Perbezaan Domain dan Hosting

Kalau yang dah lama berblog mesti pernah atau memang dah selalu jumpa perkataan domain dan hosting ni. Dulu masa Tia mula berblog memang selalu jumpa perkataan domain dan hosting ni. Tapi masa tu tak tau apa lagi, jadi Tia buat tak tau aje.

Tapi bila dah lama sikit berblog ni taulah sikit-sikit pasal domain dan hosting ni. Domain dan hosting ni memang berbeza. Tia akan terangkan satu persatu apa itu domain dan apa itu hosting secara ringkas.

Kalau masih tak faham jugak, tak apa. Boleh aje search di google ye. Tia ni tak mahir sangat nak bagi penerangan, jadi kalau ada apa-apa yang salah tolong maklumkan Tia dan Tia akan ubah secepat mungkin okey.

  1. Apa itu DOMAIN?
  2. Apa itu HOSTING?
  3. Perbezaan DOMAIN dan HOSTING
  4. Di mana nak beli DOMAIN dan HOSTING?
  5. Pengalaman guna DOMAIN sendiri


Apa itu domain?

Mula-mula sekali apa itu domain? Domain ni ialah alamat (address) blog korang. Macam blog Tia ni. Domain blog Tia ialah www.inikisahtia.com

Seeloknya, sebelum nak beli domain ni korang digalakkan untuk memikirkan nama domain yang betul-betul sesuai. Sesuai di sini maksudnya ialah nama domain tersebut janganlah terlalu panjang, yakin yang orang akan mudah ingat nama domain tersebut.


Apa itu hosting?

Hosting ni pulak macam rumah atau sesuatu tempat yang fungsinya untuk menyimpan data-data blog seperti fail, gambar, entri, komen dan segala yang ada dalam blog tu lah.

Hosting ni ada banyak pakej. Haa, masuk bab pakej ni Tia tak pass lagi sebab Tia pun masih guna hosting blogspot. Tak terfikir lagi nak guna hosting berbayar. Hahaa! Mungkin korang boleh tanya siapa-siapa yang dah guna hosting berbayar.


Perbezaan domain dan hosting

Domain dan hosting memang berbeza. Secara ringkas dan mudahnya, boleh diibaratkan macam ni. Domain ialah alamat rumah dan hosting adalah rumah itu sendiri. Bila ada domain dan hosting sendiri ni, korang dah bebas nak buat apapun dalam blog tu selagi tak melanggar  peraturan berblog.


Di mana nak beli domain dan hosting?

Ramai yang kata banyak tempat boleh beli domain dan hosting ni. Lain tempat, lain harganya. Ada yang Tia jumpa untuk domain aje sampai RM50. Giles mahal. Tapi banyak-banyak tempat yang Tia dengar, ada satu yang Tia boleh percaya dan murah bagi Tia.

Korang boleh cuba di NetKL. Domain Tia ni pun dari NetKL lah. Servis memang baik punya. Korang boleh chat dan tanya dorang secara ONLINE kalau ada apa-apa pertanyaan. Setiap pertanyaan korang akan dijawab dengan lemah lembutnya gituw.

Tia pun sebelum beli domain ni memang banyak soalan Tia bagi dekat dorang. Yelah, ni kan melibatkan duit. Takkan nak laburkan duit tanpa dapat hasil kan. Lepas dah fikir masak-masak dan yakin dengan keputusan Tia, akhirnya domain www.inikisahtia.com dah jadi milik Tia sekarang.


Pengalaman guna domain sendiri

Tia beli domain www.inikisahtia.com ni pada 2 Julai 2011 hari tu. Kira-kira dah sebulan lebih jugak Tia guna ni. Rasa macam dah lama. Hahaa! Langsung tak rasa menyesal bila beli domain ni. Tia pentingkan alexa rank. Mula-mula beli domain ni, alexa rank memang jatuh habis.

Tapi lepas guna domain sendiri, alexa rank dari angka 5,000,000 dan Malaysia rank 30,000 sekarang dah turun banyak. Alexa rank 248,300 dan Malaysia pulak 765. Semua ni berlaku kurang dari 2 bulan. Seriuslah, dekat Malaysia kena usaha lebih sikit kalau ada hati nak ada dalam top 500. Tia pun baru 765. Hari tu 600 lebih tapi persaingan yang agak sengit dan trafik yang tak maintain, maka jatuhlah jugak rank blog Tia di Malaysia.

Tia macam nak hasut korang je beli domain sendiri kan. Hahaa! Siapa kata guna domain blogspot tak boleh berjaya. Yang penting usaha. Tia pun tak pasang niat lagi nak beli hosting sendiri. Banyak nak fikir. Lagipun, Tia tak main SEO sangat. Blog Tia lebih kepada personal. Jadi, Tia akan tetap dengan blogspot buat masa ni.

Entri lain yang berkaitan :


Berminat nak ada domain sendiri atau hosting sendiri dengan domain percuma??

Atau juga


Sekian...

Previous
Next Post »

35 Comments

Click here for Comments
August 18, 2011 at 8:45 PM ×

29.95 setahun je kan ?


bayaran melalui apa ek ? Err, kenapa blog kita mcm seiras ek ?

Reply
avatar
August 18, 2011 at 8:55 PM ×

sy lg la xtau pape psai domain n hosting ni...hmm....tia pakai domain www ni byr tiap tahun ke atau sekali byr seumur hidup?

Reply
avatar
MerLe
admin
August 18, 2011 at 8:59 PM ×

1st time dgr perkataan domain ngn hosting dlm blog..huhu

Reply
avatar
August 18, 2011 at 9:35 PM ×

@muhamad hanif : tapi ada bayaran tambahan lain . untuk setup nye lagi . Tia bayar hari tu RM35 transfer melalui bank :)

@SoLy SoLicious : Tia bayar setahun sekali . lepas dah setahun nanti , kena renew lagi lah :)

@MerLe : takpe , nanti dah lama akan selalu dengar lah :)

Reply
avatar
Tea Dno
admin
August 18, 2011 at 10:02 PM ×

tea beli kat ihosterZ.. lagi murah.. lalalal.. hehehehe.. jangan marah.. saja nak kasi jeles je.. :D

Reply
avatar
EYFAalias
admin
August 18, 2011 at 10:07 PM ×

nice info tia. eyfa tak tahu sangat pasal benda ni. setahun sekali eh kena byr?

Reply
avatar
Syuxer
admin
August 18, 2011 at 10:07 PM ×

syuk pun terfikir nak beli domain sendiri tapi mybe tahun depan kot..hehe..

rangking alexa syuk punya malaysia asyik dok men lompat si katak lompat hahahah..rekod terbaik ialah 580 sekarang 831..heheh..jatuh merosot teruk sangat hehe..

Reply
avatar
ArulchelseA
admin
August 18, 2011 at 10:15 PM ×

sy blum smpai tahap tu lg..

*lama tia tk singah dah skang ni..bz ke

Reply
avatar
miErah halim
admin
August 18, 2011 at 10:22 PM ×

Tia ni mcm tau2 je saye tgh confuse dgn dua menda ni. skrg bary saye fhm. tq Tia, sgt2 bermakna entry ni utk saye.

Reply
avatar
hira
admin
August 18, 2011 at 10:26 PM ×

wah, otai ni. hoho

Reply
avatar
Mya
admin
August 18, 2011 at 10:54 PM ×

rasanya kalau pakai domain ni agak hebat! hee

Reply
avatar
Bro ahmad
admin
August 18, 2011 at 10:58 PM ×

tia bro nk main hosting pulak..jom tia hmmm

Reply
avatar
Farhan Hanif
admin
August 18, 2011 at 11:03 PM ×

thanks Tia...baru tau hosting tu apa...selama ni cuma tau domain je...

bila tukar domain ni follower tak dapat tengok update dari blog kita kan? betulkan saya klu silap....

Reply
avatar
ABU
admin
August 18, 2011 at 11:50 PM ×

wah hebak ko tia aku bru tahu pasal perbezaan dua mentng tu..ada banyak benda aku mau tanyak ko ni tia pasal domain.. aku trgerak mau beli la..huhuhu..

Reply
avatar
cucu umie
admin
August 19, 2011 at 12:21 AM ×

aishh..ayie mmg nak tukar tpy nty dulu ah..hehe

Reply
avatar
August 19, 2011 at 12:22 AM ×

sy mmg teringin sgt nk ada domain sendiri..hosting tu, nanti dulu la sebab rasanya tak berapa nak ready & tak faham sangat bab hosting tu huhu..

thanks Tia share info ni..kalo sy nk try domain, tanya kt Tia je la kan..boleh kan?hehe

saya nak terjah satu2 dulu link yg Tia share kt atas tu..nk bagi faham hehe

Reply
avatar
alif haris
admin
August 19, 2011 at 12:26 AM ×

alif pn rasa mcm nk beli domain sndiri.. tp xtawu la bile .. haha :D

Reply
avatar
Ezad Skytech
admin
August 19, 2011 at 12:58 AM ×

niat nak tukar domain tapi buat masa ni biar dulu kot..hee~

Reply
avatar
GaRy™
admin
August 19, 2011 at 4:29 AM ×

sumpah4 nice!!! memang gary tengah terpikir nak beli domain ni.. tapi bila sampai bab hosting ni, blur yang tersangat... serius nak sangat ada domain sendiri... lama ke proses nak beli domain?..

Reply
avatar
Terbelog
admin
August 19, 2011 at 5:11 AM ×

cantik doamain inikisahtia :)

Reply
avatar
Terbelog
admin
August 19, 2011 at 5:25 AM ×

kalo comei mcm teyn boleh la ngorat nuff hehe

Reply
avatar
Fadzli Amir
admin
August 19, 2011 at 6:11 AM ×

Salam..sebenarnya tak berapa paham sangat..hehehehe....

Reply
avatar
August 19, 2011 at 8:34 AM ×

wahhhh akk baru perasan yg tia dh pakai domain sendiri.congrats.tia akk pun nk pakai gak.tapiiiiiiiii.tia tolong ajar leh.akk ramai yg dh ajar.tp lembap sgt,tak paham2.

Reply
avatar
Cik Gee
admin
August 19, 2011 at 9:14 AM ×

ape2 pon tia, walaupon gee x paham sepatah haram pon benda d atas, hahah.. heppi blogging ye tia.. may Allah bless u.. ^^

Reply
avatar
Luqeem™
admin
August 19, 2011 at 10:09 AM ×

takde ke yg domain [dot]com yang free? hehe

Reply
avatar
amna
admin
August 19, 2011 at 10:30 AM ×

wah! kalau mcm tu saya pun ada domain n hosting ^^
thanks atas perkongsian. baru tahu T.T''

Reply
avatar
dhiera
admin
August 19, 2011 at 1:00 PM ×

wah, hebat lah tia ni~
suka baca blog kamu walau baru jumpa semalam~ banyak entri kamu yg boleh bantu blogger2 lain.
suke!

Reply
avatar
Hans
admin
August 19, 2011 at 2:56 PM ×

thanks 4 this entry
ramai lagi yg tak faham benda nih
moga mereka baca entry nih dan lebih memahami
:-)

Reply
avatar
adwafarahin
admin
August 19, 2011 at 5:00 PM ×

adwa cadang2 nk beli domain gak :)

Reply
avatar
aziza esa
admin
August 19, 2011 at 8:10 PM ×

x tau lg ble nk tuka domain ni..huhu..

Reply
avatar
August 19, 2011 at 9:32 PM ×

abg nk gk pki domain dlu..ada le terfikir.tp xpe la..blogging ni x lme pun,mls nk bazir.pki je la yg free..blogspot.com :D


btw,thanks info.bru thu hosting tu apa. :)

Reply
avatar
August 19, 2011 at 10:54 PM ×

tia aku nk jugakk..
klo free..
hahahahaha

Reply
avatar
cik aisha
admin
August 20, 2011 at 4:20 AM ×

belum terniat nak ada domain sendiri lagi...mungkin nanti berminat.hehee

Reply
avatar
August 22, 2011 at 11:45 AM ×

hehe, promosi la ni?? :P

p/s : best jugak, tapi da ada innity, so susah nak apply balik nanti.

Reply
avatar