Strawberry Itu Tipu

Assalamualaikum ..
Terima kasih sudi singgah blog Tia dan baca entri ;)


Dulu masa Tia kecik-kecik kan, Tia selalu tengok buah strawberry dalam tv. Nak-nak kalau dalam rancangan masak memasak yang ada dessert tu. Nampak macam sedap je. Warna merahnya yang cantik tu pun menggoda selera.

Sampai sekarang Tia tertanya-tanya kenapa masa kecik dulu tak dapat makan buah strawberry? Hehe! Okeylah, bila dah besar ni dapatlah merasa buah strawberry tu. Buah strawberry kalau dekat Sabah boleh dapat kat Kundasang.

So, masa ibu sibuk cari sayur Tia pun sibuk cari buah strawberry. Masa tu pulak pegang duit sendiri. Nak lah konon merasa. Tanyalah mak cik tu. Semangat juga mak cik tu kata buah strawberry tu manis. Tia pun yang kali pertama beli percayalah. Nak merasa punya pasal.

Tia tak makan dalam perjalanan, balik rumah baru nak makan. Comel gile buah strawberry tu. Macam tak nak makan je. Haha! Tapi nak makan jugak so termakanlah buah strawberry tu. Huh! Masam! Waa, mak cik tipuuuu. Strawberry tak manisss. Last sekali habis juga rupanya Tia cekik.

Entahlah kenapa. Mungkin strawberry dekat Cameron Highland kot baru manis. Ye ke? Mana Tia tau. Tak pernah sampai lagi sana. Haha! So, pengajaran. Jangan beli buah strawberry yang masam, nanti korang juga yang masam :)

Previous
Next Post »

13 Comments

Click here for Comments
safurara
admin
June 7, 2011 at 10:07 AM ×

tapi dik dorg kata kalo makna kt atas tu baru manis.dh bawak turun dye jd masam.

Reply
avatar
najwa's
admin
June 7, 2011 at 10:34 AM ×

hehe a'ah. kat cameron, kalo bawak turun pom masam jugak.

Reply
avatar
Ca Ezah
admin
June 7, 2011 at 10:36 AM ×

ca pon xpenah rasa yg manis..semua masam jerk..hehe..

Reply
avatar
Hans Hanis
admin
June 7, 2011 at 11:07 AM ×

tak silap saya
buah strawberry kalau yang tanam di malaysia ni kena makan sewaktu dipetik
kiranya betul2 segar la
kalau yg dah jual tu selalunya masam
:-)

Juvana Episod 7

Reply
avatar
June 7, 2011 at 11:08 AM ×

waaa..xsuke strawbery..masham..jom komen entry rin~

Reply
avatar
cik sakdi
admin
June 7, 2011 at 11:49 AM ×

stoberi cameron manis n besar tau.

Reply
avatar
Unknown
admin
June 7, 2011 at 11:54 AM ×

a'ah.. mmg susah nk cari strawberry yg sgt best kan..

salam kunjungan balas... ^__^

Reply
avatar
Unknown
admin
June 7, 2011 at 12:26 PM ×

rasa masam sebab terdapat sebatian asid yg boleh dimakan. vitamin c adalah asid iaitu L-ascorbic acid.

Reply
avatar
June 7, 2011 at 1:02 PM ×

sebut pasal strawberry terus terasa kemasamannye. hahaha :p

Reply
avatar
June 7, 2011 at 1:06 PM ×

Tia, selain epal hijau, strawberry pun saya suke...

Reply
avatar
RHI
admin
June 7, 2011 at 1:14 PM ×

kakak pun tak pernah makan ni...tak tahulah rasanya macam mana...biasanya org cakap manis...

Reply
avatar
adan
admin
June 7, 2011 at 2:39 PM ×

zaman ribena dulu suka minum strawberry kotak.. sekolah rendah..

bila dah besar baru tau strawberry tu masam.. ahaha

Reply
avatar
aizamia3
admin
June 7, 2011 at 3:47 PM ×

sama je rasanye, tang mana manisnya ntah..

Reply
avatar