
Melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.
Agar kelak akan mendoakan syurga buat ibu dan ayah mereka.
Seorang lelaki yang mengharapkan syurga dalam rumahtangganya.


Lelaki ...
Ketahuilah , akan tiba jua suatu masa wanita itu pasti mahukan yang terbaik untuk menjadi suaminya.
Sabar walau dalam apa jua keadaan.
Tegasnya bukan kerana panas baran.
Tapi tegas dalam membimbing dia untuk menjadi isteri yang solehah.
Setia dan jujur dengan dia.
Menghormati orang tuanya.
Menerima dia apa adanya.
Bukan cuma seorang suami.
Tapi juga seorang ayah buat anak-anaknya.
Untuk membimbing anak-anaknya menjadi seorang yang soleh dan solehah.
Tahu menghormati ibu dan ayah mereka.
Seorang isteri yang mengharapkan syurga dari suaminya.


Mereka itulah suami isteri yang saling memahami.
Mengambil peranan sebagai suami isteri.
Saling menegur jika salah satunya membuat kesilapan.
Saling menerima teguran jika salah satunya memberi teguran.
Bersama-sama berusaha membaiki diri sendiri.
Bersama-sama mendidik anak agar menjadi putera yang soleh dan puteri yang solehah.
Bersama-sama mengharapkan syurga dari Allah.


Untuk mendapatkan yang terbaik , berusahalah menjadi baik. InsyaAllah , akan ada yang terbaik Allah sediakan untukmu kelak.


Jagalah dirimu. Dunia ini penuh tipu daya. Nampak indah , namun hakikatnya tersembunyi sesuatu yang akan menjerumuskan dirimu ke lembah dosa.


Bersyukurlah jika kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas hari ini. Siapa tahu , hari ini adalah hari terakhir kita bernafas. Rebutlah peluang yang masih ada ini untuk mengejar cinta Allah.

Saturday, May 26, 2012

Hikmah Memaafkan Orang

Ya Allah. Siapalah kita ni yang cuma manusia biasa. Hati kadang tak tetap. Iman turun naik. Saya lah orang itu. Orang yang pernah membencikan orang lain hanya kerana kepentingan diri saya sendiri. Hanya untuk perasaan saya sendiri. Saya peram rasa benci dekat orang cuma sebab SAKIT HATI.


Sungguh saya katakan. Membenci takkan membuatkan hati kita tenang. Kita sebenarnya membuat perkara yang sia-sia.


Masa terus berlalu. Sehinggalah Allah membukakan pintu hati saya. Segala kebaikan , segala bahan ilmu agama , masuk secara perlahan menghembus hati saya yang suatu ketika dulu keras untuk menerima semua tu.


Sikit demi sedikit saya mengubah diri saya. Sehinggalah suatu hari saya terfikir. Sudah tiba masa saya perlu bersihkan hati saya. Buang segala beban dan "kotoran" yang menjadi punca hati saya menjadi berat selama ni.


Saya belajar memaafkan orang.


Saya ni seorang yang pendiam. Kalau saya marah atau sakit hati dengan seseorang , saya takkan bagitau orang tu. Saya akan simpan dalam-dalam. Sampailah suatu ketika saya mula rasa benci dengan orang tu. Saya yakin syaitan waktu itu tentu seronok bertepuk tangan bila hati saya mulai menanam rasa benci pada orang lain. Bukan siapa-siapa pun. Saudara islam saya jugak.


Pernah jugak kami bertentang muka , bercakap secara berdepan. Tapi bila sudah berdepan. Lidah saya jadi kelu untuk berterus terang. Tiada upaya saya untuk menyatakan yang saya marahkan dia. Untuk meleraikan hal tu , saya cuma kata dengan dia.


"Saya sudah maafkan kamu."


Penipu! Saya menipu. Di mulut saya kata maaf. Tapi dalam hati? Saya masih marah dan benci.


Sungguh .. Sekarang ni bila saya kenangkan balik masa tu , terasa sedih hati saya. Saya terlalu ikutkan perasaan. Nafsu marah saya menangkan. Padahal saya tak dapat apa pun.


Tapi entah kenapa. Tiba-tiba , satu hari tu hati saya menjadi begitu lembut untuk memaafkan orang yang pernah menyakiti hati saya. Kali ni , bukan sekadar maaf di mulut. Tapi juga maaf di dalam hati.


Mungkin sebab itu sekarang hati saya menjadi tenang. Mudah menerima segala teguran. Mudah menerima sebarang jenis ilmu. Tak macam dulu. Tau nak berhibur aje.. Nak baca sesuatu yang berfaedah , langsung tak diterima dek akal dan hati saya.


Mungkin ini hikmah memaafkan orang.


Mesti ada yang akan kata "cakap senanglah. Nak buat tu ingat senang ke?"


Tiada jalan yang senang untuk mengecapi bahagia. Sebab itu pentingnya sabar. Bersabarlah. Tenangkan hati. Buang segala yang kotor dalam hati tu. Selagi ada rasa benci , selagi tu hati takkan tenang.


Maafkan dengan seikhlas hatimu. Kalau tak boleh jugak , minta pertolongan dari Allah. Dekatkan diri dengan Allah. Percayalah , kalau kita dekat diri dengan Allah. Allah akan lembutkan hati kita insyaAllah.


Tersenyumlah bila ada yang menyakitimu ...


Friday, May 25, 2012

9 Tips Kecantikkan Untuk Muslimah



Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu.”
(Riwayat Muslim)

Baca dan fahami nasihat ini supaya kita akan kekal menawan dan cantik sepanjang hidup.


1-Untuk mencantikkan mata, tundukkan pandangan anda terhadap lelaki, ini akan menyebabkan mata anda bercahaya dan bersinar.


2-Untuk mendapatkan wajah yang menawan dan bersinar-sinar, sentiasa mengambil wuduk sekurang-kurangnya 5 kali sehari


3-Untuk mendapatkan bibir yang merah dan menawan,basahkanlah dengan zikrullah dan sentiasa bercakap yang benar.


4-Untuk memerahkan pipi, kesederhanaan adalah perkara yang paling penting yang boleh ditemui dalam ajaran Islam.


5-Untuk membuang kotoran di wajah dan tubuh anda, gunakanlah ‘sabun’ yang dipanggil Istighfar (memohon keampunan daripada Allah), ‘sabun’ ini akan membuang kotoran dan dosa yang anda lakukan.


6-Untuk rambut pula, kalau ada diantara kamu yang mengalami masalah rambut bercabang di hujung, pakailah Hijab yang akan melindungi rambut daripada rosak.


7-Untuk barang kemas atau perhiasan, cantikkan tangan anda dengan kerendahan hati dan didik tangan anda untuk mudah memberi dan berbuat kebajikan.


8-Untuk mengelakkan masalah hati, maafkan kesalahan orang yang pernah menyakiti hati anda.


9-Rantai anda akan menjadi tanda untuk menolong saudara-saudara Islammu.


Jika anda mengikuti saranan daripada yang Maha Pencipta ini, anda akan mempunyai kecantikan dalaman dan luaran. InsyaAllah ..


See , mudahkan? Tak payah buang-buang duit sampai beribu semata-mata nak beli krim , mekap semua tu. Nampak mudah. Tapi tak ramai yang mampu buat semuanya termasuk saya. =="

Ayat Cinta Buat Suami Isteri


Terlintas pulak dekat hati nak intai balik blog lama. Bukan mengenangkan kisah dulu. Cuma tergelak. Alangkah saya waktu dulu. Entri nak loving-loving je , luah-luah curhat segala.


But saya tertarik dengan salah satu entri ni. Dulu-dulu saya publish entri , taip entri bukan saya menghayati pun kata-kata yang saya taip. Yang saya tau , taip lepas tu publish. Tapi bila baca balik ayat-ayat tu , saya tersenyum.




Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.


Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya.


Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.


Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,


Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.


Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.


Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya.


Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan.
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu.


Dia menangis bukan kerana dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,


Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.




Lepas saya baca dari awal sampai akhir. Baru saya sedar. Entri ni lebih sesuai untuk orang yang sudah bernikah. Baca ayat pun dah tau. Mereka yang dah HALAL je boleh pegang tangan ye. Yang belum halal , jangan nak memandai.


Thursday, May 24, 2012

Blog, Entri, Follower, SEO, Trafik | Tips Blogging


Walaupun pengalaman dan ilmu saya dalam dunia blog ni taklah banyak mana , tapi saya suka sangat kalau dapat berkongsi walaupun sikit.


Dulu masa saya mula-mula berblog , saya ingat cuma nak suka-suka aje. Buat diari online kenkonon kan. Curhat bagai. Lepas geram , lepas marah , bagitau satu dunia saya happy , bahagia.


Tapi lama-lama entah kenapa terdetik lak dalam hati nak serius berblog sampailah saya sanggup melabur duit untuk membeli domain. Dulu http://inikisahtia.blogspot.com/. Sekarang dah beli domain. Jadi http://www.inikisahtia.com/ lah.


Lepas beli domain , mulalah terasa nak ada ramai follower. Join segmen itu , segmen ini. Buat segmen itu , buat segmen ini. Syukur alhamdulillah lepas setahun lebih ni , dapatlah saya follower sebanyak sekarang.


Trafik dulu pun ciput aje. Tapi lepas hari ke hari , minggu ke minggu , bulan ke bulan , sampailah bertahun ni. Baru nampak kemajuan trafik meningkat. Tak banyak , tapi cukup menggembirakan.


Pesan saya cuma 1. Kalau nak nampak hasil , usaha.


Nak follower ramai? Blogwalking , join segmen. Follower takkan merangkak kalau kita tak cari. Promosikan blog kita dengan blogger lain.


Kalau saya ingat balik pengalaman saya masa berblog sebelum ni , rasa nak menangis gembira pun ada. Akhirnya usaha saya membuahkan hasil. Bukan senang nak berjaya. Kalau betul nak jadi blogger yang berjaya , USAHA.


Tips ringkas yang saya boleh bagi :
  • Cari follower ramai-ramai
  • Dah dapat follower ramai , mantapkan entri
  • Entri dah mantap , blogwalking dan bersahabat dengan blogger lain
  • Main SEO kalau boleh
  • Maintain kan trafik
  • Sentiasalah update blog kalau ada masa lapang. Sehari sekali takpe

Tu aje lah takat ni perkongsian saya. InsyaAllah lain entri saya cuba berkongsi yang lain pulak ye. Happy blogging. Jangan tension bila berblog ye ..

Wednesday, May 23, 2012

Tersentuh Dengan Lagu Nasyid

Saya dah lebih minat lagu nasyid sekarang.
Lagu dulu-dulu yang saya pernah dengar dan suka dengar , saya dengar semula.
Bezanya kali ni saya menghayati tiap baris lirik lagu tu.
Hasilnya?
Tersentuh hati kecil saya.


Saya ada baca komen dekat youtube.
Bila dengar dan fahami lirik , insyaAllah mesti kita akan bermuhasabah diri.
Dan saya tak pernah merasa bosan dengar lagu-lagu nasyid ni.


Dulu saya minat UNIC.
Tapi sekarang saya tak memilih.
Kalau bagus isi makna lagunya , sukalah saya.


Saya tak tau kenapa.
Kalau dengar lagu nasyid ni , rasa terhibur dalam masa yang sama hati saya tenang.
Janganlah sampai melalaikan.
Dah salah tu.


Tak dinafikan lagu nasyid ni ada juga yang pasal cinta-cinta.
Tapi lagu-lagu cintanya bukanlah macam lagu-lagu cinta biasa yang lain.
Lagu cintanya lebih indah.
Liriknya baik-baik belaka.


Saya bukanlah nak membanding-bandingkan.
Tapi anda boleh dengar sendiri lagu-lagu cinta biasa dengan lagu-lagu cinta nasyid.

2nd Anniversary Giveaway Ieyza Afieyna

Dah lama tak menjoinkan diri ikut apa-apa segmen , contest or giveaway ni.
Tapi , bagi menghormati jemputan dari adik Zura.
Saya joinlah jugak.
Kot-kot tuah saya menyangkut dekat situ kan?
Hehe.



1. Letak Banner - DONE
2. Follow Blog - DONE
3. Like Page - DONE
4. Tag Blogger - DONE


So , saya nak tag :

Tarikh tutup giveaway ni 06 Jun 2012 pada jam 11:59 PM.
Untuk maklumat lanjut , boleh klik banner warna pink di atas tu ye.
So , beramai-ramailah join ye.
Kut-kut rezeki lekat dekat situ.
AMIN.
Hehe.

Tuesday, May 22, 2012

Berbahagialah Pengantin Ini

Tadi saya ada search di google.
Saya nak cari pakaian pengantin muslimah.
Tapi bila cari-cari rasa sedih pulak.
Ciri-ciri pakaian yang saya nak tak ada.


Cantik memang cantik.
Tapi tak menepati apa yang saya inginkan.
Kebanyakkannya terlalu menonjol.


Eh , eh.
Jangan risau.
Tak jumpa dekat google tak bermakna takde.
Alhamdulillah ada.
Untuk dijadikan perkongsian kepada muslimah lain di luar sana.
Yang nak kahwin.
Atau merancang nak kahwin.


Ada dua contoh baju pengantin yang saya suka sangat-sangat.
Yang pertama ni.


Saya ambil dari video lagu Saat Lafaz Sakinah dalam entri Pesanan Seorang Wali Kepada Si Bakal Suami.
Tengoklah videonya dalam entri tu.
Sweet sangat-sangat.


Boleh nampak tak yang mana satu pengantinnya?


Siapa teka baju putih?


Ya! Dialah puteri hati suaminya yang berbaju putih tu.


Nampak tak senyuman bahagia mereka?


Chak! Dah tukar baju. But still look beautiful and handsome kan?


Inilah mereka dan keluarga tercinta :)


Cukup sampai ni dulu.
Eh , nanti.
Ini baru satu.
Ada lagi satu.
Tunggu nanti saya update ye.


Nikah ni bukan pada pakaian.
Tapi pada maksud nikah tu.
Fahaminya.


Saya asyik buat entri pasal kahwin.
Macam saya je yang beria-ia nak kahwin kan?
Hehe.
Sekadar perkongsian.
Sambil mengingati.
Apa salahnya.

Kisah : Doa Seorang Ibu


Saya ada sedikit perkongsian kali ni.
Tapi saya minta maaf sangat-sangat sebab takde sumber.
Saya tak ingat dekat blog sape saya baca.


Jalan cerita pun saya tak berapa ingat.
Tapi mesej-mesej pentingnya saya ingat.
Ada dua perkara :

  • Doa seorang ibu
  • Manusia yang boleh berubah bila-bila masa

Kisahnya macam ni.
Ada dua orang adik beradik ni.
Sorang kaki clubbing , tak solat , suka melakukan perkara tak baik.
Sorang lagi baik , solat tak pernah tinggal , suka melakukan perkara yang baik.


Lama kelamaan.
Anak yang tak berapa nak baik tu , terdetik hati dia nak berubah jadi macam abang dia.
So , dia pun berubah jadi anak yang baik.
Rajin solat , dah tak buat perkara yang sia-sia.
Dia terfikir.
Bila-bila masa je dia boleh mati.
Dia takut tak sempat taubat.
Jadi , dia pun berubah.


Anak yang sorang lagi tu.
Anak yang baik mulanya.
Suatu hari.
Terdetik dalam hati dia nak buat perkara yang adik dia pernah buat.
Pergi clubbing , solat tinggal , buat perkara yang sia-sia.
Dia terfikir.
Selama dia hidup dia tak pernah pun rasa semua tu.
Lagipun , bila dia dah puas nanti.
Dia bertaubat baliklah.
Itu yang dia fikir.


Allah itu Maha Kuasa.
Suatu hari , berlaku satu runtuhan bangunan. (Kalau tak silap. Maaf)
Dua-dua orang anak tadi meninggal dunia.
Syukur alhamdulillah.
Anak yang tak berapa baik mula-mula tadi sempat berubah jadi baik.
Tapi anak yang dah berubah jadi tak baik tadi.
Tak sempat nak berubah.
Nauzubillah min zalik.


Sebenarnya.
Ibu kedua orang adik beradik tadi ada berdoa semoga anak dia yang tak baik tu akan berubah jadi macam abang dia.
Rajin solat , mendekati Allah , tinggalkan larangan Allah.
Tapi si ibu lupa nak mendoakan anak yang baik itu.
Si ibu menyangka anak yang baik itu tak perlu didoa lagi sebab dia sudah baik.
Itulah kisahnya.


Dapat tak mesej yang cuba saya sampaikan?
Iman manusia ni ada turun naiknya.
Lemah imannya , jatuhlah dia.


Jangan kita sangka orang yang jahat tu selamanya akan jadi jahat.
Bila-bila masa Allah akan buka pintu hatinya untuk berubah.
Dan kita takkan pernah terfikir pun yang dia akan boleh jadi orang yang lebih baik dari orang yang sedia baik.


Dan jangan pulak kita sangka orang yang baik itu selamanya akan baik.
Ujian itu rahsia Allah.
Kita tak tau.
Bila-bila masa dia akan berubah jadi jahat.
Dan kita takkan terfikir pun yang dia akan boleh jadi orang yang lebih jahat dari orang yang sedia jahat.


Ketahuilah.
Allah itu Maha Mengetahui.


Saya juga manusia biasa.
Hati yang kadangkala boleh bersimpang jadinya.
Iman yang kadangkala ada turun naiknya.
Saya masih perlukan bimbingan seseorang untuk terus istiqomah di jalan Allah.


Semoga Allah tetapkan hati kita.
Mati kita dalam islam.
Bukan pada nama saja.
Tapi pada maksudnya.

Aku Bukan Lagi Wanita Itu


Merenung jauh ke dalam diri.
Bersoal jawab berteka teki dengan hati.
Lantas mengalir airmata di pipi.
Masih layakkah aku merasa bahagia kasih abadi?


Jauh ku lontarkan ingatan balik ke masa lalu.
Itu bukan aku.
Andai saja aku mampu.
Ingin saja aku ke masa itu menyelamatkan "aku".


Tersedar aku dari lamunan.
Seolah-olah takdir yang ku salahkan.


Cuma.
Aku bukan lagi wanita itu.
Yang menjauhkan aku dari penciptaku.
Dan aku bukan lagi wanita itu.
Yang boleh memilih calon untuk hidupku.


Ya Allah ...
Andai ini yang kau tulis untukku.
Andai aku jadi pilihan-Mu.
Andai ini jalan liku menuju bahagia-Mu
Aku redha.


Ku pegang kata-kata ini.
Yang sementara itu , duniawi.
Akhiratlah kekal abadi.

Monday, May 21, 2012

Saat Nikahnya


"Aku terima nikahnya Puteri Nurjannah Binti Abdul Hamid ..."


"Sah .. Sah .."


Walaupun cuma ayat itu yang jelas kedengaran , ternyata ayat itu mampu menitiskan airmatanya. Nurjannah memejam kejap matanya. Sekelip mata status bujangnya bertukar menjadi isteri seseorang.


"Puteri , Asyraf dah di depan. Masa untuk batal air sembahyang."


Perlahan-lahan Nurjannah cuba mengangkat mukanya. Dapat dirasakan tapak tangan dan tapak kakinya sejuk. Seakan masih tidak percaya dia sudah menjadi milik Asyraf. Suaminya yang halal.


Bila dia mengangkat wajahnya , wah! Tiba-tiba berdebar-debar dada. Sesusuk tubuh tegap kini ada di hadapannya. Terasa lain benar wajah yang ditatapinya kini. Tidak seperti sewaktu dia melihat Asyraf ketika bertandang ke rumahnya sebelum ini. Nampak tenang. Senyuman manis menghiasi bibir.


"Cantiknya dia. Baru kali ni aku melihat gadis secantik ini. Tapi , matanya basah! Menangiskah dia? Sayang , mulai kini kau milikku. Aku milikmu. Aku sudah berjanji dengan ayahmu untuk menyambung menjaga amanahnya yang satu ini. Aku akan mencintaimu sepenuh jiwaku. Demi Allah , aku bahagia menerimamu menjadi permaisuri hati dan hidupku."


Ingin sahaja Asyraf menyapu kering mata Nurjannah yang baru sekejap tadi basah dek airmata. Dia sudah berjanji mahu menerima Nurjannah apa adanya. Cintanya pada Allah kini semakin kuat bila dia dihadiahkan seorang gadis yang pernah menjadi idamannya suatu masa dulu.


"Puteri .. Jari tangan kanan."


Nurjannah menghulurkan jarinya. Sebentuk cincin berlian bermata satu disarung ke jari manisnya. Cantik!


Saatnya sudah tiba. Inilah pertama kali Asyraf menyentuh gadis di depan matanya. Dia juga mulai terasa berdebar. Dengan perlahan dia mengucup dahi Nurjannah. Puteri hatinya kini.


Nurjannah memejamkan matanya disaat Asyraf mengucup dahinya. Terasa hangat kucupan itu. Agak janggal. Tapi manis terasa. Alangkah indahnya perasaannya waktu itu. Sebak hatinya.


"Puteri .. Salam suami .."


Disambut tangan yang dihulur padanya. Perkataan "suami" yang baru saja didengarnya sebentar tadi mengusik hatinya. Baginya , inilah detik paling manis yang akan diingatnya sampai mati. Terlalu manis.



Sunday, May 20, 2012

Kita Manusia Mudah Tergelincir



Subuh tu saya tak tidur.
Lagipun dah nak dekat waktu solat subuh pun.
Lepas tu saya berfikir.
Solat itu tiang agama.


Masa saya ambil keputusan untuk berubah , saya tau.
Salah satu yang saya kena ubah ialah solat saya.
Sebelum ni , saya buat tak tau je dengan solat saya.


Saya kena didik diri saya untuk solat 5 waktu.
Solat adalah perkara yang mudah untuk dilakukan.
Tapi solat jugak adalah perkara yang mudah untuk ditinggalkan.


Kalau seminggu tu kita boleh solat 5 waktu tanpa tertinggal.
Boleh jadi selepas seminggu tu kita akan tinggalkannya.


Salah satu faktornya ialah MALAS.
Terutama bila dah fokus buat sesuatu perkara.
Bila masuk je waktu solat , kalau tak dilambat-lambatkan.
Ditinggal terus.


Subuh tu , saya SMS kawan saya.
"Assalamualaikum. Anie , macamana nak solat 5 waktu tanpa tertinggal ni?"
Sebab waktu tu saya memang nak sangat solat 5 waktu!
Tapi saya tau , bila-bila masa saya akan tergelincir lagi.
So , saya nak tau apa yang boleh membuatkan saya untuk tak tinggal solat.


Then kawan saya bagitau.
Solat tu tiang agama.
Kalau kita tinggalkan 1 waktu pun , kita dah berdosa besar.
Nak tak nak kita kena buat jugak.
Lepas saya baca tu , saya tau ianya tak terkesan langsung dalam hati saya.


Start hari tu , saya rajinkan diri untuk cari cara supaya boleh bagi semangat dekat diri saya sendiri untuk tak tinggal solat.
Kalau bukan diri saya , siapa lagi nak tolong diri saya ni?


Saya rajinkan diri baca bahan agama pasal solat.
Hari-hari.
Saya tengok video pasal solat.
Saya dekat diri dengan solat.
Dan alhamdulillah , untuk masa ni hati saya lembut menerimanya.


Saya kena tegaskan diri saya.
Jangan tinggal solat.
Sekarang , Allah dah lembutkan hati saya untuk berubah.
Kalau suatu hari Allah tarik balik perasaan ni , alangkah ruginya saya.



1."Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? ". Anak-anak muridnya menjawab : " Ibu Bapa, Guru, Kawan dan Sahabat ". Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan itu adalah benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah ''Mati ". Sebab itu Allah S.W.T menjanjikan bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Al-Imran 185)


2. Imam Al-Ghazali bertanya lagi kepada anak-anak muridnya soalan kedua : "Apakah yang paling jauh dengan kita ? ". Lalu anak-anak muridnya menjawab : " Negara China, Bulan, Matahari dan Bintang-bintang " . Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang mereka berikan tersebut adalah benar. Tetapi yang paling jauh dengan kita adalah " Masa Lalu ". Walau dengan apa cara sekalipun kita lakukan, kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini dan hari-hari mendatang dengan perbuatan yang bermanafaat dan sesuai dengan ajaran agama Islam.


3. Imam Al-Ghazali meneruskan teka-tekinya dengan menanyakan soalan yang ketiga : " Apakah yang paling besar di dunia ini ?". Anak-anak muridnya menjawab : " Gunung, Bumi dan Matahari ". Semua jawapan itu adalah benar kata Imam Al-Ghazali, akan tetapi yang paling besar di dunia adalah " Nafsu " (Al-'Araf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita. Jangankan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


4. Pertanyaan keempat adalah : "Apakah yang paling berat di dunia ini ?". Ada anak-anak murid Imam Al-Ghazali menjawab : " Besi dan Gajah ". Betul jawapan tersebut kata Imam Al-Ghazali. Akan tetapi yang paling berat adalah " Memegang Amanah " (Al-Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, Binatang, Gunung-ganang, Bukit-bukau dan Malaikat, semuanya tidak mampu dan menolak ketika mana Allah S.W.T meminta mereka untuk menjadi khalifah (Pemimpin) di dunia ini. Akan tetapi, manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehinggakan kebanyakan manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memikul amanahnya.


5. Imam Al-Ghazali menanyakan soalan yang kelima : " Apakah yang paling ringan di dunia ini ?". Lalu ada yang menjawab :" Angin, Kapas, Debu dan daun-Daunan". Semua itu benar kata Imam Al-Ghazali. Tetapi yang peling ringan di dunia adalah " Meninggalkan Solat ". Gara-gara kerja seharian kita meninggalkan solat dan juga gara-gara berorganisasi, kita meninggalkan solat.


6. Dan soalan terakhir yang dikemukan oleh Imam Al-Ghazali: " Apakah yang paling tajam di dunia ini ?". Anak-anak muridnya serentak menjawab : " Pedang ". Benar kata Imam Al-Ghazali. Tetapi yang paling tajam adalah " Lidah Manusia ". Disebabkan lidahlah manusia selalunya menyakiti dan melukai perasaan saudaranya sendiri.



Kisah Pemuda yang Cintakan Syurga


Saya tau.
Jadi seorang blogger , aktiviti copy paste amatlah kurang digalakkan.
Tapi saya rasa , apa yang saya copy paste tu.
Bukan semua orang tahu.
Dan saya yakin , apa yang saya copy paste tu boleh bagi manfaat dekat orang lain.

‎"Manusia akan MATI bila-bila masa , tetapi tulisan boleh KEKAL selama-lamanya. Maka TULISLAH perkataan yang menyebabkan kita GEMBIRA di AKHIRAT kelak"


Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.


Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman , seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu , Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.


Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu , Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.


"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah , aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."


Rintihan Tha'labah


Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.


Pada masa yang sama , Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.


Umar berkata "Tha'labah , Rasulullah mahu berjumpa kamu."


"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.


Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah , Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah , Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.


Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya , "kenapa wahai Tha'labah?"


"Wahai Rasulullah , kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.


"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"


"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"


Cita-citanya hanya Syurga


"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"


"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."


Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."


Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.


Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan , Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan , dan seperti tersekat-sekat.


Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"


Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."


Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!


Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar , dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?


Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita..


Sumber cerita : Facebook

Saturday, May 19, 2012

Ucapkan 7 Kalimah Ini


Cinta bukan sekadar cinta sesama manusia.
Tapi cinta pada Allah cinta hakiki.


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.."


1. Bismillahhirrahmannirrahim : Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah : Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirrullah : Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. InsyaAllah : Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquataillahbillah : Apabila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah : Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Dah Kata JANGAN, Janganlah


Terima kasih kak Hidayah sebab berkongsi banyak.
Saya caring dengan anda pembaca saya.
Jadi , saya akan share jugak apa yang saya dah baca.
Perkara ni nampak remeh.
Tapi yang remeh ni lah kadangkala memberi kesan yang lebih besar.
Semoga dengan perkongsian ni , ramailah yang mula mengambil langkah.
Termasuk diri saya sendiri.
InsyaAllah ..


- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat. 

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan

- JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna.

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. 

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula. 

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita. 

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita. 

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. 

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.


ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan Lupa Share kepada rakan-rakan anda..

Inilah Hikmah Bertudung

Sumber : Facebook KLIK SINI


Tersentuh hati saya bila baca kenyataan Irma Hasmie.
Inilah hikmah memilih cara hidup islam yang sebenar.
Islam bersifat penyelamat terutama pada wanita.
Dan wanita yang bertudung ni , lagi nampak cantik dan manis bila dipandang.
Ayu je kalau ditengok.
Tu lah kelebihan bertudung.
Ada banyak lagi kelebihannya.
Kalau rajin mencari , tau lah.
Kalau nak tunggu datang bergolek depan mata , sampai ajal dah sampai pun tak dapat apa.


Irma Hasmie sudah mengakui sendiri hikmah bertudung.
Saya , awak , kamu dan kita bila lagi?




Kita tak tau bila ajal kita.
Kalau kita asyik kata nanti , nanti , nanti.
Sampai bila?
Sampai kita dikafankan?
Nauzubillah min zalik.


Ada sesetengah orang dari kita takkan melakukan sesuatu perkara tu sampai dia tau kenapa dia harus lakukannya.
"Kenapa aku mesti bertudung?"
"Apa yang aku dapat kalau bertudung?"
"Wajib ke aku bertudung?"


Siapa nak tolong kita kalau bukan diri sendiri?
Kita bukan bayi lagi yang tunggu untuk disuap je.
Kita kena cari.
Kalau nak lebih terkesan lagi , baca kisah-kisah teladan mereka yang sebelumnya tak pernah bertudung tapi tiba-tiba boleh bertudung.


Saya ada satu yang boleh dikongsikan.
Semoga menjadi iktibar.
InsyaAllah ...


*************************************************************


Sering kita dengar tohmahan kepada mereka yang bertudung , terutama kepada mereka yang bertudung labuh. Tohmahan ini , secara tak sedar memberi ruang kepada mereka yang tak mahu mengikut tuntutan agama ini semakin jauh untuk berubah. Moga-moga , dengan kisah ini boleh merubah minda kaum muslimah sekalian. waAllhua'lam.


Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya , Nur Annisa. Seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun , perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Moga kisah yang dipaparkan oleh seorang saudara dari Indonesia ini , dapat dijadikan iktibar khususnya buat kaum hawa.. (Jangan tengok pada tempat ianya berlaku tapi renungkan apa yang sudah berlaku)


Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas , ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.


Pernah pada suatu masa , adik berkata dengan suara yang agak keras , "cuba mama tengok , jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung. Tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Ani kat sekolah yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang. Pegang-pegang tangan. Ani ni , walaupun tak pakai tudung , tak pernah buat macam tu!"


Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya "Ya Allah , kenalkan Annisa dengan hukumMu".


Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri , (nama sebenarnya siapa , tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.


Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami , timbul desas desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah. Hingga ada yang menggelarnya si buta , bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang , betul ke orang yang baru pindah itu isterinya buta , bisu dan tuli?"


Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat , pergi rumah mereka. Tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri.


Sekembalinya dari rumah mereka , saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku. Namun , selang dua hari kemudian , dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu.


Saya sendiri jadi bingung. Bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib. Ya , saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah.


Saya lihat , dia banyak merenung , banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan) , dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri. Tak ketinggalan tahajudnya , baca Qur'annya , solat sunat nya. Dan yang lebih menakjubkan lagi , bila kawan-kawan saya datang , dia menundukkan pandangan. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.


Tidak lama kemudian , saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan. Kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana , saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun).


Dalam perjalanan , saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan. Hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah , didepan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar , tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah. Saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.


Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi , adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya." Air mata ini tak dapat ditahan lagi. Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya , saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya.


Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.


Butirannya seperti ini:

(saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)


Annisa : (aku hairan ,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik.

Isteri jiranku : Alhamdulillah.. Sesungguhnya kecantikkan itu datang dari lubuk hati.

Annisa : Tapi mak cik kan dah ada anak enam. Masih kelihatan cantik.

Isteri jiranku : Subhanallah. Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak , siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak cik.. Selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung. Tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok , banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : Annisa , sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti. Tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : Tapi yang saya tengok , banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain. Tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : Apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin , lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu , lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT , lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk , lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh , lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat , lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu , lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT. Bila kamu sudah biasa , maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung

Annisa : Mak cik , sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi , macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa.. Bila kamu memakai tudung , itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat. Bila kamu mensyukuri rahmat itu , kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Duhai nisa.. Ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan. Ketika ditiup sangkakala yang kedua pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas , yang tanahnya dari logam yang panas , tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita , ketika seluruh manusia ketakutan , ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya , sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini , ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya , dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak , dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan , ada yang berbentuk seperti haiwan , ada yang berbentuk seperti syaitan , semuanya menangis. Menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.

Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab. Duhai Annisa , bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini. Entah dengan apa nanti kita akan jawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa , Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.. Allah SWT.


Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah. Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu


"buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"


Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin Subhanallah ..


Sumber Cerita : Hikmah Bertudung

Friday, May 18, 2012

Wahai Blogger dan Penulis Blog


Sudah setahun lebih blog ini menapak di dunia blogging.
Selama setahun lebih jugaklah penulis sudah menerokai dunia blogging.
Walaupun sebenarnya masih ada banyak lagi yang belum diteroka , insyaAllah penerokaan masih akan diteruskan memandangkan blogger-blogger baru jugak sudah mulai tumbuh bak cendawan.


Jangan disangka dunia berblog ni mudah.
Memang mudah punyai blog dan bergelar blogger.
Tapi untuk mengekalkannya?
Menuntut banyak perkara.
Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara.


Menulis ialah hobi saya.
Tersemat di hujung hati ini untuk bergelar seorang penulis.
Teringin rasanya berkarya dan memiliki sebuah novel ciptaan sendiri.
Tapi ilmu masih belum cukup.
InsyaAllah , walaupun masih bertatih-tatih lagi dalam bidang penulisan.
Takkan luntur semangat menulis ini.


Balik kepada dunia blog.
Dunia penuh warna warni.
Dunia penuh cerita suka duka.
Dunia penuh informasi.
Semuanya terletak pada pembaca untuk memilih.
Yang berfaedah , yang santai , yang berinformasi , atau yang melalaikan?


Kepada penulis , kita harus ingat.
Bila kita menulis , kita takkan tau penulisan kita tu kadangkala memberi kesan pada pembacanya.
Jadi , haruslah kita berhati-hati bila menyampaikan sesuatu.
Bunyinya agak menakutkan kan?
Hehe.
Tepuk dada , tanya diri sendiri.

Logo HALAL Antarabangsa yang Diiktiraf JAKIM


Saya tau , ramai antara kita yang mementingkan status halal satu-satu produk kan? Blog saya ni bukanlah blog masakan , atau makanan. Tapi , rasanya maklumat seperti ni akan membantu orang lain terutama umat islam dalam memilih makanan kan?


Tadi saya ada blogwalking dan bila jumpa entri pasal halal dan logonya ni , patutlah bagi saya untuk panjangkan dan sebarkan lagi maklumat ini. Diharap , mungkin yang lain selepas ni akan membantu menyebarkannya dan membantu yang lain. InsyaAllah.


Sebolehnya , entri macam ni haruslah ada rujukan supaya mudah bagi orang lain mencari di mana sumber asalnya. Sekian ..


Sumber : Dapur Tanpa Sempadan
Sumber Asal : JAKIM

Cinta Bukan Melemahkan, tapi Menguatkan


Cinta yang saya maksudkan ialah cinta dalam diam.
Cinta yang tak diluahkan pada manusia.
Cinta yang diluahkan hanya pada Allah.
Cinta yang tak berasaskan nafsu.
Cinta yang tak mengharapkan balasan.


Siapa-siapa boleh jatuh cinta.
Jatuh cinta pada makhluk ciptaan-Nya.
Dan bila dia jatuh cinta , tidak langsung rasa bebannya cinta tu.
Bila cintanya tak berbalas , tak sekalipun dia merungut.
Malah cinta tu memberikan dia kekuatan.


Cinta bukan melemahkan , tapi menguatkan.
Biarpun ada rasa cinta tu , diserahkannya pada Allah.
Kerana dia yakin , Allah pasti menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk dirinya.


Walaupun satu hari nanti cinta yang diharapkan bukan untuk dirinya , dia tidak lemah.
Sudah dari awal dia bersedia untuk menerima apa yang tertulis buat dirinya.
Manusia cuma merancang , tapi Allah jua lah yang menentukan.


Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu.
Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu.
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. - Surah Al-Baqarah ayat 216

Thursday, May 17, 2012

Untuk Adam dan Hawa



Untuk Hawa


Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.


Untuk Adam


Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka , dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam Islam.

Wednesday, May 16, 2012

Rezeki dengan Exabytes


Syukur alhamdulillah. Berapa lama menunggu balasan dari pihak exabytes , akhirnya permohonan saya untuk bekerja dengan mereka berjaya. Bukan kerja susah sangat pun. Just tampal banner aje.


Lama jugak saya tunggu. Terkial-kial saya hantar emel dengan dorang lepas tu balas lagi. Sampailah tadi baru dorang hantarkan code banner untuk ditampalkan di blog saya ni. Dapat je code , terus saya tampal. Hehe. Gelojoh ye.


Masa permohonan kali pertama saya tak berjaya. Saya pun tak pasti sangat apa sebabnya. Tapi lepas tu , saya cuba lagi. Alhamdulillah diterima. Adalah lagi beberapa proses yang perlu saya lakukan supaya dorang dapat hantar cek tu nanti. InsyaAllah.


Untuk bekerja dengan exabytes ni , sekurang-kurangnya anda perlukan minimum 130UV sehari. Eh , jangan terus mengalah. Cuba dulu. Apa yang penting , anda kena printscreen trafik anda okey. Cara nak print screen boleh tengok di SINI.


Buatlah apa-apa ayat di emel then selitkan sekali gambar trafik yang anda dah printscreen tadi hantar ke marketing@exabytes.com.my


Rezeki saya untuk merasa BE (buffered earning) takde dari nuffnang. So , mungkin Allah gantikan dengan exabytes ni. Syukur.


Saya cuma berkongsi. Rezeki masing-masing dari Allah. Kalau tak dapat , takpe. Mungkin rezeki anda ada di luar. Siapa tau kan. Apapun , tak salah kalau nak mencuba.