Bila Azan Berkumandang - AWAS!

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri ;)

Ini sebagai ingatan dan renungan untuk kita bersama. Tiap kali azan berkumandang korang buat apa? Takkan masih huha huha kot. Terlolong sana sini. Oh jika benar, hentikan dengan segera.

Kematian itu pasti menjelma. Cuma masa dan waktunya yang kita tak tahu. Cuba kita amati! Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa? Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri. Jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati  azan. Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri, mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah "Lailahaillallah" ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 

      "Ya  Allah!  Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami  mengucap  kalimah "Lailahaillallah" semasa sakaratul maut menghampiri  kami.. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin..

Kalau kita boleh mengirim dan menyebarkan ribuan "jokes" atau kata-kata cinta, kenapa tidak yang berkaitan ibadah..

Pstt : Tia ada terbaca juga masa azan berkumandang kita tak boleh baring.  Ada yang kata nanti mayat jadi berat. Tapi dalil dan hadis tak dijumpa. Jadi itu boleh dianggap sebagai adab. Yelah, masa azan berkumandang takkan korang nak baring. Tak sopan okey!

Sumber : GengCerita
Previous
Next Post »

14 Comments

Click here for Comments
Noor Fatin
admin
June 9, 2011 at 5:02 PM ×

betol tu. dari kecik2 mak selalu pesan dah. hehe sama2 la kita ingat semua ni sampai bila2..

Reply
avatar
Unknown
admin
June 9, 2011 at 5:24 PM ×

menarik untuk dikongsi..;)

Reply
avatar
June 9, 2011 at 5:24 PM ×

penuh bermakna entry ni . kan tia :)

Reply
avatar
Anonymous
admin
June 9, 2011 at 5:48 PM ×

good info..huhu

Reply
avatar
Ceiler Mun
admin
June 9, 2011 at 5:55 PM ×

betul tu.. kalau lagu negaraku kita boleh hormat mengapa azan kita tak boleh nak hormat.. kan?

nice entry dear :)

Reply
avatar
amna
admin
June 9, 2011 at 6:05 PM ×

tq tia. lepas ni lebih beringat ^^
ameen, moga2 kita dikurniakan saat kematian yang mulia :')

Reply
avatar
dwatyKNY
admin
June 9, 2011 at 6:34 PM ×

akk pun dah pernah buat entri pasal azan... thanx ye tia buatkan header tuk akk... minggu depan akk letak... hehehe

Reply
avatar
June 9, 2011 at 7:04 PM ×

penah dengar jugak sal kalo baring time azan nnti myat berat..betol or tak wallahualam..

:)

pantang bab tegur menegur nih!

Reply
avatar
Unknown
admin
June 9, 2011 at 8:31 PM ×

slm kunjungan... nice n3. tia rh tgk ke dlm you tube ttg keajaiban azan?

Reply
avatar
Unknown
admin
June 9, 2011 at 10:58 PM ×

bagus entry ni tia..

Reply
avatar
Ayie
admin
June 10, 2011 at 1:15 AM ×

waktu azan, mak suruh diam..

Reply
avatar