Luahan Hati Seorang Anak

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri :)

Cuba bayangkan kalau ini yang terjadi pada korang. Untuk yang bergelar ibu atau bapa pulak, cuba bayangkan ini luahan hati anak anda.

"Ibu, dah lama Along simpan ni dalam hati. Along bukan berdendam, tapi macam suatu pertanyaan. Kenapa Along rasa macam ibu lebihkan Angah dari Along? Sebab Along tak pandai ke? Atau sebab Angah lagi berjaya dari Along?

Ayah, kenapa dengan Angah ayah boleh bawa main dengan Along tak? Along cemburu sebab ayah selalu gelak-gelak main-main dengan Angah. Nak pergi mana, ajak angah. Tapi dengan Along, kadang-kadang tu ayah macam tak nak tengok Along. Kenapa ayah?

Along tak salahkan ibu bila Along tak dapat belajar tinggi. Mungkin itu silap Along sendiri. Ya! Kadang-kadang Along cemburu dengan Angah buu. Sejak Angah masuk tingkatan 1 lagi Angah dah tinggal luar tinggal asrama.

Bila dia naik tingkatan 3, dia bertuah sebab dapat pergi sekolah Teknik. Jauh pulak tu. Dia tinggal asrama lagi. Along? Sejak Along tingkatan 1 Along tak pernah pindah sekolah. Along tak pernah tinggal asrama. Along selalu ada depan mata ibu dan ayah.

Sepanjang Angah sekolah jauh tu Along rasa best sangat sebab dia boleh jalan-jalan. Tidur rumah kawan. Tapi kenapa kalau Along minta izin dari ibu untuk keluar dengan kawan ibu tak bagi? Ibu, Along depan mata ibu. Along takkan buat benda yang salah. Cuma sekali sekala Along teringin nak jalan-jalan dengan kawan. Ibu tetap tak bagi. Tak apalah bu.

Along dah habis sekolah. Kawan-kawan Along semua nak timba pengalaman cari kerja. Along pun teringin nak merasa kerja bu. Ibu kata, nak dapat duit tu susah kan. Along nak rasa kesusahan tu bu supaya Along akan lebih tahu betapa susahnya ayah nak cari duit.

Tapi ibu tak bagi. Along tau ibu tak suka Along kerja yang gaji rendah-rendah, tapi bu. Semua orang bermula dari bawah. Kenapa ibu pandang kerja yang bergaji rendah tu tak bernilai? Okey tak apa. Along dapat kerja kerani. Gaji 800+, kenapa ibu masih tak setuju?

Bila Angah dah habis belajar, Angah cuma tanya ibu sekali samada dia boleh kerja atau tidak. Ibu kata sekali je. BOLEH. Ibu tak tau apa perasaan Along masa tu. Along cuma tahan airmata supaya tak jatuh. Kenapa ibu lebihkan Angah?

Sekarang, Angah dah belajar masuk UiTM. Along pula cuma Politeknik. Angah Diploma, Along Sijil. Ada beza ka bu? Dulu masa Along mula-mula masuk belajar, ibu jarang telefon Along. Tapi sekarang bila Angah dah masuk UiTM, kalau boleh tiap masa ibu nak telefon Angah.

Ibu, Along menangis dalam hati ni. Ibu dengar tak? Along sayang ibu, tapi tiap hari Along menangis. Kenapa ibu lebihkan Angah dari Along? Mungkin bila Along tak ada baru ibu sayang Along kan.."

Sekian..
Previous
Next Post »

22 Comments

Click here for Comments
June 15, 2011 at 3:01 PM ×

ya Allah.. sedihnyer...
kuatlah wahai si along..
Allah memberi dugaan yg mampu kita hadapi.. :)

NAK JADI ORANG YG D BENCI ATAU D SAYANG??

Reply
avatar
Unknown
admin
June 15, 2011 at 3:11 PM ×

tia karang sndri ke or dr pengalaman sndri ? sedih laaa. sob sob. tapi kadang2 mamang ada parent yang macam ni. hmm.

Reply
avatar
syuxer
admin
June 15, 2011 at 3:11 PM ×

ibu dia pasti menyesal dan berasa bersalah kerana tidak mengambil anak sulungnya..

mungkin along tuh seorang perempuan dan angah tuh orang laki kot..

apapun tindakan mak dia tuh wat sedemikian amatla mendukacitakan..
saya tau perasaan disisihkan..apapun hidup harus diteruskan

Reply
avatar
Munn Jaafar
admin
June 15, 2011 at 3:20 PM ×

alhamdulillah...pkara mcm ni tak terjadi kat fmly sy...kesian along ni..pkara mcm ni bleh ggu tumbesaran emosi dan fizikal anak...

Reply
avatar
myzziema
admin
June 15, 2011 at 3:26 PM ×

sebak baca cerita ni. huhu..

Reply
avatar
Firdaus Life
admin
June 15, 2011 at 3:31 PM ×

benda ni memang betol2 ada. kesian kat Along tu... eh ke salah ape freaky cakap ni ?

Reply
avatar
Noor Fatin
admin
June 15, 2011 at 3:42 PM ×

sedihya :((

saya anak tunggal.. xde adik beradik. nanti kalau ada anak, nak layan sama rata. tak mau nanti anak lain rasa terpinggir..

Reply
avatar
RHI
admin
June 15, 2011 at 4:23 PM ×

anak adalah kurniaan Tuhan buat pasangan yg bergelar suami isteri, seharusnya kita membahagi kasih sayang sama rata..minta2 kakak di jauhkan dr sikap pilih kasih

Reply
avatar
Unknown
admin
June 15, 2011 at 4:42 PM ×

ini kisah benar ke??hehe

Reply
avatar
.
admin
June 15, 2011 at 4:56 PM ×

kekdg pnah jugak rasa ibu lebihkan adek2 . tp sebenar nya tak :)

Reply
avatar
Kei Seichi
admin
June 15, 2011 at 4:58 PM ×

sedihnye...
yang berlaku kat saya ialah macam angah tapi dilayan macam along tu...pelik kan?
adik saya yang tak pandai, tak boleh berdikari lebih disayang dan dipandang oleh parents saya..
saya ni belajar da tinggi, result pon ok tapi diorg macam tak endah pon kat saya..tapi dah lama2 kena layan macam tu saya jadi tak kesah..jadi immune..

Reply
avatar
nurul
admin
June 15, 2011 at 5:04 PM ×

saya xpernah terfikir mak saya akan lebihkan sesiapa dalam family..bila tanya emak,mak mesti cakap mak sayang semua sama rata..

seseorang ibu xpatut memilih kasih dalam memberi kasih sayang kepada anak... :-)

Reply
avatar
Arpiiz
admin
June 15, 2011 at 5:15 PM ×

memang susah kalau mak bapak kurang bagi perhatian..

Reply
avatar
Unknown
admin
June 15, 2011 at 5:27 PM ×

sayu je cite ne..along sayang ume ayah..

Reply
avatar
K
admin
June 15, 2011 at 5:54 PM ×

sedih T.T

kadang-kadang si ibu tak sedar.

Reply
avatar
amna
admin
June 15, 2011 at 6:02 PM ×

perenggan yang last tu buat saya touching je.. kesian along..

p/s:tak pe la along, walaupun mak abah lebihkan angah, mereka tetap ibu ayah along kan. tak de haruan makan anak.. mereka sebenarnya sayang, cuma tak tau cmne nak luahkan pada kamu ;']

Reply
avatar
Anonymous
admin
June 15, 2011 at 6:43 PM ×

bende mcm nih selalu berlaku kan? dari dulu smpailah sekarang.. :(

Reply
avatar
ct kektus
admin
June 15, 2011 at 8:52 PM ×

wuu~
tacing,

kita tau mak tetap sayang anak2 dia sama rata,

Reply
avatar
FARAHZ
admin
June 19, 2011 at 1:56 PM ×

kak , ini cerita sendiri ke , hasil nukilan akak ?
sedihlah ..

Reply
avatar
Anonymous
admin
January 23, 2012 at 11:28 AM ×

Assalamu'alaykum Tia...

Sebak sungguh hati ni bila baca entri Tia. Apa yang Along alami...telah saya alami di dunia nyata ni. Sedih, perit bila diri tak dihargai oleh ahli keluarga sendiri. Malah ketika jatuh sakit pun, tiada yang peduli.

Reply
avatar
Aliya Amir
admin
June 24, 2017 at 5:05 PM ×

assalamualaikum kak tia

apa yg akak alami sama mcm sye alami sekarang ni kekadang jealouslah gak bila tngok kwn sekeliling semua bahagia di samping family dyeorg yg bahagia kak

Reply
avatar