Bila Semua Orang Ada Pendapat Sendiri

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri ;)

Lagi update! Hahaa. Kan betul Tia cakap blogwalking boleh bantu bagi idea untuk buat entri. Macam ni, seperti biasa Tia akan singgah balik blog blogger yang dah komen entri Tia sebagai penghargaan.

Tia tertarik dengan keberanian tuan punya blog dan yang komen entri tu sebab masing-masing cuba meluahkan pendapat serta buah fikiran. Dari situ Tia dah sedar dan memang setuju sangat, kita ni memang tak boleh nak puaskan hati semua orang.

Lain orang lain pendapatnya. Korang tau, semakin isu itu dibincangkan secara tak langsung yang membaca dan yang membincangkan tu akan dapat ilmu. Ilmu macamana? Baca contoh situasi di bawah ni :

A : Weh! kau tau tak, sebenarnya tak elok kalau kita minum ais ni.
B : Eh, kenapa pulak tak elok? Kan ais tu menyamankan dah tu sedap pulak. Boleh sejukkan kita kalau minum masa panas..
A : Boleh tu boleh tapi ia akan memudaratkan kesihatan kita.
B : Apa yang mudaratnya? Aku cuma minum segelas ajelah. Lagipun bukan selalu.
A : Ye aku tau tapi minum ais punca kepada kanser.
B : Kau jangan silap. Minum ais pun boleh bantu pesakit insomnia yang susah nak tidur tu agar dapat kembali tidur seperti biasa.

See! Ada sesuatu yang kita boleh dapat dari perdebatan dalam dialog di atas kan. So, setiap pendapat tu haruslah kita terima dengan baik. Jangan nak terus bangkang-bangkang. Siasat siapa betul siapa salah.

Semua orang ada pendapat dan pandangan masing-masing. Yang jadi pertanyaan adalah samada pendapat atau pandangan dia tu boleh digunakan atau tidak. Mak oi, panjangnye huraian Tia. Korang faham ke? Haha!

Previous
Next Post »

7 Comments

Click here for Comments
Ca Ezah
admin
June 9, 2011 at 7:51 AM ×

sangat setuju..dr tak tau, kita boleh jadi tau bila bw @ komen2... :)

alamakkkk..ca suka makan ais...huk3...

Reply
avatar
Akunyer
admin
June 9, 2011 at 7:54 AM ×

jangan sampai ada yang bergaduh sudah la.. ihiks

jemput singgah sini...
Boleh Tolong Saya?

Reply
avatar
June 9, 2011 at 7:57 AM ×

Setuju..lain org lain pendapat & mempunyai pandangan yg berbeza..

Reply
avatar
myzziema
admin
June 9, 2011 at 8:22 AM ×

yes setuju sangat. setiap orang lain cara pemikiran so macam2 idea / ilmu baru yang kita dapat ;)

Reply
avatar
misscha
admin
June 9, 2011 at 8:47 AM ×

ais punca kanser? ye ke? setau misscha punca buncit...hhehe

Reply
avatar
Unknown
admin
June 9, 2011 at 9:09 AM ×

HEHE. semua benda ada kebaikan ada keburukkannya. kadang2 elok utk tu, tak elok utk ni. hehe.

tapi bila pendapat ni mesti ada pencanggahan. semua sebab ada pendapat masing2 and pendapat tu tak semestinya sama kan? :)

Reply
avatar
nurul
admin
June 9, 2011 at 11:59 AM ×

yeke..minum ais punca kanser??
tapi yang pentingnya kurangkan minuman berais,memang xberapa elok untuk kesihatan..-)

Reply
avatar