Salahkah Aku Bertudung?

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri ;)

Sudah puas aku berfikir apa salahkah permintaan aku untuk bertudung? Aku juga mahu jadi seperti mereka yang lain. Bertudung. Nampak manis bila dipandang. Tapi kenapa ayah aku tak faham?

"Ayah, permintaan orang bukan besar sangat. Orang cuma nak bertudung ayah. Kenapa ayah tak bagi? Salah ke ayah? Salah ke?"

Bukan sekali dua permintaan itu aku ajukan pada ayah. Tapi ayah tetap dengan keputusannya. Entah di mana silapnya aku sendiri tidak tahu. Kali ini aku nekad! Aku akan menunggu ayah pulang.

Kedengaran enjin kereta di depan rumah. Berbunyi sekejap sebelum senyap. Aku kuatkan hatiku. Yaa! Walau apapun yang terjadi, aku akan terima asalkan permintaanku untuk bertudung akan dipenuhi ayah!

Pintu dikuak. Dapatku lihat betapa tegangnya muka ayah. Aku mesti beranikan diri!

"Ayah..."

"Hah, kenapa? Apa kau nak?"

"Ayah, apa salah orang ayah? Orang cuma nak bertudung. Ayah izinkanlah."

"Kenapa kau tak faham-faham bahasa ni hah? Kau nak aku pakai bahasa apa lagi supaya kau faham? Aku kata tak boleh, tak bolehlah!"

"Tapi kenapa? Orang tak kira, orang tetap nak bertudung!"

Panggggg!!

"Dah berkali aku kata tak boleh. Kau tu lelaki. Mana boleh bertudung! Aku dengan mak kau dah bagi nama elok-elok Mohammad Syazwan, kau pergi tukar jadi Syazwani. Apa nak jadi aku pun tak tau kau ni."

Kalau dah lelaki tu, buat cara lelaki. Jangan nak mengada pandai-pandai tukar jantina tu melawan fitrah manusia.

Psst : Haha! Cerita tu dah lama Tia tau. Tia tak ingat dekat mana Tia baca, tapi Tia masih ingat jalan ceritanya. Ohye, semua ayat tu Tia karang sendiri. Memang olahan sendiri..

Sekian..
Previous
Next Post »

22 Comments

Click here for Comments
* Rosita *
admin
June 14, 2011 at 8:02 PM ×

keh..keh..keh..ingatkan betul2..bila dah baca yg tgh tu baru ingat penah baca gak tp x ingat kat mana...

Reply
avatar
June 14, 2011 at 8:04 PM ×

LOL. Ingatkan cerita betul u yg nk pkai tudung. Baru nk sedih. :P

Reply
avatar
Unknown
admin
June 14, 2011 at 8:09 PM ×

HAHAHAHHAHAHAA. tia niii! ingatkan kenapa lah ayah dia tak kasi pakai tudung. hahahahahaa. gelak sorg2 eyfa baca ni.

Reply
avatar
Firdaus Life
admin
June 14, 2011 at 8:10 PM ×

haha demnn... ingatkan perempuan.. hampes

Reply
avatar
ieda =.=
admin
June 14, 2011 at 8:11 PM ×

hikhik..klkar btol..mmg la ayh die mrh..lau die tu boy..hikhik

Reply
avatar
Anonymous
admin
June 14, 2011 at 8:13 PM ×

pernah bace nih... hehehe... :)

Reply
avatar
Akunyer
admin
June 14, 2011 at 8:22 PM ×

muahahaha..berapi jer masa baca tadi...rupanya......ngeh3...

Reply
avatar
Kei Seichi
admin
June 14, 2011 at 8:27 PM ×

nak kena lempang si tia ni..hahahahaha

Reply
avatar
Unknown
admin
June 14, 2011 at 8:34 PM ×

haha ! oke , Tia mintak maaf ssesapa yang dah khusyuk sekali terbantut da feel . bhahahaaaa .. terima kasih kerana gigih membaca :)

Reply
avatar
Aisyah Aina
admin
June 14, 2011 at 9:05 PM ×

baru nak maki2 ayah dia..hahaha XD

Reply
avatar
Unknown
admin
June 14, 2011 at 9:14 PM ×

nasib Mohammad, bkn muhammad, klu ye, trase den.hahaha

Reply
avatar
K
admin
June 14, 2011 at 9:26 PM ×

haha, dah tahu dah. hehe :P

Reply
avatar
Nabila Wahab
admin
June 14, 2011 at 9:28 PM ×

hahhaha.. ingtkan apsal la ayah dier tu meroyan sgt.. adoila syazwani..syazwani.. hahah

Reply
avatar
nurul
admin
June 14, 2011 at 10:06 PM ×

adoi..baru nk komen pasal ayah die..hu3

Reply
avatar
June 14, 2011 at 10:19 PM ×

hahah..tipah tertipu btl.igtkan perempuan,lelaki rpenya..huhu

Reply
avatar
June 14, 2011 at 11:33 PM ×

haha, baru ingat ayah dia yang teruk...haa

Reply
avatar
EiZaRaZiErYa
admin
June 14, 2011 at 11:54 PM ×

alahai..tertipu suda~ huhu..
pelik gak td..ngtkn tia nk bertudung p ayh tia xkasi...huhu..klaka...

wink3 >_<

Reply
avatar
June 15, 2011 at 1:15 AM ×

adoyaiii~ xsempat nk feeling.. huhuu~ T_T

Reply
avatar
amna
admin
June 15, 2011 at 1:17 AM ×

pergh.. mantap la syazwan :)
ade hati nk jdi shazwani ^^''

Reply
avatar
myzziema
admin
June 16, 2011 at 10:35 PM ×

hahaha punya lah ziema baca dengan penuh emosi. T__T

Reply
avatar
fauzi
admin
September 17, 2011 at 3:19 AM ×

budak tu mmg gila. padan muka dia kena penyepak. hahaha

Reply
avatar